Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Assalamualaikum My Japanese Bos – Part 1
Assalamualaikum My Japanese Bos – Part 1
Bunga Mardiah
7/6/2017 11:28:32
7,884
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

 Assalamualaikum MyJapanese Bos – Part 1

“Matilah kita Mun, Bos dari Jepuntu nak datang.”

“Bos dari Jepun Kak Su?” SoalMunirah terkejut. Berita yang disampaikan Kak Suraya itu benar-benar membuatkanMunirah terkejut beruk. Sepanjang lima bulan dia bekerja di syarikat Jepun ini,ini kali pertama bos besar dari Jepun mereka ingin datang melawat.

“Haa. Kau jaga-jaga Mun. Dia itugarang. Silap sikit boleh kena buang tau.”

“Akak biar betul? Takkanlah sampaibuang pekerja.” Soal Munirah tidak percaya. Segarang itu ke bos jepun merekaitu.

“Ya. Last time dia datang sini.Seorang kena buang sebab main telefon waktu kerja padahal waktu dah pukul 12.56tengahari tau.” Cerita Kak Suraya lagi. Terus berubah muka Munirah. Sekejam itubos jepunnya itu? Matilah kalau begini!

“Dahlah. Kau tak perlu risau. Kaubuat je kerja kau. Kau sebagai penyambut tetamu kena senyum sahaja tau bila diadatang nanti. Berkemungkinan esok dia akan masuk pejabat.” Pesan Kak Surayapada Munirah sebelum dia berlalu pergi. Munirah hanya mengangguk sahaja.

“Senyum je….” Matilah kau Munirahesok. Senyum jelah dari pagi sampai petang. Moga berganda pahala kau di bulanpuasa ini!

Pagi keesokannya, pagi-pagi lagiMunirah sudah terpacak di meja penyambut tetamu itu. Selepas Sahur tadi terusdia bersiap-siap ke tempat kerja takut terlewat. Sampai sahaja di pejabatnyaitu, pejabatnya masih gelap. Yalah baru pukul 7.10 pagi dia sudah sampai.

Kaki Munirah  pantas melangkah ke suis disebelah pintupejabatnya itu. Di tekan semua suis yang ada.

“Why do you open all the switch?”Soal satu suara dari arah belakangnya.

“Oh! Mak kau!” Terkejut benarMunirah dengan suara yang muncul tiba-tiba itu. Pantas dia mengurut dadanya.Macam nak gugur jantungnya. Kalau ada sakit jantung, dah jalan dah!

“Awak ini siapa? Pencuri?” Soal Munirahpantas bila muka lelaki yang berada dihadapannya itu tidak dikenalinya. Susuktubuh yang tegap, dengan kulit yang cerah, muka licin tanpa sedikit pun cela.Pakai produk apa mamat ini? Muka flawless gila tapi sayang muka macam nak telanorang!

“Pardon?” Soal lelaki itu.

“Muka handsome tapi pekak pulak!Can you speak Malay because I cannot understand English?” Sempat lagi Munirahmengutuk lelaki di hadapannya itu.

‘Pardon itu apa?  Aku ni dahlah English cukup-cukup makan jeSPM dulu’

“What?” Soal lelaki itu sepertitidak percaya. Sempat lagi dia tersenyum sinis.

Melihat senyuman sinis di bibirlelaki itu membuatkan Munirah menyirap. Senyum mengejek ler tu!

“I cannot speak English very well.My name is Munirah.” Sekali lagi Munirah berterus terang. Kalau yangmudah-mudah boleh jugalah kalau yang susah matilah nak!

“It’s okay. I am Yamada san. One ofboard director. I also cannot speak Malay.” Terus Yamada memperkenalkan dirinyapada wanita cantik yang berbaju kurung yang berdiri dihadapnnya ini. Hakikatnyadia boleh sahaja bertutur dalam Bahasa Melayu cuma sengaja dia ingin mengenakanperempuan dihadapannya ini. Entah mengapa matanya sejuk melihat wanita ayu ini.

“Board director?” Sekali lagiMunirah terkejut. Maksudnya dia inilah bos jepun yang dimaksudkan Kak Surayasemalam? Tadi siap kena tuduh pencuri lagi. Dia bos kau Munirah! Silap haribulan kau yang jadi pencuri sebab dah kena buang kerja!

Yamada mengangguk.

“Owh ok. What can I help you sir?”Soal Munirah takut-takut.

“Why you open all switch? It wasteenergy. Just open light that you need.” Soal Yamada sekali lagi. Pantas diamenutup balik suis lampu yang dibuka Munirah tadi. Munirah berganjak sedikitdari tempat dia berdiri tadi. Pejabat yang terang benderang tadi sedikit malap.

“Kedekut.” Kutuk Munirah. Dia terusmelangkah ke mejanya itu.

“What?” Soal Yamada sekali lagi.Bukan dia tidak dengar Munirah mengutuknya.

“Nothing sir.” Cepat-cepat Munirahmenidakkan. Dia ingat suaranya tadi cuma perlahan tidak sangka pulak bosnya itudengar. Tinga lintah!

“Em ok. Please make a cup of coffefor me and sent it to my room.” Suruh Yamada sebelum berlalu meninggalkanMunirah.

“Ok. Tak puasa agaknya!” TerusMunirah mengikut sahaja tapi sepanjang ke pantry sempat lagi dia mengutuk bosnyaitu.

“Dia ini tak puasa agaknya.Memanglah dia tak puasa sebab dia itukan Jepun Munirah oi! Lagi satu, mukahandosome tapi kedekut! Tak luak pun duit itu bayar bil dekat office ini.Malang betul siapa jadi bini dia tu!” Munirah sempat lagi membebelsorang-sorang sambal tangannya lincah mengacau kopi.

“Oi!”

“Mak kau!” Sekali lagi Munirahterkejut. Hampir terlepas sudu yang dipegangnya. Kenapalah semua orang sukabuat dia terkejut hari ini! Melihat Kak Suraya yang sudah tersenyum-senyummacam kerang busuk itu, Munirah sudah tahu yang Kak Suraya mesti dengar diabebel sorang-sorang tadi.

“Kau bebel apa ini? Kau tak puasake?” Soal Kak Suraya yang menjeling ke arah air kopi yang sedang dibancuhMunirah itu.

“Bebel pasal bos Jepun akak itulah!Dia punya kopilah ini. Datang-datang je arah-arah.” Adu Munirah.

“Tuan Yamada-san dah sampai?” SoalKak Suraya terkejut.

“Dah. Kekwat betul bos akak itu.”

“Dia memang garang sikit. Tapi ok.Dia tak puasa ke?”

“Dah Jepun. Bukan Islamkan? Kenapanak puasa?” Soal Munirah. Apa punya soalan ler Kak Suraya ini tanya.

“Dia itu Mix. Bapa dia orangMalaysia, Islam. Mak dia je Jepun. So dia islam.”

Terlopong Munirah mendengar ceritaKak Suraya. Maksudnya dia islam? Dia tak puasa? Kalau macam itu aku sekalibersubahat!

“Em tak apalah. Biar saya bawa kopiini dulu. Biar saya ‘basuh’ dia sikit.” Terus sahaja Munirah membawa kopi yangsudah siap dibancuh ke bilik bos Jepunnya itu. Kak Suraya hanya mengeleng.Bukan dia tidak tahu sikap Munirah yang suka berterus terang itu.

Terus Munirah mengetuk bilik Yamada.Selepas Yamada menyuruhnya  masuk, barudia melangkah masuk. Munirah lihat Yamada sedang ralit memerhatikan  komputer ribanya

“Your Coffe sir.”

Yamada hanya mengangguk. MelihatYamada yang seperti orang tiada perasaan itu terus sahaja Munirah memulakanTazkirah pagi jumaatnya.

“Rukun Islam ada lima. Keempatadalah berpuasa di bulan Ramadhan. Sebagai orang Islam kita patut  mengetahui dan menjalankan semua rukun itu. ”

Selepas selesai tazkirah pendeknya itu,terus Munirah keluar. Dia tahu yang ‘bos Jepun’ dia itu tak faham sepatah punapa yang disampaikannya itu. Lantak kaulah! Janji aku dah tegur! Dahlah terimakasih pun tak ada. Manner out!

Yamada sedikit tersentak dengankata-kata Munirah itu. Bukan dia tidak faham. Dia faham semua yang dikatakanMunirah. Ya dia islam. Tapi cuma pada kertas. Pada hakikatnya dia tidak pernahpun mempraktikkan agama itu sendiri.  RukunIslam? Bapanya ada beberapa kali menyebut tentang itu tapi dia tidak pernahbertanya lebih-lebih.

Kopi yang dihantar Munirah tadiditenung. Puasa? Hilang terus mood dia nak minum kopi itu. Bengang pula diperlisebegitu oleh pekerja. Lalu terus sahaja dia keluar dari pejabatnya. Dia perlumenghadiri mesyuarat diluar. Dia tidak suka lewat.

Tengahari itu pula selepas diapulang dari mesyuarat, Yamada lihat meja penyambut tetamu kosong. Terus sahajadia mengerling jam tangannya. Pukul 2.15. Tak masuk lagi? Melampau! Tegur orangtentang puasa tapi dia? Curi tulang!

“Where’s Munirah? She supposedlyalready in. Your lunch time from one until two!” Jerit Yamada. Bergema suaranyasatu pejabat. Semua yang ada di dalam pejabat itu terkejut dengan jeritan itu.Semua diam. Tidak berani bersuara.

“If she come, I want to see her,Suraya!” Lepas memberi arahan pada Suraya terus Yamada masuk ke dalam biliknya.Kak Suraya hanya mengangguk faham. Matilah kau Munirah!

Lima minit kemudian

“Kenapa Kak Suraya ada dekat mejasaya ini?” Soal Munirah sejurus sahaja dia ke mejanya Kak Suraya berdiri dimejanya dengan muka ketakutan.

“Kamu pergi mana?” Soal Kak Surayapantas.

“Pergi solatlah kak. Kenapa?” SoalMunirah pelik. Bukan Kak Suraya tak tahu yang dia  biasa pergi solat masa-masa begini.

“Bos Jepun nak jumpa kau.”

“Jumpa saya? Dia nak apa?”

“Manalah akak tau. Tadi, bila diatengok kau tak ada kat meja masa dia masuk, terus dia menjerit. Bergegar satupejabat ini tau.”

Terus bulat mata Munirah terkejut.Biar betul? Terus cepat-cepat Munirah bangun dan terus ke bilik bos jepunnyaitu. Pintu terus diketuk. Munirah terus menghampiri meja Yamada.

“Yes bos. What can I help you?”Soal Munirah berani bila Yamada masih lagi tekun melihat komputer ribanya.Munirah sedikit tersentak bila mata bosnya itu merenungnya dengan mata helang.

“What time your lunch hour?” SoalYamada garang.

“One until two.”

“Good. It means you know, but whyon 2.15 you do not at your place yet?”

“I go solat.”

“Solat?”

“Yes. Rukun Islam kedua.” SengajaMunirah memberitahu. Tambah info.

“Kata orang islam, yang terkejutsangat aku jawap solat itu dah kenapa?”

“Em ok. You can leave now.” Terussahaja Yamada menyuruh Munirah keluar. Geram betul dia dengan Munirah. Dia tahuMunirah ingin memerlinya bila dia sebut rukun islam yang kedua ialah solat.Pagi tadi rukun islam ke empat.

Sampai sahaja di meja Munirah,terus Kak Suraya menghampirinya.

“Apa bos jepun itu cakap?” Soal KakSuraya bersama muka yang teruja nak tahu apa yang berlaku.

“Belajar rukun islam.”

“Belajar rukun islam?” Sempat lagi KakSuraya tertawa mendegar jawapan Munirah. Munirah hanya tersenyum danmengangguk.

“Kau sekolahkan dia ke?”

Belum sempat Munirah menjawabsoalan Kak Suraya, Encik Ismail datang menghampiri mereka.

“Munirah petang ini saya mintatolong awak bawa dan layan Encik Yamada-san ya?”

“Haa? layan dia?”

“Haa.  Awak bawa dia jalan-jalan sekitar Kuala Lumpurini ya.”

“Kenapa saya? Bukan kita ada orang HRke yang akan layan dia? ” Soal Munirah tak berpuas hati. Kenapa aku kena layan ‘bosJepun’ itu pula?Bukan berkira kerja tetapi nak melayan bos jepun itu.. Arghh!!!Malas!

“Bolehlah. Saya bayar OT.” PujukEncik Ismail. Bukan HR tak boleh melayan Encik Yamada tetapi bos nya itusendiri yang ingin dilayan oleh Munirah. Nasib budak inilah!

“Ok bolehlah Encik Ismail.” Bilamemikirkan yang baju-baju raya adiknya yang masih belum dibeli. Munirahbersetuju. Penatlah nak cakap English satu hari ni! Tapi demi adik-adiknyadikampung dia sanggup. Aku cakap jelah melayu. Lantak dialah faham ke tak.Biarlah macam itik cakap dengan ayam.

 

 P/s: Nantikan Part2

 

 

 

 

 

 

 

 


               

 

 

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.