Sudah
sebulan lebih berlalu semenjak tasya melahirkan Emilia. Tasya pula sudah
selesai berpantang namun tasya masih bersikap dingin dengan anaknya, nasib
baiklah ada sahabatnya atikah yang selalu menasihati tasya, kalau tidak
dipaksa, mungkin tasya tidak mahu langsung menyusukan anaknya dan tidak mahu
langsung memandang wajah anaknya.
Suara tangisan bayi kedengaran didalam rumah atikah. Atikah
tahu tasya pasti mengabaikan anaknya lagi. Apabila disuruh untuk menyusukan
Emilia barulah tasya akan bertindak. Sudah banyak kali dia menasihati tasya
untuk melupakan kisah silam namun tidak pernah berhasil, tasya cepat beremosi
apabila mengingati kisah silamnya itu sehingga anaknya yang akan menjadi
mangsa. Kadang-kala atikah rasa terbeban dengan perangai dan sikap tasya namun
apabila melihat wajah suci Emilia, atikah kembali ikhlas untuk menjaga sahabat
baiknya itu kerana kasihankan Emilia yang masih kecil.
Atikah yang sedang memasak makan malam diruang dapur segera
berjalan menuju kearah bilik tasya, dia melihat Emilia sedang menangis disisi
tasya yang hanya duduk tegak diatas katil tanpa mempedulikan anaknya, atikah
segera mengangkat Emilia dan mendodoikannya supaya bayi itu berhenti menangis
namun tindakannya sia sia, dia tahu bayi ini sudah kelaparan.
“Tasya cepat kau susukan Emilia, dia dah lapar sangat ni,”
Arah atikah namun tasya seperti tidak mempedulikannya.
“Aku tak nak!” balas tasya dengan suara yang tegas,
wajahnya merenung kearah atikah.
“Tasya kau jangan buat perangai, aku suruh kau susukan
Emilia, kau nak ke tengok anak kau mati, tak kasihan ke dekat anak kau ni,”
Pujuk atikah lagi.
“Aku benci dengan dia! Aku benci budak tu! Kau tolong
jauhkan dia dari aku!” Balas tasya yang masih tegas tidak mahu menyusukan
Emilia.
“Tasya aku minta tolong sangat, aku tahu kau tak suka anak
kau ni, kau rasa marah tapi tolonglah kasihan dekat dia, jangan jadikan dia
mangsa, kau tak nampak dia menangis tak berhenti , aku risau sangat ni,” Pujuk
atikah lembut berharap kawannya itu akan segera berubah fikiran kerana tidak
sanggup mendengar tangisan Emilia.
“Biarlah dia mati! aku tak peduli! aku nak kau keluar dari
bilik ni sekarang! Pergi! Pergi! aku tak nak tengok muka dia!” Tiba-tiba, tasya
menjerit-jerit seperti orang hilang akal, dia membaling-baling bantal dan
segala barang yang berada disekelilingnya kearah atikah. Keadaan tasya semakin
tidak terkawal malah pujukan atikah nampaknya tidak berhasil.
“Atikah mengucap jangan buat macam ni,” Atikah memeluk
Emilia dan mengelak supaya tidak terkena barang merbahaya yang dibaling
kearahnya. Nampaknya tiada apa yang dapat memujuk tasya saat ini. Dia terus
meluru keluar dari billik itu, tangisan Emilia semakin kuat didengari. Tasya
menutup pintu bilik dengan kuat sekali. Kelihatannya emosi tasya semakin tidak
stabil dan tangisan Emilia pula tidak mahu berhenti.
Atikah mencapai dan memakai tudung sarungnya, dia yang
kebuntuan keluar dari rumahnya membawa Emilia kerumah makcik zuriah. Makcik
zuriah pasti akan menolongnya, Makcik zuriah merupakan jiran atikah di kawasan
perumahan ini. Makcik zuriah jugalah yang menolong atikah menjaga tasya ketika
sedang berpantang dalam tempoh sebulan ini semasa atikah pergi kerja. Dia juga
mengetahui masalah yang dialami tasya. Atikah berlari kerumah makcik zuriah
yang tidak jauh dari rumahnya, sesampainya atikah dirumah makcik zuriah, dia
segera menjerit memberi salam.
“Assalamualaikum mak cik! mak cik zuriah! makcik zuriah!”
Atikah berulang ulang kali melaung memanggil nama makcik zuriah, berharap
makcik zuriah mendengar dan segera keluar.
Waalaikumusalam, kamu ke tu atikah? Kenapa datang malam-
malam ni? Emilia ni kenapa menangis?” Soal makcik zuriah sambil tangannya
membuka mangga pintu pagar. Makcik zuriah mengajak atikah masuk, didalam rumah
atikah segera meminta tolong makcik zuriah bagaimana untuk menghentikan emilia
dari terus menangis kerana tasya tidak mahu menyusukannya. Dia tidak sempat
menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku, mungkin selepas ini.
“Makcik cik tolong saya, emilia menangis tak berhenti,
tasya tak nak susukan dia, apa saya nak buat,” Ujar atikah tidak dapat
menyembunyikan kegelisahannya.
“Yaallah, kasihannya budak ni, tak apa tikah, kamu cuba
bertenang. Sekarang kamu pergi kedai, kamu beli susu formula untuk bayi baru
lahir, jangan lupa beli sekali botol susu yang sesuai untuk bayi. Emilia ni
biar makcik yang jagakan,” Terang mak cik zuriah kepada atikah. Atikah
menghulurkan Emilia kepada mak cik zuriah. Dia segera berlari pulang kerumah
untuk mengambil dompetnya.
Sesampainya di rumah, dengan kelam-kelibutnya atikah masuk
ke biliknya, mencapai dompet dan kunci kereta. Dia tidak sempat langsung
menjenguk keadaan tasya. Bukannya dia tidak kisah, apa yang lebih penting
adalah Emilia. Didalam fikiran atikah hanyalah Emilia. Atikah masuk kedalam
kereta dan keretanya menyusur laju kekedai untuk mencari apa yang dipesan
makcik zuriah tadi.
Beberapa minit kemudian, atikah sampai ke rumah makcik
zuriah, tidak kedengaran lagi suara tangisan Emilia, namun apa yang membuat
atikah sedih melihat Emilia yang berada dipangkuan makcik zuriah, matanya
terpejam manakala mulutnya pula sedang menghisap-hisap sarung tangan kecil yang
di sarungkan ditangannya seperti sedang menghisap susu. Kasihan, atikah tahu
dia sudah kelaparan sangat.
“Kamu tercengat apa lagi, cepat pergi bancuh susu,” Ujar
makcik zuriah yang melihat atikah yang tercengang didepan pintu rumahnya.
“Maafkan saya makcik,” Balas atikah segera berjalan ke arah
dapur.
Atikah memberi Emilia minum susu formula yang sudah siap
dibancuh, nasib baiklah Emilia serasi dengan susu ini, mungkin sudah kelaparan
sangat sebab itulah dia tidak memilih apabila diberikan susu yang bukannya susu
ibu. Kasihan atikah melihat Emilia, masih kecil sudah diberi minum susu
formula, sedangkan ibunya masih ada disini. Atikah merenung wajah suci Emilia
yang sudah pun tertidur selepas meminum susu, apa salah budak ini sehingga
ibunya membenci dirinya. Atikah perlu memujuk tasya, dia tidak mahu Emilia
membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Sudahlah ditinggalkan bapa, ibunya
pula tidak sayang.
“Dah tidur dah budak tu?” Soal makcik zuriah sambil membawa
segelas air sirap dan sepinggan biskut kering.
“Sudah tidur makcik,” Jawab atikah yang bingkas bangun
apabila melihat makcik zuriah membawa dulang yang berisi air dan sepinggan
biskut.
“Kenapa susah-susah buatkan saya air,” Ujar atikah seraya
tangannya menyambut dulang yang dipegang mak cik zuriah.
“Tak adanya susah pun, kamu mesti penat terkejar-kejar sana
sini. Kamu minumlah dulu, makcik dapat hidangkan biskut kering aje,” Jawab
makcik zuriah ikhlas.
“Terima kasih makcik, kalau tak ada makcik tolong saya, Tak
tahulah apa saya nak buat. Saya bukannya ada pengalaman jaga bayi, Sekarang ni
pun saya tak tahu macammana keadaan tasya,” keluh atikah sambil tangannya
mengambil biskut yang dihidangkan makcik zuriah.
“Cuba kamu cerita kat makcik apa sebenarnya yang berlaku,”
Soal makcik zuriah ingin tahu.
“Saya pun tak tahu makcik, tiba tiba aje tasya buat
perangai, walaupun saya tahu dia memang dingin dengan anak dia, tapi bila saya
pujuk, dia akan ikut, entah kenapa kali dia boleh mengamuk pula, mungkin dia
teringatkan kisah silam dia, sebab itulah dia tiba tiba jadi macam tu”. Terang
atikah panjang lebar.
“Betul kata kamu itu, masa makcik jaga dia dalam pantang,
makcik tengok elok aje dia jaga anaknya. Kadang-kadang makcik tak suruh pun dia
sendiri tahu dan ambil anaknya. Walaupun dia berdiam dan tak banyak bercakap
tapi mak cik dapat rasa dia sebenarnya sayang dekat anak dia itu,” cerita
makcik zuriah pula, wajahnya serius dengan kata-katanya.
“Saya tahu dia sayang dengan anak dia, Cuma dia masih tak
dapat lupakan perbuatan suaminya bila dia terpandang wajah anak dia. Hurmm… mak
cik saya rasa saya kena balik tengok keadaan tasya macammana, saya akan cuba
pujuk dia, boleh tak malam ni makcik tolong jagakan Emilia, saya risau keadaan
tasya masih belum stabil.” “Boleh aje atikah, makcik tak kisah pun, pakcik pun tak
kisah .”
“Terima kasih makcik, kalau macam itu saya balik dulu lah
yer, kejap lagi saya datang bawa barang keperluan Emilia.” Kata Emilia meminta
diri untuk pulang.
*******
Atikah melihat pintu bilik tasya masih tertutup dan
berkunci, atikah semakin risau apabila mendengar suara tangisan tasya yang
teresak-esak. Atikah mengetuk pintu berulang kali meminta tasya keluar dan
membuka pintu. Akhirnya pintu bilik terbuka, Tasya berdiri dihadapan atikah,
wajahnya lesu, matanya bengkak, dan air matanya tidak berhenti mengalir. Atikah
hanya mampu melihat dengan penuh belas kasihan.
“Atikah…” Tangannya memeluk tubuh atikah dengan air mata
yang menitis dipipi.
“Tasya janganlah nangis,” atikah cuba menenangkan tasya
yang menangis teresak-esak di dalam pelukan atikah. Dia membawa tasya duduk di
atas katil.
“Mana budak tu,” Soal tasya yang sudah pun berhenti
menangis.
“Kau jangan risau, anak kau ok, aku tumpangkan Emilia dekat
rumah makcik zuriah ,” Jawab atikah.
“Kenapa? Kau risau aku cederakan budak tu? memang patut pun
kau letak dia jauh dari aku, aku tak nak cederakan dia sampai mati, lagipun aku
memang tak nak tengok muka dia,” Celah tasya yang sepertinya suka berjauhan
dari anaknya.
“Tak baik kau cakap macam tu, dia tu anak kau, apa salah
dia sampai kau hukum dia macam ini,” Marah atikah mendengar jawapan tasya.
“Kau tahukan apa salah dia, dia anak lelaki tak guna tu,
sebab lelaki itulah hidup aku jadi hancur macam ini, budak itu sepatutnya mati,
aku tak patut lahirkan dia,” Kelihatannya tasya menjadi marah apabila bercakap
mengenai anaknya.
“Yang salah tu bekas suami kau bukan anak kau, tolonglah
tasya sedar, cuba terima takdir allah. Siapa kata hidup kau hancur, kau
sepatutnya bersyukur kau dikurniakan seorang anak supaya kau tidak kesunyian
dan keseorangan. Kau tahu tak pasti ada hikmah disetiap perkara yang terjadi,”
Ujar atikah mempertahankan emilia yang sememangny a tidak bersalah dan tidak
sepatutnya menanggung kesalahan ibu bapanya. Tasya tergamam apabila mendengar
atikah bersuara.
“Aku tahu aku tak sepatutnya menjadikan anak aku mangsa
dari setiap kesalahan yang aku sendiri mulakan tapi aku tak boleh tengok muka
dia, kalau aku tengok aku pasti akan teringatkan rizal. Lelaki tak guna yang
telah memusnahkan hidup aku, yang telah menjadikan aku anak derhaka dengan
orang tua aku. Aku sanggup tinggalkan ibu bapa aku sebab dia, sampai ibubapa
aku meninggal pun aku tak dapat nak tengok. Aku tak dapat nak minta maaf dengan
diorang. Aku menyesal tak dengar cakap mak bapa aku, tak dengar cakap kau. Aku
sangat menyesal. Mungkin ini balasan untuk aku. Emilia tidak sepatutnya lahir
kedunia ini, dia tidak sepatutnya ada ibu macam aku,” tasya seperti mula
menyesali kesalahannya, dia menangis teresak-esak dibahu atikah disaat atikah
mula memeluknya.
“Sabar tasya sabar, aku faham perasaan kau, aku faham, kau
harus terima semuanya sudah terjadi, ini semua ujian dari allah. Semuanya akan
baik-baik sahaja, percayalah. Baguslah jika kau ada rasa menyesal, kau masih
sempat berubah dan bertaubat, allah itu maha pengampun dan allah juga maha
mengetahui, Allah tahu yang kau benar benar sudah menyesal. Ibu bapa kau mesti
sudah maafkan kau, aku dengan Emilia ada disisi engkau, Kita mulakan hidup baru
bersama-sama, aku tak akan tinggalkan engkau,” ujar Atikah memeluk erat tubuh
tasya.
Atikah tahu tasya menyesal kerana mengambil keputusan
terburu-buru menikahi rizal tetapi dia juga tahu tasya lebih menyesal kerana
tidak sempat meminta ampun dan derhaka dengan orang tuanya. Atikah masih ingat
kejadian 2 tahun lepas. Waktu itu dia dan tasya sama-sama belajar di
universiti. Tasya dan atikah merupakan sahabat baik. Tasya menyatakan hasratnya
untuk berkahwin, atikah turut rasa gembira namun dia tidak menyangka keputusan atikah
untuk bernikah diusia yang masih muda mendapat tentangan dari kedua ibubapanya.
Bapa tasya begitu marah dengan keputusan tasya, lebih-
lebih lagi rizal jauh lebih tua dari tasya. Oleh kerana rasa cinta yang
mendalam terhadap rizal, ditambah lagi pujukan dari rizal yang berjanji akan
menjaga tasya, tasya nekad melarikan diri dari rumah. Bapa tasya tersangat
marah dan ibu tasya mula jatuh sakit kerana terlalu rindukan tasya. Atikah
sebagai kawan tasya tidak putus memberi nasihat supaya tasya berfikir semasak-masaknya
kerana tidak mahu tasya menyesal dikemudian hari, namun semuanya sia sia, tasya
sudah kemaruk dengan cintanya.
Belum sampai setahun mereka berkahwin, rizal mula
menunjukkan belangnya, Semenjak tasya menyesyaki rizal mempunyai perempuan lain
dan ternyata rizal benar mempunyai perempuan lain dibelakang tasya. Semenjak
dari itu, tasya sering dimarahi, dikasari malah sering dipukul rizal. Tasya
yang menyesal dengan tindakan terburu- burunya dulu ingin pulang bertemu
ibubapanya tetapi rizal tidak mengizini, betapa kejamnya apabila rizal tidak
membenarkan tasya pulang melihat jenazah orang tuanya yang meninggal akibat
kemalangan, atas nasihat dan pertolongan atikah, tasya dan rizal akhirnya
bercerai. Kesengsaraan dan penyesalan yang dialami membuatkan tasya trauma,
apatah lagi selepas bercerai tasya mendapati dirinya hamil. Pernah sekali
kerana hasutan syaitan tasya ingin menggugurkan kandungannya tetapi sempat
dihalang oleh atikah yang sentiasa menjaga tasya.
******
Malam itu, tasya benar- benar menyesal, buat pertama
kalinya setelah sekian lama dia kembali sujud mengadap illahi. Melepaskan
segala penyesalan dalam diri, atikah yang kebetulan lalu dihadapan bilik tasya
terharu melihat perubahan diri tasya malam itu. Atikah merasaakan Emilia akan
merasai kasih sayang seorang ibu selepas ini. Atikah tersenyum bahagia.
Ternyata apa yang dilihat atikah malam tadi tidak seperti
yang sebenarnya terjadi. Keesokkan hari selepas pulang dari kerja, atikah
menyedari tasya tiada didalam biliknya, dia mencari tasya disekeliling rumah.
Tetapi sayang tasya tiada, dia hanya menjumpai sehelai kertas diatas katil
atikah.Atikah
membuka surat itu dan membaca nota yang ditulis tasya.
Atikah pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada kau
yang banyak menolong aku dan sentiasa ada disisi aku. Aku minta maaf tikah, aku
terpaksa tinggalkan kau dengan Emilia. Aku dah sedar yang aku sangat sayang
dekat Emilia tapi aku juga sedar aku tak layak jadi ibu dia. Aku tak nak dia
malu sebab ada ibu macam aku. Dia akan lebih bahagia tanpa aku. Maafkan aku
kerana membebankan kau atikah, maafkan aku menghancurkan hidup kau dengan
menyuruh kau menjaga anak aku, tapi aku tiada pilihan hanya kaulah satu-satunya
yang menyayangi Emilia lebih dari diriku. Aku tak mampu dan tidak sanggup
menjaga dirinya. Aku ini ibu yang jahat, aku pernah mengharapkan dia mati. Aku
pentingkan diri sendiri. walaupun aku sudah meminta ampunkepada allah, namun
aku masih lagi tidak tenang, mungkin ini juga hukuman untukku,aku perlu mencari
ketenangan itu, aku tahu aku telah melakukan kesalahan lagi kerana meninggalkan
anakku seperti aku meninggalkan ibubapaku. Tapi, aku merasa sangat bersalah.
Aku perlu pergi, mungkin ini adalah jalan yang baik untuk, aku tahu aku
terlihat seperti seorang ibu yang mementingkan diri. Aku berjanji suatu hari
nanti aku pasti akan kembali. Didalam kotak itu ada seutas gelang, itu adalah
pemberian ibuku, satu satunya kenangan terakhir dari ibuku, hanya itu dapat
kuberikan untuk Emilia. Selamat tinggal atikah.
“Tasya kenapa kau tinggalkan aku dengan Emilia. Apa yang
kau fikirkan sebenarnya, tiada siapa yang menyalahkan engkau, ” keluh atikah
sendirian, menitis air mata tasya membaca surat itu, dia mengesat air matanya,
kakinya terus melangkah menuju ke rumah makcik zuriah selepas tidak dapat
menelefon tasya.
“Mak cik zuriah, tasya ada datang sini tak,” Soal atikah
sejurus meluru masuk kerumah mak cik zuriah.
“Ada tengahhari tadi, makcik pelik juga tengok dia datang
tapi mak cik fikir dia nak ambil anak dia, tapi tak lama lepas tu dia balik
tinggalkan anak dia. Kenapa ni?” Mak cik zuriah menyoal kembali dengan penuh
tanda tanya.
“Makcik tasya dah pergi tinggalkan saya dengan anak dia,”
Jawab atikah, badannya terus terduduk di atas sofa dirumah makcik zuriah,
terasa kakinya longlai dan tidak berdaya. Tasya benar benar meninggalkannya
“Maksud kamu?”
“Tasya tinggalkan saya sekeping nota, dia nak tinggalkan
anaknya, saya dah telefon dia tapi dia tak angkat,” Jawab atikah sambil
menghulurkan nota yang ditulis tasya. Makcik zuriah membaca surat itu.
“Kalau makcik tahu makcik dah halang dia tadi, makcik
perasan kelakuan dia pelik hari ini, dia susukan Emilia lepas tu dia peluk
Emilia menangis-nangis. Makcik biarkan aje, makcik ingatkan itu perkara biasa.
Tak lama lepas tu dia minta diri nak pergi, makcik tanya tak nak bawa balik
Emilia ke? Dia kata dia tak boleh bawak balik Emilia sebab dia sayang Emilia,
makcik pun biarkan je lah dia pergi,” Jelas makcik zuriah mengingati kejadian
tengahhari tadi.
Mendengar penjelasan makcik zuriah, atikah tahu tasya sudah
mula menyayangi anaknya. Atikah berjanji dia akan menjaga Emilia sehingga tasya
kembali. Selepas kejadian itu, atikah mengambil keputusan untuk berpindah
kerumah ibunya, dia telah meninggalkan alamat rumah ibunya pada makcik zuriah,
supaya tasya boleh mencari dia dan Emilia kelak. Atikah juga sudah menjelaskan
semuanya kepada ibunya. Ibunya kagum dengan sikap anaknya yang sanggup mengalas
bebanan orang lain. Diusia yang masih muda, atikah tidak cukup pengalaman
membesarkan Emilia sendirian, ibunya sudi membantu atikah, walaupun sebenarnya
atikah tidak mahu menyusahkan ibunya, namun dia tiada pilihan. Atikah yakin
Emilia akan menjadi penyeri hidup dia dan ibunya. Apatah lagi ibunya tinggal
sendirian semenjak bapanya meninggal dunia.
********
Kejadian itu sudah 20 tahun berlalu, kini Emilia sudah
membesar menjadi seorang gadis remaja, rupa parasnya seiras ibunya. Atikah dan
ibunya brsyukur kerana telah membesarkan Emilia menjadi seorang anak yang baik.
Tetap, atikah juga merasa sedikit kesal kerana sudah bertahun dia cuba
menjejaki keberadaan tasya namun tidak berhasil menemukan tasya.
Walaupun sudah 20 tahun berlalu, masih tiada khabar dari
tasya, atikah dan Emilia tidak putus harapan mengharapkan kepulangan tasya .
Mengimbas kembali Sewaktu Emilia menginjak usia 10 tahun, emilia sudah mula
selalu bertanya mengenai ibunya.
“Makcik boleh emi tahu bila ibu Emi nak balik? makcik
selalu kata yang ibu Emi pergi jauh, suatu hari nanti ibu Emi akan balik tapi
kenapa sampai sekarang tak pernah balik, ibu tak pernah balik tengok emi, ibu
tak rindu emi ke? ibu mesti tak sayang emi,” Ujar emi merenung ke mata atikah
meminta jawapan kemana ibunya selama ini pergi.
“Sekarang Emilia kecil lagi, Emi mesti tak faham kalau
makcik cerita ibu emi pergi mana, nanti bila emi dah besar makcik akan
ceritakan kenapa ibu emi kena pergi jauh, emi tak boleh cakap macam itu, ibu
emi sayang dekat emi. Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya. Kalau emi rindu
ibu, peluk gambar ibu erat erat,” Atikah mengusap lembut rambut Emilia dan
memandang wajah comel anak itu. Atikah menahan air mataku, emi tidak boleh
melihat dia menangis, dia perlu kuat supaya emi tetap yakin suatu hari nati
ibunya pasti kembali.
Hanya itu sahaja jawapan yang dapat atikah berikan diwaktu
usia emi yang masih kecil sehinggalah usia emi menginjak 15 tahun. Atikah telah
menceritakan segala-galanya kepada Emilia, air mata Emilia menitis. Akhirnya
persoalan yang bermain difikirannya terjawab. Namun tidak pernah Emilia
berfikiran buruk tentang ibunya. Atikah ingin Emilia terus menyayangi tasya dan
menunggu kepulangan tasya. Memang benar kasih Emilia kepada ibunya tidak pernah
hilang. Dia yakin ibunya pasti akan kembali padanya.
“Mak cik, betul ke apa yang makcik ceritakan ini? sampai
hati ibu tinggalkan emi, betullah selama ini ibu tak sayangkan emi, ibu jahat!”
emi menangis teresak-esak apabila mengetahui jawapan sebenar disebalik
persoalannya selama ini.
“Ibu tak tinggalkan emi, ibu sayang emi, emi tak ingat ke
apa yang makcik katakan tadi, ada sebab kenapa ibu emi terpaksa pergi dan ibu
benar sayang pada emi. ibu tak jahat sayang. Emi jangan sedih, sabar ye
sayang,” Atikah memeluk emilia.
“ Kalau betul apa yang makcik ceritakan. Emi takkan sedih
makcik, emi akan percaya apa yang makcik katakan, mak cik cakap ibu sayang emi,
emi percaya dan emi akan tunggu ibu balik,” Ucap emi tersedu-sedu menahan
tangisan. Sayu melihat keadaan emi tetapi atikah tidak sangka emi sekuat ini
selepas mengetahui perkara sebenar.
******
“Akhil jangan main bola jauh sangat, main dekat sini aje,”
Jerit lia kepada adiknya yang sedang bermain bola manakala lia yang sedang
bermain buaian di taman permainan berdekatan rumahnya .
“Ok kak,” Jawab akhil sambil menyepak bolanya.
“Akhil kamu nak pergi mana tu, Lia segera turun dari buaian
apabila melihat adiknya berlari jauh mengejar bolanya yang semakin jauh
bergolek kearah jalan tanpa menyedari ada sebuah kereta menuju kearah akhil.
“Adik hati-hati!” Seorang wanita menarik dan memeluk tubuh
akhil apabila melihat kanak kanak itu meluru kearah jalan.
“Akhil!” Lia menjerit apabila melihat adiknya hampir
dilanggar kereta.
“Akhil tak apa- apa ke? Terima kasih makcik selamatkan adik
saya,” Soal lia kepada adiknya seraya mengucapkan terima kasih kepada wanita
yang telah membantu adiknya. Kalau sesuatu terjadi pada adiknya, pasti mamanya
akan marah.
“Sama sama, lain kali hati-hati, kalau apa-apa jadi mesti
ibu bapa kamu sedih,”
“Baiklah kak, hurmm…akak tinggal dekat kawasan perumahan
ini juga ke? saya tak pernah pun nampak akak dekat kawasan ni sebelum ini,”
Soal lia ingin tahu kerana tidak pernah melihat wanita itu.
“Tak lah, akak bukannya tinggal dekat sini. Sebenarnya akak
tengah cari rumah orang tapi masih tak jumpa,” Jawab lia dan mula terfikir
ingin bertanya pada kanak-kanak ini tapi niatnya dibatalkan kerana berfikir
mungkin mereka tidak tahu.
“Rumah siapa? Akak nak tak ikut kami balik rumah, mungkin
mama kami tahu rumah siapa yang kakak cari. Bolehlah saya hidangkan akak
minuman. Lagipun akak dah selamatkan adik saya. Anggaplah ini sebagai ucapan
terima kasih,” ajak lia sambil tersenyum.
“Boleh ke? Terima kasih adik,” Wanita itu tidak dapat
menolak pelawaan gadis remaja itu, ditambah lagi dia sudah kepenatan berjalan
kaki mencari rumah yang masih tidak ketemu.
“Assalamualaikum mama! kami dah balik! ada tetamu datang
ni!” Jerit lia sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumah.
“waalaikumussalam…Siapanya lia?” Atikah yang berada didapur
berjalan menuju keruang tamu. Langkahnya terhenti apabila melihat wajah yang
begitu dikenali berdiri dihadapannya.
“Tasya…” Hanya itu ungkapkan yang keluar dari mulut atikah.
Dia tidak menyangka tetamu yang dibawa pulang anaknya itu adalah tasya.
“Atikah…” Tasya turut terkejut melihat atikah berdiri
dihadapannya berjalan menuju kearah atikah, dia memeluk tubuh atikah. Akhirnya,
dia jumpa juga rumah atikah yang kebetulan merupakan ibu kepada gadis yang
ditemuinya tadi. Kedua-duanya saling berpelukan melepaskan rindu yang
telah lama tersimpan. Lia dan akhil hanya mampu melihat kelakuan mama dan
wanita yang baru ditemuinya tadi. Mereka tidak mengerti apa-apa, apa, mereka
agak mama dan wanita itu saling mengenali.
“Mak cik tikah, siapa yang datang? apa yang berlaku ni?”
Suara Emilia muncul dari ruang dapur, dia merasa pelik melihat makcik atikah
sedang berpeluk dengan wanita masih tidak jelas wajahnya.
Tasya mengangkat kepalanya apabila mendengar suara itu,
seperti ada tarikan untuk melihat pemilik suara itu. Tasya memandang Emilia
yang sepertinya terkejut melihat dirinya. Disaat itu, mata Emilia bulat
memandang wanita itu, wajah wanita itu sangat dikenalinya. Wajah yang sama
seperti wajah gambar ibunya, namun dia tidak pasti adakah ini benar. Adakah
ibunya sudah kembali?.
Tasya memandang wajah atikah, atikah mengangukkan kepalanya
seperti memahami apa yang difikirkan tasya. “Emilia…” Suara tasya lembut
memanggil. Dia seakan tidak percaya anak yang ditinggalkan kerana sikap
pentingkan dirinya dulu sudah membesar menjadi seorang gadis remaja yang
cantik.
“Ibu!” Emilia menjerit lembut. Dia berlari memeluk ibunya
yang dia ingin sekali temui. Dia yakin itu benar ibunya apabila mendengar
wanita itu memanggil namanya. Hari ini doanya menjadi kenyataan. Ibunya kembali
menemuinya.
“maafkan ibu Emilia, maafkan ibu,” Tasya membalas pelukan
anaknya yang begitu dirindui selama ini. Hanya air mata yang mengakhiri kasih
mereka. Ucapan maaf dari mulut tasya tidak berhenti dan ucapan sayang dari
Emilia untuk ibunya akhirnya dapat diungkapkan.
Atikah hanya mampu menitiskan air mata. Dia memeluk kedua
anaknya yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kasih Emilia
untuk ibunya sudah terbalas. Penantian dan doa yang dikirimkan untuk ibunya
tidak sia-sia. Atikah selalu mengingatkan emilia syurga itu dibawah telapak kaki
ibu dan kasih ibu sampai kesyurga. Sejahat dan seteruk mana pun ibu kita, dia
tetap orang yang telah melahirkan kita kedunia. Tidak semua ibubapa yang
meninggalkan anakya adalah orang yang jahat. Sememangnya tasya bersalah kerana
meninggalkan Emilia tetapi tasya beruntung mempunyai anak yang baik seperti
Emilia yang sering berdoa agar tasya ditunjukkan jalan untuk kembali padanya.
Tasya pasti tidak menyangka anak yang ditinggalkan selama ini tidak membenci
mahupun berdendam dengannya, dia malah disayangi dan diterima.
Nampaknya, tasya sememangnya tidak dapat mengelak dari
perasaan menyesal, jujur tasya menyesal meninggalkan Emilia dan terlepas
saat-saat melihat Emilia membesar. Tapi, satu sahaja yang tidak tasya menyesal,
dia tidak menyesal meninggalkan Emilia pada atikah. Atikah telah mendidik
Emilia menjadi seorang anak yang baik, anak yang tidak berdendam dengan seorang
ibu yang telah meninggalkan anaknya bertahun lamanya kerana sikap pentingkan
diri. Namun segalanya telah berlaku, tiada apa yang boleh ditarik dan diubah.
Bak kata perpatah ‘telajak perahu boleh diundur, telajar kata dan perbuatan
sama sekali tidak boleh diundur’ hidup perlu diteruskan.
“Terima kasih yaallah, kau masih memberi peluang untukku,
aku akan menghargai peluang yang kau berikan ini, ternyata inilah kebahagian
yang selama ini aku cari yang ternyata kebahagiaan yang aku sendiri tinggalkan.
Bertapa bodohnya diriku, Maafkanlah ibu emilia,” bisik hati tasya mengakhiri
tangisannya dengan senyuman.