PROLOG

MUHAMMAD SHAHIR. Lelaki itu sentiasa menjadi penyelamat apabila Nur Fasha Danea ditimpa apa-apa musibah. Bagi Fasha, Shahir adalah seorang superhero. Kehadiran lelaki itu amat disenanginya.


Shahir pula sudah diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga Fasha. Dalam pada itu, hatinya tiba-tiba sahaja terdetik akan rasa suka kepada Fasha. Sungguhpun dia cuba membuang perasaan itu, tetapi tetap tidak terhakis. Bahkan, bayang-bayang masa lalu sentiasa mengekori dan menghantuinya. Akibatnya, dia berusaha untuk menjauhkan diri daripada Fasha meskipun hatinya tulus mencintai.


Nilai bertanggungjawab yang dimiliki oleh Shahir menambat hati Fasha. Pada waktu yang sama, lelaki itu selalu bersikap dingin terhadapnya. Fasha berasa keliru. Mengapakah Shahir melindungi jika dia hanya berniat untuk menyakiti Fasha? Adakah cinta Fasha itu memang suatu kesilapan?

Next: 1 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.