Home Novel Cinta Sayap Pelindungmu
Sayap Pelindungmu
Aimie Izzati
9/11/2017 10:50:18
6,239
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 2

AKU suka dengan kedai ini.  Kedai ini walaupun nampak usang tapi seni binanya ala vintage.  Bukan itu sahaja… kedai ini juga ada sediakanbuku-buku yang boleh dibaca oleh pelanggan sementara menikmati roti dan kopipekat yang disediakan oleh tauke kedai. Tauke kedai ni pun tak kedekut. Inti-inti di dalam semua rotinya padat-padat.  Jadi, tak rugilah kalau beli roti disini.  Oh, ya… di sudut kedai ini jugaada menyediakan kata-kata pujangga atau hikmah untuk para pelanggan.  Kata-kata yang tertulis di nota kecil itutelah banyak memberi inspirasi pada aku. Jika para pelanggan ingin meninggalkan kata-kata hikmah di situ, notakecil dan pen telah disediakan oleh tauke kedai.  Sungguh bijak tauke kedai roti ini.

            Tapi… agak-agak siapa tauke kedairoti ni? Aku tak pernah melihat tauke di kedai ini.  Yang ada hanyalah seorang lelaki dingin yanglayan pelanggan hendak tak hendak sahaja. Tiada senyuman langsung di bibir. Kedekut betul.  Tak mungkin initauke kedai.  Jauh betul dari pandanganimaginasi aku.

            Sejujurnya, sedang aku khusyukmenghadap gambar-gambar pelangganku, sempat lagi mataku mengerling nakal wajahlelaki dingin yang sibuk melayan pelanggan di meja kaunter.  Dengan pakaian putih dan topi memasak, tidaksesuai langsung dengan rupa dinginnya itu. Tapi, pada kiraku… lelaki ini seperti bukan berasal dari sini.  Mukanya seperti peranakan.  Kulitnya yang putih kuning, matanya yangsedikit besar dan redup, hidungnya mancung dan rambutnya hitam pekat.  Matanya, tidak terlalu besar dan tidakterlalu sepet.  Seperti kacukan cina danmelayu.  Tapi entahlah.  Buang masa aku terus tilik muka lelakiitu.  Bukan minat aku.  Lebih baik aku teruskan kerja aku yangtertangguh ini.

            “Encik, roti ni sedaplah.  Boleh tak kalau encik share resepi untuk buat roti yang sedap ni?,” kedengaran suarapelanggan wanita yang dibuat-dibuat manja menyapa cuping telingaku.  Aku segera pasang telinga.  Kebetulan meja aku berdekatan dengan kaunter.  Jadi, bolehlah aku mengambil kesempatan untukmendengar perbualan ini dengan lebih lanjutnya.

            “RM16.80,”

            “Hah?,”

            “RM16.80,” lelaki itu menghulurbungkusan yang berisi roti kepada pelanggan wanita tersebut sambil menundukkankepalanya.  Seperti gaya ala-ala orangJepun pulak.  Ke… lelaki ini memang orangJepun?

            Wanita itu mencebik.  Dia mengeluarkan sejumlah duit yang disebutlelaki tadi.  Sambil itu sempat lagi diamengomel sendirian.

            “Tak de perasaan ke apa lelakini.  Suara aku punyalah lentok manja,langsung tak dipandangnya aku,” omel wanita itu seraya menghulur jumlah yangdisebut lelaki itu sebentar tadi.  Lelakiitu mengambil not ringgit itu dengan sopan. Dia mengambil wang baki dan menghulur semula kepada wanita itu.

            “Thankyou,” ucap lelaki itu dengan kepalanya ditundukkan lagi sekali.  Wanita itu hanya menjeling.  Dia mengambil wang baki tersebut dan teruskeluar dari kedai roti ini.

            Aku yang duduk berdekatan hanyatersenyum simpul.  Kalau aku yang jadiwanita itu, pasti aku malu.  Yelah,berusaha untuk memikat lelaki itu dengan liuk-lentuk dan suara yang manja.  Last-last…itu yang dibalas oleh lelaki itu. Ternyata lelaki itu menolak untuk melayan wanita itu dengansopannya.  Tapi, benarkah dia menolakuntuk melayan pelanggan wanita itu? Ke… dia tak faham bahasa melayu?

            Aku menggeleng sendiri.  Ah… biarlah. Mataku mengerling semula wajah lelaki dingin yang sedang sibuk menyusunroti di tempatnya.  Jelas kelihatan adasesuatu yang misteri di wajah lelaki itu. Itu yang membuatku tertarik untuk melihatnya lagi kerana lelaki initidak sama dengan spesis-spesis lelaki di sini.  Dia agak lain. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh lelaki misteri ini.

 

 

            AKUmelangkah sederhana laju menuju ke keretaku yang terletak di belakangkedai.  Tanganku sibuk menyelakdokumen-dokumen pelanggan di dalam fail. Tidak pandang hadapan ketika berjalan, aku tidak sedar bahawa aku sedangdiekori oleh seseorang.  Bukan… beberapaorang sedang mengekori aku.  Sixth instinct! Ya… deria keenam akumengatakan ada beberapa orang sedang mengekori aku dari belakang.  Aku boleh hidu bau busuk diaorang.

            Langkahku terus terhenti.  Jantungku automatik berdegup tidaksenada.  Peluh-peluh dingin telah mulamencurah-curah di tubuh badan.  Aku telanliur.  Berharap agar spesis-spesis initidak datang mendekati aku.

            Telahanku tersasar.  Mereka memang ingin mendekati aku.  Tidak sampai beberapa saat, muka-muka spesisitu muncul di hadapanku.

            “Aku cakap baik-baik.  Bagi kamera dan segala yang ada dalam beg ninja turtle kau tu,” ujar salah seorangdaripada mereka dengan muka penyangak. Jarak mereka dengan aku dua depa. Masih lagi dalam zon selamat.

            Aku tayang muka bengis walhal di dalamhati sudah tidak tentu arah.

            “Jangan harap aku nak bagi!,” jeritaku berani.

            “Wow! Melawan…,” penyangak itupandang rakannya lalu memberi isyarat kepada mereka.  Aku lihat mereka memahami isyarat tersebutlalu mula mendekati aku.  Aku mulamenggigil.  Tubuh badan aku sudahbertindak di luar kawalan.

            “Jangan datang dekat… jangan!,”

            Mereka tidak mendengar amaranaku.  Mereka terus sahaja menerkamaku.  Tapi, terkaman mereka dibalasdengan ‘kuasa’ aku.  Habis terpelantingjauh mereka bertiga dari tubuh badan aku. Kelihatan ketua penyangak itu terkejut. Mungkin dia keliru kerana tiada sentuhan langsung daripada aku danbagaimana rakan-rakannya itu boleh terpelanting jauh sebegitu sekali.

            Dia tidak puas hati.  Mungkin itu hanya halusinasinya.  Tanpa berfikir panjang, dia terus menerkamaku dengan mata yang memerah.  Aku terkejutdan cuba menutup mukaku dengan kedua-dua belah lenganku.  Seperti dijangka, tubuhku mengeluarkan‘kuasa’ dan menolak penyangak itu jauh dari aku.  Terpelanting dan menghentam dinding kulihattubuh penyangak itu.  Dengan muka yangtakut, aku cuba melarikan diri dari tempat itu. 

            Sedang aku terketar-ketar mengeluarkankunci di dalam beg sandangku, tiba-tiba bulu romaku meremang.  Ini menandakan spesis itu sudah sedar dancuba menerkam aku lagi.  Aku tak tunggudiam.  Aku selongkar isi di dalam perutbeg sandangku.  Ah! Mana kunci kereta ni?Mana?!

            “Oi!!,” ketua penyangak aku kira,menjerit ke arahku.  Kerana terlaluterkejut, habis semua isi di dalam beg sandangku berterabur.  Aku melutut, cuba mengutip semua barang akuyang berselerak di atas jalan.

            “Jangan lari!,”

            Kulihat beberapa dari mereka cubabangun dan menerkam aku.  Akugelabah.  Ya Allah, kenapa semua iniberlaku pada aku? Sempat lagi aku bersoal dengan Tuhan.  Aku toleh ke arah mereka, semakin lama,semakin mereka dekat.

            Buntang mataku.  Aku memejam rapat mataku dan cuba memeluktubuh.  Jangan!!

            BUKK!!

            Aku buka mata.  Perlahan-lahan aku toleh ke belakang.

            Ya Allah! Buntang mataku melihatadegan yang berada di hadapan mataku kini. Kelihatan encik kedai roti sedang memusing-musingkan rod besi di tangannya.  Tidak tunggu lama, mangsa di hadapannyadilibas begitu sahaja.  Habis terpelantingsemua penyangak itu aku lihat.  Encikkedai roti itu tidak menunjuk sifat belas. Aku nampak mulut mereka sudah berlumuran dengan darah.  Tapi encik kedai roti cuba memukul merekalagi sehingga mereka mengangkat tangan dan mengaku kalah.  Dengan pantas, mereka semua berlari dari situmengalahkan lipas kudung.  Lelaki itucampak rod besi ke tepi longkang.  Diaberpaling dan merenung aku.

            Aku tersentak.  Cepat-cepat aku telan air liur.  Renungan matanya yang dingin membuatkan akubertambah takut tatkala melihatnya. Perlahan-lahan lelaki itu mendekati aku. Aku undurkan diri.  Aku tak mahudia menjadi mangsa penyangak-penyangak tadi. Tak pasal-pasal tubuhku mengeluarkan kuasa aneh dan menolak tubuhnyasehingga terpelanting nanti.  Aku takmahu melakukan itu kepada orang yang telah menjadi penyelamat aku.

            Dia berhenti sedepa dariku.  Masih lagi dalam zon selamat.  Dia pandang muka aku.  Perlahan-lahan dia hulur tangannya ke arahaku.  Aku terkejut.  Aku pandang muka dia yang dingin denganpandangan yang takut.  Aku takut untukmenyambut huluran daripada dia.  Akutakut tubuhku menolak dia nanti.  Akusegera palingkan mukaku, berharap dia pergi secepatnya dari sini.  Tapi dia tetap berdegil.  Dia melutut sebelah kakinya.  Mata dinginnya masih lagi menatap mukaku yangsudah basah dengan peluh.  Aku kerling mukanyadengan ekor mataku.  Aku lihat,perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu dari poket baju kerjanya.  Sehelai sapu tangan bewarna biru gelapterhulur di hadapan mukaku.  Tiadasepatah kata, dia melayang sapu tangan itu di hadapan mukaku.

            Aku telan liur.  Perlahan-lahan aku ambil sapu tangan itu daritangannya.

            TAP! Jari aku tersentuh jarinya.  Alamak! Cepat-cepat aku pandang muka dia.  Tiada… apa-apa yang berlaku.  Mataku terus buntang melihat dia.  Kenapa macam ni? Kenapa tiada apa-apa yangberlaku pada dia? Selalunya jika namanya spesis lelaki, walau tersentuhsedikitpun dari tubuh aku, pasti ‘kuasaku’ menolak lelaki itu.  Tapi bukan lelaki ini.  Perempuankah dia? Tak mungkin… aku pasti dialelaki sejati.  Aku… dah jumpa penawar bagipenyakit ni ke?!  Mataku terus bersinatpenuh harapan.        

            “Kau okey?,” tanyanya.

            Aku terus angguk kepala.  Sekejap! Dia cakap melayu ke tadi? Dia pandaicakap melayu? Jadi… dia bukanlah orang dari negara luar.

            “Aku Hael.  Hael Zidane Ootzu,” dia perkenalkandiri.  Aku kerut dahi.  Bunyi nama dia agak pelik.  Orang Malaysia ke? Aku terus keliru denganstatus kewarganegaraan dia.

            “Hell?,”

            Dia pandang muka aku denganpandangan yang lebih dingin.

            “Hael.  H. A. E. L… Hael,” dia perbetulkan namanyadengan ejaan sekali.  Aku cuba tersenyum.

            “So…sorry.  Hael,” aku meminta maafdengan kesilapan sebutan aku tadi.

            “Nama kau?,”

            “Eka… Malaeka Karmila,” jawabkugugup.

            Dia anggukkan kepala.

            “Aku sambung masuk kerja dulu,” diabangun dan cuba untuk tinggalkan aku.

            “Err… Encik Hell! Ermm… Encik Hael,”dah kenapa mulut aku ni.  Tersasul daritadi.

            Aku lihat langkah Hael terhenti danmenoleh ke arahku.

            “Hael… Panggil aku Hael,”

            Aku telan liur.  Suaranya yang dalam itu benar-benar buat buluroma aku meremang.

            “Hael.  Err… terima kasih sebab selamatkan sayatadi,” ucapku agak ikhlas.

            Hael hanya mengangguk.  Dia terus melangkah masuk ke dalam kedaimelalui pintu belakang yang terbuka.

            Aku hanya hela nafas nipis.  Sepertinya jantung aku sudah berdegup dengannormal.  Tidak teruk seperti tadi.  Sapu tangan bewarna biru pekat akupandang.  Siapa Hael sebenarnya? Kenapapenyakit aku hilang bila aku dekat dengan dia? Kenapa aku rasa selesa biladengan dia? Siapa dia? Aku bermonolog sendiri.

 

*****

 

            “MEL!!,”aku menjerit apabila melihat Mellisa sedang sibuk menyiapkan kerjanya di atasmeja.  Cepat-cepat aku tutup pintu.  Aku meluru ke arah Mellisa dan duduk disebelahnya.

            “Mel, Mel… kau nak tahu tak, aku dahjumpa penawar penyakit aku!,” jeritku teruja.

            “Tahniah,” jawab Mellisaselamba.  Pandang aku pun tidak, hanyaduduk terpaku menyiapkan kerjanya sahaja.  Mellisa memang begitu perangainya. Dia tak banyak cakap.  Bila diafokus terhadap sesuatu, benda-benda sekeliling dia tidak pedulikan sahaja.  Agaknya, bila waktu berganti hari pun dia taksedar.  Tapi, aku selesa berkawan denganMellisa.  Sifat dia membuatkan akusangat-sangat selesa apabila berkawan dengan dia.

            “Hmm… tapi kan Mel, aku tak sangkaaku dah jumpa penawar bagi penyakit aku ni. Bertahun-tahun aku cuba rawat penyakit pelik ni.  Berpulun duit aku habis buat terapi, tapihasilnya… tarak! Aku bersyukur sangat Mel, akhirnya aku dapat jadi wanitasejati semula Mel.  Aku bersyukursangat-sangat Mel.  Aku boleh hidupnormal semula, yuhuu!,”

            Beberapa helai kertas terletak dihadapan aku.  Aku kerut dahi.  Kegembiraan yang baru aku kecapi aku telan.

            “Ni semua permintaan pelanggan.  Hujung minggu ni.  Ada jobdekat Johor.  Gambar-gambar ni semua akudah edit.  Nanti aku transfer dekat kau.  Kau tinggalcuci je,” Mellisa tunjuk gambar-gambar pengantin yang aku ambil di komputerribanya.  Aku hanya angguk.

            “Okey,” jawabku pendek.

            “Aku harap kau betul-betul jumpapenawar kau tu.  Bukan macam selalu,hanya harapan palsu yang kau dapat.  Good luck!,” tanganku ditepuk-tepuklembut Mellisa.  Aku pandangMellisa.  Mataku bersinar pandang mukaMellisa yang kuning langsat itu. Sejurus, senyuman mekar aku hadiahkan kepada sahabat baikku.

            “Thankyou, Mel! Aku tahu kau dengar luahan hati aku selama ni, bukan sekadarpatung cendana aje,” aku peluk Mellisa dengan gembira.  Macam biasa, Mellisa tidak membalas pelukanaku.  Dia hanya pandang komputer ribanyadan meneruskan kerjanya sahaja. Kadang-kadang aku terfikir, aku ni oversangat ke?

 

 

 

           

 

            “JANGAN datang dekat! Jangan!,”

            Kelihatan beberapa lelaki menerkamwanita itu.  Hael curi-curi pandangmelalui pintu dapur yang terbuka sedikit apabila mendengar jeritan daripadawanita tersebut.  Matanya yang dinginterus sahaja melihat figura wanita itu.

            Mata Hael yang dingin terus terbukaluas apabila melihat adegan yang berlaku di hadapannya.  Kelihatan beberapa lelaki yang cuba menerkamwanita tersebut mula terpelanting apabila mereka mahu menyentuh wanita itu.  Hael terpinga.  Kuasa apakah itu? Dia tidak pernah melihatmanusia yang mempunyai kuasa seperti itu. Superwomankah dia?

            Hael cuba memerhati lagi wanita yangmempunyai kuasa luar biasa itu.  Kali iniseorang lelaki cuba menerkam dia. Seperti tadi, lelaki itu turut terpelanting apabila dia cuba menyentuhwanita terbabit.

            Hael semakin yakin dengan firasathatinya.  Wanita ini benar-benar luarbiasa.  Dia mempunyai sesuatu yang luarbiasa di dalam tubuhnya itu.  Denganfirasat itu juga, dia mengambil kesempatan untuk menyelamatkan wanita luar biasaitu.  Dia ingin mengenali wanita itudengan lebih rapat lagi.  Jika benartelahannya, wanita itu boleh dia jadikan sebagai salah satu senjatanya untukmenjalani misinya. 

            Hael melihat gambar yang ada ditangannya di dalam kesamaran cahaya lampu limpah.  Pandangannya kelihatan sayu tatkala melihatgambar gadis yang ada di situ.

            ‘Mairo’… tunggu sikit je lagi.  Tak lama lagi… kita akan berjumpa,’

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.