Home Novel Komedi/Romantik Komedi LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
LOVE YOU, Miss Hilang Ingatan!
Aimie Izzati
19/2/2017 15:30:50
16,983
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 18

M

 

AILmengayuh gigih basikalnya menuju ke rumah Saiedon.  Giginya diketap rapat disaat menaikibukit.  Mulutnya pula ternganga besarapabila basikal itu mula menuruni bukit. Begitu dramatiknya Mail mengayuh basikalnya untuk pergi ke rumahSaiedon.

            Baikal Mail meluncur laju memasukihalaman rumah Saiedon.  Nafasnya yangsedikit tercungap-cungap diatur semula. Dahinya yang dibasahi peluh dikesat dengan lengannya.  Matanya meliar melihat sekitar rumahSaiedon.  Dahinya berkerut tatkalamelihat lori Saiedon tiada di rumah.  Diamula naik pelik.

            “A… Assalammualaikum! Abang Idonn!A… Assalammualaikum!,” ucap Mail.

            “Waalaikummussalam! Hah, Mail.  Nasib baik kau datang.  Tunggu jap,” Saiedon yang baru muncul di mukapintu mula menuruni anak tangga dan mengambil kasut butnya.

            Berkerut muka Mail melihat figuraSaiedon di rumah.  Dia menggaru-garukepalanya dengan mukanya yang masih berkerut.

            “A… abang Idon.  Ma… mana lori Abang Idon? Kenapa Abang Idontak datang rumah tadi? Cari dekat kebun Abang Idon tak ada.  Tu yang Mail datang sini,” ujar Mail setelahSaiedon datang mendekatinya.

            “Lori aku rosaklah Mail.  Tu aku tak dapat datang rumah kau.  Dahlah Mail, tumpangkan aku pergi kebun.  Nak pergi kebun jalan kaki, mahu tercabuttulang lutut aku nanti.  Boleh tak tumpangkanaku ni?,”

            Mail segera mengangguk kepalanyatanpa sebarang songeh.  Dia memusingkanbasikalnya.  Saiedon membuka langkahnyalalu duduk di belakang Mail.

            “Dah Mail.  Jalan!,” ujar Saiedon.

            Mail mula mengayuh basikalnyaitu.  Basikal tua itu terus meluncurmembawa dua lelaki dewasa di atasnya. Mail mengetap giginya sambil terus mengayuh gigih basikalnya terusmenuju ke kebun.

 

*****

 

            SOPHIEAmenyarung seliparnya yang berada di bawah tangga.  Dia memandang sekeliling dengan mukaselambanya.  Huh, bosan.  Lebih baik dia meneruskan lagipengembaraannya seperti semalam.  Sophieamemandang pintu rumah yang masih terbuka. Dia menggigit hujung bibirnya. Lalu, dengan langkah yang berhati-hati, dia terus berjalan keluar dariperkarangan rumah tersebut.

 

 

            KELIHATANSophiea sedang melewati padang kecil yang berada di kampung itu.  Matanya mengerling melihat sekumpulankanak-kanak yang sedang bermain di padang tersebut.  Sungguh galak mereka bermain.  Sophiea tidak ambil kisah.  Langkahnya diteruskan tanpa menghiraukangelak ketawa daripada sekumpulan kanak-kanak tersebut.

            Tiba-tiba datang sebiji bolamelantun dan bergolek ke kaki Sophiea. Langkahnya mati.  Dahinya berkerutseraya melihat bola besbol yang berada di kakinya.

            “Kakak! Tolong ambilkan bola tu,”jerit salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.  Sophiea berpaling dan memandang kanak-kanaklelaki yang memanggilnya sebentar tadi.

            “Kakak, tolong baling bola dekatkaki kakak tu!,” jerit kanak-kanak itu lagi.

            Sophiea melihat semula bola bewarna putihyang berada di kakinya itu.  Kemudian,dia memandang kanak-kanak yang memanggilnya tadi dengan muka yang selamba.  Sophiea menjeling kanak-kanak tersebut.  Lalu, kakinya terus melangkah tanpamenghiraukan pertolongan yang diminta oleh kanak-kanak tadi.

            Muka kanak-kanak itu berkerut.  Dia berlari lalu mengambil bolanya yangtergolek tadi.  Dia berdiri tegak danmelihat figura Sophiea yang semakin jauh meninggalkannya.

            “Kakak!,” tanpa berlengah,kanak-kanak lelaki itu terus mengejar Sophiea. Dalam beberapa saat, kanak-kanak itu telah memintas Sophiea danmenghalangnya dari terus berjalan.

            Langkah Sophiea terhenti.  Mata bundar terus menikam wajah kanak-kanaklelaki di hadapannya.  Mukanya berkeruttatkala melihat keberanian kanak-kanak itu menghalang perjalanannya.

            “Tepi!,” arah Sophiea.

            Kanak-kanak itu menggeleng.  Mata kecilnya terus menjamah wajah mulusSophiea.

            Sophiea semakin meradang.  Mukanya semakin berkerut tanda marah.  Matanya terus-menerus menikam wajah poloskanak-kanak lelaki itu.

            “Tepilah!,” marah Sophiea.  Kanak-kanak itu tetap berdegil.  Kepalanya menggeleng-geleng tanda tidak mahuberganjak dari situ.  Sophiea mengetapbibir.  Mata bundarnya terus membulatmenusuk wajah kanak-kanak itu.  Mukanyasudah naik merah.  Bila-bila sahajakanak-kanak itu dipukulnya.

            “Tepilah! Kalau tak…,”

            Bola bewarna putih itu dihulurkepada Sophiea.  Sophiea termanguseketika.  Kata-katanya mati.  Mata bundarnya terus melihat bola tersebut danmuka kanak-kanak di hadapannya. Keningnya sedikit berkerut memikirkan motif kanak-kanak itu menghulurbola tersebut kepada dirinya.  Sophieapelik.  Apakah?

 

 

            “MAIL,bakul tu letak terus dekat atas lori,” arah Saiedon.

            “Ba… baik Abang Idon!,” jawab Mailbersungguh-sungguh.  Saiedon tersenyumsenget.  Dahinya yang berpeluh dikesatdengan hujung baju.  Dia melihatpokok-pokok manggisnya dan Mail bersilih-ganti.

            Mujurlah ada seorang temannyasanggup meminjamkan lori kepadanya.  Loriini tidak seperti Cristiano Ronaldo, lorinya itu.  Lori ini lebih baru berbanding loriburuknya.  Badannya cantik.  Tahan. Senang kata, semuanya baru.  Masukke hutan pun masih lagi tahan.  Takmengapalah, sementara menunggu lorinya keluar dari hospital kenderaan, lebihbaik dia menggunakan lori ini.  Jikatiada lori, macam mana dia mahu mengangkut kesemua hasil buah-buahannya itu.

            Saiedon mengipas-ngipas badannyadengan menggunakan topi kebunnya.  Masihbanyak lagi buah yang belum dipetik. Pihak pembeli pula sudah bersedia untuk membeli buah-buah Saiedon petangini.  Jadi, eloklah dia mempercepatkerjanya memetik buah-buahannya yang masih lagi bergayut di dahan-dahan pokok.

            “Mail, lepas kau letak bakul tu,terus petik buah jambu pulak! Kita habiskan hari ni juga!,” jerit Saiedonkepada Mail.  Almaklumlah, Mail sudahkeluar dari dusun manggisnya.  Jarakdiantara Mail dan dirinya agak jauh. Hanya dengan cara itu sahaja dia mampu berkomunikasi dengan Mail.

            “Ba… baik Abang Idon!,” jawab Mailsayup-sayup.

 

 

            “JOMLAHkita main sama-sama!,” ajak kanak-kanak lelaki itu sambil tersengih menampakkangigi depannya yang terlopong.

            Berkerut dahi Sophiea dengan ajakandaripada kanak-kanak tersebut.  Kepalanyatersenget sedikit.  Matanya terus melihatbola bewarna putih yang masih berada di tangan kanak-kanak lelaki tersebut.

            “Jomlah!,” ajaknya lagi.

            Sophiea memandang pelik kanak-kanaklelaki yang berada di hadapannya.

            “Jomlah!,” tangan Sophiea ditarikkanak-kanak tersebut dan berlari menuju ke padang.  Sophiea kaget seketika.  Mata bundarnya semakin membulat.  Kakinya turut berlari disebabkan tangannyatelah ditarik kuat oleh kanak-kanak lelaki tersebut.

            Kanak-kanak itu berlari sambilmenarik tangan Sophiea dengan girangnya. Larian mereka terhenti setelah tiba di tengah padang tersebut.  Semua kanak-kanak yang berada di situmemandang figura Sophiea dengan pelik. Kanak-kanak lelaki yang menarik tangannya tadi mula memperkenalkannyakepada rakan-rakannya yang berada di situ.

            “Korang, kakak ni nak main dengankita sekali!,” ujar kanak-kanak itu dengan teruja.  Membuntang mata bundar Sophiea melihatkanak-kanak lelaki tersebut. 

            ‘Apa?!,’ detiknya.

 

 

            “YAALLAH, mana pula perginya budak Ros ni? Cepat je dia hilang.  Tak sempat aku nak menjengahnya.  Dia dah hilang dulu.  Ros, Ros… mana kau pergi cu,” bisik Nek Miahsambil meliar mencari figura Sophiea di muka pintu.  Nek Miah menggaru-garu lehernya.  Langkahnya diatur menuju ke sudut rumah.  Dia mengangkat ganggang telefon lalu cubamendail nombor Saiedon.

 

            SEDANGSaiedon sibuk mengangkat bakul yang terisi buah-buahnya, tiba-tiba telefonbimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.  Cepat-cepat Saiedon membuka sarung tangannyalalu menyeluk ke poket seluar untuk mengambil telefon bimbitnya.  Saiedon melihat nama yang tertera di skrintelefon bimbitnya itu.  Nombor rumah!Pasti ada sesuatu yang sedang berlaku di rumahnya.  Sophiea buat hal lagikah! Detiknya.

            “Assalammualaikum, ye nek.  Kenapa nenek telefon Idon ni?,” tanya Saiedonmenjawab panggilan Nek Miah.

            “Waalaikummussalam, Idon! Idon, Ros…Ros hilang lagi.  Idon tolong cari diaye.  Nenek risau ni,” kata Nek Miahpanik.

            “Hah? Hilang? Lagi sekali? Mana puladia pergi nek? Dia ni kalau tak susahkan orang satu hari tak boleh ke?,” bebelSaideon.

            “Dah, tak usahlah kau nakmembebel.  Kau tolong cari dia ye.  Risau nenek Don.  Dia tu perempuan.  Kalau lelaki tak pe juga.  Boleh dia jaga diri.  Tolong ye Don,”

            “Hmm… yelah nek. Nanti Idon caridia,”

            “Hah, yelah.  Ni nenek letak dulu ye Don.  Cari dia. Jangan tak cari pula,”

            “Ye nek.  Idon cari dia,”

            “Hah, yelah.  Assalammualaikum,”

            “Waalaikummussalam,”

            Saiedon mengetap bibir.  Mukanya berkerut melihat telefon bimbitnyaitu.  Telefon bimbitnya digenggam dengankasar.

            “Hish, tak habis-habis susahkanorang!,” dengusnya.

 

 

            “NAH!,”bola bewarna putih itu diberi kepada Sophiea. Sophiea terpinga-pinga seketika. Bola tersebut ditenungnya. Kemudian, dia memandang muka kanak-kanak lelaki itu dengan matanya yangsedikit membulat.

            “Akak baling bola ni.  Nanti kita pukul bola yang akak baling,” ujarkanak-kanak itu dengan bibirnya yang tersenyum lebar.

            Sophiea teragak-agak mengambil bolatersebut.  Kanak-kanak lelaki yang lainsudah sedia berada di posisi masing-masing. Sophiea melihat setiap kanak-kanak di situ dengan perasaan yang takut.

            “Kakak boleh!,” jerit kanak-kanaklelaki itu.

            “Kakak boleh!,” diikuti suararakan-rakan kepada kanak-kanak lelaki tersebut.

            Sophiea menelan liur.  Matanya terus menikam ke arah kayu pemukulyang berada di tangan kanak-kanak lelaki itu. Angin yang bertiup mula menghidupkan semangat di dalam dirinya.  Kaki Sophiea sudah bersiap sedia.  Segala kebisingan dan keriuhan dari suarakanak-kanak di situ tidak didengarnya. Yang ada di hadapannya kini adalah pemukul bagi bola yang akandilemparkannya nanti.  Sophiea menariknafas.  Tangannya yang memegang boladibawa kebelakang.  Kakinya diangkat dansegala kekuatan terus terkumpul di tangannya. Sejurus itu, tangannya terus melempar bola tersebut dan…

            “Arghh!!,” Sophiea memegang kepala.

            NNGG!! Kepala Sophieaberdengung.  Kepalanya bagai mahupecah.  Pandangannya tiba-tibakelam.  Sophiea memegang kepalanya dengankuat.  Dia terduduk. 

            “Argghh!,”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.