Home Puisi Islamik KITA SERUPA
KITA SERUPA
ZahinZulNas
5/11/2015 17:17:20
1,470
Kategori: Puisi
Genre: Islamik
Tak perlu bermadah indah
Jika hati tak seindah yang disangka
Tak perlu bermadah mulia
Jika tingkah laku salah dimana-mana
Katamu dirimu sungguh berhemah
Namun hanya di omelan sahaja
Tak punyai minda tapi di kata punyai Akal
Bukankah ianya sama?
Namun dibidas kata nista.
Keajaiban yang maha esa
Agar di satu masa
Bisa menyelongkar segala yang kau kata
Kerna ku sedar
Kamu mahu pun aku
Datang dari pencipta satu yang esa
Hanya amalan yang berbeda
Jika dahulu mungkin di pandang Hina
Namun di satu masa 
                pasti
Yang Hina itu Akan menjadi Mulia..
Kerna ku Percaya takdir Allah itu indah Khabarnya
Alhamdulillah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ZahinZulNas