Home Novelet Keluarga Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Normah Zainul
7/5/2017 21:15:47
9,151
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 9

 

“U

HUK..Uhuk..” batuk Raziah makin menjadi-jadi pula sejakkebelakangan ini. Dada yang terasa sesak diurut untuk melegakan pernafasannya.

            Puan Zainab yang memerhati darikatil hanya melepaskan keluhan. Dia silap menilai Raziah. Wanita itu merupakanmenantu yang sangat baik. Buktinya Raziah sanggup menjaganya di hospital.

            “Yah..” panggil Puan Zainab tidakbermaya. Dia disahkan menghidap strok. Tutur katanya juga sukar difahami keranamulutnya telah senget akibat serangan strok tersebut. Riziahlah yangmenguruskan dirinya selama dia di hospital.

            “Ya mak? Mak nak makan?” Raziahmelemparkan senyuman nipis. Kerongkongnya terasa pedih. Bekas jahitan didadanya juga terasa berdenyut-denyut.

            “Terima kasih Yah” ucap Puan Zainabikhlas.

            “Mak tak perlu berterima kasihdengan Yah. Yah yang perlu ucap terima kasih pada mak sebab sudi terima Yahsebagai menantu yang diiktiraf walaupun baru beberapa minggu”

            Puan Zainab senyum. Pandangandihalakan ke sofa. Susuk tubuh Rahman tidak kelihatan, kemanakah anak lelakinyaitu pergi?

            “Rahman solat kejap mak, Uteh sudahada di kampung. Dia ikut Pak Man teksi balik, hari Isnin nanti dia ada ujian disekolah. Itu yang dia terpaksa pulang awal” ujar Raziah setelah mengertipandangan Puan Zainab.

            “Yah, harta mak serahkah pada kamuberdua” Puan Zainab berusaha untuk bertutur.

            “Apa ni mak? Kami tak harapkanapa-apa pun”

            “Mak masih belum ubah nama Rahman.Kalau apa-apa berlaku, kamu gunalah” sesekali Puan Zainab melepaskan lelahberbicara. Dalam keadaan mulut yang senget, sangat sukar untuk dia berbicaradengan betul.

            “Yah belum solat kan?” Puan Zainabsengaja alih topik.

            Raziah sekadar menggeleng. Memangbetul dia belum menunaikan solat asar lagi. Jam telah berganjak ke 5 petang.

            “Kalau macam tu Yah pergi solat duluya” Raziah bangun. Kepala yang pening tidak dihiraukan. Baru sahaja kaki hendakmelangkah keluar wad, Raziah jatuh pengsan. Puan Zainab berusaha memanggiljururawat yang bertugas. Malangnya tiada siapa yang mendengar. Dengan kudratyang masih bersisa, dia mangangkat tangan menekan butang kecemasan di tepikatil. Akibat tersalah langkah, Puan Zainab jatuh tertiarap menyembah bumi.

            Kalimah Lailahaillah meniti dibibir. Dia redha andai ajalnya diambil ketika ini. Dia sudah mampu pergi dengantenang setelah segala dendam terungkai.

            Jururawat segera datang ke wad yangdidiami Puan Zainab. Sudahlah wad itu dia seorang sahaja yang duduk, jika adapun pesakit lain sudah discharge pagi tadi. Melihat dua jasad yang menyembahbumi, jururawat tersebut bertindak pantas dengan memanggil rakan sekerjanya.

Rahman yangbaru tiba setelah menunaikan solat agak terkejut dengan kekecohan yang berlakudi Wad Delima. Apa yang berlaku?

            Melihat jasad Raziah dan emaknyadiusung pergi ke wad kecemasan, sedarlah Rahman bahawa kecelakaan telah menimpamereka. Dia terduduk di tepi pintu dan memegang kepala yang terasa kusut. YaAllah...

            “Encik waris pesakit?” tanya salah seorangjururawat. Rahman sekadar mengangguk. Tiada kata yang mampu diluahkan ketikaini. Jantungnya berdegup laju. Hati tidak putus-putus berdoa kepada Allah.

            “Isteri encik dan pesakit dipercayaiterjatuh dan pengsan. Kami akan bawa mereka ke wad kecemasan. Minta enciktunggu di sana ya” pesan jururawat itu sebelum berlalu pergi. Rahman menangis,terasa sekejap masa yang Allah beri untuk dia bermanja dengan emaknya.Banyaknya dosa dia. Mujur Allah pinjamkan Puan Zainab seketika, sempatlah diameminta maaf.

 

TANAH kubur yang masih merah itu direnung penuh sayu. Rahmanmenguis-nguis tanah itu seolah-olah sedang membelai rambut emaknya. Tenanglahemak di sana, Rahman sentiasa mendoakan emak. Rahman bangkit dari duduk danberlalu ke arah Uteh.

            Kelihatan Uteh memeluk erat kuburtersebut seperti memeluk emaknya. Air mata tidak berhenti-henti membasahi pipi.Uteh mengomel sendirian, mengadu kepada emaknya tentang hari-harinya yangberlalu. Memang itulah kebiasaNnya, bercerita apa sahaja yang berlaku kepada Raziah.

            “Uteh, mari balik” ajak Rahman.

            Uteh angkat kepala. Rambut yangterkena tanah merah itu dibiarkan sahaja. Tanah kubur emak.

            “Okay” balasnya pendek lalu bangun.

            Rahman melipat tikar yang digunakanoleh Uteh. Dia tahu Uteh bersedih tapi apakan daya, kuasa Allah menandingisegala-galanya.

            “Mak, Nenek. Nanti Uteh datangmelawat lagi” Uteh pandang kubur emak dan neneknya yang terletak selangbeberapa buah kubur lain.

            Kereta mewah milik Puan Zainabterparkir elok di luar pagar kawasan perkuburan. Rahman segera membuka pintudan membenarkan Uteh masuk ke dalam perut kereta. Perlahan-lahan dia pandumerentasi jalan kampung yang berliku.

            Bukan harta yang dipandangnya tetapimemandangkan dia hanya satu-satu waris yang tinggal, Rahman terima juga. Itupunseparuh dari harga yang ditinggalkan emaknya telah selamat diinfaqkan ke rumahanak-anak yatim yang memerlukan. Separuh lagi adalah untuk kegunaanpersekolahan Uteh. Sebaik sahaja sampai di teratak buruknya, Rahman melepaskankeluhan kecil. Terasa kehilangan, selalunya ada Raziah yang menjadi penghiburhati. Moga awak tenang di sana Yah.

Previous: Bab 8
Next: TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.