Home Puisi Cinta KISAH DEWI LARA
KISAH DEWI LARA
dormie2015
15/10/2018 14:56:01
2,983
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

CORETAN JIWA DEWI LARA


Sudah lama tidak kulakarkan cerita

Walaupun sedih hatiku

Untuk apa 

sudah begitu lama tersiksa lara

Biar sahaja Dewi Lara bercerita


Dalam diam pungguk 

membuang rasa 

aku disini menanti jawabnya

biarkan keikhlasan ku satu 

menuntut jawapan diatas 

setiap persoalan


Usah menipu wahai si pungguk

dikau jua punya hati

kerana sikapmu yang begitu

kenapa aku yang disalahkan

mulut berbisa badan binasa



Biarkan aku sendiri 

kerana hatiku sudah terkunci kembali

sudah lamaku pergi pada garis asalku

yang sudah tertangguh sekian lama

satu hari pasti kudapat 

bukti dan kisah sebenar diri kau


Perjuanganku pasti bermula

tidak kuhirau derita hati

amanah kupegang sekian lama

pasti semua bersinar kembali


Usah datang mencari aku

jika sekadar mencari sesuatu

kerana aku tak punya apa 

sekadar angin lalu yang berbicara



dormie2015

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.