Kisah Alamku 
Nyatanya aku disini 
tetapi jiwaku entah dimana 
jasad terus meraba dalam lelah 
mencari titik perakhirannya kisah 
Kucuba bangun 
dalam lelahnya hariku 
dalam kecundangnya jejak lalu
segala permulaan penuh dengan 
percaturan tiada kemenangan
terserah pada takdir 
membawa aku kealam ini 
Permainan serba indah 
nampak nyata bukan ilusi 
bagiku ia bukan mimpi 
tapi ini hakikat takdirku
harus kujalani sebagai 
insan serba kekurangan dibumi fana 
Langsung aku bicara
sama alam 
keindahan ini sekadar 
menarik ku untuk tidak kembali
kembali sekejap 
kerana menuntut aku sebagai 
manusia biasa 
Lalu masa makin singkat disini
lama jua laluan dahulu 
sehingga aku selesa begini
Dewi Qaisara