Betapa aku menyesali,
sebab tidak mengenali dirimu sejak awal lagi.
"Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini."
Terima kasih kerana menyayangi diri ini.
Mengenalimu,
ibarat membuka lembaran episod luka
masa lalu.
Menyayangimu,
ibarat mengkhianati rasa cinta
insan lain yang juga seperti dirimu.
Mengecewakanmu,
ibarat menghukum dirimu yang
tidak punya dosa pada diriku.
Meninggalkanmu,
ibarat menghukum diriku yang mula
menyayangi dirimu.
Harus, bagaimana lagi?