Home Novel Umum Apakah akhir kisahku?
Apakah akhir kisahku?
Wan Nur Aira
26/3/2014 14:22:58
2,964
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
1
1

Masih tergiang-giang ditelingaku,doktor mengesahkan aku hamil satu bulan..terkejut bukan kepalang aku,apabila mendengar khabar berita itu...sewaktu itu hanya satu perkara yang terlintas di benak fikiranku..Apakah 'reaksi' kedua ibubapaku...adakah mereka akan membuangku?..

Pulang sahaja kerumah setelah disahkan hamil..aku terus menonong masuk kedalam bilik tanpa menghiraukan mata ayah dan ibu yang memandangku pelik..fikiran aku kusut waktu ini..aku perlukan masa untuk bersendirian..seusai masuk kedalam bilik,aku menutup pintu bilik rapat dan menguncinya dari dalam dan aku bersandar ke pintu..tiga saat berlalu dan aku jatuh terjelupuk ke lantai,menangis teresak-esak disitu..tapi aku tetap mengawal suara ku daripada menghamburkan tangisan yang kuat kerana takut didengari oleh ibu dan ayah..aku khuatir mereka akan risaukan aku..kalau boleh aku tidak mahu mereka tahu tentang 'kandungan' ini...sungguh itulah perkara yang aku takutkan..pasti mereka menyesal mempunyai anak seperti ku...kalaulah aku tidak mengikut hawa nafsu pasti ini tidak terjadi...kalaulah aku tidak mengenali si'dia' pasti aku tidak menanggung masalah yang besar...kalaulah ada mesin masa yang boleh membuatkan aku kembali ke masa silam,pasti aku tidak akan melakukan perkara terkutuk itu...arghh...tak ada gunanya berkalau-kalau lagi...benda dah jadi...memang salahku...aku menangis sendirian didalam kamarku dan lama-kelamaan aku terlelap tanpa aku sedari..

Esoknya aku tersedar dari tidur kerana kedinginan..perlahan-lahan aku membuka mata dan rupa-rupanya aku masih dilantai,ditempat aku menangis semalam..kepalaku berdenyut kerana terlalu lama menangis...aku melihat jam yang elok tergantung didinding kamarku.."Dah pukul lapan pagi rupanya..subuh pun dah lepas.."subuh?hati kecilku menyoal..sudah lama aku tidak solat subuh..solat yang lain pun jarang-jarang..ya Allah jahilnya aku..harap sahaja pakai tudung tetapi solat pun jarang-jarang..Sejak aku mengenali si'dia' aku pernah terfikir untuk menanggalkan tudung tetapi kerana ayah dan ibu...aku masih memakai tudung sehingga sekarang..arghh..balik-balik si'dia',kerana dia lah aku jadi begini..ingat itu Eryna.

Selesai mandi dan mengemas bilik,aku bergegas turun untuk kedapur bersarapan dengan ayah dan ibuku kerana telah banyak kali ibu menjerit nama ku dari dapur...nanti risau pula mereka jika aku lambat turun...jika ikutkan hati memang aku tidak mahu turun kerana risau,ayah dan ibu dapat mengesan rahsia dihatiku tetapi kasihan pula ibu dan ayahku..nanti mereka hanya bersarapan berdua jika tiada ku..hanya aku anak perempuan mereka..dan aku memang manja dan mungkin kerana itu aku agak liar sehingga hamil..aku mempunyai dua orang abang yang dah berkahwin dan seorang adik lelaki yang sedang belajar di universiti of Tokyo,Jepun..aku pelajar di USM,Pulau Pinang.

"Dhiya,ya ok ke?"tersentak aku dari lamunan.Apa ya ayah aku tanya tadi..ah sudah nampak sangat berkhayal..
"Ayah tanya pe?"tanyaku kepada ayah yang sedang membaca surat khabar sambil bersarapan..itulah ayah tidak boleh berenggang langsung dengan "anak angkatnya itu"a.k.a surat khabar...hehe..sesuka hati saje...
"Haish nampak sangat termenung..tak baik termenung depan rezeki De.."kata ayah sambil merenung wajahku lama..haish ayah aku ni,aku tanya lain..lain yang dijawabnya..dahlah kejap panggil aku Ya singkatan untuk Dhiya dan tadi panggil aku De pulak sebab aku anak ketiga..aduh kenapa ayah pandang aku macam nak tembus mata aku dah ni..ibu pun sama..aduh ibu ayah ,janganlah pandang anak pun dengan pandangan yang meresah gelisahkan anakmu ini...
"haish anak ibu ni kenapa...ada masalah ye..kalau ada masalah sharelah dengan kami..kami ni kan ibubapa Ya..ini tidak duk simpan masalah sorang-sorang..tak baik tahu nanti memudaratkan diri..siapa susah kami jugak.."kata ibu pulak..haish ibu ni macam nak cakap aku menyusahkan mereka saja...
"bukan kami kata Ya menyusahkan kami..maksud ibu itu biarlah kita mencegah dari terjadi pape.."kata ayah setelah melihat aku terdiam lama..aku tabiklah ayah aku ni..tahu-tahu saja apa yang aku fikir...ni sebab aku lebih ngam dengan ayah aku berbanding ibu...tapi 'mencegah dari terjadi pape'..haish....aku mengeluh kecil.
"ayah ni tahu-tahu je apa yang Ya fikir..hehe"kata aku sambil tersenggih..dan turut menyorokkan wajah yang boleh membuat mereka tertanya-tanya..
"anak ayah mestilah ayah tau...ayah kan.."kata ayah sambil menjeling pada ibu dan mengangkat kening kepada ku..."hahaha lawak lah ayah ni"gelak ku dan ayah terhambur apabila ibu mencebikkan bibir menunjukkan ibu tak puas hati dengan statement ayah yang mengatakan aku anak ayah dan tidak menyebut anak ibu dan ayah..haha..ibu-ibu benda sebegitu pun nak terasa..
Lega aku apabila soalku tidak dibangkitkan lagi..kami hanya makan dengan senyap masing-masing melayan perasaan...hailaaa..perasaan aku??Apakah akhir kisahku??
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.