Sendiri lagi hari iniTermangu-mangu di dalam gelap
Hati bertanya jiwa meronta
Namun masih tiada jawapan yang pasti
Kerana hidup belum bernoktah
Firasat tunjukkan cahaya
Hujung kelamnya tiada yang tahu
Setiap duri-duri menikam kaki
Kucabut satu-persatu
Untuk dipersembah pada Tuhan
Lama-kelamaan sembuh sendiri
Air mata ada harganya
Waima tidak laku malahan dikeji
Namun ianya mampu membeli syurga
Pepohon cinta subur disiram kasih
Tetapi kini semuanya gersang tandus
Rindu mendalam bertukar kesumat
Kerana amanah yang dikhianat
Kerana penting diri
Kerana janji yang dimungkiri
Neraka dalam bayangan syurga