Mendung awan tika berlalu
Senja hadir merangkap pilu
Puas rentasi namun belukar
Bagai haluan berteguh sukar
Selautan rimba bertaut duri
Perit singkap tidak terperi
Sendu bertenun tinggi atas
Hayun longlai sekeping kertas
Mengail lautan berpandu kelam
Payah melihat seakan pejam
Segenap arah menjadi buta
Sekalipun mata telah terbuka
Hasrat menjauh tidak tersusun
Perjalanan yang masih beralun
Tembok sukar untuk dilangkah
Walau telah menyusuri bongkah
Tercapai khayalan tidak dikesali
Sekeras enggan dipaksa henti
Sehelai daun semakin dipetik
Harap sinar sempat ditarik