Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Keluarga Mahar Cinta Untuk Kirana
Mahar Cinta Untuk Kirana
Iman Zahri
13/6/2018 13:34:22
1,049
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 5

PAGI itu Aysar ke hospital tanpa ditemani sesiapa. Dia sengaja ke situ untuk melawat Kirana sebelum ke kampus. Lagipun dia tiada kelas pagi. Usai membeli sarapan di kafe hospital, dia terus ke wad Kenanga.

“Assalamualaikum. Selamat pagi,” Aysar mengucapkan salam apabila menghampiri katil Kirana.

Kelam-kabut Kirana mencapai selendang yang terletak di atas kerusi. Lebih terkejut apabila Aysar muncul awal pagi di hospital. Dia tercari-cari kalau ada pensyarah lain yang datang bersama-sama Aysar.

“Sorry, saya ceroboh masuk sampai awak tak sempat nak pakai tudung,” ucap Aysar.

“Dr. Aysar datang seorang?” tanya Kirana. Selimut dibetulkan. Dia bangun dari pembaringan.Tidak selesa berada dalam posisi itu di hadapan Aysar.

“Ada nampak orang lain dengan saya?”

Kirana menggeleng.

“Saya seorang. Ini saya bawakan nasi lemak. Awak boleh makan nasi lemak. Tak perlu lagi makan bubur nasi. Makanan hospital bukannya sedap,” sempat lagi Aysar memberi complain.

Presentation saya macam mana?” perlahan Kirana bertanya. Siapa yang tak cuak berhadapan Dr. Izz Aysar? Tiada kompromi sekiranya menjadi pelajar di bawah seliaannya.

“Tak payah risau. Awak boleh buat minggu depan. Cepatlah, makan nasi lemak ni. Penat saya beli.”

Kecil besar sahaja Kirana pandang Aysar ketika ini. “Macam mana nak makan? Rapatkanlah meja dengan saya.”

“Oh, sorry. Nah, cepat makan. Lepas makan, awak kena makan ubat. Lepas awak makan ubat, baru saya balik.”

“Okay,” ringkas Kirana menjawab. Rasa janggal apabila Aysar terlebih mengambil berat.

“Kenapa awak tengok saya macam tu?” soal Aysar apabila Kirana pegun memandangnya.

“Ini Dr. Aysar atau bukan?” soal Kirana semula.

“Kenapa?”

“Tak ada apa.”

“Saya pelik?”

“Hah?”

“Awak nak cakap sikap saya sekarang tak sama macam di kampus?”

“Tak… Saya tak cakap apa pun.”

"Saya tegas di dalam kampus. Di luar kampus, saya jadilah diri saya. Tapi, saya bukan hipokrit,” jelas Aysar.

“Saya tak cakap apa-apa.” Kirana terus menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

“Tapi saya cakap.”

Dahi Kirana berkerut. Seram sejuk dengan tingkah Aysar saat ini.

“Awak makanlah. Saya nak ke tandas.”

Tanpa menunggu balasan daripada Kirana, Aysar terus melangkah ke tandas yang berhampiran. Sengaja dia ke tandas luar. Tidak mahu menggunakan tandas pesakit.

Kirana capai telefon bimbit dan terus menghubungi Soffea. Sekejap sahaja panggilannya dijawab.

“Weh! Dr.Aysar ada di sini,” beritahunya tanpa memberi salam.

Telefon bimbit dijauhkan daripada telinga apabila Soffea menjerit. Boleh pekak telinga kalau Soffea begini hari-hari.

“Lepas kau habis kelas, datang sini temankan aku. Nanti aku cerita. Bye!” Panggilan dimatikan apabila melihat Aysar menghampirinya.

“Siapa call?” tanya Aysar. Dia melabuhkan duduk di kerusi sebelah katil Kirana.

“Soffea. Saya call dia sekejap," jujur Kirana.

“Dia nak datang?”

“Lepas habis kelas.”

“Dah habis makan? Ubat dah makan?”

“Dah," Kirana jawab sepatah.

“Saya balik dulu. Kalau nak apa-apa, awak panggil nurse.”

“Baru duduk terus nak balik?”

“Kenapa? Tak bagi saya balik?”

“Dr. memang suka perasan sendiri ke?”

“Tidur. Assalamulaikum, ujar Aysar lalu meninggalkan Kirana yang masih terpinga-pinga dengan sikap anehnya.

Kirana mencebik bibir. “Waalaikumussalam.”

Kirana menghela nafas lega sebaik sahaja Aysar hilang daripada pandangan matanya. Dia baring semula dan cuba untuk melelapkan mata. Tiba-tiba dia teringat kesedapan nasi lemak yang dibawa Aysar tadi. Seronoknya kalau boleh makan lagi pagi esok.

 

 

DELISHA mengintai Aysar dari belakang pohon berdekatan tempat parkir staf dan pensyarah. Penampilan Aysar yang berkemeja ungu muda dan berseluar slack hitam lengkap bertali leher sangat menarik perhatiannya.

Tanpa berlengah, dia terus mendapatkan Aysar yang masih berada di keretanya. Kelihatannya seperti sedang menelefon seseorang.

Delisha menyapa Aysar dengan senyuman yang paling manis. Rambutnya sengaja dirapikan dihadapan lelaki itu. Konon-konon mahu menarik perhatian Aysar.

Aysar terus mengunci kereta dan berjalan meninggalkan Delisha. Moodnya yang tadi baik terus rasa hambar melihat gadis itu. Terliuk lentok bagaikan api lilin.

“You…” Lengan Aysar ditarik.

Aysar merentap tangannya yang dipegang Delisha. Disapu-sapu pula lengan bajunya.

“Temankan I breakfast?” Delisha mengajak. Kali ini bahu Aysar pula dipegang.

Can you stop it? Saya tengah cakap dengan seseorang. Please go to your class!

Muncung bibir Delisha mendengar kata yang keluar daripada mulut Aysar pagi itu.

“Tapi I nak you temankan I dulu. Then, baru I masuk kelas.”

I’ll talk to you later. Saya ada hal yang kena selesaikan sekejap,” tutur Aysar kepada si pemanggil.

“Sebagai seorang pelajar, tolong ada rasa hormat kepada pensyarah. Jangan buat perangai dan tolong jadi pelajar yang faham bahasa. I warning you. Jangan buat hal atau saya laporkan kepada HEP,” Aysar tayang muka beku pada Delisha. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

“Ada apa-apa nak cakap? Go to your class right now!” Tegas sekali suara Aysar pada pendengaran Delisha.

Melihat Delisha yang kaku berdiri di hadapannya, Aysar terus angkat kaki dari situ. Macam manalah pelajar seperti Delisha boleh ada dalam kampus ini? Menjengkelkan betul.

Delisha menghentakkan kaki apabila Aysar sudah jaduh daripadanya. Hatinya sakit mendengar amaran lelaki itu. Malu pun ada juga.

“Siap kau!” omelnya sendirian. Dia terus berjalan ke bangunan tiga tingkat bersebelahan kawasan parkir di mana kelasnya akan berlangsung di salah satu dewan kuliah di situ sepuluh minit lagi.

Masuk sahaja ke dalam kelas, hatinya terasa berbunga-bunga apabila melihat Kirana tiada di dalam kelas. Lega hatinya kerana tidak perlu menghadap gadis yang berlagak pandai itu.

“Mana perempuan tu?” tanyanya sebaik sahaja duduk bersebelahan Hani.

“Hospital. Demam panas,” jawab Lili. Matanya tertumpu pada skrin telefon bimbit.

“Dah nak mati ke?” tanya Delisha selamba.

“Kau jangan buat hal lagi ya? Aku dah tak larat nak backup kau setiap kali kau buat hal,” Lili mula membebel. Semak kepalanya dengan perangai Delisha yang mengalahkan budak-budak.

Delisha mencebik. “Biarlah. Kata kawan baik aku? Takkan back up sikit pun dah nak merungut?”

“Kalau sekali sekala tak apalah. Ini selalu sangat kau buat hal dengan Kirana.Sesekali biarlah dia dengan hidup dia,” tempelak Lili. Delisha betul-betul buat dia hilang sabar. Pagi-pagi lagi sudah cari fasal.

“Apahal kau emo terlebih ni? Tak payahlah nak marah-marah. Kalau kau tak nak terlibat, kau diam jelah. Duduk situ diam-diam.”

“Kau nak buat apa lagi?” Lili mula rasa risau.

“Nak pergi melawat Kirana lepas habis kelas,” selamba Delisha menjawab.

“Kau jangan buat hal boleh tak? Nak cari fasal pun, tunggulah dia masuk kelas. Kau jangan buat kecoh di hospital,” Lili memberi amaran.

Delisha angkat bahu tanda tidak kisah dengan amaran Hani. Dia mengeluarkan cermin dari beg tangan. Wajahnya yang bersolek tebal dibelek untuk memastikan solekannya masih sempurna.

“Suka hati kaulah. Lagipun kau bukannya tahu dia ada di hospital mana.” Lili menjeling Delisha. Rasa hendak hempuk sahaja kepada Delisha dengan beg tangan.

Perbuatan Delisha terhenti. Dia menarik Lili supaya memandangnya.

“Hospital mana?” tanya Delisha.

Lili pula angkat bahu. Malas mahu menjawab pertanyaaan Delisha. Kemudian, dia senyum sinis apabila Delisha mencampak alat soleknya ke dalam beg tangan. Proteslah tu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.