“Eh, macam tak percaya saja aku nak yang
duduk atas pelaminkan?” ujar Alang lalu melepaskan tawa.
“Sengetlah
ko Alang. So, lepas ni status dah
bertukar” kata Aishy sambil tangan ligat memasukkan telur ke dalam bunga telur.
“Woi, dia tu dah akad nikah semalam lagi.
So, dia dah officially jadi Mrs.Rafiy.
Apalah kau ni adik.” sampuk Angah lalu menyekeh kepala Aishy. Dia mengusap
kepala yang disekeh. Angah ni kalau sekeh orang memang tak berpada-pada. Main
ikut sedap dia saja.
“Erk! Sama sajalah tu” Aishy mencebik. Isy, sabar sajalah.
“Adik,
your phone is ringing.” Jerit Along
dari dalam bilik. Aishy membuka langkah
seribu mendapatkan telefon bimbitnya. Bukan apa, takut ada panggilan penting.
Sempat lagi Angah mengusik.
“Lari
macam ribut. Tu mesti abang sayang dia call”
galak Angah mengusik. Eh, Angah ni tak tahu ke adik dia ni single and available. Tak mainlah couple-couple ni. No men no
cry. Haha tak gitu?
Telefon
bimbit yang terletak di atas meja kerja Along segera digapai. Jari jemarinya
laju menari di atas skrin. Panggilan dari Aina! Beserta senyuman, dia menjawab
panggilan itu.
“Assalamualaikum
Aina! Weh, bila nak mai?” tanya Aishy girang.
“Waalaikumussalam.
Sabaqlah ceq oiy. Aku baru ja
sampai Perak. Sat lagi baru bertolak
semula. Papa aku pi hospital sat.” katanya dalam loghat utara yang
berselerak. Mana tak berselerak, si Aina ni lahir dekat Melaka. Tinggal pula
dekat Kelantan. Mama dengan Papa dia sahaja orang Kedah. Balik kampung pun
setahun sekali. Raya? Belum tentu balik. Yalah, papa dia kerja atas kapal, mama
dia pula tak reti drive. Eh, panjang
pula intro pasal Aina ni.
“Kau
ni! Rosak loghat negeri orang. Isy!”
“Haha,
kau yang mula dulu”
“Asal
uncle pi hospital?” tanya Aishy.
“Tengok
mummy Zarief. Dia dah bersalin pagi tadi. Dah alang-alang lalu Perak,
singgahlah sekali.”
Aishy
mengerutkan dahi. Kelantan dengan Perak? Jauh itu.
“Kau
biar betul? Jauh tu”
“Kau
ni dah kenapa Cik Aishy oiy! Kan kami
balik kampung. So, dari Kedah nak
pergi Pahang, mesti lalu Perak. Eh, wait! Geografi kau dapat berapa masa
PMR?” hah dia dah buat dah! Tahulah dia ni expert
gila bab-bab peta ni. Aku dulu, kalau boleh macam nak lari saja time cikgu Geografi masuk. Naik berpinar
mata tengok peta yang sememangnya berselerak tu.
“Okay, tutup bab tu. Dah tu bila nak
sampai rumah aku?” Isy, kalau macam
tu, mesti si Aina ni sampai lambat. Alah!
“In
Shaa Allah pagi esok sampailah”
“Okay
got to go now. Angah dah panggil. Nak
buli aku lagilah tu. Kirim salam semua. Tolong ciumkan Zarief dengan adik dia
untuk aku!” pesanku. Mama Zarief ialah
kakak ipar kepada Aina yang lebih dikenali dengan nama Kak Rita. Zarief pula,
anak buah kesayangan Aina. Alah, Aina ada seorang saja anak buah. Masuk si adik
Zarief baru ada dua orang. Kasihan dia. Sunyi!
“Okay,
assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
jawabku lalu menamatkan panggilan.
SUASANA pada pagi
itu agak riuh rendah dengan suara sanak saudara yang ralit bersembang dan
jiran-jiran yang hadir untuk menolong. Aishy ketika itu sedang melayan anak
buahnya seramai 15 orang. Penat? Tak usah dikata! Sikit-sikit Acu... Penat
telinga, tangan, kaki semua nak layan mereka ini. Kalau tak sabar, memang dah
makan kaki dah mereka ini. Tapi memandangkan Aishy seorang Acu yang baik, maka
dia layankan juga.
“Acu...nak
ucu! Apar” adu Danish, anak keempat Along. Mamanya tengah sibuk menolong
di dapur. Along pula tengah pergi urus khemah.
“Acu....Mya
nak eskim! Erm yummy” pinta Damya, anak Angah pula. Aduh!
“Erk! Kejap ya...Acu ni seorang saja. Nak
layan kau orang semua, memang taklah.” Pelipis diurut sekejap. Pening!
“Acu,
nak yak! Akit erut” Safi sudah memegang perut dengan muka yang paling
‘comel’.
“Amboi!
Semua nak minta dekat Acu..Dekat Acik Aina tak nak minta?” celah satu suara
tiba-tiba. Suara yang amat dikenali.
Aishy mengalihkan tubuh 180 darjah ke belakang.
“Eh,
Aina....Bila sampai” Aishy bangun dan terus memeluk dia.
“Acu...nak
yak!” rengek si kecil Safi sambil
menarik-narik bajunya.
“Safi
come to mama! Hurry up dear” Jerit Kak Fas dari dapur. Mungkin dia dengar kot anak dia merengek dari tadi. Hehe
nasib kaulah Safi dapat Acu macam Aishy.
“So, nak buat apa?” tanya Aina selepas
merungkaikan pelukan sebentar tadi.
“Erm, rileks.” jawab Aishy selamba.
“Banyaklah
rileks kau. Tu, goodies bag pergi
siapkan. Tambah 30 lagi...” arah Angah yang baru turun tangga dari tingkat
atas.
“Isy, angah ni pantang tengok orang free sikit..Ada saja benda nak suruh”
rungut Aishy.
Aina
menarik tangan Aishy. Dengan hati yang separuh rela, dia melangkah naik ke
tingkat atas. Aina menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah sahabatnya itu.
‘Macam kanak-kanak Ribena’ getus hati kecil Aina. Anak buah Aishy yang ramai itu
merengek-rengek melihat dia yang tidak melayan mereka. Lantaklah, Aishy dah
penat gila layan kau orang semua ini. Macam-macam perangai!
“AISHY! ambikkan
goodies bag lagi 20 dalam bilik Alang” jerit mama yang ketika itu sedang
bersalaman dengan para tetamu yang hadir.
Kelam
kabut Aishy dibuatnya. Dengan kawan-kawan yang ramai gila hadir. Dengan kawan
Angah yang tak terlayan. Mana satu dia nak buat? Kedengaran suara Angah pula
yang memanggilnya. Dia menyuruh Aishy membantunya melayan rakan-rakan
sekerjanya.
“Let’s me help you” ujar Aina dari
belakang sambil tersenyum. Aishy membalas senyumannya.
“Thanks Aina. Okay, kau tolong aku ambil googies
bag 20 dalam bilik Alang.” Arahnya.
Aina mengangguk lalu membuka langkah. Aishy mendapatkan Angah.
“Dik,
tolong layankan kawan Angah sekejap. Dia orang malu ni. Angah nak pergi tengok
Damya..Dia muntah tu” Aishy mengangguk. Kelihatan Kak Wirda, Kak Hanees, Kak
Sufra, Abang Zain dan Abang Sufian.
“Jemput
makan semua. Tak apa meh Aishy temankan. Makanlah banyak-banyak ya” jemput Aihy
ramah. Yalah nanti orang kata dia ni sombong pula. Senyuman pula mestilah
manis. Kalau boleh macam madu.
“Aishy,
Kak Hanees teringin nak rasa bubur pulut hitam tu. Boleh tolong ambikkan?”
pinta Kak Hanees. Aishy mengangguk. Kasihan pula melihat mak buyung seorang
ini.
Dia
menatang dua biji mangkuk yang berisi bubur pulut hitam itu dengan berhati-hati
sekali. Matanya sesekali ditalakan pada mangkuk itu. Risau tertumpah.
Bummm!
Tumpah
jua akhirnya bubur itu. Semua mata tertala kepada kami. Bubur pulut hitam selamat
mendarat di atas baju barunya ini. Berair mataku. Mana tak berairnya. Dahlah ni
baju baru..Kepala didongakkan untuk melihat gerangan orang yang berjaya
melanggarnya. Dia juga terduduk di atas lantai seperti Aishy. Yang paling
mengejutkan ialah ‘topeng’ yang berada di mukanya. Terhambur jua tawanya. Tidak
tahan melihat free show di depan
mata. Mana nak tahan kalau tengok muka mama seorang ini dah disaluti bubur
pulut hitam. Sebijik macam orang minyak! Haha.
Orang ramai tidak lagi memerhatikan
kami. Terdengar dengusan kuat lelaki itu.
“Hey cik adik! Kalau tak nak saya kiss mulut tu, baik senyap” amarannya.
Aishy
pantas menekup mulutku. Uishni hanya
untuk husband aku okay. Limited edition kau nok!
“Eh,
awak ni jalan pandang mana ya? Saya tahu saya cantik hari tapi tolonglah kawal
mata tu” hujah Aishy bongkak. Ayatnya tu macam naik lif tekan sendiri pula. Erk! Lantaklah.
“Amboi
sesedap kiub ayam knorr je mulut awak
bercakap ek! Awak tu yang lapar macam
sebulan tak makan..Jalan tengok bubur tu je.. Orang jalan pandang depan” bidas lelaki
itu kembali.
Suhu
badannya mulai naik. Sabar Aishy..Ni kenduri Alang, jangan buat hal. Nanti malu
mama. Orang macam ni kau kena tahan sikit.
“Whateverlah encik...Erk! encik tak ada nama” Aishy mulai bangun dan masuk ke dalam
rumah. Spoil moodnya. Sudahlah baju
baru kotor. Nak pakai baju mana ya? Erm
terpaksalah pakai baju yang ada dalam almari tu. Tension betul!
“Woi
budak, muka aku ni siapa nak cuci? Huh dasar budak kecil” jerit lelaki itu.
Aishy
memekakkan telinga. Eleh, dia yang
buta aku pula yang kena. Muka sendiri, cuci sendirilah. Apa dia ingat aku ni maid dia? Piiiraaah! Tak hingin!
Sedang Aishy menaiki tangga ke bilik, Along memandang hairan ke arahnya.
“Apa?
Tak pernah tengok orang ke?” tanyaku geram
Along
melepaskan tawa. “Dik cantik corak baju baru kau. Bila beli?” perli Along
sambil berlalu. Kurang asam punya Along! Hampeh
nyok..Eee sakit pulak hati kita.
Pintu
bilik aku rempuh kasar. Gedegang! Nasib baik kayu jati, kalau tak memang kena
dapat angin freelah tidur malam ni.
Erghh! geram dengan mamat sengal tu. Pasal dia, melepas Kak Hanees nak makan
bubur pulut hitam. Kak Hanees! Aishy segera menukar baju setelah teringat akan
rakan kakakku yang seorang itu.
Kaki
diatur ke tingkat bawah. Mataku melilau mencari kelibat Kak Hanees. Hah, itupun
dia. Aishy mendekatinya.
“Kak
Hanees, sorry tadi Aishy tertumpahkan
bubur tu” pintanya berasa bersalah. Kak Hanees hanya tersenyum sambil mengusap
kepala Aishy yang dilitupi tudung.
“It’s okay dear.. Angah dah ganti yang
baru tadi.” terangnya
“Hanees,
kau...” dua pasan mata bertentang. Suhu darah naik kembali.
“Mamat
topeng bubur pulut hitam?” kata Aishy.
“Amboi
mulut macam bon..eh tak sopan..Amboi mulut macam punggung ayam” sempat lagi si
Haz ni buat lawak.
“Whateverlah encik tak ada nama. Waste my time je layan orang macam awak
ni” tutur Aishy menyampah. Kak Hanees hanya tersenyum.
“Tahun
depan bolehlah kita makan nasi minyak” Kak Hanees mencuit Angah. Aishy hairan.
Nasi minyak apa pula ni?
“Nampak
gayanya macam itulah” balas Angah pula.
“Wait...siapa yang nak kahwin?” tanya Haz
polos.
“Kesian
kau Suf, dapat bakal adik ipar yang ‘loading’!
Siapa lagi? Kau orang berdualah..Serasi sangat..Macam pinang dibelah empat
belas” gurau Kak Hanees. Kawan-kawan Angah yang ada dekat situ semua gelak. Blushing sudah muka Aishy.
“Ridiculous..Aku dengan budak kecil ni? Pleaselah..Not my taste..”
“Malas
layan kau orang semua” Aishy berlalu pergi. Cari Aina lagi baik. Dari jauh
kelihatan Aina dengan seorang lelaki di kolam renang. Siapa pula tu?
“Ehem...ehem...sakit
tekak pula” tegurnya dari belakang. Apabila si lelaki menoleh ke belakang,
Aishy membulatkan mata. Aina sudah tersipu-sipu malu.
“Acik?
Aduh, cik kalau nak jual minyak pun janganlah dengan kawan adik sendiri” Aishy menepuk
dahi. Sengal juga abangnya yang seorang ini. Umur kami hanya beza dua tahun
sahaja. Alah, kira acik ni baru 22 tahun. Aishy pula baru 20 tahun. Angah pula
baru 24 tahun. Pandai tak mama rancang? Haha.
“Alah,
dik..kau ni kacau daun jelah. Pergi masuk rumah tu...Orang nak jual minyak pun
tak senang..Syuhhh..Nanti acik
belanja kau Baskin Robbin ek!” Ceh
rasuah!
“Rasuah...rasuah
tak main...Eh, Aina sejak bila kau jadi gadis melayu ni?
Tertunduk-tunduk...Malulah sangat..Dha tak payah nak malu, tembelang dah
pecah!” usik Aishy. Pap! pahanya ditampar. Boleh tahan penangan Aina. Aishy
menggosok paha bagi menghilangkan rasa perit.
ALHAMDULILLAH selesai
sudah majlis perkahwinan Alang dan suaminya, abang Rafiy. Aishy menghempaskan
badan yang letih ke atas katil. Sungguh letih dan penat! Aina pula terpaksa ke
Kuantan kerana esok hari ada kenduri di sana. Acik? Apalagi, mulalah nak tunjuk
baik depan bakal mak dan ayah mertua dia. Sanggup dia tawarkan diri nak drive dia orang pergi sana walaupun dia
letih. Along pula terpaksa flight ke
Jepun. Esok dia ada persidangan di negara matahari terbit itu. Alahai, semua
sibuk. Nasiblah aku ni tengah cuti semester.
Disebabkan
terlampau letih, Aishy terlelap jua akhirnya.....
*Di rumah Haz
HAZRIN golek ke
kiri, golek ke kanan..malangnya mata tidak dapat dilelapkan walaupun badan agak
letih. Letih dengan macammacam peristiwa hari ini. Tiba-tiba ingatannya
teringat pula pada gadis kecil molek yang melanggarnya. Tak pasal-pasal dia
jadi hantu bubur pulut hitam. Dia tersengih tanpa sedar. Gadis itu comel.
Mulutnya yang pot pet, pot pet itu menarik minat Haz. Geram! Mahu sahaja
dicubit bibir mungil itu.
Suatu
perasaan aneh menyerang Haz. Dia tersentak. Tangan diletakkan di dada. Perasaan
apakah ini Ya Allah? Ingantannya kembali menjengah wajah gadis itu. Cantik!
Agak-agak berapa umur dia ek? Mesti
muda lagi. Kot-kot masih sekolah.
Isy, gila ke apa kau ni Haz nak bercinta dengan budak sekolah? Eh, ada
keinginan nampak? Dia berbicara dengan dirinya sendiri. Malam semakin
melabuhkan tirai. Mata pula semakin memberat dan akhirnya Haz selamat belayar
ke alam mimpi ditemani bidadari comel
itu.
*Di atas katil dalam bilik Aishy
“SUDIKAH
kau mengahwiniku wahai puteri yang cantik?” lamar seorang putera sambil melutut
di hadapan Aishy. Dia tergamam. Demi tidak mengecewakan putera itu, dia
menganggukkan kepala lantas jarinya disarungkan sebentuk cincin berlian 24
karat.
“Oh
my prince charming...” panggil Aishy
sambil tersenyum lalu menarik tangan lelaki itu dan menciumnya.
“Woi
adik! Kau dah kenapa?” marah satu suara sambil menyekeh kepalanya. Eh, sampai
hati prince charming sekeh kepalanya.
Ni yang dia nak nangis ni.
“Sampai
hati awak sekeh saya” rajuk Aishy. Mata masih terkatup.
“Ya
Allah budak ni...BANGUN!!” jerit seseorang di tepi telinganya. Mata yang
terkatup pantas dibuka.
“Apa
ni Alang, terjerit-jerit macam anak tarzan” marah Aishy dalam kantuk.
“Kau
tu yang tak betul. Ada ke tiba-tiba cium tangan aku..Dahlah aku baru je keluar tandas” usiknya sambil
tersenyum.
“Eee pengotorlah kau ni Alang!”
“Haha..sudah
bangun! Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun! Tu pergi tengok
saudara mara dah nak balik. Nak tunggu dia orang datang masuk bilik ke nak salam
dengan kau?” perli Alang. Aishy bangun dari katil dan mengambil tuala yang
tersangkut di penyidai. Kaki mulai menuju ke tandas.
*Di atas katil dalam bilik Haz..
“SAYANG! Janganlah
kacau abang..abang nak tidur ni..Letihlah” rungut Haz apabila merasakan hidung
dan telingan sengaja ‘digeli-gelikan’ oleh seseorang. Mesti isteri yang baru
dinikahinya. Siapa? Alah, siapa lagi kalau bukan gadis yang kecil molek itu.
Fakhirah
menahan gelak. Sengal sungguh abang aku ni. Bila masa pulaklah dia ada sayang
ni? Eh, dah nyanyuk ke apa? Sabar Ira, permainan baru sahaja bermula. Dia
meneruskan agendanya. Kali ini dia menggeletek pinggang Haz pula.
“Sayang!
abang kiss tangan tu karang..Please don’t disturb me..I’m tired now”
rintih Haz dalam tidur. Fakhirah ketawa terkekek-kekek sambil menahan frekuensi
bunyi. Karang tak pasal-pasal, gagal pula agendanya.
Pintu
bilik dibuka dari luar. Terjengul wajah Puan Sri Warzira. Fakhirah meletakkan
jari telunjuk di bibir. Isyarat supaya mamanya mendiamkan diri. Puan Sri
Warzira memahami dan masuk ke dalam bilik dengan berhati-hati tanpa
mengeluarkan sebarang bunyi.
Fakhirah
menggeletek perut Haz. Dia merengus. “Sayang! Kalau nak manja-manja pun, malam
nantilah. Abang penat sangat ni!” suaranya mulai garang namun tiada tanda-tanda
mahu membuka mata.
Puan
Sri Warzira sakit perut menahan gelak melihat keletah anak bujang seorang ini.
Dia turut memainkan peranan. Suara dilunakkan sehabis mungkin. “Abang nak
bangun pukul berapa? Sayang dah rindu ni” lakon Puan Sri Warzira. Fakhirah
menunjukkan two thumbs up kepada
mamanya.
“Erm..
kejap lagilah sayang..Mehlah sini sayang tidur sebelah abang” ajak Haz lalu
memeluk Puan Sri Warzira. Dia juga tidak sempat mengelak.
“Woi
abang! Bangunlah...Haha” meletus juga ketawa Fakhirah dan Puan Sri Warzira. Haz
membuka mata dan terpinga-pinga. Apa yang berlaku ni? Mana sayang aku? Asal aku
peluk mama?
“Haz...Haz..Anak
mama teringin nak kahwin ya? Siap mimpi bakal isteri lagi” usik Puan Sri
Warzira.
“Abang
sengal nak mampus..Lawak..lawak” kata Fakhirah pula. Tawanya masih tidak
berhenti. Haz yang malu itu segera menyusup ke dalam bilik air. Aduh, tak
pasal-pasal jatuh saham aku. Ceit!
MALAM yang indah!
Bintang berkerlipan di langit. Entah mengapa, muncul figura insan yang pernah
dia langgar suatu masa dahulu. Tak sempat nak kenal dia. Alah, diakan kawan
Angah. Tanya sajalah pada Angah. Moga-moga Angah tak syak.
“Kau
buat apa dik kat luar ni?” tanya Angah sambil memegang sebekas kacang.
“Saja
ambil angin..Angah, adik nak tanya sikit boleh?”
“What?”
“Siapa
nama mamat yang adik langgar hari tu?”
“Oh yang tu..Mohd Hazim Amri Bin Tan Sri
Azri..Dia tu senior engineer dekat office Angah dan merangkap bakal CEO Warisan Building.
“Oh..Anak Tan Sri..Macam tak sepadan saja”
kata Aishy perlahan.
“Kenapa dik? Kau suka dia ek? Alah, tak
apa..Angah kenal family dia..Dia
orang tak pentingkan status tapi didikan agama tu yang penting” Aishy
tersenyum. Macam ada chance je.
*Di rumah
Haz..
HAZ mundar-mandir di atas jambatan buatan di kolam ikan kesayangan
papanya itu. Fikirannya menerawang mengingati gadis kecil molek itu. Kenapa
dengan aku ni? Sudahlah semalam aku mimpikan dia. Naik kebas pipi kena usik
dengan mama dan Fakhirah pagi tadi. Aduh!
Gadis kecil
molek, siapakah awak? Could you be mine?
I’m already fall in love with you!
jerit batin Haz. Dia membaling sedikit makanan ke dalam kolam itu. Tiba-tiba
timbul wajah gadis kecil molek itu di atas permukaan kolam. Dia beristigfar.
Parah kau ni Haz!
AISHY merapikan pakaiannya. Simple
but nice! Kaki menuju ke tingkat bawah. Mana pula si Angah ni? Kata nak
ajak jumpa kawan. Dia menjerit memanggil Angahnya. Angah menyahut dari dalam
kereta sambil menekan hon. Hampeh nyok
punya Angah! Kita tunggu dia, dia dah naik kereta rupanya. Nasib baik Abang
Hafiz sanggup jagakan Damya! Kalau tidak, melepas nak lepak dengan kawan-kawan
Angah.
“Cepatlah
dik!” jerit Angah.
“Isy,
sabarlah” marah Aishy. Geram pula dia dengan Angah ni.
Angah memandu menuju ke tempat yang
dijanjikan. Kak Hanees tidak dapat menyertai kami memandangkan sedang sarat
mengandung. Abang Zain pula pulang ke kampung. Sebab apa pula, itu aku tak
tahu.
“Okay,
dah sampai” kata Angah.
Aishy terpinga-pinga. “Hah dah sampai?” seat belt dibuka dan aku melangkah
keluar.
“Dia dah sampai belum?” tanya Angah pada
kawan-kawannya. Mereka menggeleng. Angah dan Aishy menarik kerusi lalu duduk.
Siapa yang belum sampai? Isy,
lantaklah!
10 minit
berlalu..
“Sorry
guys late..My sis guna kereta..”
kata Haz yang datang tiba-tiba dan tergesa-gesa. Dia mengambil tempat di
sebelah Aishy. Dah tempat kosang sebelah dia je yang tinggal, terpaksalah Haz duduk kat situ.
Nasib baik tak tersembur air yang sedang
diminum oleh Aishy. Terkejut plus tak
sangka mamat ni akan join sekaki.
“Eh, you
pun ada. By the way lupa nak tanya
nama apa?” pergh Haz, mana kau dapat
kekuatan nak tanya macam tu?
“Eh, adik..Angah and the geng nak pergi shopping
sekejap ek. Haz, jaga adik aku leklok..Okay bye”
“Angah...” Isy, main tinggal aku macam ni je.
“Sorry..
awak tak jawab lagi my question.”
“Perlu ke?”
“Yup..
sangat-sangat perlu”
“Erk!..Okay
saya Aishy Sofya binti Mohd Azil..Call me
Aishy. 20 years old. Student Uitm Jengka..Final year, business management. And you?” kataku sekadar berbasa-basi. Karang kata aku sombong pula.
“Nice
to know you pretty.. I’m Mohd
Hazim Amri bin Azri..Just call me Haz..25
years old already. Work as a engineer
in Warisan Building. Tinggal dekat
KL but my family live here. They like Pahang so much!..Friends?” Dia
menghulur salam.
Aishy serba salah. Eh dia ni tak tahu
hukum ke? Haz senyum.
“No
need to salam betul-betul. Alah,
salam ‘angin’ sahaja” katanya yang mengerti akan ikhtilat. Aishy senyum dan
membalas salam ‘angin’ itu.
Aishy dan Haz bersembang seperti sudah
kenal lama. Angah and the geng pula
tidak muncul-muncul. Seronok betul shopping
nampak gayanya. Haz seorang yang kelakar dan mudah mesra. Erk! kenapa keluar cerita pasal dia?
SUDAH seminggu berlalu sejak peristiwa itu. Aishy pula sudah pulang ke
U. Angah sudah kembali bekerja di Kuala Lumpur. Haz juga menyepi. Sesekali
perasaan rindu bertandang dalam hati ini. Namun segera ditepisnya. Bimbang akan
zina hati!
Aishy duduk
berteleku di atas sejadah. Tangan diangkat
bagi memohon doa pada yang Allah yang maha Esa. Sebentar tadi dia sudah
mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dan keluarga yang lain. Kina tiba pula
giliran seorang lelaki yang berjaya mendapatkan tempat di hatinya. “Ya
Allah, andai benar dia jodohku, Kau permudahkanlah urusannya..Andai dia bakal
zaujku, kau bimbinglah dia..Andai dia merinduiku kau sampaikanlah salam rinduku
padanya. Amin” Aku menyapu muka dengan telapak tangan setelah selesai
berdoa.
“Easy come...easy go...That just how you..”
kedengaran Lagu Grenade dendangan
Bruno Mars. Aishy segera menjawab panggilan tersebut.
“Salam adik.
Free tak weekend ni” serbu Angah tidak menyempat.
“Wasalam..In Shaa Allah. Awat?”
“Teman Angah pergi rumah Kak Wirda. Dia
kahwin..Angah ingatkan nak ajak abang Hafiz tapi dia kena pergi outstation
pula.”
“Erm bolehlah..Adik balik hari jumaat
petang tu..Angah ambil ya?”
“Okay”
balas Angah ringkas.
SUASANA meriah menarik minat Aishy. Perkahwinan Kak Wirda sangat meriah
memandangkan kawasan rumahnya terletak di perkampungan. Masyarakat setempat
pula tidak lokek memberi pertolongan. Yang paling best, dia dapat tengok sawah padi. Memang cantik! Subhanallah!
Indah sungguh ciptaan Ilahi.
Aishy
mendepangkan tangan sambil menghirup udara segar. Sudah lama di teringin nak
tengok sawah padi dan akhirnya hari ini impiannya tercapai juga. Isy, tak senonohnya kau ni Aishy, orang
sibuk gotong royong sediakan persiapan kenduri, kau boleh pula berehat dekat
sini.
“Hai sweety”
tegur seseorang. Garau! Pasti lelaki. Aishy malas menoleh. Buat apa nak toleh,
pasti dia datang nak mengorat. Huh! Hatinya tetap pada....Err pada...Isy, pada
siapa-siapa sajalah.
“Assalamualaikum” perli Aishy. Seketika,
terdengar tawa kuat lelaki ini. Dia menoleh. Eh, aku ada buat lawak kampus ke
kat sini?
Aishy terpegun. Handsome sungguh makhluk ciptaan Allah yang satu ini. Cute! Eh, astagfirullahaladzim! Aishy, behave yourself!
“Aishy, don’t look me like that..I’m
shy” katanya malu-malu. Telinga merah mengalahkan udang kena bakar. Eh,
bukan ke sepatutnya perempuan yang malu. Aiyoo
Aishy, apa sudah jadi dengan kau ni?
“Err.. sorry” Aishy segera membetulkan
khilaf.
“Kalau awak nak tengok saya lama-lama pun
saya tak kisah tapi kena tunggu kita halal dululah.” Haz mengenyit mata ke arah
Aishy . Maksud? Blur kejap!
“Awak, saya nak duduk boleh?” pintanya.
Aishy mengesot sedikit ke tepi memberikan dia ruang untuk duduk.
“Aishy, awak nak kahwin dengan saya tak?”
“Hah??” jatuh rahang Aishy dibuatnya. Gila
spontan mamat ni tanya soalan macam tu.
“Kenapa tak sudi?” dia sudah mulai sedih.
“Saya tak cakap pun saya tak sudi” balas
Aishy. Sengaja mahu main tarik tali. Senyuman mulai terbit di bibirnya.
“So,
awak sudilah ya?”
“Dan saya tak cakap pun saya sudi”
“Aishy, janganlah main tarik tali dengan
saya. Tak apalah kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Saya kahwin dengan.....dengan...”
matanya melilau seperti melihat seseorang. Aku menelan air liur. Dia dah putus
asa ke nak pujuk aku?
“Mak cik....” panggilnya pada wanita yang
sedang mengayuh basikal itu. Roda basikal terhenti. Wanita itu melemparkan
senyuman. Haz mulai melangkah. Aku terus memakai selipar. Tak mungkin! Takkan
Haz nak kahwin dengan mak cik ni pula.
“Mak cik apa khabar?” Tanyanya seperti
sudah lama kenal.
“Mak cik baik saja nak. Kamu berdua?”
“Mak cik saya nak....”
“Haz! saya nak kahwin dengan awak!” ucap
Aishy laju. Minta-mintalah Haz setuju. Haz janganlah awak kahwin dengan mak cik
ni. Saya jealous. Haz, saya cintakan
awaklah.
“Hah??” kali ini giliran Haz pula yang
melopong. Dia baru saja hendak bertanya dia manakah rumah Haji Salih yang
merupakan rakan atoknya itu. Tup..tup si Aishy ni luahkan perasaan dia pula.
“Mak cik, kami pergi dulu ya” Haz meminta
diri. Wanita itu tersenyum dan kembali mengayuh basikal tuanya. Haz menarik
hujung lengan baju Aishy dan menuju e tempat yang mereka duduk tadi. Aishy
sudah merah mata. Hidung pula berair-air. Menangislah katakan.
“Please
Haz..Don’t leave me alone! I’m begging
you..I love you so much..”
“Syhhh
don’t cry sayang. Keep your tears.
Saya takkan tinggalkan awak sebab I love
you too” Ya Allah terima kasih kerana menghadirkan rasa cinta dalam diri
kami. Moga kami berjaya mengejar cinta Ilahi.
“Thanks
awak. Jom kahwin” Ajak Aishy menahan sendu. Haz melepas tawa. Gila sempoi future wife aku. Terbaik!
“Aishy, saya baru saja nak tanya mak cik
ni mana rumah Haji Salih. Dia tu kawan atok saya. Dah lama kami tak jenguk dia.
Awak ingat saya nak tanya apa?
“Err..yeke?”
Aishy mengelap air mata. Aduh, malu.
“Hehe sayang juga awak dekat saya ya?”
usik Haz. Merah pipi Aishy. Tak payah pakai blusher
dah.
“Yahooooooo...Adik
aku nak kahwin!” jerit Angah lalu keluar dari tempat menyorak smabil bersorak
girang. Kelihatan Kak Wirda, Along, Acik, Aina dan Alang juga turut ada. Aishy
menekup muka malu. Aduh! Mama, Aishy malu!!
Haz menggaru belakang kepala yang tidak
gatal. Telinga sudahpun merah. Along menunjukkan two thumbs up kepada Haz.
Wait!
Aishy baru perasan akan kehadiran Aina. Mana family dia? “Aina, kau datang dengan siapa?”
Aina malu-malu
lalu menjeling manja ke arah Acik. Aishy menggaru kepala. Apakah? “Er, datang
dengan abang kau.”
“Gotcha!
Kau orang couple ek?”
“Tak mainlah couple-couple ni! Bukan macam
orang tu..Siap confess bakal husband
lagi..Please don’t leave me. I love you.. Haha..lawak-lawak.. Buat malu
keturunan saja” Semua yang ada di situ sudah ketawa.
“Senyaplah kau ni!” Aishy mencubit lengan
Acik.
“Kami dah nak tunang” luah Aina.
“Kurang asam punya Acik! Bagilah tahu aku
dulu” marah Aishy. Alah, marah geram.
“Buat habis air liur saja bagitahu kau”
“Kawanku kakak iparku!!!” jeritku gembira.
Kami semua bersorak riang.
“EHEM..mata tu jaga ya pengapit..Karang ada juga Along cucuk dengan
garfu” usik Along. Semua yang ada di situ bantai gelak. Alah, Along ni! Suka
kenakan adik sendiri. Si Haz ni pula asyik menjeling saja. Tahulah mata dia cute!
“Allah..” luah Angah sambil menepuk dahi.
“Asal?” tanya Along pelik. Along dan Alang
sekeluarga turut hadir ke kenduri itu. Mereka tiba lebih lambat daripada Aishy
dan Angah. Mereka dapat jemputan istimewa dari Kak Wirda. Jemputan ala-ala VIP.
Kelassss kau noookk!
“Jom ambik gambar..Nak mms dekat mama..Lupa nak tunjuk muka
bakal menantu dia” kata Angah
Kami sama-sama ketawa. Sengal punya Angah!
Kami merakamkan detik indah itu bersama kedua mempelai. Aishy rasa yang paling overmasa kenduri tu, kami semualah.
Keluarga pengantin pun hanya mengabdikan beberapa keping gambar sahaja. Tapi turn kami, full memory phone Angah! Tak cukup dengan tu, keluar pula
Blackberry Z10 Along. Dan yang paling gempak, si Haz ni terus ambik kamera
Nikon edisi terbaharunya dari dalam kereta. Dimintanya adik Kak Wirda
merakamkan gambar kami. Sungguh, aku bahagia! Semoga dia menjadi pemimpin yang
terbaik bagi diriku dan keluargaku. Semoga baitul muslim yang bakal dibina
berjaya menggapai redha Ilahi.