Home Novelet Seram/Misteri Sihir Pemisah
Sihir Pemisah
ErAisyaaa
19/12/2018 22:49:22
32,083
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Di sebalik bilik gelap itu, seorang wanita kelihatan resah. Dia merasa sakit hati atas apa yang disampaikan oleh benda belaannya.

“Kau pergi jumpa ustaz yer? Hahahaha. Ustaz tu bukan lawan aku lah.” Kata Azura dengan nada yang sombong. Dia lupa bahawa setiap perbuatannya akan dibalas oleh Allah SWT. Itulah manusia yang telah membelakangkan Allah SWT tiada langsung perasaan takut akan azab Allah.

Azura keluar tergesa-gesa menuju ke keretanya dan terus meluncur laju ke arah jalan raya. Dia mahu berjumpa dengan orang penting yang akan membuat hatinya yang sakit berasa puas.

 

Azura tiba di hadapan sebuah rumah yang kelihatan usang dan tersorok. Rumah tersebut hanya akan dijumpai oleh orang yang tertentu sahaja. Azura melangkah keluar daripada keretanya dan menuju ke rumah tersebut.

Pintu rumah itu terbuka dengan sendirinya. Azura tanpa rasa gerun terus masuk ke dalam rumah itu.

“Aku tahu hajat kau.” Kata seorang lelaki yang membelakangkan Azura.

“Tok, aku geram dengan perempuan sial tu! Dia jumpa ustaz untuk lawan aku. Ahh dia fikir dia kuat ? aku nak tok buat dia lagi sakit sebelum ni. Kalau boleh aku nak dia mampus. Aku nak rampas laki dia.” Azura meluahkan sakit hatinya.

Tok Esau tersenyum sinis melihat Azura tidak sabar-sabar untuk mengenakan musuhnya. Dia hanya dibayar untuk memhantar sihir kepada musuh Azura.selain itu, Azura juga menggunakan perkhidmatannya untuk memasang susuk supaya Adam teringin melihat Azura tanpa henti.

“Baiklah, malam ni kau puja apa yang aku telah beri sebelum ni. Apabila benda itu muncul kau arahkan saja apa yang kau mahu dia buat untuk kau.” Azura tersenyum mendengar kata-kata itu.

 

Malam itu, Azura telah buat apa yang disuruh oleh Tok Esau. Dia mahu musuhnya itu merasa sakit yang teramat. Dia mencucuk patung jerami yang diberikan oleh Tok Esau dengan perasaan geram.

“Mampus kau!!! Ahhahahahahahaha!!!!”

Dalam pada masa yang sama, Salina merasakan perutnya sakit bagaikan dicucuk sesuatu yang tajam. Kepalanya juga amat sakit bagaikan dihiris belati tajam. Salina meraung kesakitan sehingga menyebabkan dia muntah darah.

Adam dan anak-anak amat panik akan kejadian yang menimpa Salina. Mereka berusaha membantu tetapi tidak tahu lagi apa yang harus dibuat. Adam mengambil keputusan untuk menelefon Ustaz Alias untuk datang kerumah mereka.

Setelah hampir 20 minit, Ustaz Alias pun tiba dirumah Salina. Adam terus menerpa ke arah Ustaz Alias.

“Tolong ustaz, isteri saya muntah darah.”

“yer yer , mari ke dalam sekarang.” Ustaz Alias berkata sambil memandang ke arah rumah sebelah. Dia dapat merasakan rumah itu mempunyai satu aura ghaib yang jahat.

“Astagfirullahhal ‘ azim” mengucap panjang UstazAlias melihat keadaan Salina yang amat lemah dengan darah yang masih mengalir dari mulutnya.

Ustaz Alias membacakan ayat-ayat ruqyah, dengan tiba-tiba suara salina berubah.

“Heyyyyy ustaz!!! Jangan ganggu urusan aku !! kalau kau taknak merasa sakit !” pekik Salina dengan mata yang terbeliak keluar.

“Wahai iblis ! keluar kau dari badan perempuan ini! Dia tidak bersalah! Kau jangan ingat aku takutkan akan ugutanmu itu! Keluar kau !! jangan sampai aku gunakan kekerasan dan menyebabkan kau mati!” Ustaz Alias berkata tanpa gentar akan ugutan yang diterima. Dia tahu makhluk ini mempunyai kelemahan iaitu ayat Al-Quran.

“HAHAHAHAHAH! Manusia bodoh ! kau baca apa haa? Takkan kau tak tahu aku lagi pandai baca Al-Quran dari kau !! dah lah baca pun salah .”makhluk dalam badan Salina terus memprovok Ustaz Alias yang terkumat kamit membacakan ayat Al-Quran.

Ustaz Alias tetap membaca tanpa menghiraukan kata-kata yang keluar dari mulut Salina. Dia tahu kerja syaitan adalah untuk menyesatkannya. Dia tidak akan sesekali menyerah dengan makhluk yang dilaknat Allah SWT itu.

Ayat quran yang dibaca oleh Ustaz Alias mula menampakkan kesan apabila Salina menjerit kepanasan dan jatuh pengsan. Ustaz Alias menyuruh Adam membawa Salina ke hospital.

 

Salina telah ditahan wad keran banyak kehilangan darah. Salina dilihat amat lemah dan lesu.

“macam mana ustaz ? apa pengakhirannya? Akan ada lagi sihir itu ?” Adam mengajukan soalan kepada Ustaz Alias.

“Alhamdulillah, buat masa ni isteri awak selamat. Tetapi kita masih tak tahu akan datang. Harap awak boleh bersabar. Awak call saja saya jika perlukan bantuan. Insya Allah saya akan sedia membantu.” Kata Ustaz Alias sambil menepuk perlahan bahu Adam.

Previous: bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.