Home Novel Cinta DARA
DARA
TASHA SAIN
27/2/2018 22:27:05
11,573
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 2

Ian terjaga dari lena. Terkebel-kebel dia memandang siling yang tinggi jauh daripadanya. Dia pandang sekeliling pula.Ini bukan biliknya! Bilik ini terlalu luas untuk anak kecil sepertinya. Diaduduk. Selimut dialihkan sedikit ke tepi. Dia pandang dinding bilik yang dicatbiru, katil besar tempat dia duduk sekarang dan perabot-perabot mewah dalam bilik itu.

            “Ah, tadi….mimpi!”Kejadian satu tahun lalu masih menjadi mimpi yang mengiringi tidurnya.

            Ketukan pada pintu buat dia terus memandang tepat pada pintu itu. “Neng Ian, neng perlu siap bareng. Neng perlu ke sekolah!” ujar seorang wanita yang bersanggul dengant-shirt lengan pendek dan seluar slek.

            “Ian kat mana ni?”Ian masih mamai. Dia masih tak ingat dia berada di mana.

            “Loh, kok lupalagi! Neng di rumah Tuan Hashim. Neng siap ya! Bibik turun dulu siapkan makanan.”

            Ian terkebel-kebel mencari siapa gerangan Tuan Hashim ini dalam memorinya. Dia ketuk dahi apabila memori itu kembali. Tuan Hashim itu ayah barunya yang dipanggil Pak Cik Hashim.Kerap juga Ian jadi terlupa begini apabila mimpi tentang kejadian setahun lalu.Memori duka itu seakan baru terjadi semalam.

            Tidak menunggu lama, dia terus bersiap. Lepas mandi, dia merapikan diri. Baju sekolah dipakai malah tudung juga dikenakan. Selepas itu, beg sekolah yang ada di atas yang adadi atas meja belajar digalas .

            Keluar sahaja daribiliknya, ada seorang remaja lelaki berbadan tinggi yang hampir bertembung dengannya yang baru keluar dari bilik. Remaja lelaki itu mengenakan bajusekolah berwarna kuning dan seluar hitam. Pada tangannya ada sehelai blazerhitam.

            “Jangan beritahu papa dan mak kau apa yang aku dah buat pada kau semalam!” bisik remaja lelaki itu dingin kepada Ian. Remaja lelaki itu berjalan melepasi Ian.

            Ian terpinga-pinga. Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan remaja lelakiitu tapi, dia tak faham apa yang remaja lelaki itu cakapkan. Apa yang dah jadi semalam?

            “Ian! Cepat turun makan! Nak pergi sekolah pukul berapa ni? Abang Iskandar nak cepat!” jerit makdari bawah.

            Ian ikut arahan.Namun, otaknya masih sarat memikirkan apa yang Iskandar cakapkan. Dia menuruni tangga lalu terus ke ruang makan. Ada Pak Cik Hashim yang sedang makan dihujung meja besar. Mak pula duduk di sebelah kanan Pak Cik Hashim. Remaja lelaki yang bernama Iskandar itu duduk di hadapan mak dan Ian pula duduk disebelah mak.

            Mak kelihatan sangat anggun. Ada rantai emas dan gelang emas yang menghiasi tubuh mak.Solekan memenuhi wajah mak. Ian seakan jakun seketika tatkala memandang wajah mak yang sedang senyum kepadanya.

            “Cantiknya, mak!”tegur Ian tanpa berselindung. Dia lihat wajah mak yang sangat gembira.

            Mak ketawa gembira. Menerima pujian pagi-pagi begini. “Dah makan cepat! Hari ni, Abang Iskandar nak cepat! Ian tak boleh lambat.”

            Ian jeling sekilas pada remaja lelaki yang ibu gelar Abang Iskandar. Remaja lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dia sedang mengunyah roti bakar. Dia pandang sekilas pada Pak Ck Hashim pula. Wajah Pak Cik Hashim nampak dingin. Tiada kata-kata pun daripada orang tua itu mempelawanya makan.

Ian teguk satu gelas susu penuh yang nampak begitu menyelerakan.Tiba-tiba dia sendawa kekenyangan. Semua mata memandang ke arahnya.

            “Selekeh!” ujarPak Cik Hashim dengan riak wajah memandang Ian jengkel.

            “Ian! Kan mak dahajar, jangan sendawa macam lembu di meja makan!” marah mak.

            Terkulat-kulat dia di situ. Dia dimarahi mak dan dikutuk depan-depan oleh Pak Cik Hashim. Hati kanak-kanak Ian tersentuh. Ayah tak pernah cakap begitu kepadanya. “Minta maaf.” Perlahan suara Ian meminta kemaafan.

            Iskandar bangun dari duduk. Ada separuh lagi roti bakar yang berbaki diletakkan di atas pinggan. “Pa, Is pergi dulu. Hilang selera nak makan!” Iskandar terus menggalas beg dan keluar dari ruang makan.

            Mak menggesa Ian untuk turut bangun.

            “Tapi, Ian takmakan lagi!”

            “Tak payah makan! Ian nak pergi sekolah jalan kaki ke?” marah mak.

            Ian lihat roti bakar yang masih belum berusik atas pinggannya. Hanya kerana Iskandar mahu cepat, dia pun kena cepat. Ian galas beg dan ikut keluar dari ruang makan. Tak apalah, dah minum susu tadi, kenyanglah juga daripada tak isi perut dengan apa-apa makanan.

            Ian lihat Iskandar sudah masuk ke dalam tempat duduk penumpang bahagian belakang Mercedes Benz.Lelaki yang bernama Pak Abu menutup pintu kereta itu.

            “Selamat pagi,Ian!” ramah Pak Abu menegur Ian.

            Ian berjalan pantas menghampiri Mercedes Benz. “Selamat pagi, Pak Abu!”

            Pak Abu buka pintutempat duduk sebelah kiri. Ian masuk ke dalam dengan senyum lebar. Dia jeling remaja lelaki dingin di sebelahnya. Iskandar langsung tidak memadangnya.Mercedes Benz itu meluncur laju keluar dari perkarangan banglo mewah Pak CikHashim.

            Ian yang asyik memandang ke luar tingkap tiba-tiba merasa ada sesuatu yang menggerakkan hujung bajunya. Dia lihat ada tangan Iskandar yang sedang menyelak bajunya. Mata Ian terbeliak. Memori malam tadi muncul di benak. Tangan kasar itu menari-nari disetiap inci kulinya. Ian menjerit. “Jangan!!”

            Hampir sahaja Pak Abu brek kecemasan. “Kenapa Ian?!” Cemas suara Pak Abu bertanya. Pemanduan laju tadi bertukar perlahan.

            Mata Iskandar pula mencerlung memandang Ian. “Aku bunuh kau kalau kau berani cakap apa-apa!” kata Iskandar sambil mengetap gigi. Itu ugutan sama yang diterima Ian semalam. Akibatnya, dia terpaksa merelakan tubuhnya diratah Iskandar malam itu.

            “Tak ada apa-apa Pak Abu. Dia mengigau ni.” Iskandar jawab bagi pihak Ian yang masih terkejut.

            “Ian masih dalam tidur ke? Mengantuk sangat ya?” tanya Pak Abu mengusik tanpa tahu apa-apa yang telah terjadi di belakang. 

 Tangan gatal Iskandar sudah menerokai tubuh bahagian atas Ian sedang Ian pula menahan diri daripada menjerit tidak merelakan tubuhnya diperlaku sedemikian rupa oleh remaja lelaki bernafsu syaitan itu. Mengalir laju air mata Ian. Sekuat tangannya menghalang,sekuat itu juga tangan Iskandar memicit-micit daging pada tubuhnya hingga Ian terasa pedih.

            Ian tersandar pada kerusi pada tempat duduk belakang kereta apabila Iskandar sudah keluar dari perut kereta. Sempat remaja keji itu menghadiahkan senyuman kepada Ian. Remaja itu kemudian menghempas kuat pintu kereta.

            Memori buruk malam tadi berpusu-pusu kembali selepas melihat senyuman daripada Iskandar. Ianmenangis teresak-esak di situ.

            “Kenapa ni Ian?Ian sakit ke? Nak Pak Abu bawa ke klinik ke?” Kaget orang tua itu melihat Ian benamkan wajah pada lengan bajunya.

            Ian terus menangis tidak mejawab. Pak Abu tak tahu bagaimana ingin memujuk. Dia fikir mimpi Ian tadi buat Ian menangis teresak begini. Bukan sekali dua Ian menangis dalam kereta macam ni. Bila ditanya sebab dia menangis, jawapan Ian pasti teringatkan ayah.

            “Ian menangis teringatkan arwah ayah lagi ya?” tanya Pak Abu lembut.

            Makin kuat pulatangisan Ian apabila isu ayah dibangkitkan.

 

DI SEKOLAH, Ian langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Apa yang cikgu ajar masuk telingakanan, keluar telinga kiri. Waktu rehat, Ian benamkan wajahnya di atas meja menangisi apa yang telah berlaku malam tadi. Dalam kelam cahaya lampu tidur itu, dia telah diperkosa Iskandar!

            Kawan yang baru sahaja masuk semula ke dalam bilik darjah terkejut melihat Ian menangis. Bahunya Ian terhinjut-hinjut. Suara Ian pula mendayu-dayu.

            “Kenapa dengan awak, Ian? Awak lapar ke? Awak tak ada duit nak makan ke? Kalau saya pinjamkan awak duit dulu nak?” tanya kawan yang duduk di meja sebelahnya.

            Ian lap air mata yang masih mengalir laju. “Saya…Saya…Saya rindu arwah ayah…” Itu juga alasan  yang digunakan untuk menipu Pak Abu tadi.

            Dia takut. Ugutan bunuh daripada Iskandar menakutkannya. Sudahnya, dia hanya boleh menangis dan terus menangis. Arwah ayah dijadikan alasan walaupun memang betul, dia begitu berharap ayah akan selamatkan dia daripada kesakitan yang dibuat Iskandar.

            Terkebel-kebel mata kawan baik yang berwajah bulat itu. “Tak apalah. Menangislah. Kalau saya rindu arwah nenek pun saya akan menangis. Lepas menangis, dah tak rindu.”

            Ian menangis lagi.Entah bila tangisannya akan reda. Perkara yang dibuat Iskandar adanya semalam buat dia terasa dirinya teruk dan perasaan itu sukar untuk digambarkan. Ada ketakutan yang menyelinap dalam hatinya.

            ‘Macam mana kalau Abang Iskandar buat lagi malam ni?’ Tiba-tiba dia terasa takut untuk kembali ke banglo itu. Takut untuk merasai kesakitan lagi.

 

BETUL telahannya! Iskandar datang lagi! Kali ini, walaupun Ian telah mengunci tombol biliknya, tombol itu dibuka kuncinya dari luar. Ian sudah menangis teresak-esak dengan memaut lutut di atas katil. Remaja lelaki itu masuk ke dalam bilik Ian dengan hanya bersinglet danberseluar pendek. Pada bahunya tersangkut dua helai tali leher.

            Dia hadiahkan senyuman jahat kepada Ian. “Siapa yang suruh kau masuk lubuk dubuk. Kalau kau nak tahu, mak kau pun buat perkara yang sama dengan papa aku! Mak borek, anak rintik!”

            Entah apa yang Iskandar cakap, Ian yang baru berusia dua belas tahun itu langsung tak faham apa-apa. Dia cuma boleh menangis dan cuba menepis tangan Iskandar yang ingin mencapai kakinya. “Jangan buat saya macam ni! Sakit!”

            “Salahkan muka kau sebab cantik sangat! Kawan aku cakap, kalau muka cantik, badan pun mesti cantik! Kau buat aku curious cantik mana badan kau tu.” Tangan Iskandar sekali lagi cuba mencapai kedua belah kaki Ian. Kemudian, kaki Ian ditekan dengan lutut Iskandar. Kerana tak mahu kaki Ian meronta-ronta cuba menendangnya, Iskandar ikat kaki itu dengan tali leher. Lincah tangannya mengunci pergerakan kaki Ian.

            Tangan kecil Ian pukul tubuh Iskandar berkali-kali. Tapi, apa sangatlah kudrat anak kecil sepertinya. Iskandar hanya ketawa memperlekeh usaha Ian. Kali ini, tangan yang tak reti duduk diam itu pula diikat pada kepala katil.

            Macam mana Ian merayu pun, Iskandar buat pekak sahaja. Nafsu serakah mengatasi belas kasihan.Sekali lagi, malam itu, kegadisan Ian diragut tanpa belas kasihan oleh remaja lelaki tujuh belas tahun itu.

            Di mana semua orang dalam banglo ini? Kenapa tak ada seorang pun yang mendengar jeritannya meminta tolong?!

            Hampir kering airmata Ian. Dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat. Tali leher yang mengikat tangannya tadi diletakkan di sebelahnya.

            “Buat kenangan malam kedua. Esok aku guna tali lain!” kata Iskandar menggeliat puas.

            Ian terasa ingin mencabut nyawanya sendiri dengan tali leher itu. Tapi, dia takut akan kesakitan itu. Celah kelangkangnya juga terasa sangat pedih sekarang, sepedih hatinya saat ini.

 

IAN murung. Tidak seperti semalam, hari ini dia tak boleh nak telan apa pun. Susu yang nampak menyelerakan buat dia mual. Mak yang berada di sebelah perasan Ian tidak mencicip apapun makanan yang terhidang depan mata. Nasi goreng hanya dikuis.

            “Kenapa tak makan?Makan cepat. Lepas ni nak pergi sekolah. Masuk angin perut tu nanti....,”nasihat mak.

            Iskandar memandang tajam pada wajah Ian. Pandangan itu berbaur ugutan. ‘Aku bunuh kau kalau kauberani cakap apa-apa!’

            Mata Ian yangbertembung seketika dengan mata tajam Iskandar cepat-cepat ditundukkan semula.“Ian tak lapar!” pendek sahaja jawapannya. Sudahnya, dia letakkan kembali sududi atas pinggan yang dipenuhi nasi goreng.

            Pak Cik Hashimyang memang dingin wajahnya tiba-tiba bersuara. “Kalau tak lapar, jangan makan! Kalau sakit, jangan susahkan orang!”

            Nak menangis Ian di situ. Dari awal lagi, dia memang tidak dialu-alukan ke vila ini. Mak mengambilnya pun kerana tiada sesiapa yang ingin menjaganya. Berada di vila initak pernah sekali pun Pak Cik Hashim senyum ketika memandangnya. Bercakap pula asyik dengan nada tinggi gaya orang nak marah sahaja. Entah apa yang dimarahkan, Ian tak tahu.

            Macam mana dia nakcakap dengan mak yang dia diganggu Iskandar kalau mak macam ni? Mak tak pernah menangkan dia. Kalau dengar Pak Cik Hashim menengking, mak akan diam sahaja.Kalau dia cakap tentang perbuatan Iskandar padanya, apa reaksi mak nanti?Adakah mak akan percayakannya? Adakah mak akan keluar bersama-sama dengannya dari vila ini tinggalkan suami yang sudah berikan semuanya?

            Ian tak nampak cara lain. Selagi dia ada di vila ini, menyorok macam mana pun, Iskandar akan terus mengganggunya. Remaja lelaki itu akan buat dia menangis setiap malam.

            “Pa, pergi dulu!”

Suara Iskandar menyentak lamunan Ian. Remaja lelaki itu terus bangun dan tinggalkan meja makan.

            Seperti biasa, mak menggesa Ian untuk turut bangun. Tapi, Ian pegun di kerusinya. “Tak nak! Ian nak jalan kaki saja ke sekolah!” Cara itu lebih selamat berbanding naik kereta dengan remaja bertopengkan syaitan itu.

            Mata Pak Cik Hashim bulat memandang Ian. “Kau bangun sekarang! Jangan sampai aku yang kena hantar kau!” marah Pak Cik Hashim.

            Pandangan marah Pak Cik Hashim tidak menakutkan Ian. Dia sudah biasa dipandang penuh kebencian begitu. Membayangkan apa yang akan dibuat Iskandar lebih menakutkan.

            Tiba-tiba, Ian terasa pehanya dicubit. “Ian bangun sekarang! Jangan jadi mengada-ngada macam ni! Sekolah tu, jauh! 20 minit naik kereta. Entah pukul berapa nak sampai kalau jalan kaki!” marah mak.

            “Ian tahu jalanpendek!” Dia buat tak peduli cubitan mak pada pehanya walaupun sakit.

            Geram dengan kedegilan Ian, mak terus tarik tangan Ian untuk bangun. Beg digalaskan pada bahu Ian dengan kasar. Tubuh Ian didorong hingga ke muka pintu.

            “Mak, sakit mak!”Ian meronta. Pegangan mak terasa begitu kuat hingga mencengkam tulang lengannya.

            “Kat rumah ni, tak ada orang nak layan Ian macam tuan puteri! Jangan mengada-ngada! Ian susahkan mak, tahu tak? Ian suka tengok mak susah? Hah?!” soal mak geram.

            Lengan Ian ditarik lagi sampai betul-betul di hadapan Mercedes Benz. Tubuh Ian ditolak kasar oleh mak untuk masuk ke dalam Mercedes itu. Mak tak tahu yang Ian telah dihantar sendiri oleh tangan mak untuk dibaham dubok. Takut-takut Ian memandang Iskandar yang duduk di sebelah dengan senyuman jahatnya itu. Sedaya mungkin dia menghimpit dirinya ke penjuru kereta.

            “Kita gerak sekarang ya?” Pak Abu memecahkan kesunyian dalam kereta itu.

            Entah bila masanya, Iskandar sudah menghimpit Ian. Mereka berada begitu rapat sekali.Malah, sekali lagi tangan Iskandar merayap pada tubuh bahagian atas Ian. Ian terpaksa menekup mulut dengan tangan sendiri menahan jeritan dari keluar apabila tangan kasar itu sudah meramas dadanya.

            ‘Tolonglah Pak Abu! Tolonglah pandang ke belakang dan marahkan lelaki keji ni!’ rintih Ian dalam hati sepanjang perjalanan. Dia benar-benar berharap agar Iskandar cepat keluar dari kereta agar dia tak perlu merasai kesakitan begini lagi!

 

MALAM itu sekali lagi dia menjadi mangsa kerakusan nafsu binatang Iskandar. Ketika itu, dia berharap benar agar ada sesiapa sahaja yang buka pintu dan hentikan perbuatan terkutuk Iskandarkepadanya.

            ‘Tolonglah sesiapa! Tolong Ian! Ayah, tolong Ian! Ian sakit ayah! Badan Ian sakit sangat!’

            Namun, harapan tinggal harapan. Sampai ke sudah, tiada sesiapa yang buka pintu itu. Ian pandang pintu yang hampir tertutup tanpa perasaan. Iskandar keluar dengan senyuman puas tinggalkan Ian yang menangis tanpa lagu.

            Bagaimana rumah yang sepatutnya melindungi dia dari panas, hujan, ancaman musuh dan binatangadalah tempat yang paling tidak selamat?! Ke mana dia harus membawa diri dan larikan diri daripada terus menjadi hamba melayan Iskandar sehingga lelaki itu puas?

            Ketika itu, Ian persoalkan takdir. Kenapa dia tak mati sahaja agar dia tak perlu rasai kesakitan begini lagi? Kenapa ayah tak bawa dia sekali? Ayah dah janji, ayah dan Ian akan bahagia walaupun tanpa mak! Tapi, kenapa ayah tinggalkan dia sendiri untuk rasa derita begini? Kenapa?!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN