Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Satu Hari Di Bulan Puasa
Satu Hari Di Bulan Puasa
Zhar Aruzi Hairi
16/6/2017 05:49:08
6,094
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 6

BAB 6


 

“Apa?....”


Suara Kak Lijah meroyan kedengaran hingga ke telinga Padil. Lelaki cina tadi pun berkerut dahi menahan leteran dan makian janda itu. Terkulat-kulat dia seakan lelaki yang menahan kencing.


“Lu punya pasat, gua dan Lijah rugi ribu-ribu. Lu tau ka” Marah lelaki itu selepas selesai menelefon. Dia kemudiannya duduk termenung di tempat menunggu bas.


“Lu yang start tunjuk pistol kat gua kan…Itu pasal gua lawan balik!” Balas Padil membela diri.


“Itu lighter la…gua pun acah-acah ja. Yang lu takut sangat tu apasat!."


 

“Celakaaaaa?” Jeritan Kak Lijah membuatkan semua yang ada di situ terperanjat. Telefon di tangannya dicampak ke lantai.


“Kenapa Kak?” Pegawai yang bernama Lina itu bertanya.


“Ada orang dah hancurkan plan Raya aku!” Suara Kak Lijah bercampur sebak. Lantas mukanya disembam ke tangan yang berada diatas meja.


“Sabar ye Kak!” Pujuk pegawai itu.


“Puan bolehlah bersabar. Bonus raya dah masuk...kami ni..dah tak boleh sabar. Hmmm...Lepas bayar denda nanti aku tau apa nak buat!”


Kak Lijah bangkit sambil menyinsing lengan. Dia mencapai telefon bimbit di lantai dan terus mendail.

 


 

Padil tersengih-sengih lagi. Ini kali kedua dia diberi penghargaan. Yang pertama sebab berjaya membongkar sindiket gerai makan Kak Lijah. Yang keduanya kerana berjaya membakar van mercun. Pak Zam dan Mak Siah pun sudah tidak membebel seperti selalu. Padil pun kini mudah untuk meminta wang saku.


Tzzeeettt..


Tiba-tiba sahaja mesej tertera di skrin telefon Padil.


“Petang nanti kita jumpa”


Mesej dari aplikasi whatapps itu datangnya dari Kak Lijah. Padil menelan air liur dalam-dalam.



 

“Hah! Takkan sampai macam tu Kak!” Bantah Padil.


“Kau yang menyebabkan aku rugi. Sebab tu aku nak mintak gantirugi” Balas Kak Lijah.


“Apa yang Kak Lijah buat tu memang terang-terang salah apa? Lagipun memang bertentangan dengan undang-undang dan agama”


“Hah! Kau mana tahu.Bukan senang sekarang ni nak cari duit. Kau sendiri pun masih harap duit belanja dari bapak kau kan?”


“Ye la Kak. Duit makbapak kita tu, memang kita la yang patut habiskan. Boleh pahala kat diaorang,tambah-tambah dalam bulan puasa macam sekarang ni”


“Ye la tu. Sampai bila nak duduk celah ketiak Mak bapak?”


“Eleh..Ayat Kak Lijah tu dah expired. Tujuh tahun lepas tu ayat yang sama jugak Akak sebut. Masa saya tingkatan satu.”


“Biarlah berapa kali aku nak sebut pun. Yang penting kau kena berdikari. Sebelum tu, kau bayar hutangaku”


“Hutang apa Kak?”


“Hutang kerugian meniaga aku. Meniaga makanan dan meniaga mercun”


Padil mengambil tempat di kerusi rehat. Kalau dilihat dari jauh dia dan Kak Lijah seolah-olah sepasang kekasih yang tengah bertemu janji.


“Kalau ya pun Kak. Mana saya nak cekau duit bayar kat Akak. Akak pun tahu kan yang saya hidup selama nipun atas ehsan Pak Zam, A.K.A Bapak saya. Kalau saya tak bayar Akak nak buat apa?”


“Berani pulak kau ugut aku. Ingat tak apa yang jadi kat Bustaman, Khairul, Malik, Sufian dan banyak lagi la…Semua dah lari dari kampung ni kan. Sampai hari raya pun takut nak balik kan. Sebab apa?. Sebab takutkan tindakan aku la”


“Eh..Kenapa saya tak tahu pun. Setahu saya mereka semua tu keluar dari kampung ni sebab nak kerja di bandar”


“Ha..ha.. Takkan diaorang nak cakap yang diaorang takutkan aku. Malu la jadi jantan!”


“Kak Lijah upah orang belasah diaorang ker?”


“Hah! Kau ingat duit Kak banyak sangat nak upah orang. Bayar denda kantoi meniaga hari tu pun pinjam duit Lebai Alwi…Tapi hukuman Akak lebih dasyat dari itu…”


"Hukuman apa Kak?"


Kak Lijah mengambil tempat di sebelah Padil.


“Kahwin dengan Akak. Lima ribu serba satu”


“Erkkk….” Padil yang tadinya normal mulai rasa seakan tercekik.


“Takkan sampai nak kena kahwin”


“Kalau kau tak cakap nak kahwin…mana kau nak cekau duit lima ribu tu. Kalau kau bagi mas kahwin, tak la nampak sangat. Lagipun kau dapat Akak terus..”


Pandangan mata KakLijah berkelip-kelip penuh bernafsu memandang Padil.

 


Padil duduk menyilang kaki di atas pankin. Pak Zam yang baru pulang dari surau terus menegur.


“Kau ni kenapa?. Jauh sangat nampaknya berfikir tu”


“Hmm..Padil nak tanya Bapak sikit ni”


“ Tanyalah”


“Agak-agak Bapak la..Mak bagi tak kalau Bapak nak kahwin lagi satu!”


Padil terus melompat dari pankin bila nampak Pak Zam mencapai batang cangkul di bawah pokok rambutan.



Esok malam dia tekad nak lari ke JB. Tahun ni, kalau terpaksa beraya dengan bangla pun dia sanggup!

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.