Sahabat,
kaulah sahabat kaulah
temanku
kau bagai saudara kandungku
menemani dikala sepiku
menceriakan hari-hariku
dengan lawak sempoimu.
Sahabat,
dikaulah sahabat terbaikku
tiada sahabat sebaikmu
yang sentiasa menasihatiku
yang sentiasa membantuku
dikala susah mahupun senang
kau sentiasa disampingku.
Sahabat,
kini kau tiada lagi
pergi menghadap illahi
pergimu tiada pengganti
tinggallah aku disini sendiri.
tidak ku dengar lagi nasihatmu
tidak ku dengar gelak tawamu
tidak ku dengar lawak sempoimu.
Sahabat,
terima kasih untuk segalanya
akan ku ingat jasa baikmu
ku utuskan doa untukmu
moga kau bahagia berada disana
kaulah sahabatku kau teman sejati.