Oh temanku.Aku kebosanan.
Marilah bermain sesuatu denganku.
Bersama-sama bergembira.
Lupakan segala keresahan
dan cipta sebuah konflik.
Hide and seek.
Aku bersembuyi, kau mencari.
Di manakah aku, itulah soalannya.
Carilah aku, dapatkah jawapannya.
Begitulah permainannya.
Sedetik berlalu.
Aku masih tak ditemui.
Di manakah engkau, aku menunggu.
Cepatlah hadir menangkapku.
Aku menanti giliranku.
Untuk mencarimu pula.
Hide and seek.
Aku bersembunyi, kau mencari.
Soalan aku masih tidak terjawab.
Jawapannya masih tergantung.
Habiskan segera permainan ini.
Akhirnya
kau temui juga aku
Tamatlah sudah giliranmu.
Giliranku telah tiba.
Cepatlah bersembunyi.
Aku akan mencari.
Hide and seek.
Kau bersembunyi, aku mencari.
Di manakah kau, bukan itu soalannya.
Carilah kau, itu bukan jawapannya.
Permainannya sudahpun berubah.
Hide and seek.
Telahpun menjadi lain.
Tekalah apa yang akan jadi.