Home Novelet Keluarga Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Normah Zainul
7/5/2017 21:15:47
9,145
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 4

R

AZIAH duduk melipat kain di ruang tamu rumah. Kejadian yangberlaku sebentar tadi masih segar di ingatannya. Masih terngiang-ngiang amarahyang dilemparkan Rahman. Raziah tahu, dia berdosa kerana telah menaikkankemarahan suaminya. Tapi dia ada sebab berbuat demikian.

            Uteh menapak perlahan-lahan menujuke emaknya. Dia tidak mahu menganggu emaknya yang nampak sedang berfikir jauh.Teragak-agak Uteh hendak duduk apabila tiba di hadapan Raziah.

            “Mak..mak” panggil Uteh perlahan.

            Lamunan Raziah hilang begitu sahaja.Dia menoleh ke sisi dan melemparkan senyuman kepada Uteh.

            “Bila Uteh duduk sebelah mak? Maktak perasan” Raziah ketawa nipis. Sekada menghilangkan canggung.

            “Baru saja. Mak fikirkan apa tadi?”soal Uteh sambil meniarap memandang emaknya yang melipat kain.

            “Tak ada apa pun. Teringat kenanganlama” sembunyi Raziah.

            “Mak, kalau Uteh tanya sikit boleh?”

            “Apa dia?”

            Uteh bangun dari meniarap lalu dudukbersila. Berkerut-kerut dahinya. “Kenapa nenek jarang datang rumah kita? Kenapanenek tak bantu keluarga kita yang susah ni?” soalan Uteh membuat Raziahtersentak. Dia sudah agak, suatu hari nanti pasti Uteh akan mengutarakan soalanitu. Dan hari itu ialah sekarang.

            “Panjang ceritanya Uteh. Semuanyabermula sebelum mak dengan abah kahwin” jawab Raziah.

            “Mak, ceritalah mak. Uteh nakdengar. Boleh ye mak?” Uteh membuat muka simpati. Lengan emaknya dicapai dandigoyang-goyang manja.

            Raziah melepaskan keluhan kecilbeserta anggukan. Fikirannya jauh melayang kembali ke kisah dulu. Kisah peritdan getir dia bersama suaminya, Rahman sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

            Puan Zainab duduk di atas kerusiempuk itu dengan muka yang bengis. Dia benar-benar tidak sangka, anak yangditatang bagaikan minyak yang penuh selama ini sanggup melawan keputusannya.

            “Mak, tolonglah restui kami. Kamitak buat benda jahat mak, kami cuma nak kahwin saja” Rahman bersuara lagi.

            Raziah sekadar memandang lantairumah. Tidak berani mengangkat muka memandang wajah garang Paun Zainab.Kekuatannya seolah-olah terbang apabila suara lantang itu menengking sebentartadi.

            “Aku tak kisah kalau kau nak kahwinsekalipun. Tapi masalahnya sekarang, kau tak boleh kahwin dengan perempuan ni”Puan Zainab tuding jari telunjuk tepat ke Raziah.

            Raziah mengetap bibir. Apa salahnyasampai dia menjadi mangsa kebencian wanita ini?

            “Mak, Rahman cintakan Yah mak. Cubamak cakap kenapa mak tak bagi sangat kami kahwin?” Rahman tidak betah. Diaperlu tahu apa yang membuatkan emaknya tidak mahu bermenantukan Raziah.

            “Kau lupa ke Rahman? Mak perempuanmiskin nilah yang rampas ayah kau dari kita semua. Dia rampas kebahagian mak,bertahun-tahun bapa kau tinggalkan mak. Sebab apa, sebab dia kahwin dengan makperempuan ni. Sampai mati pun aku tak lupa Rahman. Dia orang mati pun aku takpergi tengok” Puan Zainab ketawa sinis. Dendam di dalam hati semakinmembuak-buak sebaik cerita lama dikupas kembali.

            “Astagfirullah, bawak mengucap mak.Semua tu kisah lama. lagipun arwah abah dengan mak Yah dah tak ada dah pun. Takboleh ke mak bukak hati untuk terima Yah?” Rahman masih memujuk. Dia tahuemaknya terluka. Tapi semuanya berpunca daripada emaknya sendiri.

            “Hah, pergi mampuslah dengan bukahati. Hati aku dah tertutup kemas untuk sebuah kemaafan. Aku dah penat derita.Ha, sekarang kau pulak yang nak bagi aku derita Rahman?” Puan Zainabmencerlung.

            Rahman tidak menjawab. Dia bangundan menarik tangan Raziah untuk mengikutnya.

            “Rahman tak kira. Mak restu atautidak, kami tetap akan kahwin” keputusan drastik Rahman membuatkan darah PuanZainab bertambah mendidih.

            “Kau keluar dari rumah ni Rahman!Kau kahwinlah dengan betina miskin ni. Tapi ingat, hidup kau takkan senang.Sesen pun harta takkan aku serahkan kepada kau. Rumah, kereta. Kau janganmimpilah” naik turun nafas pUan Zainab menahan amarah. Muka putihnya kini merahabagi udang terbakar. Dadanya kembang kempis dengan dendam yang menguasai.

            “Rahman masih boleh hidup sekalipuntak dapat harta tu semua” Rahman terus menarik Raziah keluar dari rumahtersebut.

            “Hmm..macam tu lah ceritanya Uteh”Raziah kembali meneruskan kerja melipat kain yang tergendala sebentar tadi.Uteh mengangguk-angguk faham. Begitu rupanya...

            “Mak dengan abah memang tak pernahbalik rumah nenek langsung?” soal Uteh lagi. Terlalu banyak rahsia yang diabelum tahu.

            “Balik. Lepas abah berhenti kerja diSingapura, kami ada balik ke rumah nenek. Masa tu umur Uteh dalam 7 tahun. Kamibalik pun sebab mak yang pujuk abah. Mak tak naklah nenek sampai tak kenal cucusendiri” raziah sambung lagi.

            “Nenek marah lagi masa tu?”

            “Marahnya masa ada. Dendam yangbukan senang dihapus. Seluruh hati nenek dah dikuasai dendam yang bertapaksekain lamanya. Tapi nenek boleh terima Uteh, dia layan Uteh baik”

            Uteh mangangguk-angguk. Faham dengancerita yang disampaikan.

            “Masa mak dengan Uteh sakit dulu,neneklah yang jaga Uteh. Nenek jaga Uteh di hospital tapi di bilik kelaspertama. Mak cuma di wad biasa, tak mampu nak tanggung kos jika mak duduk wadkelas pertama. Abah dah berhenti kerja.”

            “Uteh dan mak sakit?” berkerut-kerutkeningnya. Ya, dia tahu dia ada parut di badannya. Seolah-olah kesan di jahit.Tetapi abah kata itu kesan sejak bayi lagi.

            “Eh Uteh, hari dah nak hujan tu.Uteh tolong mak angkat ikan kering dekat belakang tu. Karang marah pula abahkamu. Penat-penat dia pergi memancing ikan” Raziah segera menukar topik. Belumtiba masanya Uteh mengetahui rahsia itu.

            “Hmm, yelah” Uteh bangkit dari dudukdan segera ke belakang rumah.

            Raziah mengeluh lagi. Sampai bilasemua ini akan berlarutan? Apakah dia yang perlu menarik diri? Dia tidak betahlagi dengan semua ini. Dia perlu melakukan sesuatu. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.