Home Novel Keluarga Mahar Cinta Untuk Kirana
Mahar Cinta Untuk Kirana
Iman Zahri
13/6/2018 13:34:22
17,491
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1

KIRANA berlari anak menuju ke dewan kuliah. Jam sudah menunjukkan sembilan pagi. Dia sudah terlewat satu jamgara-gara bangun lewat. Sesekali dia mengerling jam di tangan.

            "Alamak! Mati aku dengan Dr. Aysar kali ni. Ni semua Soffea punya pasallah. Kalau dia tak ajak aku tengok movie semalam, aku tak lewat macam ni." Dia omel sendirian.Tidak pasal-pasal, Soffea pula disalahkan.

            Selepas sepuluh minit, dia tiba di hadapan pintu dewankuliah. Dengan lafaz bismillah, dia membuka pintu dan melangkah masuk. Semua mata memandang ke arahnya. Kirana melarikan pandangan matanya daripada melihat semua rakannya di dalam dewan kuliah.

            "Kirana! Kenapa kamu lambat?" Dr. Aysar bersuaralantang.

Langkah Kirana terhenti. Jantungnya tidak henti-henti berdegup seakan mahu pecah.

            "Saya ada hal sikit tadi Dr. Sakit perut."Kirana memberi alasan seraya tersengih. Dia terpaksa menipu untuk menyelamatkandiri.

            "Pergi ambil tempat kamu. Lepas ni jangan lambat lagi."

Kirana berjalan pantas ke tempat duduknya. Hani hanya tersenyum kecil melihat Kirana yang tergesa-gesa.

            "Mood dia baik hari ni. Nasib baik kau tak kena halau keluar dewan." Hani bersuara.

            "Tulah. Kalau tak mana aku nak letak muka aku ni. Dahlah aku suka buat masalah dalam kelas dia," Kirana menjawab.

Hani tertawa kecil. Dari jauh, Delisha memerhatikan Kirana. Dia dari dahulu lagi tidak suka dengan Kirana kerana Kirana telah mendapat jawatan Presiden dalam Kelab Seni dan Teater universiti mereka. Dia sebenarnya menginginkan jawatan itu. Tetapi, Kirana pula yang dilantik.

 

 

           "SOFFEA! Soffea!" laung Kirana apabila melihat Soffea yang sedang minum di kafe. Dia berjalan pantas menuju ke arah Soffea. Tidak sabar ingin melepaskan ketidakpuasan hati kepada Soffea. Soffea yang mendengar namanya dipanggil, memanggungkan kepala. Dia tersengih apabila melihat Kirana. 

            Kirana melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Soffea. "Sebab kau, aku kena dengan Dr. Aysar tu tadi. Lepas ni, kau jangan ajak aku tengok movie kalau bukan hari cuti. Ingat tu."

            "Rilekslah beb. Kau kena apa je dengan dia tadi? Dia halau kau keluar dari kelas dia ke?" 

            "Tak adalah sampai macam tu sebab aku bagi alasan yang aku rasa tak logik langsung. Aku terpaksa bagitahu dia yang aku lewat sebab sakit perut. Satu hal pula satu kelas ingat aku memerut tadi. Nasib baik dia percaya bulat-bulat," terang Kirana panjang lebar.

            Ketawa Soffea meledak. Tidak sangka Kirana boleh memberi alasan sebegitu. "Apa punya alasanlah kau bagi. Kalau aku jadi dia, aku fikir lima puluh kali nak percaya ke tak alasan kau tu."

            "Biarlah kat dia. Asalkan dia percaya sudah. Malas aku nak fikir. Kau makan roti bakar je? Diet ke apa?" Kirana menguis roti bakar di dalam pinggan. 

"Kenalah diet. Kau tu lain. Makan apa pun berat badan tak naik. Aku ni lain. Kalau dah makan berat-berat, confirm berat aku naik berkilo-kilo." Soffea mengambil sekeping roti bakar lalu disuap kedalam mulut Kirana.

Kirana mengunyah roti sambil mengerutkan dahi. Lucu benar wajah Kirana ketika itu.Sekali lagi tawa Soffea meletus.

 

 

 

 

AYSAR mundar-mandir di halaman rumah. Sesekali dia merenung jam di tangan. Baru pukul 5 petang. Masa seakan bergerak perlahan. Dia mengeluh.

"Haih. Kalau ada girlfriend ni syoklah jugak. Boleh sms ke, call ke. Ini apa pun tak ada. Nak kata aku ni tak handsome, ishh handsome lagi aku daripada BradPitt." omel Aysar.

Dia duduk di kerusi dan mengeluarkan telefon bimbit. Ada dua mesej yang belum dibaca dan tiga panggilan yang tidak dijawab. Dia melepaskan keluhan kasar apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit.

"Perempuan ni tak habis-habis nak mengacau aku. Tak cukup dekat kampus, dekat sini pun dia kacau. Aku cepuk jugak budak Delisha ni. Belajar tak pandai mana, gedik je lebih." Dia mematikan telefon bimbit. Tidak mahu Delisha mengganggunya.

            Azril yang baru selesai mencuci kereta, melangkah mendapatkan Aysar. Aysar masih duduk di kerusi dan merenung telefon bimbit. Dia melemparkan tuala kecil ke arah Aysar. Aysar tersentak dan spontan mengalihkan pandangan.

"Apahal kau ni. Aku tengah syok feeling kau boleh kacau pulak. Potong stim betul." Aysar bersuara lantang.

"Aku tengok kau renung handphone tu sampai nak tembus. Dah kenapa kau ni? Tunggu siapa call? Awek? Kau ada awek ke sekarang ni?" balas Azril. Dia melabuhkan punggungdi sebelah Ikmal.

            "Tak ada maknanya nak ada awek. Kau tahu kan budak Delisha yang aktif dalam kelab drama tu?"

"Ye,aku tahu. Kenapa dengan budak tu?"

"Rimas aku dengan budak ni. Tak habis-habis sms dan call aku. Aku tak layan pun, dia kacau jugak. Entah siapa  yang bagi nombor phone aku ni dekat dia."

            Azril ketawa. "Dia minat dekat kaulah tu. Cuba kau layan. Boleh tahan Delisha tu."

            Aysar membulatkan mata. "Tak kuasa aku. Daripada tak ada masalah, nanti dapat masalah. Perangai macam tu nak buat jadi girlfriend? Bakal isteri? Minta simpang malaikat empat puluh empat."

            Azril mengangkat bahu tanda tidak mahu membantah. Tidak guna dia mengusik Aysar, pasti tidak dilayan. Dia bangun dan berjalan masuk kedalam rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.