Home Novel Cinta Aisyah
Bab 14

Aisya: Assalammualaikum, Thaf.

Aisya: Awak….

Aisya: I need you.

Aisya: Jangan bluetick kan saya.Please.

Aisya: Maaf ganggu. Pulang denganselamat ya.

Diperantauan, Althaf memandang sepi whatsapp dari Aisya. Dia risaukan Aisya, tapiMaya disini.Dia buntu. Diari nukilan isterinya dibuka. Helaian pertama.

Hari ni aku sah menjadi isteri kepadaMuhammad Amier Althaf. Bahagia. Mata dia, hidung dia, bibir dia dah jadi igauanbuat aku. Sebelum dia keluar bilik untuk menyambung perbualan bersamarakan-rakannya. Aku sempat memeluk leher dan mencium bibir basahnya. Hahaha.Mungkin dia ingat aku mimpi tapi I don’t even care what he think.

Dengar sini dunia, I LOVE MUHAMMADAMIER ALTHAF START FROM NOW TILL JANNAH.

Andai mampu aku, menjerit sekarang.Ingin sahaja aku menjerit membisik di telinganya dengan mengatakan dialahdunia, dialah syurgaku.

Saya dengar perbualan awak, saya mintamaaf sebab saya bukan trophy wife yang awak boleh banggakan mengata pada kawanawak  yang saya ini isteri awak. Mashasangat disukai ramai lelaki diluar sana, termasuklah Mustaqim kawan baik saya.Yes, dulu dia pernah duduk di carta hati saya tapi tu dulu. Sekarang, awakmemiliki carta hati saya. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah hadirkanawak dalam hidup saya. Awaklah cinta, suami, sahabat, imam serta bidadarasyurga saya.

Helaiandiari itu terus dibelek. Althaf ternampak kepilan sampul surat tersepit dicelahan helaian diary Aisya. “Borang poligami?” Terkejut, terpempan.

Kali ini, aku nekad. Borang sudah adapun di tangan, tapi kenapa hati ku berat untuk hulur kepada Althaf. Aku taksanggup dan tak rela. Tapi, Aisya kau rela ke tengok lelaki kau terikat denganikatan ini. Biarkan dia bahagia. Lepaskan dia pergi memiliki cinta pertamanya.

Apa reaksi Althaf, suka? Sedih?Gembira, mungkin.

Setiap malam bisikan cinta dan rinduakan dia bisik di telinga aku, tapi sayang ia tetap nama Maya yang diseru-seru.Dia tak tahu ke aku terluka. Sampai bila Ya Allah aku perlu diseksa begini.

Althafmengemas beg pakaiannya. Mesej dihantar ke Maya mengata dia perlu pulang keMalaysia segera kerana ada urusan penting perlu diselesaikan.

Maya: How dare u, biey. I merajukdengan U.

Cubacall Maya untuk jelaskan tapi telefon Maya dimatikan. Kusutnya kepala.

Pintubilik wad isterinya dibuka. Tangan isterinya dicucuk masuk air. Wajah itu pucatsepucatnya. Kemanisan wajah isterinya seperti hilang ditarik dengan keadaanyang menyayat hati.

“Abang.Abang. Jangan tinggalkan Aisya. Aisya cintakan abang. Abang!” Aisya mengigaumeronta-ronta. Althaf mengusap dahi isterinya dan mengucup dahi itu. Selawatdibisikkan ke telinga Aisya.

Aisyaterjaga pagi itu. Dia terkejut tangannya digenggam Althaf. Tak sampai hatikejut Althaf, kerana wajah suaminya nampak penat.

“Assalammualaikum,Aisya.”

“Waalaikumussalam,Ummi, Abah.” Mertuanya datang membawa mangkuk tingkat.

“SusahUmmi je datang bawa ni. Maafkan Aisya sebab selalu susahkan Abah dan Ummi.”

Tangannyamenggoncang bahu Althaf untuk dikejut. “Abang, Abang. Ummi dan Abah datang ni.”

Althafmenggosok tubir matanya. Aisya tersenyum melihat reaksi Althaf yang comel itu.Menggeliatkan sedikit tubuhnya. Menguap, tangan diletak di bibir suaminya.

“Takbaik abang menguap macam tu, tutup mulutnya. Nanti syaitan masuk.”

“Berapabulan dah Aisya?” Soalan Ummi membuat aku dan Althaf memandang antara satu samalain.

“Hah?Bulan apa Ummi?” Tanya Althaf.

“La,bukan isteri kamu mengandung ke? Tu yang masuk hospital kena tahan, badan takcukup nutrisi.”

“Erk,mana ada Ummi. Aisya masuk hospital sebab gastrik dan badan tak cukup air je.Tak jaga jadual makan la kata kan. Althaf dah pesan banyak kali kat menantuUmmi ni, supaya makan. Tapi degil juga. Takut gemuk katanya.”

Sejakbila awak cara dengan pemakanan saya, Althaf? Awak selalu elak bila saya ajakmakan di rumah, sampaikan saya tak ada selera untuk makan.

“Kamutak nak berikan Ummi dengan Abah cucu ke, Aisya?”

Akuterdiam. Macam mana nak jawab ni.

“SabarlahUmmi bagi Althaf hidup berdua dulu dengan Aisya. Bila kami ada rezeki, kamiberitahu.” Althaf cuba menjawab bagi pihak aku.

Mungkinini masanya, aku bantu Althaf untuk menikah dengan Maya. “Ummi, Abah. Aisyasebenarnya mandul. Tak boleh berikan abang zuriat.” 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy