Anggun dirimu,
Laksana cahaya menyinari,
Tiada setanding sinarmu,
Jika ku belai cahaya itu,
Pastinya kabus menggelap,
Kerana aku tidak upaya,
Untuk menyinari sinarmu.
Semerbak dirimu,
Bagaikan bunga mewangi,
Tiada setanding harummu,
Jika ku belai harum bunga itu,
Pastinya gugur membusuk,
Kerana aku tidak mampu,
Untuk menjaga harummu.
Wajah dirimu,
Seperti pelangi mewarnai,
Tiada setanding cantikmu,
Jika ku belai pelangi itu,
Pastinya kotor menghitam,
Kerana aku tidak sempurna,
Untuk menghiasi cantikmu.
Semerdu dirimu,
Ibarat suasana embun pagi,
Tiada setanding suaramu,
Jika ku belai suasana itu,
Pastinya bising berkicau,
Kerana aku tidak layak,
Untuk mendekati suaramu.