2 - 3

“FASHA terima tawaran kau ke?” tanya Remy.


Shahir menyedut sedikit air milo aisnya. Matanya digerakkan ke hadapan untuk memandang Remy. Lantas, dia mengangguk sebagai jawapan.


Remy menghela nafas lega.


“Mujurlah dia nak bekerja di kedai runcit kau,” sambung Remy.


Shahir berhenti menyedut straw. Dia menegakkan tubuhnya. Tawanya meletus apabila peristiwa semalam bagaikan diulang tayang di layar mindanya.


“Jenuh nak memujuk, Remy. Dia memang susah nak percaya orang,” balas Shahir.


Dahi Remy berkerut. Dia hairan.


“Why?” tanya Remy.


Shahir mengetuk permukaan meja dengan menggunakan jarinya. Dia kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.


“I need your help,” balas Shahir.


“What help do you want?” soal Remy ingin tahu.


“Selepas kematian orang tua, Fasha tinggal dengan ibu saudaranya. Aku syak yang ibu saudaranya itu mengambil kesempatan terhadap Fasha. Mengikut kata Fasha, perempuan itu berhutang dengan lintah darat. Malah, Fasha dijadikan sebagai tempat sandaran jika gagal melunaskan hutangnya. Aku rasa tidak sedap hati, Remy. Aku tahu dia sudah mengambil satu tindakan jahat. Aku tidak mahu perkara buruk menimpa diri Fasha,” cerita Shahir satu per satu.


Manusia yang tamakkan wang ringgit boleh melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan hidupnya dikelilingi kemewahan. Hatta memakan harta anak yatim pun dia sanggup.


“So?” balas Remy.


“Aku nak kau siasat semua tentang ibu saudara Fasha. Berapakah pinjaman yang telah dia ambil, baki hutang sedia ada dan tujuan dia mengambil hak penjagaan Fasha. Aku juga nak tahu siapa ah long yang Fasha cakap tempoh hari,” balas Shahir.


“Okey, aku akan buat seperti yang kau mahukan. Insya-ALLAH, aku cuba dapatkan maklumat itu secepat mungkin,” balas Remy.


Shahir tersenyum.


“Thanks a lot.”


“You’re most welcome.”

Previous: 2 - 2
Next: 3 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.