Home Novelet Keluarga Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Secubit Kasih, Segenggam Sayang
Normah Zainul
7/5/2017 21:15:47
9,154
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 2

 

“U

TEH buat apa tu?” soal Raziah lalu duduk di sebelahanaknya. Rahman yang sedang menghembuskan asap rokok daun sesekali berpaling.

“Uteh buat kerja sekolah mak. Uteh nak jadi pandai,nanti boleh kaya..” ujar Uteh bersemangat.

“Utehbelajar rajin-rajin ya. Bila dah kaya jangan lupa orang susah sebab kita punsusah. Uteh janji dengan mak ya?” Raziah menahan air mata.

            “MestilahUteh janji mak. Orang susah pasti akan Uteh bantu, mereka dah macam keluargaUteh”

            “Kalaumacam tu, sejuk sikit hati mak dengar. Macam mana kaya pun Uteh nanti, rumputdi bumi jangan dilupakan” pesan Raziah berkias. Dia tidak mahu Uteh menjadiorang yang sombong dan lupa diri kelak.

            Utehmengangguk faham.

“Mak..mak, boleh Uteh baring atas ribamak?” pinta Uteh. Raziah menangguk. Uteh melabuhkan kepala di atas riba Raziah.Raziah membelai rambut anak lelakinya itu.

            “Mak,mak..Cikgu kata karangan yang Uteh buat boleh masuk pertandingan. Mak benarkantak kalau Uteh masuk pertandingan? Tapi bayarannya mahal mak, RM50” Utehmemandang wajah Raziah. Rahman berdehem.

            “Erm,mak tak ada masalah tapi..” belum sempat Raziah menghabiskan bicara, Rahmansegera menyampuk.

            “Bilatarikh tutupnya Uteh?” soal Rahman.

            “Minggudepan bah” jawab Uteh.

            “Hurmm..”Rahman tidak menjawab sekadar melepaskan keluhan.

            “Tapitak apalah mak, abah. Uteh rasa Uteh tak jadilah nak masuk pertandingan tu.Lagipun mahal..Biarlah karangan Uteh tu kekal tersimpan dalam jagaan Uteh” Utehsegera mengawal keadaan. Menyesal pula dia buka topik itu. Tak pasal-pasal abahdan maknya runsing tentang yuran.

            “Kalaunak masuk juga, Uteh pergilah. Nanti abah ikhtiar cari duit” Rahman bersuaralagi.

            “Duitsimpanan mak pun ada lagi tu. Adalah dalam beberapa ratus lagi. Cukup sangatkalau setakat nak bayar yuran pendaftaran tu” Raziah bersuara.

            UtehPandang emaknya. Mana mungkin dia sanggup gunakan duit simpanan emaknya. Emaksendiri sakit dan memerlukan ubat.

            “Takapalah abah, Uteh rasa tak payahlah. Abah cari duit banyak-banyak kemudian bawamak berubat. Nanti bila mak dah sembuh, Uteh nak bawa mak dengan abahpusing-pusing KL. Kita jalan-jalan..” Uteh memasang impian.

            “Kalaumacam tu kata Uteh, abah ikutkan sahaja” asap rokok daun dihembus perlahan.Angin malam yang sejuk terasa menampar pipinya. Sejuk pula malam ini, pastiakan hujan nanti.

            “Apatajuk karangan Uteh tu? Pandai anak mak dan abah..” puji Raziah.

            “Secubitkasih, segenggam sayang..” beritahu Uteh.

            “Sedapnyatajuk, cerita tentang apa itu Uteh?” soal Raziah lagi. Rahman sekadar memasangtelinga.

            “Ceritapasal sebuah keluarga yang miskin. Hidup mereka kais pagi makan pagi tapimereka tak pernah miskin kasih sayang. Tapi ada sebuah keluarga di bandar yanghidup mereka serba mewah. Malangnya mereka miskin kasih sayang. Anak-anak dalamkeluarga itu semuanya rosak mak. Ada yang menjadi penagih dadah dan ada yangdipenjara kerana rasuah tapi keluarga miskin ni anaknya berjaya..” cerita Uteh.

            Airmata Raziah bergenang. Cerita yang Uteh cipta itu benar-benar sampai di hatinyameskipun dia belum membaca karangan penuh. Dipeluknya Uteh seerat mungkin.Raziah tahu, Uteh menceritakan tentang kehidupan mereka di dalam penulisannya.Rahman memandang dua beranak itu. Sedikit sebanyak dia tersentuh dengankata-kata tulus yang lahir dari anak berusia 10 tahun itu.

            “Kasihsayang itu pengerat hubungan kekeluargaan. Harta itu pemusnah kebahagiaan,kerana harta ada yang sanggup membunuh, kerana harta juga ada yang bermusuhansesama ahli keluarga tapi kasih sayang menambahkan cinta sesama hali keluarga.Kasih sayang tiang utama dalam membina keluarga bahagia..” Rahman bersuaramenyatakan pandangan. Uteh mengangguk setuju.

            “Betultu abah. Kalau Uteh dah ada keluarga sendiri nanti, Uteh nak didik anak-anakUteh macam mana mak dengan abah didik Uteh. Penuh dengan kasih sayang” ujarUteh polos.

            Setitisdemi setitis air mata Raziah turun ke pipi. Rahman yang memerhati dari jauhsekadar tersenyum nipis. Syukur, alhamdulillah dikurniakan anak yang baikseperti Uteh.

            “Mak,jangan menangis ye. Uteh janji suatu hari nanti mak dan abah pasti akan lihatUteh berjaya..’ Uteh mengesat air mata Raziah. Malam itu, Uteh rancak berbualdengan mak dan abahnya. Seluruh perihalnya di sekolah diceritakan kepadamereka. Sesekali Rahman dan Raziah ketawa mendengar cerita anaknya.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.