Home Novel Cinta Aisyah
Bab 32

Althafmenangis di dalam kereta. Kini keretanya berada di tanah perkuburan yangmenempatkan arwah Aisyah dan anaknya.

Kakinyaperlahan-lahan melangkah mendekati kubur Aisyah. Dia bentangkan tikar danduduk. Alunan Yasin berkumandang di tanah perkuburan itu dengan nada hiba.Sesalan mencengkam jiwa mengabaikan isteri yang mencintainya sepenuh hati. Tikaini dia tidak endah dan malu jika dia dilihat lemah kerana menangis. Sungguhnyadia patut malu dengan Allah apabila dia melayan arwah isterinya teruk.

“Aisyah…Abang minta maaf. Maafkan atas kesalahan yang abang pernah buat pada Aisyah.Sungguh Aisyah perempuan yang terbaik pernah hadir dalam hidup abang dan abangtidak pandai hargai. Abang menyesal. Baby… Maafkan abi kerana abi lah ummimenderita. Ummi sentiasa menangis dalam menjadi isteri kepada abi. Malah,kerana abi juga baby tak dapat tengok dunia ini.” Althaf menahan tangisnya.

Sebelumdia beredar dari kubur itu sempat dia berbisik, “Bahagialah dan tenang isterikudisana. Sabarlah dan terus menanti, in sya Allah akan tibanya masa nanti abangturut serta sayang disana. Percayalah Aisyah, Aisyah sahaja satu-satunyabidadari syurga abang dunia dan akhirat. Anak abi, tolong jaga ummi untuk abi. Semogakita jumpa di akhirat sana nanti.”

-TAMAT-

Previous: Bab 31
Next: CKK

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy