Home Novel Cinta Aku Tetap Setia
Aku Tetap Setia
ZahinZulNas
24/2/2016 17:31:32
13,670
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 5

                  Berakhir sudah cerita kisah suka duka di alam kampus tak lama lagi boleh la dia melompat girang untuk meraih segulung ijazah. 6 tahun dia bersusah payah untuk semuanya. Alhamdulillah anugerah Dekan bakal menjadi miliknya. Dan yang paling diharapkan adalah pertemuan dengan kekasih hati yang sudah lama tidak diketemui. Entah bagaimana Fazrul sekarang.

               “gemuk ke? kurus ke” teka hati kecilnya lagi. Jemari halusnya memegang loket yang pernah diterima satu ketika dahulu.Dan minggu depan Fazrul dijangka akan pulang ke Malaysia. Sebelum dia pulang ke kampung boleh la dia berjumpa dengan lelaki itu .mereka penah berjanji setia untuk hidup bersama. Walaupun sudah 5 tahun dia tidak berutusan namun dia yakin lelaki itu akan terus setia akan cinta yang dibina.

                  “amboi kau ni asal sorang-sorang mula la kau berangan macam mat jenin kan” Kamala menepuk bahu Hanis, terkulat kulat hanis tersenyum

                 “mana ada berangan cuma membina impian di masa hadapan je” balas Hanis selamba sambil tertawa. Buku yang dipegang tadi dirapatkan ke dada.

                “kau ni tak lain tak bukan mesti tengah angaukan?, memanjang mikir mamat yang tak ingat kan kau” Shila laju mencelah

               “dia bukan tak ingat aku la.. dia sibuk aku kena la faham bukan senang nak dapatkan segulung ijazah tu” hanis cuba menyedapkan rasa dihatinya.

              “5 tahun cik kak oii.. macam-macam boleh jadi”Fadilah yang baru saja muncul terus mencelah.

               “Cik Hanis sekarang ni dah tak macam ZAMAN dulu tau… orang zaman dulu biaq pi la duk jauh-jauh balik tu dia akan suh mak pak dia minang terus pompuan tu, kalau dalam zaman kita ni silap haribulan dia balik bawak bini”tambah Fadilah. Hanis hanya terdiam bukan sekali dua benda yang sama rakannya yang menasihati. Tapi rasa kesetiaan lebih menandingi segalanya. Apa yang pasti dia percaya pada Fazrul, mana mungkin cinta mereka hilang begitu sahaja 

             “I trust him”itu saja yang mampu diluahkan. Siapa kata tidak sayang siapa kata tidak cinta jika dahulu hubungan mereka di ibaratkan irama dan lagu jika dahulu hubungan mereka ibarat Romeo & Juliet andai disatu masa pasti andai takdir tidak menemukan mereka dia sendiri akan redha segalanya. Fazrul Aiman bukanlah satu nama asing dalam hidupnya. Bercinta didalam jarak jauh memang memerlukan pengorbanan. Harapannya agar cinta yang dibina akan sentiasa mekar.

            “for you” Kamala menghulurkan sejambak rose betul dihadapan matanya, Hanis mengerutkan dahi

            “untuk apa ni?” soal Hanis hairan

             “untuk kau la cik kak oiii, mamat tu yang bagi” sambil menunding ke seberang jalan. Laju mata Hanis meliar mencari si pengirim misteri itu. Ini bukan sekali dua dia terima benda yang mengarut. Hampir tiap minggu sepanjang dia berada dialam Universiti.

             “eh tadi mamat tu kat situ” Kamala sudah mengaru kepalanya yang tidak gatal

            “eh Hanis entah-entah dari orang yang sama kot, dari first sem kau dapat benda-benda macam ni kan, Aku rasa Faz yang buat ni perghhhh romantic siot… nanti dia balik mesti dia bagtau berapa banyak dah bunga saya yang awak terima”teka Kamala

            “haah la aku rasa pon macam tu, orang yang bagi benda-benda ni macam tau semuanya pasal kau kan, kau suka warna biru, haaa satu lagi ingat tak kau suka kumpul postcard kan, yang tau Faz je memang Sah ni kerja Fazrul”Tambah Shila laju dia mencelah.

           “ye kan… Faz je tau aku suka kumpul postcard” Hanis tersenyum macam mana sepanjang dia menerima semua itu dia lansung tidak sedari. Memang sudah jadi hobi dirinya sendiri suka mengumpul postcard. Jika diingat semua sepanjang dia berada di alam kampus 6 tahun dia menerima pelabagai jenis postcard dari pelbagai negara namun tidak tahu siapa pengirimnya hanya kata-kata sahaja menjadi hiasan didada postcard. Tidak terdertik pulak dia untuk menyiasat tentang itu. Jika benar ianya datang dari Fazrul rasa bertuahnya diri sentiasa diingati. Oh dunia aku sedang jatuh cinta…. Jerit Hanis didalam hati entah bagaimana hendak digambarkan perasaaanya pada ketika itu.

            “eh.. jap jap mamat tadi tu kau kenal ke..? tapi memang handsome mamat tu, ini kali pertama aku cakap jujur ni” ujur Kamala ingin tahu menyeringai tersengih. Hanis mencebik tidak mengenali lelaki itu

            “kau rasa mamat tu sapa” Tanya Kamala lagi ingin tahu

            “eh… kau ni manalah aku kenal” ujur Hanis

            “entah-entah lelaki tadi tu Fazrul upah dia untuk intip kau tak. Sebelum ni kau dapat bunga pon tak tahu daripada siapa gerangan biasanya kau akan dapat kat bawah meja kau, takpon dalam buku kau” laju Fadilah menambah perisa. Rakannya yang lain hanya menangguk tanda setuju.


                                                                    *****

                                                                                                                                                                            Usai sahaja menunaikan Kewajipan yang dituntut Hanis meluru ke koridor rumah sewanya. Ini kali pertama dia merasakan sebak bila mengenangkan Fazrul dia sendiri tidak tahu mengapa. Adakah dia rindu pada lelaki itu atau dia berasa jauh hati dengan lelaki itu. Hanis mengenggam loket miliknya. Surat-surat yang diutuskan dahulu dibuka satu persatu rindunya pada lelaki itu. Postcard yang pernah diterima dibelek jua. Di dada postcard itu hanya tertulis “senyumlah selalu” dan emoji senyum. 

Benarkah postcard itu datangnya dari Fazrul. Tapi jika bukan Fazrul siapakah yang menjadi Admirenya selama ini.

               Kedengaran dari luar mungkin sahabatnya yang lain sedang asyik menonton television sesekali terdengar gelak tawa mereka. Bebintang di langit masih lagi bersinar namun tidak seperti hatinya. Alangkah indahnya jika dia boleh segirang  bintang di langit. Hidup berlengankan awan yang gebu. Berkawan dengan sang bulan yang setia. Indahnya degus hatinya sendiri. Sesekali dia mengucap syukur dengan ciptaan indah dari Allah. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ZahinZulNas