Home Puisi Umum Bunga Tidur
Bunga Tidur
Viviana Rose
11/12/2015 16:11:33
1,393
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Dalam lena hatiku
Hadirnya ngeri mimpi di hujung rasa
Umpama bara menghanguskan keindahan maya
Tiada lagi tawa nan mesra

Bergema raungan sukma di pentas kehidupan
Titik-titik luka berserakkan di atas kanvas kasih
Umpama pasir pantai berserakkan dek hempesan gelombang
Hingga nafas hampir terhenti
Diamuk kesakitan sukma yang merapuh

Dalam biasan cahaya yang masih bersisa
Kupanjatkan doa agar terjaga
Dari ngerinya suasana
Dari gelapnya warna bunga tidurku

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.