Home Cerpen Cinta Oh tidak! Suamiku Diva! Part 2
Oh tidak! Suamiku Diva! Part 2
Andrea
17/2/2016 02:25:51
1,767
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Renee… Mana kau Renee? Sampai hati kau tinggalkan aku seorang diri dekat sini. Rumah ni sunyi, Renee. Aku takut. Aku perlukan kau.” Luna menangis teresak-esak sendirian di atas katilnya. Bantal busuk kesayangannya itu dipeluk dan diramas-ramas. Hatinya sakit ditinggalkan sendirian oleh Renee. Renee hilang entah ke mana.

Dari pagi sampailah ke petang. Sudah berapa kali Luna masuk ke bilik Renee. Dia takut sekiranya Renee berubah fikiran dan pulang ke rumah tanpa pengetahuannya. Sepucuk surat yang di tinggalkan Renee itu juga dibacanya lagi buat kesekian kali.

Dear Luna,

Luna, saat kau baca surat aku ini. Mungkin aku sudah tiada lagi di sisi kau. Maafkan aku, Luna. Aku perlu pergi. Aku perlu perbetulkan semua ini. Setiap yang terjadi antara kita. Ianya salah. Salah sama sekali.

Aku sayangkan kau, Luna. Tapi aku harus pergi. Pergi untuk membuktikan cinta aku pada kau. Pergi untuk membuktikan cinta aku pada Tuhan Yang Esa. Izinkan aku untuk kenali diri aku sendiri sebelum aku boleh pulang ke pangkuan kau dan kita sama-sama hidup bahagia macam selalu.

Izinkan aku perbetulkan diri aku dan kembali ke pangkuan Yang Esa. Semoga Tuhan dapat mengampuni segala dosa aku. Semoga Tuhan memberkati pemergian dan perjuangan aku. Semoga Tuhan melindungi kau untuk aku.

Bagi aku guna kesempatan ini untuk memberitahu kau betapa aku takut dengan keputusan aku ini untuk meninggalkan kau. Tapi aku percaya, kau kuat dan kau tak pernah takut. Kau tak lemah. Dan takkan pernah lemah. Sebab kau Luna. Luna yang aku sayang.

Jaga diri kau Luna. Jangan lupa Tuhan. Jangan lupakan aku.

Yang Ikhlas,

Renee

Luna mengesat air matanya yang jatuh berguguran seperti hujan lebat di siang hari itu. Luna cuba meraih semangat melalui pesanan yang Renee titipkan di dalam suratnya.

“Renee.. Aku janji. Aku akan kuat. Aku tunggu kau pulang.” Luna berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan kuat. Dia tidak akan lemah seperti selalu. Dia berjanji untuk membuktikan pada Renee yang dia mampu berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Surat di tangannya dibawa ke dalam dakapan. Akhirnya, Luna terlelap tanpa sedar.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Renee tetap tidak pulang. Namun Luna tidak pernah berputus asa. Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Setiap hari dia berharap agar Renee pulang ke rumah. Setiap hari dia akan berdiri di hadapan pagar rumah dan menantikan kepulangan Renee. Tidak pernah sekali dia berputus asa.

Sedang Luna leka membelek album di tangannya, dengan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Hello. Ya bos. Saya di rumah. Sebentar lagi saya datang.” Jelas Luna kepada bosnya sejurus panggilan di jawab. Bos Luna, Puan Maznah menelefon untuk memberitahu mengenai mesyuarat Luna bersama klien terbesarnya hari ini.

Selesai menyimpan semula album di dalam laci, Luna terus bergegas ke pejabat.

Assalamualaikum…” Suara garau penuh kelelakian itu memberi salam. Redza menanti penuh debar di luar rumah. Matanya melilau memerhati sekeliling. Sunyi. Mesti ramai jiran-tetangga yang belum pulang dari tempat kerja.

Kemudian, mata Redza tertancap pula pada tag yang ditampal kemas bersebelahan dengan plat nombor rumah itu.

Renee & Luna’s Little Heaven’.

Tag comel berukiran bunga-bungaan itu membuatkan Redza tersenyum sendiri. Di sentuhnya tag itu dengan penuh berhati-hati. Kerana takut juga dikatanya penceroboh nanti.

Renee?

Sudah lama Redza melupakan nama itu. Tidak sanggup untuk dia mengingati insan itu lagi. Insan yang sudah tiada. Yang kehilangannya satu rahmat buat Rezda. Dan Redza tidak pernah sekalipun menyesal akan kehilangan insan itu.

Jam di tangan ditilik. 3.30 petang. Sudah hampir 10 minit dia berdiri di depan pagar rumah. Salam yang diberi sedari awal tadi juga masih tidak berjawab.

“Mesti tuan rumah tiada dirumah ni.” Tebak hati kecil Redza. Jam pula masih awal. Oleh itu dia memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah menggunakan kunci pendua yang sememangnya berada di dalam simpanannya. Berguna juga kunci pendua ini untuknya. Sangkanya dulu, ingin dibuang saja kunci ini. Sama seperti dia membuang kenangan lama itu.

Pintu kayu jati berwarna putih itu dibuka luas dari arah luar. Mata Redza membuntang. Ternganga sebentar mulutnya melihat. Pemandangan isi perut rumah yang cantik dan bersih terpampang di kanvas mata. Nyata, Redza kagum. Perabot di dalam rumah itu disusun rapi. Lantai bersih. Karpet kecil berbentuk hati menghiasi lantai ke ruang tamu.

Wow! Impressive!” Puji Redza. Dia berdiri segak dengan sebelah tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Travelling beg diletakkan rapat dengan kakinya. Redza toleh ke kiri. Dia tergamam. Mulutnya melopong membentuk huruf ‘O’.

MashaAllah! Potret gambar Luna dan Renee yang tergantung indah di dinding di tatapnya lama.

Di dalam potret tersebut jelas terpancar kemesraan dan kasih sayang antara Renee dan Luna. Luna yang memakai gaun berwarna putih bersih itu kelihatan sangat bahagia dan gembira apabila Renee mencium pipinya. Sekeliling mereka berdua dihiaskan dengan belon-belon bercorak polka dot yang banyak.

Renee oh Renee… Dapatkah aku menggantikan tempat kau di dalam hidupnya? Desis hati kecil Redza.

Satu keluhan berat dilepaskan. Namun dia takkan mudah melatah. Akan dicuba sepenuh keringat untuk menjayakan misi ini.

Tanpa berlengah, Redza mengambil begnya dan terus menuju ke bilik tidur Renee. Bilik itu tidak berkunci, jadi mudah untuk Redza masuk ke dalam. Travelling beg di letakkan di hadapan almari baju. Beg galas pula di letakkan di atas katil.

Same old… Same old…” Omel Redza sendirian. Badannya yang masih mengalami jetlag itu di hempaskan ke atas katil. Lama-kelamaan, dia terlelap.

Redza terjaga apabila terdengar ada seseorang membuka pintu utama rumah. Dia segera keluar dari biliknya. Perlahan-lahan dia berjalan ke pintu utama.

“Luna?” Tanya Redza tatkala terlihat kelibat seorang wanita di depan pintu. Berambut panjang dan berbaju kurung lembut.

Luna yang terdengar ada seseorang memanggil namanya pantas berpaling. Dia kaget. Tas tangan dan kunci yang dijinjit bersama terlepas dari tangan.

Luna mula menggigil. Dia menjerit sekuat hati. “Arghhhhhhhhh!”

Redza menutup telinganya rapat dengan kedua belah tangan. “This woman!” Redza geram dengan jeritan Luna.

“Macam mana kau tahu nama aku?” Soal Luna. Muka polosnya kelihatan sungguh keliru dan takut.

“Sebab aku kenal kau, Luna.” Balas Redza. Selamba. Senyuman penuh istimewa dihadiahkan buat Luna. The smile reserved only for Luna.

Luna menjadi semakin takut. Badannya menggigil. Dia takut yang teramat. Tanpa diundang dan dirancang, fikirannya melayang. Otaknya mula berimaginasi. Dia membayangkan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi kepada dirinya. Mungkin lelaki dihadapannya ini akan menyakitinya. Berniat untuk mencederakannya.

“Aku dah janji pada Renee yang aku akan jaga diri aku. Aku akan lindungi diri aku.” Nekad Luna di dalam hatinya.

Seperti ada rasukan yang menghasut, Luna bertindak melulu. Dia berlari melintasi Redza dan menuju ke arah meja makan. Pisau buah di dalam bakul di atas meja makan di ambilnya. Pisau buah itu digenggam dengan erat. Redza di hadapan sudah mula cuak. Matanya membuntang. Nafasnya seperti tersekat.

“Luna… Sabar Luna, sabar. Letakkan pisau tu. Luna aku orang baik. Aku takda niat nak sakiti kau. Aku Redza. Redza Iskandar!” Redza menyakinkan Luna yang kelihatan seperti orang dirasuk.

“Tak! Kau tipu! Aku tak kenal kau. Siapa Redza? Redza mana?!” Luna bertempik. Pisau masih erat di genggamannya.

“Aku Redza Iskandar. Percayalah pada aku. Aku orang baik, Luna.” Redza mencuba sekali lagi. Tapi Luna tidak percaya. Dia sebaliknya menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

Redza yang hampir berputus asa akhirnya membuat aksi nekad. Dia pantas berlari ke arah Luna dan menerkam perempuan itu tanpa memikirkan sebarang risiko yang dia mungkin tercedera ataupun mati ditikam.

Pisau di tangan Luna di rampasnya dan di buang jauh ke tepi. “Aku Redza Iskandar Minhat!!” Teriak Redza yang sedang menghempap Luna dengan badan tegapnya.

Luna yang masih tergemam dengan tindakan nekad Redza hanya mampu diam tidak berkutik. Bibirnya terketar-ketar.

“Abang Renee!” Teriak Redza sekali lagi. Dia memanah tepat anak mata Luna yang ketakutan itu.

“Ha?? S-s-se-ja-kk bila Renee ada abang?” Soal Luna gagap. Dadanya berombak-ombak. Air mukanya kelihatan seperti hendak menangis. Soalan yang diajukan oleh Luna itu Redza biarkan tidak berjawab. Dia tidak mahu merumitkan keadaan.

Get off me.” Rayu Luna lembut. Meminta Redza bangun dari badannya. Sakit agaknya dihempap lelaki sebesar Redza. Kudrat seorang lelaki memang tidak mampu ditandingi oleh seorang wanita.

Redza lekas bangun dari posisinya. Dia menepuk-nepuk bahunya. Dikibas-kibaskan sedikit bajunya. Kemudian tangan kanan dihulurkan kepada Luna. Ingin memberi pertolongan kepada Luna untuk bangun.

Thanks.” Ucap Luna.

I didn’t know that Renee have a brother.” Tambah Luna lagi. Dia senyum sedikit.

Redza lega melihat senyuman terbit di bibir Luna. Dalam erti kata lain, mungkin Luna telah mempercayainya dan akan membenarkan dia tinggal di sini buat sementara waktu. Supaya mudah untuk dia melakukan misinya.

Malam itu, Luna memasak makan malam. Selalunya dia jarang memasak untuk makan malam. Tetapi disebabkan ada tetamu di rumah, jadi dia akan memasak.

Selesai mengatur makanan di atas meja, Luna bergerak ke bilik Renee yang kini dihuni oleh Redza. Selepas insiden petang tadi, Redza langsung tidak keluar dari bilik. Segan mungkin dengan Luna.

Maklumlah, diakan seorang lelaki. Tinggal pula dengan seorang wanita. Mesti banyak tanggapan negatif bakal diterima mereka sekiranya jiran-tetangga terlihat kelibatnya di dalam rumah itu.

“Redza…” Luna mengetuk beberapa kali pintu bilik Redza.

“Redza…” Diketuknya lagi dan lagi. Namun tidak berjawab. Luna memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam bilik tersebut.

Luna memulas tombol pintu. “Red-dd-dd…” Ayat Luna mati di situ saat pintu bilik ditolaknya dari luar. Air liur tersekat di kerongkong.

Oh shit! Carut hati Luna. Matanya terbuntang melihat Redza terlentang di atas katil tanpa sebarang baju di badan. Cuma seluar panjangnya yang masih tersarung.

Redza yang terasa seperti pintu biliknya dibuka segera bangun dari baringan. Dia terkejut melihat Luna tercacang di pintu bilik.

“Kau… Buat apa ni?” Tanya Redza sambil menggosok-gosok matanya. Dia berdiri berjalan menghampiri Luna.

Luna telan liur. “Er-er… Aku nak ajak kau makan sebenarnya. Aku dah masak.” Jelas Luna sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Alright. Kau keluar dulu. Lepas mandi aku makan.”

“Okay. Takpa. Kita makan sekali. Aku tunggu. Kau mandilah dulu.” Redza mengangguk faham. Luna berlalu keluar dari bilik Redza.

You’re so dead, Luna. Sumpah Luna pada dirinya sendiri.

Thanks. Sedap kau masak.” Puji Redza selesai mereka makan malam bersama.

Luna yang duduk bertentangan dengan Redza tersipu-sipu. Malu dipuji Redza. Sebelum ini tidak pernah ada orang memuji masakannya.

So, kau tinggal seorang saja dalam rumah ni?” Tanya Redza. Cuba memulakan perbualan dan mengurangkan kejanggalan antara mereka.

“Tak. Dulu tinggal dengan Renee. Tapi lepas dia keluar, tinggal seorang jelah.”

“Dah lama Renee tinggalkan rumah ni?” Sambung Redza. Berpura-pura tidak tahu. Dalam hati berdoa agar Luna tidak mengesyaki apa-apa padanya yang tiba-tiba datang entah dari mana dan bertanya mengenai Renee.

Luna gigit bibir. Cuba menahan sebak. Mendengar Redza menyebut nama Renee, membuatkan rasa rindunya terhadap Renee semakin membuak.

“Lamalah juga. Setahun lebih. Tak pasti dia pergi mana. Anyway, you’re his brother. You sure know where she is now, right?” Tanya Luna pada Redza. Redza tersedak dengan tiba-tiba. Tak sangka Luna akan bertanya.

Yes. But then, I rarely met her too. So, I don’t know her whereabout.” Tipu Redza. Luna mengangguk faham. Redza menarik nafas lega dalam hati.

“Takpalah. Aku tak nak tanya banyak. Kau rehatlah.” Luna cuba mematikan perbualan. Dia mahu cepat-cepat mengemas meja makan tersebut dan masuk ke dalam bilik untuk berehat kerana masih ada kerja yang perlu disiapkan awal pagi esok.

“Luna…” Panggil Redza dengan lembut apabila Luna sudah mula bangun dari duduknya.

“Aku minta maaf sebab buat kau terkejut petang tadi. Aku tak sengaja. Dan aku harap kau tak kisah aku tumpang dekat bilik Renee. Aku janji aku tak kacau kau. Kau anggap je macam aku tak ada dalam rumah ini.” Kata Redza. Berharap Luna dapat memaafkannya dan menerimanya dengan baik.

“Takpalah. Asalkan kau tak jadikan rumah aku sarang pelacur atau bawa balik perempuan sudahlah.” Langsi Luna memberikan peringatan. Redza tercengang. Tak sangka kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Luna.

Oh wait! Kau ingat aku ni kaki perempuan ke apa?” Marah Redza. Dia sudah berdiri bercekak pinggang. Tak sampai sehari tinggal di sini. Luna sudah mengeluarkan kata-kata tidak berasas padanya. Niatnya untuk meminta maaf dan memperbetulkan sebarang salah faham berubah menjadi pertengkaran.

Few minutes ago you look just nice and just fine. You know, Luna? Now you changed, all of sudden saying something ridiculous. More like accusing me.” Jelas Redza. Rahangnya berdenyut. Luna kebil mata beberapa kali. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Redza.

Teringat akan keadaan Luna. Redza mula mengawal amarahnya. Dia beristighfar beberapa kali di dalam hati. Takut sekiranya Luna bertindak luar jangkaan seperti tadi.

“Tak apalah Luna. Aku masuk bilik dulu.” Redza meminta izin. Segera berlalu pergi. Melangkah ke bilik Renee yang kini menjadi biliknya.

Pagi itu Luna bangun dengan perasaan bersalah yang menggunung. Seperti biasa, setiap kali dia melakukan kesalahan. Dia akan berasa sangat bersalah dan cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan kesalahannya.

Selesai mengikat rambutnya dan membentuk satu sanggul yang kemas di kepala, Luna segera mengambil fail dan beg tangannya untuk berangkat ke tempat kerja. Dia berjalan keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.

Diperhatikan sekeliling. Tiada orang. Kemudian dia berjalan pula menuju ke dapur. Masih tiada orang. Dia yakin Redza masih belum bangun. Dia pasti yang Redza bukan seorang morning person. Jadi mudahlah untuknya keluar ke kerja setiap pagi tanpa perlu bersua muka dengan Redza.

Namun, tanpa pengetahuan Luna, Redza sebenarnya adalah seorang morning person. Sama seperti Renee.

Setiap pagi, selesai saja solat subuh, Redza akan berjaga dan menyiapkan kerjanya. Bekerja sebagai seorang editor majalah memudahkan kerja Redza. Dia tidak perlu ke pejabat untuk menyiapkan kerja. Bahkan semuanya boleh diselesaikan di rumah sahaja.

Terdengar bunyi seseorang menutup pintu memberi Redza petunjuk yang Luna sudah berangkat ke tempat kerja.

She’s gone. Now, it’s time for me to win her heart.” Redza keluar dari bilik selepas terdengar bunyi enjin kereta Luna meninggalkan perkarangan rumah.

Dia mengambil iPhone 6 di dalam poketnya dan meng-google menu masakan untuk di masak pada petang nanti.

Setelah mendapatkan apa yang dimahukan. Redza menyimpan kembali iPhone 6 nya di dalam poket dan mengambil kunci rumah untuk keluar pergi membeli bahan-bahan masakan.

Sedar yang dia juga bersalah malam tadi, Redza cepat muncul dengan idea untuk memohon maaf dengan memasakkan makan malam buat Luna. Romantic candle light dinner. Itu ideanya.

Luna menolak pintu rumah dengan dahi yang berkerut seribu. Dia pelik kerana dari luar lagi dia sudah dapat menghidu bau makanan yang sangat menyelerakan. Beef steak. Makanan kegemaran. Tiada orang tahu mengenai makanan kegemarannya itu selain Renee. Dia beranggapan yang mungkin dia terlalu lapar sehingga terhidu bau makanan tersebut.

Pagar gril di tarik dan dikunci dari dalam. Pintu kayu itu pula ditolaknya menggunakan punggung saja. Dengan langkah longlai dia berjalan setapak demi setapak ke ruang tamu.

Tapi alangkah terkejutnya apabila ruang tamunya berubah menjadi restoran. Sofanya telah beralih kedudukan.

Ada meja kecil dengan dua kerusi di baluti kain putih dan dihiasi reben berwarna hot pink menghiasi ruang tamunya. Di atas meja tersebut ada dua pinggan stik daging. Siap dengan lilin sekali!

Luna yang masih kebingungan tiba-tiba terasa lengannya di pegang lembut oleh seseorang. Dia yang terperanjat terus berpaling ke belakang.

Redza senyum apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Luna. Mood romantik menyelubungi mereka berdua. Redza memegang lembut jari-jemari Luna dan di tariknya gadis itu duduk di kerusi yang telah dihiasnya.

Setelah masing-masing duduk dengan selesa, Redza memulakan perbicaraan. “Dinner is on me.” Katanya dalam nada romantis. Luna masih kehairanan. Lain pula Redza malam ini berbanding semalam.

Luna, I’m sorry about last night.” Redza memohon maaf. Luna memandang tepat anak mata Redza. Mencari keikhlasan. Dia keliru. Antara mahu percaya atau tidak. Namun dari gaya Redza meminta maaf, dia tahu lelaki itu ikhlas.

It’s okay. Can we eat? I’m hungry.” Kata Luna dengan gelojoh tanpa segan silu. Tapi memang benar. Dia memang sedang kelaparan setelah seharian tidak menjamah apa-apa makanan. Ubat juga tidak disentuhnya. Kesibukan menyebabkan dia hilang selera makan.

Sure.” Redza tidak berkata banyak. Dia mengikut Luna makan sekali. Sesekali di pandangnya sekilas muka jelita gadis didepannya itu.

“Redza, thank you. Sedap kau masak. Sama macam Renee. Renee pun pandai memasak juga. Rasa masakan kau orang pun sama!” Puji Luna. Redza yang sedang menghirup air tersedak. Dia batuk terbahak-bahak.

Luna yang terkejut segera mendapatkan Redza. Belakang lelaki itu di tepuk-tepuk dan diusap lembut. Redza yang terkejut dengan tindakan pantas Luna itu jadi kaku. Sentuhan Luna memberi satu kejutan padanya. Entah kenapa. Dia rasa seperti disambar elektrik. Tangkai hatinya bergetar.

Dek kerana egonya sebagai seorang lelaki, dicubanya sorok getaran itu. “It’s okay. Kau duduklah makan. Aku okay. Tersedak sikit je.” Kata Redza. Nada suara diselambakan. Tayang muka heartless.

“Okay. Kau nak air?” Pelawa Luna. Cuba mengubah suasana.

“Tak apa.” Jawab Redza. Luna angguk faham. Dia bermain-main dengan makanan di dalam pinggan. Mereka berjeda buat seketika.

Melihat keadaan yang sedikit sunyi, Luna memecahkan kesunyian dengan menyanyi kecil. Redza yang sedari tadi berusaha menghabiskan makanan di pinggan terus terhenti. Mukanya diangkat sedikit memandang Luna.

“Sesungguhnya engkaulah makhluk yang kusayang…

“… tetapi cinta kita ini cinta terlarang…” Lagu Cinta Terlarang nyanyian Kangen Band itu di dendangkan perlahan. Redza ketap bibir. Hatinya luruh melihat Luna menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

Tanpa sedar, air mata Luna berguguran. Redza hanya mampu memandang. Mungkin menangis saja dapat membantu Luna melepaskan rindunya pada Renee.

Redza duduk diam tidak terkutik. Luna pula mengesat air matanya yang berjuraian menggunakan hujung baju.

Sorry. Woman. Can be super emotional.” Tutur Luna dengan suara yang kendur bersama wajah yang sugul. Makin di kesat, makin laju air mata yang mengalir dari tubir matanya.

Redza yang sudah tidak tahan, akhirnya bangun dari duduknya dan terus menarik Luna berdiri ke dalam dakapannya. Ubun-ubun kepala Luna diusap lembut.

It’s okay… Just cry. Cry if that makes you okay.” Pujuk Redza penuh kasih. Dia berasa kasihan melihat keadaan Luna. Tapi apakan daya. Dia perlu mengotakan janjinya pada Renee.

Entah kenapa. Pelukan Redza membuatkan Luna berasa tenang. Sakitnya merindui Renee sedikit sebanyak terubat. Mungkin kerana Redza adalah abang kepada Renee.

Renee… Lelaki yang sedang memeluk aku ini. Dia mengingatkan aku pada kau. Pelukan kau. Pujukan kau. Sedikit pun tidak berbeza. Aku rindu kau. Pulanglah… Rayu Luna dalam hati. Perlahan-lahan, dia menyembamkan mukanya ke dada bidang Redza. Spontan Redze memeluknya dengan erat.

Maafkan aku, Luna. Lafaz Redza dalam hati. Pada masa yang sama, dia memejamkan matanya dan tangannya lembut mengusap rambut Luna.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.