Home Novel Cinta DARA
DARA
TASHA SAIN
27/2/2018 22:27:05
11,575
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Masa berlalu begitu pantas. Episodduka hidup Ian menerima gangguan seksual di dalam rumah sendiri berakhirapabila Ian dihantar ke asrama. Keputusan peperiksaan UPSR 5A melayakkan dia keasrama penuh di Melaka. Biarpun dia diganggu setiap malam oleh Iskandar, Iantekad untuk keluar dari vila itu. Keluar dan pergi ke tempat yang lebih baik.Ke tempat yang jauh dari Iskandar. Ke tempat yang Iskandar tak bolehmencarinya.

            Tahun ini, masuktahun ke lima Ian di sekolah itu. Ian berkawan dengan ramai kawan. Namun, yangpaling rapat hanya seorang. Afiqah namanya. Gadis itu sama sepertinya. Tiada ayah.Hanya ada mak dan dua orang kakak. Setiap kali balik wajib, Ian tak akan pulangke bangle Pak Cik Hashim sebaliknya, dia akan menumpang di rumah Afiqah diMelaka. Tiada lelaki dalam rumah itu membuatkan Ian begitu selesa.

            Selalu juga MakCik Hasnah, ibu kepada Afiqah bertanya. “Tak apa ke Ian tak pulang ke rumah sendiriwaktu balik wajib macam ni? Mak tak risau?”

            Hanya senyumanjawapan kepada soalan Mak Cik Hasnah. Dia tak mahu memburukkan mak depan MakCik Hasnah. Mak cakap, “Kalau nak tinggal selama-lamanya kat asrama pun tak apa.Ian tahukan Pak Cik Hashim tak suka Ian? Mak tak nak bergaduh dengan suami maksebab Ian!”

            Ian sambutkata-kata mak dengan anggukab. Kalau boleh, dia pun tak nak kembali ke nerakadunia itu. Neraka yang menyaksikan air matanya tumpah setiap malam di saatsemua orang dibuai mimpi lena. Namun, dia tak boleh menidakkan hatinya begiturindu pada mak.

 

IAN sedang membuat latihan MatematikTambahan di bilik bacaan bersama Afiqah yang duduk di hadapanya. Terkejut dia apabilaada pengumuman yang memanggil namanya.

            “Irdiana bintiIsmail! Irdiana binti Ismail! Ada pelawat yang ingin berjumpa anda di hadapanasrama puteri!”

            Ian ragu. ‘Ituuntuk aku ke? Siapa pula yang nak melawat?’ Selama hampir lima tahun dia beradadi sini, dia tidak pernah menerima pelawat. Orang lain kot.

            “Aku rasa aku takkenal Irdiana Ismail selain kau dalam sekolah ni!” tingkah Afiqah apabilamelihat Ian masih tekun dengan kerjanya.

            Ian terus menekankalkulator. Malas untuk fikir apa-apa. “Ada tu. Freshy kot. Budak Form1 ke, Form 4 baru ke. Kau bukannya kenal dia orang semua!” perliIan.

            Afiqah mencebir.Melihat Ian masih tekun, dia juga cuba tekun. Mereka terus membuat latihanMatematik Tambahan. Beberapa minit kemudian, pengumuman yang sama dilaungkan.

            “Panggilan keduauntuk Irdiana binti Ismail! Ada pelawat sedang menanti di luar asrama puteri!Cepat sikit!” tegas si pemberi pengumuman.

            Afiqah ketawabesar. “Weh, betul lah! Aku rasa pelawat tu memang nak melawat kau. Entah-entahpeminat fanatik kau tak?” usik Afiqah. Sahabatnya yang bermata galak, berkulitputih, berbibir mugil ini memang ramai peminat lelaki. Namun, Ian buat taklayan. Pandang sebelah mata pun tak nak. Bila ada yang confess pada Ian,Ian akan cakap, ‘Aku tak ada masa nak layan cinta monyet. Seluar dalam pun makkau beli, ada hati nak bercinta dengan anak dara orang!’ kutuk Ian depan-depansi lelaki yang confess tadi.

            Ada yang terusputus asa, ada juga yang bersungguh ingin menakluki hati Ian yang garang tapisangat cantik. Mereka ibaratkan Ian sebagai mawar berduri. Indah dipandang,namun tidak boleh disentuh. Durinya akan melukakan jari insan yang cubamenyentuh. Siapa yang tawan hati si mawar berduri ini orang yang sangat hebat.Boleh dapat anugerah tahunan.

            “Peminat fanatik?Ah, lantaklah. Ada banyak soalan lagi yang tak siap ni!” Ian tunduk tekunmengira dan menulis jalan kerja.

            “Ian ada kat sinitak?” Satu suara nyaring kedengaran di muka pintu bilik bacaan. Semua pelajaryang menggunakan bilik bacaan memandang ke arah Ian. Ian angkat muka.

            “Ian! Abang awakkat bawah tu! Dia cakap mak awak sakit! Ada kat hospital sekarang!”

            Serta-merta penpada tangan terlepas. Pertama, terkejut kerana kehadiran lelaki yang dipanggilabang dan yang kedua, terkejut kerana menerima berita mak di hospital! Iankelam-kabut bangun. Berkeriut bunyi kerusi. Dia kemaskan semua barang dalamkeadaan tergesa-gesa.

            “Tak apa. Tak apaIan. Biar aku yang kemas. Kau pergi turun cepat. Jumpa abang kau!” cemas suaraAfiqah. Andai dia menerima berita begitu, dia juga akan resah seperti Ian.

            “Aku minta tolong,kau tolong letak semua atas katil aku ya!” Terus Ian berlari keluar sebaikmemberi pesanan kepada Afiqah.

            Ian terus belarimenuju ke luar asrama puteri. Tudung yang senget tidak dipedulikan. Dari jauh,dia boleh melihat ada kelibat seorang lelaki yang sedang membelakanginya.Lelaki itu memakai jaket kulit hitam dan seluar jeans biru. Dari ketinggian lelakiitu, Ian tahu itu Iskandar. Namun, belakang badan Iskandar nampak sedikitlebar. Sudah agak lama dia tidak berjumpa manusia bertopengkan syaitan itu.Dalam hati ada rasa takut. Namun, mak lebih penting. Selama dia tidak berjumpaIskandar, selama itu juga dia tidak berjumpa mak.

            “Apa yang dah jadipada mak saya?” Suara Ian kemengahan. Iskandar masih membelakanginya ketikaitu.

            Mendengar gemersiksuara itu, dada Iskandar bergetar hebat. Perlahan-lahan dia berpaling. Sudahempat tahun dia tidak berjumpa gadis cantik itu. Matanya tak lepas memandangIan. Wajah cantik itu masih tidak berubah. Putih, bersih dari sebarang jerawat.Tudung senget yang dikenakan Ian buat gadis itu nampak comel di matanya. Ianjuga sudah agak tinggi. Setinggi dadanya. Dahulu, dia genit sahaja.

            “Apa yang dah jadipada mak saya?!” tanya Ian kuat kembalikan Iskandar ke alam nyata.

            “Mak kau sakit kathospital. Batuk berdarah,” selamba Iskandar menjawab dengan tangan di dalampoket seluar.

            Mata Ianterbeliak. Dadanya berdegup lebih kencang menerima berita itu. Lututnyamenggigil. Walaupun mak seakan tidak mempedulikannya lagi, mendengar beritaburuk tentang mak buat Ian hampir menangis. Mak, ibu yang melahirkannnya. Diatak rela mendengar berita kehilangan mak. Dia belum bersedia untuk itu.

            “Saya tak…Takboleh nak percaya…Abang.” Jijik Ian nak sebut perkataan abang. Lelaki itu taklayak digelar abang kerana lelaki itu syaitan dalam jelmaan manusia. Tapi, isumak di hospital bukan isu yang boleh buat prank. Dia mahu kepastiandaripada Iskandar.

            Iskandarmendengus. Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang didail. “Pak Abu. Ni, Ian nakcakap.” Iskandar hulurkan telefonnya kepada Ian.

            Teragak-agak Ianingin menyambutnya. Bila dah sampai pada tangan, baru dia terus lekapkan pada telinga.

            “AssalamualaikumIan!” ramah Pak Abu memberi salam.

            “Waalaikumsalam,Pak Abu. Pak Abu, betul ke mak saya kat hospital sekarang?”

            “Ya, nak! Pagitadi mak Ian mengadu sakit dada. Bila dia batuk, keluar darah. Cepat-cepat PakAbu hantar dia ke hospital,” cerita Pak Abu dengan nada resah.

            Tak sanggupmendengar apa-apa lagi, Ian terus matikan talian. Syaitan di hadapannya memangsedang bercakap benar. Tangan dan lutut sudah menggigil. Hanya ada batukberdarah dan hospital dalam otaknya sekarang. Dia serahkan telefon kepadaIskandar semula.

            “Puas hati?” tanyaIskandar sambil terjongket-jongket keningnya.

            “Terima kasih bagitahu. Nanti saya pergi hospital sendiri.”

            “Kau ingat aku drivedua jam semata-mata nak bagi tahu kau berita ni? Huh?”

            “Habis tu abangnak apa?” tanya Ian garang. Dia seakan sudah boleh membaca fikiran lelaki ini.

            Iskandar gelakhalus. “Wah, makin garang kau sekarang ya?” Tangan Iskandar cuba menyentuh daguIan namun cepat Ian tepis. Seakan tidak kisah dengan itu, Iskandar senyum lagi.“Mak kau suruh aku ambil kau dan bawak kau jumpa dia. Nak bagi amanat terakhirkot!”

            “Abang memangkurang ajar! Sanggup abang doakan mak mati!” Darah Ian mendidih.

            “Dia mak kau,bukan mak aku. Mak aku sorang aja dalam dunia ni!”

            Ian cuba merasionalkandiri untuk tidak bergaduh di tempat laluan orang keluar masuk asrama puteriini. “Saya akan pergi melawat mak. Tapi, bukan dengan abang!” tegas Ian. Diatak akan biarkan dirinya disakiti Iskandar lagi. Lantaklah kalau terpaksa bayarlebih untuk harga teksi. Itu lebih baik daripada berduaan dengan Iskandar.

            Iskandar ketapgigi. Ian sudah menjadi gadis yang sangat berhati-hati. Tapi, dia bukan tak adacara lain untuk memaksa gadis itu naik kereta dengannnya. Dia tak akan biarkanperjalanan ini sia-sia!

            Iskandar selukpoket dari dalam jaket yang dikenakannya. Dia keluarkan sekeping foto laluditunjukkan kepada Ian.

            Ternganga Ianmelihat fotonya tanpa baju. Foto empat tahun dahulu. Bila masanya Iskandarmengambil gambar yang mengaibkan ini! Tangan Ian cepat mahu merampas foto itudari tangan Iskandar namun tangan lelaki itu lebih cepat. Lelaki itu terussorokkan foto dipegangnya di belakang badan.

            “Kalau kau takikut aku, gambar ni akan sampai pada semua orang yang ada di sekolah ni…”

            “Kurang ajar!!”Ingin sahaja tangan Ian melayangkan penumbuk kepada lelaki itu. Wajah Ianterasa panas akibat marah yang begitu membara ini.

            “Tak percaya? Nakaku buat?” Iskandar mahu Ian merayu kepadanya. Dia pandang sekeliling. Adaseorang pelajar perempuan yang menuju ke arah mereka. “Dik!” panggil Iskandar.

            Mata Ian terbeliakdi situ. Dadanya berdebar-debar. Macam mana kalau Iskandar beri gambar itukepada junior yang baru dipanggil tadi? Ian pejam mata tahan marah. “Sayaikut!” jeritnya di situ.

            Pelajar perempuanyang sudah menghampiri mereka terpinga-pinga. “Abang ada panggil saya ke tadi?”tanya pelajar itu. Dia pandang Ian dan Iskandar silih berganti.

            Iskandar senyummenang. Sempat dia jeling kepada Ian. “Abang nak tanya. Sekarang, dah bolehkeluarkan?”

            Ian pandangIskandar dengan pandangan marah. Mahu sahaja dilempang lelaki tak guna itu!

            Pelajar perempuanitu angguk kecil. “Dah memang waktu outing. Tapi, kena balik sebelumpukul 5.30.”

            “Terima kasih. Itusaja yang abang nak tanya.”

            Tersipu malupelajar perempuan tadi menerima senyuman daripada lelaki kacak sepertiIskandar. Tapi, yang pelik, takkan Kak Ian yang sudah tingkatan lima itu tidaktahu. Ah, lantaklah!

            Tubir mata Iansudah berair. Geram, marah, hina bercampur rasa. “Sanggup abang buat Ian macamni!” rintihnya perlahan tapi Iskandar boleh mendengar rintihan itu. Dia buattak peduli.

            “Cepat! Sepuluhminit aja aku bagi. Kalau kau tak datang dalam sepuluh minit, gambar niakan sampai pada pak guard yang jaga kat depan pintu pagar tu!” ugutIskandar lalu menapak ke arah kereta yang diletakkan di hadapan asrama puteri.

            Ian kesat airmatanya dengan tangan. Tiada gunanya menangis di hadapan setan itu. Tapi, diasudah merangka stategi dalam otak. Andai Iskandar cuba menyentuh walau secebispun kulitnya, mata Iskandar akan dia simbah dengan air sabun baju. Biar buta!Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam asrama puteri semula untuk mencari botolkecil yang boleh dimuatkan dalam kocek baju untuk disembur ke mata Iskandarnanti!

 

SEPANJANG perjalanan keKuala Lumpur, tiada bicara antara mereka berdua. Ian menikus di tempat duduksebelah pemandu. Sebolehnya dia menyempitkan diri betul-betul ke tingkapkereta. Beg galas yang ada beberapa helai baju dipeluk erat ke dada. Dia takuttangan panjang Iskandar akan cuba merabanya lagi.

            Namun, sepanjangperjalanan itu, tangan Iskandar hanya memegang stereng kereta. Tapi, Ian tekad.‘Never let down your guard!’ Lelaki licik seperti Iskandar adamuslihat  tersembunyi yang belum bolehdijangka seperti gambar tadi.

            Mereka sampai dihadapan sebuah hospital swasta.

            “Turun!” arahIskandar.

            Ian pandangsekeliling. Ini memang hospital! Beberapa kali rasa syukur itu dipanjatkankerana Iskandar tidak berbuat apa-apa kepadanya sepanjang perjalanan. Pantas dikeluar dari kereta Iskandar. Kereta itu kemudiannya terus tinggalkan kawasantempat menurunkan penumpang.

            Dia pandang keretahingga hilang dari pandangan. Hati ingin disedapkan. Mungkin memang Iskandarsudah berubah. Ian tepuk pipinya. ‘Jangan! Jangan pernah percaya pada lelakitu! Selagi kau tak balik semula ke asrama, kau ada probability untukjumpa di semula! Waktu tu, kau tak tahu apalagi yang dia akan buat! Akal Ianberbicara.

            Tidak menunggulama, dia terus masuk ke dalam bangunan hospital.

 

MENANGIS Ian melihat wajah lesu mak yangsedang lena tidurnya. Kata doktor, mak demam panas dan batuk kering. Batuk itumenyebabkan tekak mak luka. Sebab itu, batuk mak berdarah. Mak perlu ditahanwad untuk beberapa hari bagi pemantauan rapi doctor.

            Tangan panas mak,Ian bawa ke wajahnya. “Mak…Ian dah sampai. Ian datang dari Melaka nak jumpamak…”

            Tangan mak dikucuplama. “Ian minta maaf dah lama tak balik nak jenguk mak. Tapi,  tak apa. Kali ni, Ian akan jaga mak. Kalauseminggu pun mak di sini, Ian akan temankan mak ya.”

            Ian pandangsekeliling. Sepi bilik besar itu. Ayah tirinya pun tiada. Entah sejak pukulberapa tadi, mak dibiarkan bersendirian. Dalam hati hendak marah. Sepatutnya,ada orang yang menjaga mak walaupun seorang. Paling tak pun, bibik. Tapi, tiadaayah tiri mahupun bibik yang menjaga.

            Tapi, dalam hatikecilnya selesa juga tiada ayah tirinya di sini. Sangatlah awkward kalautiba-tiba ayah tirinya datang nanti. Bukan dia selesa sangat dengan Pak CikHashim tu.

            Lama Ian menatapwajah mak melepaskan rindu. Sesekali, rambut mak yang sama panjang sepertinyadibawa ke belakang telinga,

            “Cantik mak Ian…”puji Ian pada maknya sendiri.

            Entah macam mana,Ian tertidur dengan meletakkan kepala di sebelah mak. Dia hanya bangun apabilasuara seorang lelaki mengejutnya.

            “Ian…Ian…” Surayang agak familiar buat dia memaksa diri untuk buka mata. Dia toleh kebelakang. Ada Pak Abu yang sedang senyum memandangnya.

            “Pak Abu…”

            “Ian dah lamasampai?”

            Ian lihat jam padapergelangan tangan. Sudah pukul tiga petang! Mak masih belum bangun lagi. “Iansampai dekat pukul 1.00 tadi.”

            “Ian dah makanbelum? Kalau belum, biar Pak Abu yang tolong tengokkan puan.”

            Ian geleng. “Tak apa,Pak Abu, Ian nak tunggu mak bangun dulu.”

            “Tak apalah kalaumacam tu. Ni ada air mineral untuk Ian. Minumlah sikit. Kat tempat berair-condmacam ni, kering tekak kalau tak minum air.”

            Ian senyum segarismenyambut huluran Pak Abu. Dia ucapkan terima kasih. “Pak Abu, Pak Cik Hashimtak ada ke? Memang dari pagi tadi ke, mak dibiar sendiri lepas admitted dalamhospital ni?”

            “Tuan kat luarnegara sekarang. Dah seminggu tuan ke sana.”

            Ian mencium adasesuatu yang telah terjadi. Tapi, dia tak nak berfikiran buruk. Bussinessmanseperti Pak Cik Hashim memang selalu ke luar negara. Tapi, tak adalah sampaiseminggu. Dua tiga hari dah balik dah.

            “Pak Abu, makdengan Pak Cik Hashim tak ada apa-apa masalah kan? Maksud Ian…” Ian garu kepalatak tahu nak teruskan ayat macam mana.

            Pak Abu senyumpaksa. Dia tak tahu dia nak cerita atau tidak tentang hal ini pada Ian Tapi,sebab Ian dah bertanya, rasanya dia mahu jujur sahaja dengan Ian. Pak Abumenggamit Ian untuk pergi jauh sedikit dari mak yang sedang terbaring lesu.Mereka terpaksa keluar dari wad.

            “Tuan ada perempuanlain…”

            Berita itumembuatkan Ian menekup mulutnya sendiri. Kepalanya jadi pusing tiba-tiba.“Habis tu, mak tahu?”

            Pak Abu anggukhampa. “Lepas puan dan tuan bergaduh besar hari tu, terus seminggu tuan takbalik.”

            “Habis tu, Pak CikHashim tahu tak, mak masuk hospital ni?” Hati Ian sudah menangis mendengarnasib mak yang dia fikir panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

            “Dah. Pak Abu dahberitahu. Tapi, Pak Abu tak tahu bila tuan akan balik.”

            Saat ini, nakmasuk ke dalam bilik mak dan menghadap wajah mak memang Ian tak kuat. Dia akanmenangis teresak-esak memikirkan nasib mak. Hati Ian berkata sendiri. ‘Nasibmak dan aku seakan sama. Dipergunakan lelaki dari keturunan yang sama!’ Ian genggambotol air mineral yang dipegang. Andai boleh, dia mahu bawa mak jauh daripadakeluarga ini. Tapi, mak masih isteri sah Pak Cik Hashim. Andai Pak Cik Hashimberhasrat untuk melepaskan mak nanti, dia akan bawa mak jauh dari sini. Lupakansemua kenangan buruk yang berkait dengan keluarga Hashim.

            Air mineral dalambotol diteguk rakus untuk menghilangkan pedih dalam hati.

            “Pak Abu, saya nakpergi ambil angin sekejap. Pak Abu tolong tengokkan mak ya.”

            “Memang itulahtujuan Pak Abu datang.”

            Ian senyum segarispada Pak Abu. Dia berjalan menuju ke lif untuk ke tingkat bawah. Dia mahumenangis sepuasnya sebelum masuk semula menghadap mak. Dia tak kisah jika diatidak bahagia asalkan mak bahagia. Tapi, kenapa mak juga perlu rasaipenderitaan dalam banglo mewah itu?

 

 

 

 

 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh TASHA SAIN