Home Novel Cinta DARA
DARA
TASHA SAIN
27/2/2018 22:27:05
11,574
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Rumah teres satu tingkat itu gamatdengan jeritan dan bunyi kaca pecah. Pasangan yang tinggal di situ sedangbergaduh besar. Di dalam bilik utama, ada anak kecil berusia sebelas tahunsedang menagis teresak-esak sambil menutup telinga.

            “Mak! Ayah! Tolongjangan bergaduh lagi! Tolonglah jangan bergaduh lagi!” rintih si anakberkali-kali namun suara kecilnya tenggelam di sebalik dua suara tinggi. Satusuara garau lelaki dan satu lagi suara nyaring seorang wanita.

            “Awak tak pernahnak hargai apa yang saya buat untuk awak! Yang awak nampak semua kesalahan sayaaja! Saya korbankan masa muda saya untuk bersama awak walaupun awak takberduit! Saya menyesal tak dengar cakap mak saya dulu! Ternyata Hashim lebihbaik!” jerit Darlina.

            “Ha…Menyesal?Sebab kau menyesal kahwin dengan orang tak berduit macam aku, kau pergi layanjantan tak guna tu?” tingkah Ismail. “Patutlah bila aku nak sentuh kau, kautolak tangan aku dengan alasan kau penat, hmm?” perlinya lagi.

            “Memang! Memangitu yang saya buat! Saya dah tawar nak bersama awak lagi. Sekarang, awak dahdengar pengakuan saya kan, awak lepaskanlah saya! Kalau awak tak nak dipanggildayus, biarkan saya pergi! Tak guna simpan bini curang macam saya ni!” cabarDarlina.

            “Baik! Kalau ituyang kau mahukan! Aku akan bagi kau di sini juga! Darlina Abdullah, akuceraikan kau dengan talak satu! Kau berhambus dari rumah aku! Aku tak naktengok muka tak tahu malu kau kat rumah ni lagi! Aku haramkan kau jejak rumahni walaupun untuk berjumpa Ian!” Turun naik nafas Ismail. Dia sudah melafazkantalak pada isteri yang sudah dua belas tahun dikahwini. Egonya dicabar wanitajalang itu. Lebih menyakitkan, dia dibandingkan dengan Hashim, kekasih lamaDarlina. Tak guna menyimpan wanita begitu sebagai isteri. Gelaran dayus sangatmenakutkan bagi seorang lelaki.

            Darlina senyumpuas. Dia sudah mendapat talak yang dimahukan. Selepas ini, dia bebas untukbersama dengan Hashim, lelaki kaya berharta yang menjanjikan kesenangan dankebahagiaan berbanding lelaki sengkek seperti Ismail. Sudah dua belas tahunkahwin, tak pernah dia rasa bersandar dalam sebuah kereta. Rumah pun muat-muatuntuk tiga orang sahaja. Itupun, sewanya selalu tertunggak. Bil-bil jugatertunggak. Menanti masa untuk dipotong. Dia benci hidup kesempitan begitu.Tiada sekelumit pun rasa gembira.

            Darlina mencapaitas tangan yang ada di atas sofa sebelum berjalan angkuh melepasi Ismail. Saatini juga dia akan keluar. Dia tak perlu bawa apa-apa. Semua dokumen pentingsudah ada dalam tas tangan itu. Baju? Huh, tak perlu kot bawa baju yang selayaknyadigelar kain buruk. Hashim menjanjikan pakaian dari apa jenis kain yang cukupselesa asalkan wanita bermata galak itu datang ke pangkuannya.

            Anak kecil yangberada dalam bilik tersedu-sedan. Dia lepaskan kedua belah tangan daripada menutuptelinga apabila suara bingit pergaduhan tadi sudah tiada lagi. Dia inginmenjengah keluar. Mungkinkah mak dan ayah sudah berbaik semula? Dia lap airmata dengan rakus. Ingin segera berjumpa mak yang sudah dua hari tidak ditatapwajahnya.

            Sebaik dia pulastombol pintu dan mejengah keluar, dia lihat kelibat mak yang berblouse kuningkeluar dari pintu. Pintu itu ditutup kasar.

            “Mak! Mak nakpergi mana, mak? Jangan tinggalkan Ian mak!” Menangis-nangis dia cubamendapatkan tubuh mak yang semakin hilang apabila daun pintu tertutup.

            Melihat anakperempuan yang berlari cuba mendapatkan bekas isteri, Ismail seraya menghalangdengan memeluk tubuh anaknya itu.

            “Jangan! Janganikut mak! Mak bukan mak yang baik untuk Ian!”

            “Ayah! Ayah janganbiar mak pergi ayah! Ian rindu mak! Ayah halanglah mak! Mak kat depan sana tu!”rintih si anak.

            “Mulai hari ni,mak dah tak ada dalam hidup kita berdua. Ayah cuma ada Ian, Ian cuma ada ayah!Tak apa, kita boleh gembira tanpa mak!” pujuk Ismail mengemaskan pelukanmenghalang anak yang meronta-ronta ingin pergi mengejar Darlina yang sudahkeluar dari pagar rumah teres.

            “Kenapa kita takboleh bahagia dengan mak? Ian nak mak! Ian nak jumpa mak! Nak peluk mak! Nakcium mak! Ian rindu mak!”

            “Mak tak sayangIan lagi! Kalau dia sayang, dia tak akan tinggalkan Ian dan lari ikut jantantak guna tu!” tegas ayah. Tinggi suaranya memarahi Ian. Mencerlung mata ayahmemandang mata basah Ian.

            Ian tersedu-sedu.“Mak tak sayang Ian lagi?”

            “Bila orang dahtak sayang kita, kita tak boleh hidup dengan dia dalam satu rumah lgi. Kalaukita hidup dengan dia, inilah yang jadi!” Badan Ian dipusingkan untuk melihatkeadaan rumah. Semuanya bersepah. Bingkai-bingkai gambar pecah. Majalahbersepah. Piala-piala, cenderahati dari sekolah Ian berterabur di atas lantai.Yang buat Ian termanggu, bingkai gambar mak yang sedang memangku Ian ketikabayi turut pecah. Seakan memori itu sudah tiada ertinya lagi.

            “Mak!!!” jerit Ianberharap jeritannya akan kembalikan mak ke sisi.

 

“AKU dengar si Darlina tu bersekedudukandengan lelaki bandar tu! Lelaki yang selalu kita nampak hantar dia sampai kepagar rumah!”

            Ian yang sedangmenjengket untuk mengambil secawan mi segera terhenti tingkahnya apabila diamendengar nama mak disebut orang di rak sebelah. Tangan Ian menggenggampenumbuk. Dia bukan tak tahu erti sekedudukan itu. Sudah ramai bercakap tentangmak yang tinggal sebumbung dengan lelaki tanpa berkahwin. Orang kata ituperbuatan yang sangat tidak elok.

            “Hish kau ni!Cakap siang pandang-pandang! Entah-entah dia dah kahwin dengan lelaki tu. Orangjanda ni tak perlu wali nak nikahkan dia. Mungkin dia buat kecil-kecilan aje!”marah mak cik yang lain.

            Hati Ian rasasejuk sedikit. Ada orang yang berada di pihak mak. Rasa ingin dia ucapkanterima kasih kepada mak cik itu kerana percayakan mak sama sepertinya.

            “Lah! Kalau takada angin, masakan pokok bergoyang. Ada orang sini cakap nampak Darlina keluarmasuk rumah besar tu. Bila dah masuk, tak keluar dah! Buat apa lagi kalaubukan….” Terhenti percakapan mak cik tudung indon apabila terpandang Ian yangsedang memandangnya dengan pandangan marah. Mencerlung mata Ian. Bukan mak ciktu tak tahu Ian anak Darlina. Semua orang kawasan perumahan ini tahu gadiskecil molek yang cantik itu ikut rupa maknya. Jangan ikut perangai sudah!

            “Mak cik cakap apapasal mak saya?” dingin Ian bertanya lalu menghampiri mak cik tudung singkatitu. Dia yang agak rendah terpaksa mendongak sedikit pandang mak cik mulutcelupar.

            Mak cik yangseorang lagi sudah tidak sedap hati. Bukan tak kenal Ian. Garang orangnyawalaupun wajah itu sangat manis.

            “Siapa yang ajarkamu boleh tengok mata orang tua macam tu?” Mak cik tudung singkat marah. Anakdia pun tak pandang dia macam tu. “Mak kamu ajar jadi kurang ajar macam ni?Huh! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!”

            Darah Ian semakinmendidih. Turun naik dadanya akibat bernafas dengan tidak teratur. Tanpadiduga, Ian berlari laju ke arah mak cik tadi lalu memijak kaki mak cik dengankasut sekolah bertapak tebal.

            “Adoi! Adoi!”rintih mak cik mulut jahat tu. Terjatuh bakul yang dipegang apabila tangan makcik cuba memukul tubuh Ian yang rapat dengannya. Sekuat hati Ian memijak kakiitu selama tiga saat sebelum berlari tinggalkan kedua-dua mak cik.

            “Padan muka! Padanmuka! Uweek!” Ian jelir lidah lalu berlari keluar dari kedai runcit. Dia terusberlari tanpa memandang ke belakang apabila tauke kedai cuba mengejarnya.

            “Aku dah cakaptadi! Kena tengok-tengok kawasan sekeliling sebelum bercakap. Cuba kalau kitadi tempat budak tu, apa kita rasa?”nasihat mak cik yang masih adaperikemanusiaannya. Dia cuba bangunkan kawan yang telah terduduk akibat sakitdipijak tadi. Barang-barang yang berterabur pun diangkat.

            “Orang tak dapatkasih sayang, macam tu lah jadinya. Jangan jadi perosak negara dah!” sumpah makcik tadi. Kaki ditiup menghilangkan kesakitan.

            “Sudah-sudahlahtu! Kalau budak tu terdengar lagi, entah apa yang dia akan buat nanti.”

            Bulu roma mak ciktudung singkat berdiri tegak. Budak tu, nampak aje kecil tapi sangatlah kuat.Rasa macam ada beban 50kg yang tertimpa kaki kanannya tadi.

 

MENANGIS-NANGIS Ian ketikaberjalan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah, dia tersedu-sedan.Lengan baju digunakan untuk menutup mata yang basah. Jiran-jiran sekelilingyang nampak Ian menangis hanya boleh bersimpati dengan nasib kanak-kanaksebelas tahun itu. Bukan tak biasa lihat Ian menangis. Dah selalu sangat.

            “Kenapa menangistu? Ian jatuh ke?” tanya jiran sebelah yang kebetulan keluar seketika kebahagian hadapan rumah. Mak Cik Anis namanya. Mak cik itu sebaya dengan mak. 30tahun usianya.        

Ian masih menangis. Dia hanya menggeleng tanpa angkat muka. Ianbuka pintu pagar rumah dalam keadaan tunduk. Walaupun Mak Cik Anis sudah tahudia menangis, dia tetap segan untuk tunjukkan wajah kesedihannya.

“Mak cik ada masak ayam masak merah. Sedap tau! Jom, makan sekalidengan mak cik!” ajak Mak Cik Anis ramah.

Perut Ian memang begitu lapar sekarang. Sejak mak pergitinggalkannya, tiada lauk yang terhidang lagi selepas pulang ke sekolah. Sebabitu, Ian ingin beli mi cawan tadi. Tapi, tak jadi sebab mak cik mulut jahat tu.

Ian angkat muka. Ayam masak merah merubah moodnya. “Ianboleh tumpang makan rumah mak cik?” tanya Ian dengan nada suram.

Mak Cik Anis senyum mekar. Nampaknya dia berjaya memujuk Ian. Diaangguk mengiayakan. “Ian datang lepas letak beg ya. Nanti, mak cik hidang.Jangan tak datang pulak!”

Wajah suram Ian bertukar gembira. Ayam masak merah memang laukkegemarannya lebih-lebih lagi jika mak yang masak. Tapi, masakan Mak Cik Anistak kurang hebatnya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah untuk tukar baju danberlari ke rumah Mak Cik Anis.

“Assalamualaikum!” Ian terus masuk ke dalam rumah. Dia lihat makcik sedang hidangkan lauk atas meja makan. Rumah teres kecil itu memang agaksempit. Ruang tamu terpaksa dikongsi dengan ruang makan.

“Waalaikumsalam! Duduk Ian.” Mak cik Anis tarikkan kerusi untuk Ianduduk. “Ian makan dulu. Lepas dah siap, Ian boleh rehat. Mak cik tunggu pak cikbalik. Lambat sikitlah nak makan.”

Tidak menunggu lama, Ian terus makan selepas membaca doa makan.Riuh mulutnya memuji masakan Mak Cik Anis.

‘Kesian budak ni. Kenapa Darlina sanggup tinggalkan dia? Yangayahnya pula sibuk sangat, kerja sampai ke malam. Tinggalkan dia sorang-sorangkat rumah tu.’ ujar Mak Cik Anis bersimpati. Rambut Ian yang panjang dan lembutdibelai.

“Mak cik…”

“Ya, Ian? Nak tambah lagi ke?”

Ian geleng. “Boleh tak kalau Ian nak bagi ayah rasa sikit. Ayah punsuka ayam masak merah.”

Bergenang air mata Mak Cik Anis. Keprihatinan Ian dipuji dalamdiam. Dia angguk. “Nanti mak cik bungkuskan. Kalau ayah lambat balik, ataubalik malam, Ian panaskan sikit. Takut basi.”

Ian angguk faham. Dalam usia sebelas tahun itu, pemetik api, stove,pisau dan perkakas dapur bukan lagi sesuatu yang asing. Cikgu di sekolah ajar,kita perlu selalu membantu ibu di dapur. Mulai hari itu, Ian tekad. Bila makkembali ke rumah nanti, Ian mahu membantu mak supaya mak tidak penat uruskansemua benda lagi. Supaya mak tak rasa nak keluar dari rumah lagi.

 

IAN menanti ayah untuk pulang ke rumah.Memandangkan dia tiada meja belajar khas, dia terpaksa siapkan kerja sekolahnyadi atas meja makan. Di atas meja makan itu, ada sepinggan nasi putih, semangkukkecil ayam masak merah dan satu cawan air masak. Ayah akan pulang dalam keadaanpenat. Kalau makanan tidak dihidang begini, ayah akan sangat culas untuk makan.Biasanya, ayah akan terus tidur atas kerusi sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

            Sudah pukul 11.00malam, ayah masih belum pulang. Enjin motor lama ayah juga tidak kedengaran.Ian bosan. Dia melukis gambar Doreamon atas muka surat buku Matematik yangterbuka.

            ‘Bila ayah nakbalik ni? Lambatnya! Biasanya ayah balik pukul 10.30!” rungut Ian. MataDoraemon yang sepatutnya bulat dilukis berapi-api. Marah kerana ayah pulangsangat lambat. Dia hendak berbual dengan ayah dan temankan ayah makan. Kalautidur, memang esoklah dia bangun.

            Selesai melukisapi pada mata Doraemon, dia lukis taring pula pada mulut Doraemon yang terbukaluas. Entah macam mana selesai sahaja melukis itu, dia tertidur dengan kepaladiletakkan atas meja.

            Ian tersedar daritidur apabila telinga terdengar keriuhan di luar rumah. Terpisat-pisat diabangun.

            Dia pandangsekeliling. Terang pandangannya. Baru dia teringat dia tunggu ayah tadi. ‘Dahpukul berapa ni?’ Ian pandang sekilas pada jam dinding. “Dah pukul dua belas?Mana ayah ni tak balik-balik!”

            Bunyi riuh rendahtadi menggamit Ian untuk menjengah. Ada siren polis yang kedengaran kuat diluar sana. “Ada apa-apa yang dah jadi ke kat luar tu?”

            Buka sahaja pintu,dia terkejut ada ramai orang berkerumun di hadapan rumahnya. Terpinga-pinga diadi situ.

            “Ian, buka pintupagar ni nak!” Suara itu milik Mak Cik Anis. Cemas bunyinya.

            “Kenapa semuaorang datang sini? Kenapa polis pun ada?  Ian tak ada buat salah apa-apa!” Matayaterbeliak. ‘Alamak!’ Dia teringat yang dia pijak kaki  mulut mak cik jahat pagi tadi.

            “Ian memang taksalah apa-apa! Ian buka sekejap pintu pagar ni boleh?” pinta Mak Cik Anis.

            Takut-takut Ianmelangkah ke hadapan. Dia terasa mata-mata orang yang sedang berkumpul dihadapannya memandangnya.

            Sebaik pintu pagardibuka, Mak Cik Anis meluru masuk memeluknya. Belakang badannya diusap lembut.“Ian…Ayah Ian dah tak ada. Dia kemalangan pukul sebelas tadi.” Mata berair makcik menatap wajah takut-takut Ian.

            Ian diam tidakberkutik di situ. Dia hanya terkebel-kebel memandang Mak Cik Anis. Dia ketawakecil selepas itu. “Ayah tu memang selalu balik lambat, mak cik. Ian tengahtunggu ayah tadi. Nak teman ayah makan ayam masak merah mak cik!”

            Ian seakan tidakfaham, maksud ‘tak ada’ yang disampaikan Mak Cik Anis. Dia tak dengar Mak Cik Aniscakap tentang ayah kemalangan.

            Mak Cik Anis yangrendahkan badan untuk memandang Ian terpaksa mendongak memandang suami yang adadi sebelah. Meminta suaminya pula terangkan situasi itu kepada Ian.

            “Ian…Ayah Ian dahmeninggal dunia, Dia kemalangan waktu nak balik ke rumah tadi,” terang suamiMak Cik Anis perlahan-lahan.

            Otak Ian kosong.Dia tak faham istilah itu. Tapi, hatinya sudah menggesa kelenjar pada matautnuk keluarkan air mata. Dia hampir terjelepok namun sempat dipeluk Mak CikAnis.

            “Ayah dahmeninggal dunia… Maksudnya, ayah dah tak ada…Maksudnya, ayah tak akan baliklagi? Ayah tak akan balik jumpa Ian lagi? Ayah tak boleh nak makan ayam masakmerah tu…” Mata Ian perlahan-lahan terpejam sendiri dengan kepala terlentokatas bahu Mak Cik Anis.

            Goncangan kuatpada bahu Ian pun tidak membuatkan Ian buka matanya.

 

 

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN