Home Novel Cinta Aisyah
Bab 2

Dinyang masih berada di ruang tamu mengusap kesan ciuman anak daranya itu. Anakyang paling rapat, manja dan sayang. Aisya sudah menggantikann tempat isterinyasejak umur 10 tahun lagi. Siapkan makan minum nya, pakaian kerjanya dan menjagaanak bongsunya. Sifat keibuan telah ditonjolkan anaknya selepas kematianisterinya 15 tahun yang lepas. Dunianya terasa kelam selepas kehilangan wanitayang sangat dicintai. Tapi, Aisya yang masih kecil itu sentiasa adamenenangkannya. Anak sulungnya juga lah tempat dimana dia melepaskan rindunya,wajah Aisya mirip sekali isterinya. Lagi-lagi lensa mata mereka yang hijauemerald.

“Ehayah, cik kak tu mana? Ayah siapa bakal abang ipar Masha? Hensem tak? Ada macamartis-artis Korea tak?” sudah membebel Makcik ni. Din memandang anak keduanya,manis sahaja. “Kamu ni asyik dengan K-Pop je. Nanti-nanti kamu kenal lah abangipar kamu tu.” “Ala adik tengok K-Pop pun adik ingat pesan ayah dengan kakak.Solat jaga, mengaji jangan lupa. Biasalah anak muda, leka jap dengan dunia. Bakkata kakak ‘Dunia yang indah ni semua permainan sahaja. Sementara. Kalau kitaharapkan dunia tempat bersandar, bukan pilihan yang bijak. Jadikan dunia nitempat beramal, dunia tempat kita upload pahala banyak-banyak.’ Uish tu diaberfalsafah sebentar, bersama Ustazah Masya.” Gelak pula Makcik ni dengankata-katanya sendiri, Din yang mendengar tersenyum, lega kerana anak keduanyaini mempunyai kakak yang tak lupa untuk memberi nasihat dan menegur,

“Dahkamu tolong kemas ni. Ayah dah kenyang. Nanti tengok kan kakak kamu tu. Diamasih terkejut tu.” Pesan Din.

Malamsudah pun menjelma. Langit gelep ditaburi dengan bintang-bintang yang bersinar.Sungguh indah dan cantik ciptaan yang telah Allah jadikan. “Hah.” Masha menepukbahuku dengan kuat. Aku berpusing, maka bergemalah jeritan dari sangkuntilanak. “Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” Tanganku menekup mulut Mashadan topeng hantu yang dipakai ditanggal. Ketawa aku pecah. “Cis, bedebah punyakakak.Habis keluar anak tekak aku terpekik macam ni.” “Tahu pun. Selama ni kauterkejut dengan cara tepuk bahu aku tanpa salam tu tak gugur jantung aku. Ala,lagipun aku rindu sakat kau.” Aku mengusap lembut rambut Masha dan akhirnyatangan nakal ku mengusutkan rambutnya. Kedengaran esakan dari Masha membuat kantanganku berhenti. “Chill lah. Sakat sikit je kot. Sorry.” Aku da mendongaksikit memandang wajahnya yang merah sebab menangis. Harap maklum, Makcik nitinggi 10 cm dari aku. So, diam jangan nak kutuk-kutuk. Pendek itu comel.

“Ehberhenti nangislah. Aku gurau je kot. Kalau kau takut sangat tidur sorang,tidur dalam bilik ni.” Aku cuba memujuk. Kaki Masha melangkah ke almari danmengeluarkan Toto. Toto dihamparkan ke atas lantai. Bantal dan selimutkudicampak ke Toto. “Kau ni dah kenapa?” Aku musykil. “Rindu kau. Janganlahkahwin. Siapa nak jaga aku dengan ayah? Aku tak reti masak, nanti ayah kebulur.Aku pun kebulur. Siapa lagi nak bebel dekat aku? Siapa nak nasihatkan aku?Siapa nak marahkan aku? Siapa nak backup aku kalau ayah marah? Siapa nak sakataku?” Ah sudah cucu Tok Mami sorang ni, Masha ni pun dua kali lima dengan TokMami. Drama air mata, perghh. Boleh buat orang sekeliling turut rasa hiba tu. Akumemeluk Masha, uishhh sebak do dengar tangisan Makcik ni.

“Dahsudah? Nah handkerchief.” Aku hulur pada Masha. Tangisan tadi telah punberhenti. “Nak tidur.” Kata Makcik tu pulak. Aku menyanyikan selawat dan usaprambut Masha. Akhirnya, dia dibuai mimpi indah.

“Ehbudak bangun. Jom qiamullail.” Terpisat-pisat Masha mencelikkan mata. Siapa jeyang sanggup bersengkang mata pada satu pertiga malam untuk beribadah. Jarangsekali. Aku mengimamkan solat sunat Taubat, solat sunat Tahajud serta solatHajat. Kami sama-sama membuka kalam Allah dan membaca bersama. Jika ada salahtajwid atau cara bacaan kami akan menegur satu sama lain. Selesai sajaqiamullai, aku duduk menghadap Masha. Aku mengusap rambutnya dan menarik satunafas panjang.

“Akunak buat ayat sedih ni. Kau jangan nangis macam buat drama semalam. Kau buat,aku hempuk.” Aku memberi amaran. Maklumlah, tak nak ah jiwang-jiwang, tak cool.“Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tak kiralah hubungan macam mana pun,kekeluargaan, kekasih, persahabatan mahupun adik-beradik. Perpisahan duniahanyalah perpisahan sementara. Bukanlah aku kata perpisahan dengan orang yangdah pergi tu perpisahan kekal. Aku kahwin, aku still ada untuk kau jumpa. Akumeninggal, kau still boleh jumpa tapi di alam lagi satu. Aku faham, siapa jemampu lepaskan orang yang kita sayang, lepaskan pula pada orang yang kita takkenal siapa dia. Macam mana orang tu, perangai orang tu, mampu ke dia berikankebahagiaan dan kasih sayang macam mana kita bagi pada orang yang kita sayangtu.But, dear, Allah dah tetapkan seseorang untuk dipasang-pasangkan dengan siapa.Dalam Al-Quran pun ada cerita, orang yang baik, untuk orang yang baik dan orangyang jahat untuk orang yang jahat. Aku akan cuba pandai bahagikan masa untuksuami aku, kau dengan ayah. Gila kau, walaupun suami aku tu orang yang palingperlu aku hormat. Aku still akan balik pada korang juga, sebab kau dengan ayahorang paling istimewa yang pernah hadir dlam hidup aku. Termasuk ibu. Tapi,apa-apa pun utama aku adalah Allah, tanpa Dia. Aku bukanlah siapa-siapa.Redhakan hati, berserah pada Allah. Doakan untuk kakak kau ni, untuk Allahhadirkan teman hidup yang mampu terima baik buruk aku. Waktu ni, waktu aku.Waktu akan datang, kau pula. Lagi kesian Ayah. Dia ada Tok Mami dengan kitaberdua je.”

“Betul,kata kakak. Ayah hanya ada Tok Mami, Aisya dan Masha. Ayah sayang korang berduadan ayah beruntung tambah rasa bersyukur sebab ibu tinggalkan dua permata hatiyang selalu mengutamakan Ayah walauapapun berlaku.” Kata Ayah yang muncul dimuka pintu.

Akudan Masha mendakap erat Ayah. Dialah lelaki yang tidak boleh digambarkan dengankata. Banyak sudah yang telah dia hadapi dalam membesarkan kami berdua. Orangtua-tua dulu pernah berkata membesar seorang anak perempuan lebih susah darimenjaga seekor lembu dikandang.

Bermacamragam dalam membesarkan anak perempuan. Ini tak kena, itu tak kena. Mulut adasaja membebel menunjukkan ketidakpuasan hati. Nak itu, nak ini.

Bukanhal ini yang menyebabkan para bapa berasa susah dalam perjalanan hidupmembesarkan anak perempuan. Tapi kerana tanggungjawab yang perlu dipikul hinggake hari akhirat. Tentang dalam menjaga dan melindungi isterinya, ibunya,adik-beradik perempuannya serta anak perempuannya. Sedangkan sehelai rambutyang ditunjuk pada mahram pasti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.Bagaimana, si suami, si ayah, si abang, si adik lelaki akan menjawab tentangitu? Hanya Allah sahaja yang akan tahu.

“Sudahtu. Subuh nanti kita Jemaah. Pergi tidur sana.” Ayah mengucup dahi kedua-duaanaknya. Terbit senyuman di bibir kami.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy