Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
32,105
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

Kedamaian keluarga Salina dan Adam kembali diraih. Mereka lebih tenang kerana masalah yang membelenggu mereka telah dapat diselesaikan.

Rumah Salina dan Adam riuh kerana semua anak menantu mereka pulang. Mereka lebih menghargai masa bersama keluarga sejak kejadian itu.

Salina dan Adam amat berterima kasih kepada Ustaz Alias kerana membantu mereka menghadapi dugaan ini. Salina mengakui pada mulanya dia tidak mempercayai perkara sebegitu. Namun setelah keluarganya sendiri merasai pengalaman pahit itu. Dia mula mempercayai.

Salina juga merasa perubahan setelah hilangnya kuasa sihir itu. Dia selalu merasa rindu yang teramat terhadap suaminya. Bagaikan sudah lama tidak berjumpa suaminya. Tiada lagi perasaan benci, sakit hati. Tiada lagi pertengkaran antara mereka.

Kehidupan mereka jauh lebih aman daripada dulu. Ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Mereka juga supaya roh Azura diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Walaupun arwah Azura banyak berbuat salah pada keluarga mereka. Tidak bermakna mereka harus membenci dan menyimpan dendam.

Disebabkan dendamlah , Azura tergamak menghantar sihir kepada mereka. Oleh itu, perasaan dendam harus dibuang jauh.

Salina juga yakin akan kesetiaan suaminya. Kejadian lepasitu memperkuatkan lagi kepercayaannya terhadap suaminya.

“terima kasih Sal sebab tak pernah meragui cinta abang.” Adam mengeratkan pegangan tangan mereka. Dia amat menyayangi isterinya.Kejadian itu membuka matanya bahawa kasih sayang Salina tidak berbelah bagi untuknya. Dia juga amat bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Salina.

“sama-sama bang. Kita akan hadapi segala dugaan bersama-sama yer.” Salina menyembamkan mukanya ke dada suaminya. Suaminya hanya mengangguk.

Malam itu menjadi bukti akan teguhnya cinta mereka berdua walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Tidak kurang sedikit pun kasih sayang itu. Harap kasih sayang itu terus berkekalan dan hanya ajal sahajaakan memisahkan.

Masing-masing bersyukur atas apa yang berlaku. Kejadian itu mengeratkan lagi ikatan suami isteri mereka. Alhamdilillah.

TAMAT..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.