Home Puisi Kisah Hidup Hawa
Hawa
Aweyah Rosmi
19/1/2019 12:44:24
2,510
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Hawa,

Sungguh pandai persembahkan riak dan cara,

Pandai kekalkan momentum topeng boneka,

Walau jiwa disiat belati tumpul berkarat.


Hawa,

Bibir tak pernah lekang manisnya kata ,

Dikait pula dengan senda tawa,

Gembira dipamer tanpa noda,

Sedangkan di dalam penuh hiba.


Hawa,

Begitu jitu kentalnya jiwa raga,

Bahkan Adam tak sejitu Hawa.


Hawa,

Pelakon yang tak pernah gagal,

Senyum terus terukir,

Walau jiwa dimamah sepi disayat derita.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aweyah Rosmi