Home Novel Cinta Aisyah
Bab 29

“Woi,kau lama tak datang rumah aku kan? Sejak kahwin ni, bahagialah katakan.” Kamalmenepuk bahu Althaf.

“Sorryah bro.” Althaf tersengih.

“Takbawa pula isteri kau?”

“Diakeluar dengan kawan dia. Uruskan majlis baby shower. Excited sangat dapat anaktu.”

“Lahye ke? Bila? Jemput aku tau.” Teruja Kamal. Sepupu kesayangan dia mengandunglahkatakan.

“Don’tworry. Aku datang sini nak amik surat yang penting kau cakap tu.” Kata Althaf.

“Nah.Nampak penting sangat, tebal pun tebal. Macam buku. Tapi tak ada namapengirim.” Beritahu Kamal.

SebelumAlthaf memasuki perut kereta, “Syafiq call aku. Dia cari kau. Isteri kau puncari kau katanya.”

“Biarlah.Lantak dekat dia orang. Nanti aku rasa nak balik, aku balik. Lagipun, aku taksampai hati tinggalkan buah hati aku.” Jawab Althaf.

Syafiqdan Umairah kini berada dalam kereta. Kereta mereka menyusuri di lebuhrayautara-selatan menuju ke Johor. Syafiq hanya berdiam diri, takut untuk bersuara.Cukuplah kejadian di rumah arwah Aisyah malam semalam.

“Dahseminggu arwah pergi. Kau masih nak sorokkan adik aku yang tak guna tu ke?!”jerit Umairah di laman rumah arwah Aisyah. Di dalam rumah ada keluarga arwahdan keluarga Althaf, masing-masing sedang kemas. Maklumlah mereka baru selesaimembuat kenduri tahlil untuk arwah dan anak.

Umairahperasan mereka yang berada di rumah perlahan-lahan keluar melihat drama takberbayarnya. Pedulilah, dia sangat bengang sekarang kerana dia baru dapat tahu bahawaadiknya di Johor sudah berkahwin dengan adik kepada kawannya iaitu Maya. Usiaperkahwinan mereka kini 3 bulan. Paling tidak disangka, Syafiq juga turutmenjadi saksi perkahwinan itu.

Syafiqyang tengah menyusun kerusi terkejut dengan jerkahan kawan kakaknya. “Apamaksud kau?”

“Akutahu, Syafiq. Aku tahu. Semuanya.” Kini Umairah menangis terduduk di laman itu.

 “Ya Allah, kak Umai. Bangun.” Marsha berlarimendaptkan kakak ipar arwah kakaknya.

“Apayang berlaku ni, Syafiq?” tanya abah Althaf pula.

“Sayatak tahu pakcik. Kak Umai jerit tiba-tiba.” Syafiq masih tidak tahu.

“Althafkahwin dengan Maya, 3 bulan lepas.” Kata Umairah dalam nada pilu.

Semuadisitu terkejut. Ummi memeluk abah dan menangis. Masha memeluk Umairah. Syafiqkaku.

“Betulke Syafiq?” Din bertanya lembut. Seorang ayah itu masih tenang walaupun hatinyahancur luluh bila tahu menantu yang dipercayai untuk menjaga anak kesayangannyaberbuat begitu terhadap arwah anaknya. Mungkin, ini hikmah sebalik kehilangananaknya, Aisyah.

“Betulpakcik. Maya pun mengandung 2 minggu sebelum arwah meninggal. Althaf beritahudia tak akan pulang ke sini semula. Walauapapun yang berlaku, tapi percayalahpakcik saya dah paksa dan call Althaf untuk beritahu arwah dah tak ada. Tapi,dia reject call.” Terang Syafiq.

Umairahbangun mencengkam kolar Syafiq. “Kau dengar sini baik-baik. Esok pagi-pagi, kaukena bawa aku pergi jumpa lelaki tu.”

Umairahberlalu masuk ke dalam rumah. Sebelum itu dia berhenti di depan ibu bapanya danmertua adiknya. “Pakcik saya minta maaf dengan sikap adik saya.” Umairah gelaksinis, “Adik. Hahaha. Adik. Ummi, abah, sungguh Umai malu mengaku lelakiperangai tak guna macam tu adik Umai.”

Malamitu, mereka semua bermalam di rumah arwah. Marsha menghabiskan masa di bilik bacaankegemaran kakaknya. Dia merasa dekat dengan kakak tersayangnya. “Sayang…Nangislah… Malam iini luahlah segalanya biar esok abang dapat tengok senyumanmanis awak. Arwah mesti tak suka tengok adik dia yang comot dia ni sedih.”  Mustaqim memeluk isterinya. Teresak-esakMarsha menangis dan Mustaqim menahan dari air matanya mengalir, tipulah jikadia tidak sedih kehilangan kakak iparnya. Arwah lah yang menyebabkan dia dapatbertemu dengan cinta hatinya dan arwah juga dulu yang sentiasa ada untuk diasusah senang, bangun jatuh.

Syafiqtersedar bila Umairah membrek kereta itu secara mengejut. Dahinya berlagadengan dashboard. “Dah sampai.”

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy