Home Cerpen Cinta Oh tidak! Suamiku Diva! Part 1
Oh tidak! Suamiku Diva! Part 1
Andrea
25/1/2015 20:40:47
2,280
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

I HATE YOU!!!!!” teriak Luna. Kuat.

You do?” Wanita itu bertanya pada Luna. Wajahnya tenang memandang Luna yang sedang merenungnya dengan penuh kebencian. Bibirnya yang merah menyala itu senget mengukir senyuman sinis.

Evil look.

Yes, I always do. Kau nak apa dari aku? Kenapa kau selalu ganggu hidup aku? Kenapa?!!” jerkah Luna. Jari-jemari di genggam erat. Badannya menggigil.

“Hahaha!!!!” Seperti kerasukan, wanita berbaju merah jambu itu ketawa mengilai sekuat hati. Lantang dan menakutkan.

Tidak cukup dengan hilai tawa, wanita berbaju merah jambu itu mula berjalan setapak demi setapak mendekati Luna. Luna yang seakan kebingungan mula berundur ke belakang.

“Luna… Luna... Luna...” Wanita itu berhenti sejenak. Kepala diliuk-lentok ke kiri dan ke kanan. Leher di regangkan. Matanya tepat memanah anak mata Luna.

“Kau lupa pada aku, Luna? Bukankah dahulu aku ini kawan baik kau?” tanya wanita itu lagi. Luna mengerutkan dahinya. Keningnya bersambung. Membuatkan wajahnya kelihatan sungguh bengis dan menakutkan.

She look murderous.

“Luna… Cuba kau ingat balik. Dulu, akulah teman kau siang dan malam. Aku kawan kau. Kawan baik kau. Kita buat baik bersama. Buat jahat pun bersama.” Wanita itu kembali mendekati Luna lagi. Luna cuba menjauhkan diri. Dia berundur dan semakin berundur ke belakang.

Paaaaapppp!

Shitttt!” Luna memejamkan matanya. Geram di dalam hatinya bertambah.

Dinding.

“Macam mana nak lari ni?” Soal Luna menggerutu di dalam hati. Luna toleh ke kiri dan ke kanan. Tiada jalan keluar. Tiada pintu. Cuma dinding. Dinding kedap yang menyeramkan.

Luna menjumpai jalan buntu. Akhirnya dia tersandar pada dinding di belakangnya. Wanita berbaju merah jambu di depannya semakin berani melangkah mendekati. Selangkah demi selangkah. Kemudian dia berhenti betul-betul di hadapan Luna. Wajahnya sangat dekat dengan wajah Luna. Sehinggakan hembusan deras nafasnya turut dapat dirasai.

“Kau lupa pada aku? Kau lupa, Luna?” Wanita itu masih bertanyakan soalan yang sama.

Luna menundukkan wajahnya sedikit. Cuba mengingati dan mencerna segala informasi yang di tuturkan oleh wanita berbaju merah jambu itu sedari tadi.

“Aku tak kenal kau. Kenapa kau suka ganggu hidup aku? Pergilah. Pergi!!” rayu Luna diakhiri dengan teriakan dan jeritan lantang menyuruh wanita itu pergi dari hidupnya.

“PERGIIII!!!”

“Ya Allah, Luna!” Matanya celik membulat. Renee bangun lintang-pukang apabila terdengar teriakan kuat hadir dari bilik Luna. Sepantas kilat dia berlari ke arah bilik Luna. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik, tombol pintu dipulas pantas dan dia segera mendapatkan Luna yang sedang meracau-racau di atas katil.

“Dia mimpi lagi.” Desis hati Renee.

Dengan penuh berhati-hati, dia mengejutkan Luna yang sedang hanyut dibawa arus mimpi ngeri itu. Ini bukan kali pertama Renee berhadapan dengan situasi mencemaskan ini.

Terdetik juga dalam hatinya untuk berpindah bilik dan tidur berkongsi katil dengan Luna. Namun dia tahu, itu bukan satu idea yang baik memandangkan keadaan dirinya dan Luna yang sungguh berbeza.

Mereka serupa tetapi berbeza.

“Luna… Bangun, sayang.” Kepala Luna dipangkunya. Perlahan-lahan pipi gadis itu diusap lembut dengan penuh kasih. Tetapi Luna masih meracau dan tidak sedarkan diri.

Oh my poor Luna…

Renee mencuba lagi sehingga beberapa kali, “Luna, please wake up. You had a bad dream again… Wake up please, my dear Luna.” Bisiknya lembut di telinga kiri Luna. Kepala Luna masih elok di pangkunya.

Terasa seperti ada suara yang memanggil. Luna cuba mencari dari mana arahnya suara itu hadir. Tetapi dia tidak mampu. Dia tidak larat. Renungan tajam wanita berbaju merah jambu di hadapannya membuatkan dia tidak mampu untuk melawan sungguhpun dia tahu yang dia lebih daripada mampu. Kekuatannya luar biasa.

“Luna… Please bangun…” Sekali lagi suara itu menyeru namanya. Merayu.

Melihatkan keadaan Luna yang masih tidak sedarkan diri dan meracau itu, Renee segera mengangkat kepala Luna dengan berhati-hati daripada pangkuannya dan di letakkan kembali kepala gadis itu ke atas bantal dengan elok. Kemudian, Renee bangun menyusun langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil secawan air untuk direnjiskan ke muka Luna.

Basah.

Air renjisan Renee itu membasahi hampir keseluruhan wajahnya.

Sejuk yang mencengkam dan ditambah pula dengan kedinginan penghawa dingin akhirnya menyedarkan Luna dari mimpi ngerinya.

Luna membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya meramas kuat jari-jemari panjang Renee yang sedang mengusap-usap ubun-ubunnya.

“Renee…” Panggilnya perlahan.

Hati Renee berasa lega. “Alhamdulillah…” Lafaznya dalam hati. Bersyukur ke hadrat Ilahi.

Yes, Luna.” Senyuman manis di hadiahkan buat Luna.

“Renee, aku mimpi lagi. Aku mimpi perempuan tu lagi.” Jelas Luna dengan muka yang basah dengan campuran peluh dan air renjisan.

“Dia cakap apa dekat kau?” Tanya Renee dalam nada yang tenang. Cuba memahami keadaan Luna.

She said, I am her and she is me. And she also said that I and she used to be best friends.” Jelas Luna dengan bersungguh-sungguh. Tangan Renee di tariknya dan di bawa ke dalam dakapan.

She said we did good things and had done bad things together. Cara dia cakap tu macam kami dah kenal lama. Sangat lama.”

“Dengan reaksi muka dia yang… Ya Allah… Tak dapat aku nak gambarkan Renee.” Tambah Luna lagi. Matanya bulat merenung anak mata Renee yang cantik itu. Walaupun dalam samar cahaya lampu tidur, Renee tetap kelihatan cantik pada pandangan mata Luna. Gadis itu memang cantik.

Renee telan liur. Perkara yang paling dia takutkan bakal berlaku nampaknya. Segala yang cuba dielakkan ,nampaknya semakin hari semakin menjadi-jadi dan membahayakan.

“Kau ada tanya nama dia siapa, Luna? Dia tinggal mana? Macam mana dia kenal kau dan kenapa dia selalu ada dalam mimpi kau?” Renee cuba memprovokasi fikiran Luna dalam diam.

Luna geleng kepala. “Tak Renee, aku tak tanya.” Renee mengeluh lembut. Akhirnya dua orang sahabat baik itu masing-masing terdiam.

Renee dan Luna merupakan sahabat baik. Mereka berkenalan lebih empat tahun yang lalu. Sepanjang Luna tinggal bersama Renee, Reneelah yang banyak membantu Luna dan menguruskan hampir kesemua perkara berkaitan Luna. Termasuklah menanggung makan dan minum serta memberi tempat tinggal yang selesa buat Luna. Tidak pernah sekali pun dia mengungkitnya.

Wang bukanlah satu masalah buat Renee memandangkan dia mempunyai kerjayanya sendiri. Kerjaya yang sangat sesuai dengan sifatnya yang suka membantu orang lain itu.

Setelah sekian lama berdiam, Renee kembali bersuara. “Luna… Kita jumpa doktor nak tak? Kita buat check up? Please…” Pujuk Renee. Mencuba sedaya-upayanya. Namun hampa apabila cadangannya hanya dibalas dengan gelengan.

Itulah Luna. Apabila diajak berjumpa dengan doctor, dia tidak mahu. Dia menolak sekeras-kerasnya. Renee sebagai seorang yang sangat memahami, tidak mahu memaksa atau bercakap lebih. Dia tahu itu bakal mengganggu emosi dan proses pemulihan Luna.

Semenjak pertama kali Luna menjejakkan kaki ke dalam rumah Renee, dunianya berubah. Dia merasa bebas dan tiada yang dapat mengongkong atau mengarahnya lagi seperti dahulu.

Apabila bersama Renee, Luna memperolehi semangat yang luar biasa. Semangat yang baru. Renee bijak mengambil hatinya dan membuat dia tenang. Itu sedikit sebanyak dapat membantu Luna untuk mengawal dirinya.

Tetapi bagi Renee, sejauh manapun Luna yakin yang dirinya semakin sembuh, Renee tetap pasti yang gadis itu masih memerlukan bantuan daripada mereka yang arif. Dia akan berikhtiar sehabis mungkin untuk mengubati Luna. Dan Luna juga perlu berikhtiar untuk mencari penawar buat dirinya.

Di dalam Islam itu sendiri ada menyuruh setiap hamba-Nya yang ditimpa ujian dalam bentuk penyakit agar sentiasa berikthiar untuk mencari ubat penyembuh. Sesungguhnya setiap jenis penyakit yang menimpa seseorang itu adalah ujian daripada Allah S.W.T. Itu juga merupakan bukti ataupun tanda yang juga dikenali sebagai buah tangan dan hadiah daripada Tuhan Yang Maha Esa sebagai tanda yang Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya.

Ujian, cubaan, dugaan mahupun bala yang Allah turunkan kepada hamba-Nya, disebalik semua itu ada tersirat dan tersurat tujuan dan hikmah yang tersendiri. Dan tiada kuasa yang dapat menduga atau menyoal kuasa Allah. Perancangan Allah buat hamba-Nya sangat sempurna kerana Dialah sebaik-baik perancang.

Ujian dan dugaan bertujuan untuk membersihkan hati setiap orang mukmin yang sejati. Dan itulah yang membezakan diantara orang munafik dan orang beriman. Juga pembeza diantara seorang Muslim dan kafir.

Dengan ujian dan dugaan yang diberi, ianya dapat menghapuskan dosa setiap hamba. Dosa ini terhapus dengan adanya sifat bersabar dan sentiasa redha dengan apa yang telah Allah turunkan. Bersabar itu merupakan salah satu tanda ketaatan dan keimanan seseorang insan terhadap Sang Pencipta.

Selain itu, ianya turut dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Juga membentuk nilai-nilai murni yang baik dalam diri setiap hamba.

Seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah S.W.T segala perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya."

******************************************************************************

“La la la la la…La la la la la…” Lagu nyanyian Shakira berkumandang. Renee bernyanyi riang di ruang makan sambil tangan cekap menyediakan sarapan pagi buat Luna.

“Amboi, bahagia nampak anak dara sekor ni? Apa kes? Dapat boypreeeengg baru ke, Cik Kak? Hehehe.” Tegur Luna yang baru keluar dari bilik tidurnya sambil ketawa mengekek.

Renee terdiam mendengar kenyataan Luna tadi. Gulp!

“Nyanyi pun salah? Macamlah tak biasa dengar aku nyanyi kan kau, nokkk!” Bidas Renee dengan tangan sebelah bercekak pinggang dan sebelah lagi memegang pisau sapuan roti.

“Ala, kau tu selalunya kalau siap menyanyi bagai. Mestilah ada benda yang istimewa berlaku. Tak dapat pakwe baru, dapat gaji extra. Takda yang lainlah. Itu je yang ada, nyah.”

Renee menjeling ke arah Luna. Luna angkat kening. Roti di atas pinggan di sambarnya dan di kunyah penuh selera.

Hmm… Wheat bread with Nutella and creamy spread. Yummy!

Sedang mereka seronok menjamu selera, tiba-tiba Luna terhidu sesuatu yang aneh datang dari arah dapur rumah. Dia memberi isyarat bahu pada Renee. Bagaikan tahu apa yang dimaksudkan oleh Luna, Renee menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Tetapi bau itu semakin menebal dan menusuk hidung. Masing-masing tidak mahu menjenguk keadaan di dapur. Akhirnya Luna mengalah. Roti di tangan di letakkan semula ke atas pinggan. Dia berjalan masuk ke dapur.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Reneeeeee!!!” Jeritnya sekuat hati.

Renee tersentak. Dia pantas berlari mendapatkan Luna. “Apasal?” Soalnya polos. Dadanya mencungap. Dipandangnya Luna dari atas ke bawah. Tidak berkedip.

“Woi, kau nak suruh kita mati rentung ke???!” Amuk Luna dengan jari menuding ke arah seloyang kek yang telah rentung di atas kitchen bar.

Renee menoleh. “Astaghfirullahalazim. Aku lupa lah, nokkkk!!” Dia tepuk dahi. Muka minta kesian dilayangkan. Meminta keampunan dari Luna yang sudah merah padam mukanya. Marah.

“Sabar Luna, Sabar. Aku takut. Tolong jangan mengamuk.” Bisik hati kecil Renee.

“Lupa lupa. Apa je yang kau tak lupa, wehh??” Luna bertanya kasar.

Memang gangster awek sekor ni! Kalah Kak Yong!

Renee ketap bibir. Bibir bawahnya di gigit kuat. Nasib saja tidak berdarah. Takut benar dia melihat keadaan Luna yang sedang amuk itu. Dia takut sekiranya sesuatu yang teruk berlaku.

Melihat perilaku Renee yang sedang berdiri dalam keadaan menggigit bibir itu membuatkan Luna terkesima seketika.

Ermm. Sexy…” Getus hati kecil Luna dalam diam. Ada getaran dalam hatinya. Nalurinya seakan berkecamuk. Bercampur aduk. Nafsunya seperti diuji.

Sedang Luna terkesima dengan perbuatan Renee. Renee pula terpana dengan seraut wajah polos dengan mata bulat yang terpamer indah di depan kanta matanya. Kedua bola mata Renee tekun merenung mata bulat milik Luna. Tanpa sedar, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Masing-masing ibarat terpukau dengan kecantikan satu sama lain.

Ouchhh!” Tiba-tiba Luna mengaduh.

Renee tersentak. Mulai panik. “Kenapa Luna? Kau okay ke?” Matanya membuntang. Dia menggelabah. Dipegangnya kedua belah bahu Luna dengan mata tidak lekang dari memeriksa setiap inci tubuh gadis itu.

Luna mengangkat jari telunjuknya sehingga ke paras mata Renee yang ternyata jauh lebih tinggi darinya. “Jari aku terkena baking tray. Sakit. Panas.” Luna cembeng. Bibirnya muncung sedepa.

Renee geleng kepala beberapa kali. Dia mendengus. “Hmmm. Ingatkan apa tadi. Meh sini jari tu.” Pinta Renee. Luna menghulurkan jarinya.

Renee memegang lembut jari tersebut dan dibawanya ke bibir. Perlahan-lahan diciumnya jari telunjuk gadis comel di hadapannya itu.

Luna pelik. Hatinya berdegup semakin kencang. Ada sesuatu yang tidak kena. Tapi dia tidak mampu untuk bersuara. Bagaikan kaku. Terpukau lagi dengan perilaku Renee.

“Kenapa dengan aku ni?” tanya Luna pada dirinya sendiri.

Lama Renee mencium jari telunjuk Luna itu sehinggakan dia tidak sedar yang sedari tadi Luna memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Renee sebenarnya berasa tenang.

“Ehem ehem.” Luna berdehem. Mengejutkan Renee dari lamunannya.

Lamunan terhenti!

Renee tersentak. Baru dia sedar yang jari Luna masih melekat di bibirnya. Jemari gadis itu masih kemas di dalam genggamannya. Segera tangan Luna di lepaskan dari genggamannya.

Alright… This is beyond awkward.” Luah Luna. Kekok dan pelik.

Errrkkk… Yeah…” Renee bersetuju. Kepala di angguk dengan muka yang memerah. Blushing, maybe.

“Aku nak mandi!” Kata Luna pantas. Dia segera berpaling dan menuju ke kamar mandi di dalam bilik tidurnya. Kakinya laju melangkah. Renee pula masih terpinga-pinga seorang diri.

Wahai Tuhan, rasa apakah ini? Kenapa begini yang terjadi? Perasaan aneh apakah ini? Rasanya pelik tetapi menyenangkan. Aku tenteram.

Aku dan dia sama. Serupa. Tapi getaran itu. Getaran jiwa itu. Dari mana hadirnya ia?

Luna dan Renee masing-masing mempersoalkan perkara yang sama. Masing-masing buntu dengan perasaan masing-masing.

Tapi pada Luna, ada satu saja persoalannya saat ini.

Songsangkah aku?

************************************************************************

Doc… It’s happening.” Kata Renee yang sedang duduk bersandar tenang pada sofa baldu merah di dalam bilik pejabat Dr. Iman.

Yeah, it is. Just like what we’ve predicted.” Balas Dr. Iman. Pen di tangan di selitkan pada poket baju kemeja berwarna navy blue yang dipakai. Dia berjalan mendekati Renee dan melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan Renee.

Dr. Iman merupakan doktor peribadi Luna Elena. Namun semenjak tinggal bersama dengan Renee, Luna tidak lagi bertemu dengan Dr. Iman. Sebagai seorang doktor pakar yang berkelulusan PhD dan amat arif tentang bidang pekerjaannya, dia terlebih dahulu sudah dapat mengagak sebab musabab kenapa Luna tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Dr. Iman pulang ke tanah air, Malaysia yang tercinta setelah lebih dari empat tahun mendalami ilmu perubatan di India. Niatnya pulang ke Malaysia cuma ada satu, iaitu untuk menyambung tugasannya kembali. Memantau keadaan Luna sepanjang Luna berada di dalam proses rawatan dan pemulihan.

Sepuluh tahun yang lalu. Sebelum Luna bertemu dengan Renee buat pertama kalinya, sepanjang tempoh waktu itu, Dr. Iman memainkan peranan penting di dalam hidup Luna Elena. Dia dipertanggungjawabkan oleh pihak hospital untuk menjaga Luna.

Awalnya Dr. Iman menolak kerana dia tidak pasti siapa yang bakal menjadi pesakitnya dan masalah apa yang perlu diselesaikannya. Tetapi, apabila Dr. Iman di perkenalkan kepada Luna. Dari saat itu, dia menjadi sangat tertarik dengan masalah yang di hadapi oleh Luna.

Dr. Iman yang waktu itu masih lagi baru dalam bidang kedoktoran dan boleh dikatakan masih kekok memikul gelaran seorang doktor, tetap juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan rela hati dan penuh bersemangat. Sehinggakan dia memutuskan untuk mengambilalih sepenuhnya kes Luna Elena Alfian.

Ketika itu juga, Luna masih terlalu muda. Baru belasan tahun umurnya. Hampir enam tahun Dr. Iman menghabiskan masanya bersama Luna. Dia merawat, menjaga dan sedaya-upaya menjadi teman yang baik buat Luna supaya Luna tidak berasa keseorangan. Tempoh masa enam tahun itu dimanfaatkan sepenuh dan sebaiknya oleh Dr. Iman

Pelbagai usaha dan ujikaji Dr. Iman jalankan supaya dia dapat merawat Luna Elena. Tetapi sebagai manusia biasa, dia juga hampir berputus asa dan mahu mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah. Namun dia sedar, dia tidak selemah itu.

Tapi bagaikan ada sinar baru menjengah, kehadiran Renee tatkala Dr. Iman sudah nekad untuk menyerahkan siasatan kes Luna kepada doktor lain yang lebih pakar ibarat satu petanda atau petunjuk dari Allah S.W.T.

Renee menarik nafas dalam. Udara segar cuba di hirupnya. Tetapi tidak berjaya. Dadanya sesak. Perutnya terasa senak. Pantas dia mendongak dengan mata terpejam rapat. Buat seketika, keadaan menjadi sunyi. Masing-masing membisu.

What should we do, Doc? It’s been 4 years since back then.” Renee bersuara. Memecahkan kesunyian.

Dr. Iman mengeluh panjang. “Yes, Miss Renee. It has been 4 years and she still under our protection and concern. Probably, she is our main concern by now.” Jawab Dr. Iman selamba. Dia bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Renee. Namun dia ada jalan penyelesaian yang terbaik. Yang padanya, hanya Renee sahaja yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Perlahan-lahan Renee membuka matanya. Kepala masih mendongak memandang siling. “What choices left for us, Doc?” Tanyanya sambil jari mengurut-urut batang hidungnya yang mancung terletak itu. Mindanya kosong. Sekosong siling yang sedang di tenungnya kini. Dia buntu. Rambutnya yang panjang mengurai itu pula diselakkan ke belakang.

Dr. Iman memerhatikan gerak-geri Renee. Gadis di hadapannya itu nampak kusut. Tapi masih tetap kelihatan cantik dan berseri. Ada aura yang tersendiri.

The beautiful Renee… But poor thing…” Desis hati kecil Dr. Iman. Dia tersenyum sendiri.

Dr. Iman berdiri dan melangkah ke meja kerjanya. Dia duduk di hujung penjuru meja kerja yang sedikit tidak teratur itu. Masih banyak perkara yang perlu diuruskan. Dan dia masih berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tak banyak. Yang penting, kita kena pantau pergerakan dia. Tapi, sepanjang 4 tahun ni, ada apa-apa perubahan pada dia? Atau dia masih maintain macam sebelum ni?” Dr. Iman menyoal dalam nada serius.

Maintain. Tiada yang berubah. Sama saja. Semakin positif. Tapi didalam positif itu, ada juga negatifnya.”

By the way, kenapa ya?” Renee kerut dahi. Mata dikecilkan sedikit. Tangan kanannya mengurut-urut belakang lehernya yang terasa tegang.

“Berdasarkan laporan dan pemerhatian daripada semua pakar kami, kami memutuskan yang keadaan Luna sebenarnya sangat baik. Perubahan positif dalam diri dia juga semakin memberangsangkan.”

I think this could be a great achievement, Renee.”

“…But, the nightmares… She kept having the same nightmares. More worst from days to days and that worrying me.” Luah Renee dengan nada penuh sayu. Air mukanya keruh. Sekeruh hatinya kini.

I’m so worry about her, Doc. She needs to be well-observed.” Tambahnya lagi. Memberi sedikit cadangan kepada Dr. Iman supaya Luna di pantau dengan lebih ketat. Dia takut jika ada apa-apa berlaku kepada Luna sekiranya wanita itu tidak diawasi dengan baik.

Dr. Iman senyum senget. Matanya menjeling sekilas pada Renee. Dengan kening yang terjongket sedikit, Dr. Iman bersuara. “Awak lebih risaukan keadaan dia padahal nyawa awak sendiri ibarat telur di hujung tanduk? Living with her is like you digging your own grave, Miss Renee.

“Awak tak sedar lagi ke Renee? Hmmm?”

Renee geleng kepala. Bibir dimuncungkan. Matanya redup memandang lantai. Gaya seorang yang sedang berfikir mengenai perkara yang sangat rumit.

Tetapi benar juga. Sememangnya dia sedang mengalami situasi yang rumit.

“Kalau dah memang ajal saya, tak kisah di mana dan dengan siapa pun saya beradam tetap saya akan mati juga, Doktor.Apa yang penting sekarang ni bukan keselamatan diri saya, Dr. Iman. Tetapi Luna! Luna... I need her to be safe and healthy; physically and mentally.” Bersungguh-sungguh Renee meluahkan isi hatinya kepada Dr. Iman.

Dr. Iman ternganga. Tercengang. Sengihan nakal mulai terbit dari bibir Dr. Iman. “Ahah! What is up now, Miss Renee? You fell in love with her, huh?”

What are you? A les…?” Dr. Iman membiarkan ayatnya tergantung. Dia tahu yang Renee amat sudah tahu apa yang dimaksudkannya.

Renee tersengih seraya menyangkal kenyataan daripada Dr. Iman itu. “No! You could not be more serious, Doc. You knew who I am. I mean, who I were before.” Renee menjeling. Kepala digelengnya. Senyuman senget melebar.

Well, who knows Renee? By the way, saya ada satu cara untuk secure masalah ni. Dan saya harap sangat supaya awak boleh bekerjasama seperti biasa.” Dr. Iman senyum di hujung ayat.

What is it? I’ll do whatever it takes to make sure she is safe.” Kata Renee penuh bersemangat. Ada sinar keceriaan di wajahnya. Dia kelihatan sangat berminat dengan apa yang bakal diperkatakan oleh Dr. Iman.

Muka Dr. Iman dengan tiba-tiba bertukar serius. Dia diam seketika sebelum menyambung perbualan.

You need to be who you were. You know what I mean.”

Renee ternganga. Tersentak dengan kata-kata Dr. Iman. Jantungnya berdegup kencang. Nalurinya berkecamuk. Hatinya luluh. Peluh-peluh kecil mula merintik sungguhpun dia berada di dalam bilik pejabat yang dipenuhi kelengkapan penghawa dingin.

Panas. Hatinya berbisik. Keadaan terasa berbahang. Segera Renee bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati Dr. Iman yang ternyata jauh lebih kecil darinya.

Keadaan mereka yang terlalu dekat membolehkan Dr. Iman mendengar degupan jantung Renee yang sedang berdegup dengan sangat kencang itu.

Dup dap dup dap…

Dari situ dia tahu yang cadangannya itu benar-benar menggugat jiwa Renee.

She needs to be in a safe hand. She needs to be with someone whom she could trust. Someone she is comfortable with; someone whom can keep her safe from any danger, especially herself.”

She needs a husband that can accept her for who she was before, for who she is now and for who she will be in the future. By these, now you know what you are supposed to do.” Tambah Dr. Iman lagi.

“Tapi macam mana? Dengan keadaan saya yang macam ni? Ya Allah, tak mungkin! Sejujurnya, saya dah hampir berputus asa. Saya tak nampak jalan penyelesaian untuk masalah ni dan inikan pula jalan penyelesaian untuk hidup saya ni!” Renee membentak kasar.

“Saya tak pasti sekiranya masih ada harapan untuk hidup saya ni. Saya ni cuma menanti hari untuk ajal datang menjemput saya, Doktor.”

AstaghfirullahalazimRenee. Ajal maut itu di tangan Allah S.W.T. Kematian itu satu kepastian. Itu janji Allah. Sesiapa pun akan di menempuh ajal. Cumanya kita tak tahu bila dan di mana.”

“Dalam Surah Yusuf, ayat 87. Allah ada berfirman yang sesungguhnya tiada manusia di muka bumi ini yang berputus melainkan orang-orang kafir. Sebagai seorang Muslim, janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu meluas.” Tutur Dr. Iman dengan lembut. Bahu Renee diusap lembut. Memberi semangat.

Don’t ever give up. You want to help her. You must help yourself first. To change others, you need to change yourself.” Tambah Dr. Iman lagi sebelum dia beredar keluar dari bilik pejabat dan meninggalkan Renee seorang diri.

Memberi ruang untuk Renee berfikir dengan tepat. Dia tahu Renee itu bijaksana orangnya. Pasti akan temui jalan keluar dengan baik. InsyaAllah…

******************************************************************************

Teringat akan perbualan dirinya dan Dr. Iman, Renee sudah tahu apa yang patut dilakukannya demi menyelamatkan Luna.

Sebagai langkah awal, dia perlu pergi. Pergi meninggalkan Luna. Pergi meninggalkan semuanya. Tetapi bukan cintanya. Cintanya masih kekal dan akan kekal sampai akhir hayat. Itu tekadnya.

Jam di dinding menunjukkan sudah masuk pukul 3 pagi. Renee masih lagi tidak dapat melelapkan matanya sedangkan Luna di dalam biliknya sudah pun lena tidur di buai mimpi.

Harap-harap di buai mimpi indah dan bukannya mimpi ngeri lagi. Itu sahaja harapan Renee.

Sudah hampir seminggu Renee berfikir panjang. Siang malam pagi petang asyik di habiskan dengan berfikir. Puas dia berfikir sampai hendak pecah otaknya. Penat berfikir mengenai masalah Luna dan masalah yang di alami dirinya sekarang.

“Aku perlu betulkan semua ni. Aku perlu!” Renee tekad di dalam hatinya. Tangan kanannya di kepal-kepalkan. Kemudian satu tumbukan padu di layangkan ke dinding. Dia sedang berperang dengan nafsunya sendiri. Separuh jiwanya suruh menyerah kalah. Separuh lagi berbisik supaya dia terus berjuang. Berjuang demi diri dan orang yang dicintai.

Renee pejam mata rapat. Nafas ditarik sedalam mungkin. Hatinya kuat beristighfar. Dia nekad!

Langkah kaki di atur menuju ke bilik Luna. Pintu bilik Luna di kuakkan sedikit. Membolehkan dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik sahabat baiknya yang sangat disayangi. Gadis itu sedang lena.

Renee tersenyum melihat wajah Luna yang polos seperti bayi yang sedang nyenyak tidur setelah didodoikan oleh ibunya.

“Luna… Maafkan aku. Aku perlu pergi. Aku perlu tinggalkan kau. Aku ada urusan yang perlu aku selesaikan. Dan aku janji. Aku akan kembali. Jaga diri kau, Luna.” Bisik Renee perlahan di telinga kiri Luna yang sedang tidur mengereng itu. Surat yang terlebih dahulu telah dikarang beberapa hari yang lepas di selitkan di bawah bantal tidur Luna.

“Aku harap kau baca surat aku nanti dan dapat fahami isi hati aku. Aku terpaksa Luna. Maafkan aku, sayang.” Sejurus itu pipi Luna dikucupnya lama. Air matanya setitik demi setitik jatuh membasahi pipi gadis kesayangannya.

Renee sedar yang di harus tabah. Dan dia akan tabah. Demi Luna!

Takut tangisannya semakin melarat, dia pantas berdiri dan meninggalkan bilik Luna. Sebelum itu, sempat dia menoleh ke belakang buat terakhir kali.

What should I do without your smart mouth?

Drawing me in and you kickin’ me out

You’ve got my head spinning, no kiddin’

I can’t pin you down

What’s going on on it that beautiful mind

I’m your magical mystery ride

And I’m so dizzy, don’t know what hit me,

But I’ll be alright…

I’ll be alright, Luna..”

I love you. I will come back. As a better… me.” Renee berjanji pada dirinya. Berjanji pada Luna.

Mata dipejam rapat. Lafaz Bismillahirahmanirrahim di baca kuat dalam hati dengan penuh keyakinan.

Setibanya Renee di destinasi yang bakal di tujunya nanti. Segalanya akan berubah. Pasti akan berubah. Dan perubahan itu yang di mahukan untuk dirinya. Demi Luna, demi masa depannya sendiri.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.