Home Cerpen Seram/Misteri Ubat Puaka
Ubat Puaka
Zhar Aruzi Hairi
24/5/2016 06:12:03
1,983
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

UBAT PUAKA

Oleh : Zhar Aruzi Hairi

Bunyi motosikal yang nyaring memecah keheningan pagi. Semakin-lama semakin kuat dan panjang. Pemuda yang berambut panjang dan berseluar jeans separas lutut menyeringai senyum. Standard bunyi yang dikehendakinya sudah tercapai. Dia memulas-mulas throttle minyak motosikal EX5 itu beberapa kali lagi sebelum berhenti. Motosikal yang terbarai komponennya itu dibiarkan seketika. Dia menyeluk saku mengeluarkan sekotak rokok yang hampir renyuk. Sebatang rokok diambil dan dirapatkan ke bibirnya yang kehitaman akibat merokok. Pemetik apiterus dicapainya diatas meja dan terus dinyalakan pada hujung rokok dimulutnya. Terkumat kamit dia mengulum sedikit punting rokok sebelum menarik nafas dan menghambus asap keluar dari celahan bibirnya. Pandangannya masih tertacap pada motosikal yang ada dihadapannya.

“Dah siap repair ke motor tu?” Rakannya yang muncul entah dari mana tiba-tiba menegur. Dia terus mencapai kotak rokok yang hampir renyuk tadi diatas meja. Sebatang rokok lagi dikeluarkan dari kotak itu. Pemuda berambut panjang tadi melambungkan pemetik api ditangannya kepada rakannya itu. Pantas dia menyambut dan menyalakan rokok.

“Enjin dah siap. Yang lain pun dah siap pasang. Tinggal cover dengan seat saja lagi. Kejap lagi aku sambung” Sambung pemuda yang berambut panjang sambil mengembus asap.

“Jadi tak kita jumpa Jeff petang ni?”Rakannya bertanya lagi. Lelaki yang bernama Jeff telah menelefon pemuda berambut panjang mengajak mereka berdua minum-minum di warung berdekatan.

“Dengar kata dia ada projek besar” . Pemuda yang berambut panjang itu hanya mengangguk. Matanya masih tertacap pada motosikal di hadapannya.

“Kau nak ambil stok skali ke?” Tanya rakannya lagi. Pemuda rambut panjang itu sekali lagi mengangguk. Rakannya senyum menyeringai.

Pak Mail memuncungkan mulut sebaik melihat kelibat pemuda berjeket hitam menghala ke gerainya. Matanya tajam mengikut gerak langkah pemuda tersebut menuju ke meja yang paling hadapan. Tangannya masih bergerak-gerak mengelap kesan tumpahan kopi diatas meja. Dia kurang senang dengan kehadiran pemuda yang digelar ‘Tokan besar’ itu ke warungnya. Dia takut kalau-kalau ada ‘urusniaga’ yang hendak dibuatnya di situ.

“Pak Mail, The tarik kaw-kaw satu. Mee goreng special satu” Jeff melaung sambil mengangkat tangan. Dia sempat menjeling kepada Rosmina, anak dara Pak Mail yang sedang membancuh air di dalam kedai.

“Siap” Pak mail menjawab. Kain pengelap meja ditangannya diselempangkan ke bahu sebelum dia menuju ke dapur untuk mengoreng mee.

Motosikal Honda EX5 yang berbunyi nyaring itu diberhentikan betul-betul dihadapan gerai Pak Mail. Dua orang pemuda yang baru sampai bersalaman dan bercangkuk jari dengan Jeff sebelum duduk.

On time korang hari ni” Ucap Jeff memerli. “ Order je apa yang kamu berdua nak makan. Aku belanja”

Kedua-dua pemuda itu tersengih. Yang berambut panjang memesan minuman Nescafe Ais dan seorang lagi memesan Milo Ais.

“Tak makan?” Jeff bertanya lagi.

“Kami dah makan kat rumah tadi” Pemuda yang berambut panjang bersuara.

“Aku ada projek baik punya. Bukan sikit-sikit punya bayaran. Koman-koman pun korang boleh bawak balik lima ribu ringgit seorang” Jeff merendahkan sedikit kepalanya sambil bercakap. Suaranya hanya kedengaran antara mereka bertiga sahaja. Dia menyuap mee sebelum menyambung cakap.

“Projek ni antara kita bertiga sahaja. Aku ajak korang berdua sebab aku tahu korang memang boleh buat.”

“Projek apa Jeff?” Pemuda yang berambut pendek sudah tidak sabar-sabar. Dia teruja mendengar ganjaran besar yang menanti.

“Sabar la Jidin. Bagi aku habiskan cerita dulu.”. Pemuda yang dipanggil Jidin itu hanya tersengih.

“Kawan aku dari KL dah turun ke Bandar dan buka Lab baru kat pekan. Aku tak tahu kat mana. Tapi dia minta aku cari satu barang untuk bagi complete dia punya prodak”. Terang Jeff. Suaranya sentiasa diperlahankan supaya pelanggan yang lain tidak mendengar.

“Lab tu apa?” Jidin kembali menyoal.

“Bengap la kau ni. Lab tu port nak proses ‘barang’ la” Pemuda yang berambut panjang itu memintas.

“Macam kau sorang jer yang pandai Mail” Jidin memprotes dengan meninggikan sikit suara.

“Shhh..sudah..sudah. sikit-sikit pun nak ambil hati. Fokus pada projek kita ni dulu. Korang nak duit ke tak?” Jeff mulai panas. Jidin dan Mail kembali senyap. Namun mata Jidin masih merenung Mail dengan rasa tidak puas hati.

“Barang apa yang tak cukup tadi?” Mail masih ingin tahu.

Jeff merendahkan kepalanya merapat ke meja. Jidin dan Mail pun turut sama.

“Dia nakkan rangka mayat” Umum Jeff. Hampir –hampir menyembur air Nescafe dari mulut Jidin.

“kau gila apa. Mana nak cari rangka mayat tu?” Mail membantah. Jidin menganguk bersetuju. Segila-gila dia, belum cukup gila untuk mencuri mayat dari kubur.

“Kalau kerja senang dia tak suruh kita buat. Upah yang dia bagi busuk-busuk pun RM 25 Ribu. Bukan senang orang nak bagi banyak tu tau. Korang boleh beli stok sampai hujung tahun tau.” Jeff memujuk. Dia tahu kedua-dua ‘Kacang hantu’ dihadapannya memang tak menolak kalau diumpan dengan ‘benda’ tu.

“satu lagi, bukan sebarang rangka mayat yang boleh kita gali. Mayat yang betul-betul sesuai sahaja yang dia nak”

“Ha.. ada pulak gred mayat yang dia nak. Aku dah plan tadi dalam kepala nak pergi korek mayat kat jirat Cina sana.” Getus Jidin.

“Hanya mayat penagih tegar sahaja yang dia nak. Mayat orang yang hidup mati dia dengan dadah sahaja. Tak kira berapa lama dia dah mati” sambung Jeff.

“Apa yang dia nak buat dengan mayat penagih tu?”

“Itu aku tak tahu dan aku pun tak tanya. Yang aku tahu barang tu memang ada kat kampung kita” terang Jeff.

“Memang ada pun. Bukan orang lain, mayat kawan-kawan kita jugak”Jelas Mail. Dalam kepalanya sempat menyusun nama-nama kawan-kawannya yang sudah meninggal.

“Apa kata kita korek kubur Ali sepet. Dah enam bulan dia meninggal” Cadang Jidin.

“Kau ni. Kalau mayat Ali tu sah-sah lah belum reput. Rangka pun belum jadi. Ulat-ulat pun belum habis berpesta. Carilah mayat yang lima enam tahun dah meninggal. Baru jumpa rangka” Jeff mengulas.

“Kita korek kubur si Senin je. Dah lapan tahun dia meninggal” Cadang Mail pula. “lagipun dia tak ada waris langsung. Sapa-sapa pun tak ambil port kalau kubur dia kita bongkar”

“Kalau Si Senin tu kau mintak simpang. Kau pun tahu kan dia mati sebab HIV. Mayat dia pun orang tanam bukan macam biasa. Siap berbungkus plastik hitam lagi. Kuman-kuman HIV tu tunggu masa je nak cari mangsa baru” Jidin pula membantah.

“Kalau gitu, kita korek je kubur Kasim Sepat. Anak Pak Haji Lah. Yang mati lima tahun lepas” Jeff memberikan buah fikiran.

“Aku ingat lagi kubur dia. Sebelah kubur arwah ayah aku jer” Jidin mengangguk bersetuju. Mail tidak membantah apa-apa. Seakan turut menyokong.

“Kalau gitu, projek ni kita on malam ni. Lagi cepat buat, lagi cepat dapat duit. Aku tunggu korang kat bus stop simpang depan”

“Ok. Kami ikut je” Mail hanya mengiyakan.

Jam menunjukkan pukul 12.32 malam. Jidin dan Mail sudah lama terpacak di bus stand. Cahaya lampu jalan bersebelahan menerangkan kawasan sekeliling. Dahulunya tempat itulah mereka berkumpul beramai-ramai melayan lumba haram atau berseronok-seronok bermain gitar. Kini kawasan tersebut hanya dikunjungi oleh lembu dan kambing yang berkeliaran. Rakan-rakannya yang lain telah lama membawa diri masing-masing. Ada yang sudah berkeluarga dan ada yang telah berhijrahke tempat lain. Tinggalah dua orang bujang tua ini yang masih belum insaf-insaf menjadi kutu rayau.

“Kau ingat lagi Kasim Sepet?” Tanya Mail.

“Mau tak ingat. Orang paling hardcore dalam group kita. Bagilah apa pun, dia sanggup buat. Dari merempit sampailah belasah orang”

“Bab hisap ‘barang’ pun dia champion. Tak pernah putus duit. Memanjang ada stok. Bapak dia memang sayang sangat kat dia” Ulas Jidin lagi.

“Dia mati pun sebab overdose kan”. Mail mengangguk.

“Kaya-kaya dia pun hidup sengsara macam kita juga. Cuma dia mati awal jer” Getus Mail.

“Apa yang kau paling ingat pasal dia?” Jidin memandang Mail sambil tersenyum.

“Aku tahu apa dalam fikiran kau” Mail pun turut tersenyum.

“Mesti kau ingatkan masa kita ramai-ramai kerjakan bini dia kat rumah kongsi tu” Jidin mengangguk.

“Masa tu Milah datang cari Kasim, nak ajak dia pergi klinik. Anak dia sakit masa tu. Tau pulak dia cari port kita”

“Kasim pulak tengah high. Langsung tak sedar apa-apa. Aku la yang mula-mula tarik Milah tu masuk bilik. Lepas tu kau, Man Celeng, Din RXZ pun ikut sekali. Sampai ke malam kita ‘kendurikan’ Milah tu. “ Cerita Jidin.

“Yang aku heran tu, kenapa Kasim tak sedar-sedar. Masa Milah jerit nama dia pun dia sengih-sengih jer. Paling kuat pun aku dengar sekali dia jerit “ Woi, jangan buat bini aku macam tu” lepas tu dia sengih-sengih dan baring semula.” Mail menyambung.

“Kau mungkin tak perasan. Yang aku tahu Man Celeng ada cakap yang dia tambah stok kat tangan Kasim masa tu. Sebab tu la kau nampak dia tak henti-henti high. Bijak jugak si Man Celeng tu”

“Ha..Ha.. hal-hal macam tu memang dia bijak. Sampai lunyai bini kawan tu kita kerjakan”

“Tapi sedih sikit lah. Lepas Milah dapat keluar dari bilik tu. Dia terus ke sungai. Esoknya, mayat dia orang jumpa dekat kuala.” Ulas Jidin.

“Mujur polis tak buat post morterm. Haji Lah tak bagi sebab dia syak ada sangkut dengan Kasim. So kes tu Jadi kes bunuh diri sahaja.”

“Malam-malam macam ni kau bukak cerita tu pulak. Maunya si Milah tu datang tuntut nyawa. Mana kita nak lari” Mail menjawab sambil tersenyum.

“Lepas kes tu. Semua family dia pulaukan Kasim. Sampai nak tengok anak sendiri pun diaorang tak bagi. Hari-hari dia ke kubur Milah menangis. Lepas tu hisap barang. Orang jumpa mayat dia pun kat tepi kubur Milah. Mati overdose dia kat situ”

“Sayang betul dia kat Milah sebenarnya. Tapi apakan daya.”

“Mana si Jeff ni?. Sampai sekarang pun belum nampak batang hidung.” Mail mengubah tajuk.

“ Janji pukul sebelas malah. Sampai sekarang pun tak ada. Cuba kau call dia Jidin” Arah Mail. Jidin mula mendail telefon bimbitnya.

“Kata pukul sebelas” Marah Jidin sebaik melihat Jeff tersengih keluar dari kereta.

“Sorilah. Aku pergi cari barang sikit tadi” Jeff membuka bonet belakang kereta yang menyimpan dua batang cangkul, skop, guni dan dua set lampu gas.

“Barang ni aku bagi free kat korang. Pakai masa nak buat kerja nanti” Dia turut menyerahkan dua paket pil ‘Ice’ kepada Jidin dan Mail.

“Beres Boss. Macam ni lah yang kami nak” Mail seronok menerima ‘hadiah’ tersebut.

“kita naik sekali. Bagi Jidin guide kita masa kat kubur nanti” Umum Jeff.

Mail menyelitkan parang di pinggangnya sebelum melipat kaki seluar hingga ke paras lutut. Jidin mencuba lampu suluh kecil yang terpasang dikepalanya. Kawasan kubur itu disuluh seluruhnya. Berbalam-balam batu nisan tersusun menghala kearah kiblat. Semua barang-barang yang digunakan untuk menggali kubur dimasukkan ke dalam guni. Jeff turut memegang sebuah lampu suluh ditangannya.

“Nanti dulu” Jerit Jeff apabila melihat Jidin mula melangkah ke dalam kawasan kubur. “Jangan tergesa-gesa”

Dia menyeluk saku dan mengeluarkan tiga tangkal azimat. Azimat pelindung yang diperolehinya dari seorang bomoh dua hari lepas.

“Pakai ni dulu. Malam-malam macam ni memang ada yang akan ganggu kerja-kerja kita” ulasnya. Mereka berdua hanya menurut.

“Ubat dah makan?” Soalnya lagi dan kedua-duanya mengangguk lagi. “Jom”

Kawasan kubur yang gelap gelita kini diterangi oleh lampu gas yang dibawa Jeff. Bunyi cangkul menggali tanah dan dengusan nafas jelas kedengaran disebalik keheningan malam. Sesekali Jeff akam menyuluh ke arah jalan. Dia bimbang kalau-kalau ada orang yang terserempak dengan mereka.

Rasa takut sudah mulai hilang dari tadi. Mulanya mereka sedikit gementar apabila menghampiri kubur Kasim Sepet tadi. Bulu roma belakang leher mulai meremang sebaik mereka meletakkan peralatan mengorek di sebelah kubur. Lama-kelamaan perasaan itu semakin menghilang. Mungkin kerana ‘ubat’ yang ditelan tadi atau azimat yang terkalung di leher mereka.

“Assalamulaikum Mak” sempat lagi Jidin mengusap batu nisan kubur ibunya yang ada bersebelahan.

“Celaka!” Jerit Mail apabila mata cangkul tertancap ibu jari kaki kanannya. Berjengket-jengket dia ke tepi. Jidin cuak melihat darah yang membuak-buak menitis dari kaki sahabatnya itu. Jeff menghulurkan tuala untuk dia membalut lukanya.

“Teruk ke?” Tanya Jeff dari atas. Mail hanya berteleku membalut luka tanpa menjawab. Setelah beberapa minit dia kembali membantu Jidin menggali.

“Dah Jumpa ni” Jerit Jidin sebaik melihat cebisan kain kapan reput yang kekuningan. Dia meletakkan cangkul dan menguis perlahan-lahan di kawasan sekitar cebisan kain tersebut. Mail pun segera menghulur tangan. Rangka manusia yang terbungkus di dalam cebisan kain tadi mulai kelihatan. Jeff yang melihat dari atas tersenyum gembira. Dia menghulur guni untuk mereka memasukkan rangka dan tengkorak Kasim Sepet.

Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa mula bertukar kencang. Debu-debu dari tanah yang digali tadi mula berselerakan ditiup angin. Bunyi daun-daun sawit di kawasan berhampiran yang berlaga ditiup angin turut jelas kedengaran. Kasim yang tadinya tenang mula menggenggam azimatnya kuat-kuat. Dia berasa sudah tidak selamat.

“Kutip semua tulang yang ada. Jangan tertinggal satu pun” arahnya. Mereka mula terasa seolah-olah ada mata-mata ghaib yang merenung dari sekeliling kawasan kubur tersebut. Semakin lama angin yang datang semakin kuat dengan diikuti oleh hujan renyai-renyai. Suhu sejuk mula terasa hingga mencengkam tulang sum-sum.

Mail dan Jidin bingkas keluar dari lubang kubur dan mula menimbus dari atas. Guni yang berisi tulang temulang Kasim Sepet dibiarkan basah disirami hujan. Jeff sudah mula bergegas mahu pulang ke keretanya. Dia tidak mahu perkara yang bukan-bukan terjadi pada malam ini.

Sebaik kubur ditimbus, Jidin memikul guni yang mengandungi tulang temulang Kasim Sepet. Mail pula menjinjing peralatan yang mereka bawa tadi. Jeff yang berada dihadapan mulai berlari-lari anak melangkahi kubur-kubur yang ada. Sekarang mereka berasa seolah-olah diekori dari belakang.

Jidin mengelitik gembira sebaik kereta Jeff diberhentikan di hadapan rumah sewanya. Dia dan Mail tidak pulang terus ke rumah sebaik selesai kerja. Pagi-pagi esok mereka bertiga akan berjumpa dengan Alex, kawan yang diceritakan oleh Jeff tempoh hari. Dalam kepalanya sudah mengira-ngira apa yang hendak dilakukannya dengan duit yang bakal mereka terima nanti.

Masing-masing terbungkang keletihan di ruang tamu rumah sewa Jeff. Antara dengkuran Jidin dan Mail saling bersahutan dan seirama. Bunyi tersebut langsung tidak mengganggu Jeff yang turut dibuai mimpi. Guni yang berisi tulang temulang Kasim Sepet dan barang-barang yang digunakan semasa menggali tadi dibiarkan sahaja di dalam bonet kereta.

Dalam keasyikan mereka tidur, ada sepasang mata yang memerhati dari tempat kereta Jeff dipakir. Susuk yang bertubuh cengkung itu duduk mencangkung diatas bonet kereta memerhati ke arah rumah sewa Jeff tanpa bergerak-gerak. Asalnya langsung tiada berjasad dan yang kelihatan hanya figura yang senipis asap. Sesekali keluar lolongan seakan tangisan yang akan disahut oleh salakan anjing-anjing liar yang menghuni di kawasan sekitar. Ada sesuatu yang menghalang dia untuk bertindak terhadap orang-orang yang mengganggu tidurnya selama ini!!!!

Setelah puas berpusing-pusing di kawasan Bandar Seremban, akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan kondominium mewah. Di pintu hadapannya terdapat pondok pengawal yang dilengkapi dengan palang automatik dan CCTV. Setiap kereta yang keluar masuk akan dipantau oleh pengawal keselamatan yang berbaju putih dan bercota. Kawasan keliling kondominium itu pula dikelilingi oleh tembok yang ketinggianya hampir sepuluh kaki.

Jeff mengesat peluh sambil menunggu di Balai Pengawal. Alex yang berjanji untuk berjumpa pada pukul 10.00 pagi masih belum kelihatan. Apabila dihubungi, dia hanya menyuruh mereka menunggu di Balai Pengawal tersebut. Jeff bimbang kalau-kalau barang yang tersimapn di bonet keretanya diketahui oleh pengawal yang bertugas. Dia tersenyum sebaik kelibat Alex dan dua orang rakannya kelihatan berjalan menuju kearahnya dari dalam. Dia sempat mengangkat tangan.

“Amacam bro. Barang dah dapat” tegur Alex sebaik bersalaman dan memeluk Jeff. Dia juga tidak segan silu bersalaman dan memeluk Jidin dan Mail, Walaupun mereka berdua kurang selesa.

“Jom masuk. Team I semua dah tertunggu-tunggu dari semalam. Tak dapat barang yang you bawak ni, memang kami tak boleh start kerja lagi” Jelas Alex. “You Jeff, bawak dulu kereta masuk ke kawasan parking sana. Nanti I punya budak tunggu you dekat sana. Then you angkat itu barang naik ke tingkat 30. Sana I punya rumah. Yang lain ikut I masuk rumah”

“Guard tu tak kacau ka?” Jeff masih takut-takut.

“relax la bro. Semua guard tu I punya kawan la. You cakap nak jumpa pergi rumah Alex jer. Diaorang tak tanya lain dah” Jamin Alex.

Jeff akur dan bergerak semula ke keretanya.

Jidin dan Mail dibawa melihat-lihat kawasan sekitar kondominium sebelum naik ke tingkat 30. Kolam renang, Gimnasium, Café dan tempat riadah berdekatan juga ditunjukkan oleh Alex. Tidak lama kemudian Jeff sampai untuk menyertai mereka. ‘Barang’ yang dipegangnya tadi sudah dibawa naik oleh salah seorang pembantu Alex tadi.

“You apasal mau sangat-sangat guna itu barang” tanya Jeff yang betul-betul ingin tahu. Alex berpaling kepadanya untuk menjawab.

“My Friend, semua orang selalu tanya I itu soalan. Even budak indon yang I ambik buat kerja ni masa di KL pun ada tanya” Alex terdiam sebentar sebelum berbisik kepada Jeff. “Kalau I cerita rahsia ni kat you, lepas ni I kena bunuh you tau..ha..ha..ha”

Jeff hanya menelan air liur. Dia tahu yang Alex tidak suka cakap main-main. Mereka kemudiannya menaiki lif ke tingkat 30.

Kondominium tiga bilik itu memang dibeli khusus oleh Alex. Dahulunya kondominium ini dijadikan tempat persinggahan dan menyimpan wanita simpanannya. Setelah perniagaanya di Kuala Lumpur mula dihidu pihak berkuasa. Dia mula mengalihkan operasi ke Bandar Seremban.

Kalau diikutkan Alex bukanlah seorang yang betul-betul gangster. Cuma perniagaan yang dipilihnya itu menyebabkan dia perlu bergaul dengan semua jenis manusia. Dari pegawai kerajaan, samseng-samseng, sehinggalah kepada kutu rayau seperti Mail dan Jidin. Dia tidak sombong untuk bergaul dengan mereka. Lagipun dia pun dahulunya pernah hidup melarat seperti mereka.

“Masuk..masuk..welcome..welcome..ucap Alex sebaik dia membuka pintu hadapan. Dua orang wanita berpakaian seksi menjemput mereka di pintu hadapan dengan gelas-gelas arak. Mail dan Jidin menolak untuk minum kerana tahu yang arak itu haram bagi orang Islam. Jeff tanpa segan silu terus meneguk air yang dihidangkan itu. Alex tertawa melihat telatah mereka.

Kondominium yang seluruhnya bewrna putih itu kelihatan begitu mewah dan ekslusif. Tata hiasan dalamannya kearah English style dengan sedikit sentuhan moden. Perabut dalaman sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit. Jidin dan Mail ternganga melihat kemewahan tokey dadah itu. Seumur hidup mereka belum pernah sekalipun menjejak kaki ke tempat semewah itu.

“semua duduk-duduk dulu. Lepas ni My girl akan bawa makan-makan pulak. I order special dari hotel” Alex menjemput mereka duduk di meja makannya yang boleh memuatkan sehingga dua belas orang.

“You bertiga adalah my special guest hari ni. I mesti layan you all baik-baik. Apa yang you all mau cakap saja. Mau karaoke ka, Mau pompuan ka, mau mahjong ka…cakap je..gerenti I bagi” janji Alex. Jeff , Jidin dan Mail hanya tersengeh.

Satu bilik di kondo itu dikhaskan oleh Alex untuk dijadikan makmal memproses dadah. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja itu. Dia tidak yakin orang lain dapat membuat campuran dadah sebaik yang dilakukannya. Sebab itu dapat yang dijualnya diketegorikan sebagai gred ‘A’ dan adanya kesan khayal yang luar biasa.

Bilik itu juga terdapat sebuah altar pemujaan yang mempunyai beberapa tengkorak manusia. Jika dilihat dari bentuknya, bukanlah altar keagamaan yang biasanya ada dirumah-rumah ibadat atau rumah yang penghuninya bukan Islam. Altar tersebut dikhususkan untuk memuja tengkorak-tengkorak yang ada. Alex sendiri sudah hilang identity agamanya. Lilin-lilin dan colok-colok berselerakan diatas altar tersebut yang membuktikan komitmen penghuni rumah itu dalam mematuhi ritual khurafat itu.

Ada sepuluh orang semuanya di dalam kondominium Alex, termasuk mereka bertiga. Judin dan Mail kekenyangan menjamah hidangan yang dibawa oleh pembantu Alex silih berganti. Ada sahaja masakan sedap-sedap yang disajikan. Mata-mata nakal mereka sempat juga melirik ke tubuh seksi gadis-gadis genit yang membawa makanan tersebut. Jidin sendiri sudah menjana agenda nakal dalam kepalanya.

“Apa yang korang rasa sekarang?” tanya Jeff sambil tersenyum kepada Mail dan Jidin.

“Kau memang the best” ucap Jidin sambil mengenggam tangan dan menjulurkan ibu jarinya tanda ‘best’. Mail pun turut mengangkat tangan membuat isyarat yang serupa.

“Tak dapat duit lagi pun, kami dah happy sangat ni. Macam kat dalam sorga” Mail pula menambah. Mulutnya comot dengan kesan-kesan makanan yang dilahapnya sebentar tadi. Alex pula dari tadi sibuk melayan panggilan telefon. Mungkin ada pelanggan yang memesan ‘stok’.

“You all happy happy dulu. I ada kerja sikit kat dalam. Aiya..jangan malu-malu la..buat macam rumah sendiri” umum Alex. Dia melangkah masuk dan menutup rapat-rapat pintu bilik yang dijadikan makmal dadah tadi. Tidak lama kemudian terdengar bunyi mesin pemotong dari arah bilik tersebut selama beberapa minit. Kemudiannya kembali senyap.

Jidin sudah berani untu mendakap pinggang salah seorang dari perempuan pembantu Alex yang duduk disebelahnya. Dia sudah tidak segan-segan menjamah arah yang dituang oleh gadis genit tersebut. Mail pula sedang asyik melayan siaran tertunda perlawanan bola dari pasukan yang disokongnya. Jeff pula berada di balkoni melayan telefon. Sesekali dia menghisap dan menghembus asap rokok sambil tersenyum.

Alex yang tadinya berkurung selama dua jam tiba-tiba keluar dari bilik tersebut. Bibirnya menguntum senyum kepuasan. Seolah-olah baru memenangi loteri.

“Semua mari sini..mari sini. Sekarang kita buat testing prodak baru. I sendiri boleh feel yang barang ni memang lain dari yang lain. Sekarang semua olang kasi try..kasi feel. Ini time I kasi free saja” Umum Alex sambil meletakkan mangkuk yang berisi secawan prodak putih di tengah-tengah meja makan.

“Bagi-bagi baik-baik, semua kasi dapat rasa” pesannya. Jidin menyelit ditengah-tengah pembantu Aleh yang berbaju seksi. Sengaja dia mencari lolongan di ruang tersebut. Mail pula sudah mula meyedut dengan hidung serbuk heroin yang ditaburkan melintang diatas meja. Garisan yang terhasil dari dadah tersebut sepanjang lima inci. Nafasnya ditarik dalam sebelum menyedut. Kemudiannya dia terbatuk-batuk sebelum ketawa berdekah-dekah dan terbaring.

Mereka yang telah menyedut serbuk tadi mulai mencari haluan masing-masing. Termasuk juga dua lelaki yang menjadi pengawal kepada Alex. Alex sudah awal-awal lagi terbaring ditengah-tengah ruang tamu rumahnya. Dengkuran tidurnya kedengaran semakin kuat.

Jeff menjadi individu yang terakhir menyedut. Sebelum itu dia terlihat kelibat lelaki kurus yang berjalan mengelilingi alex beberapa kali. Lelaki yang kurus kering itu hanya berambut panjang dan hanya bercawat. Beberapa kali kakinya bersentuhan dengan kepala Alex tetapi langsung tidak bergerak. Jeff mulanya agak gementar tetapi kembali tenang setelah menyedut serbuk yang diberikan Alex. Mulanya dia berasa sedikit berat di kepala sebelum berasa sedikit panas pada bahagian ubun-ubun. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.

“Jeff bangun..bangun” Sayup-sayup kedengaran suara dicorong telingannya. Kakinya turut berasa seperti ada tangan yang menggoyang-goyangkan jari jemari kakinya. Matanya dibuka perlahan –lahan. Kondominium Alex kini hanya diterangi oleh lampu limpah yang terpasang d iluar kondominium. Mereka kegelapan tidak ada sesiapa pun yang membuka suis lampu. Jeff meraba ke dalam poket seluarnya mengeluarkan telefon bimbit. Dan lampu suluh pada telefon bimbit itu dinyalakan. Seimbas lalu dia melihat jam pada skrin yang menunjukkan pukul 2.00 pagi. Kepalanya masih lagi terasa berat kerana kesan dadah yang diambilnya masih bersisa.

Cahaya lampu dari telefon Jeff menjalar ke seluruh kawasan. Ruang tamu, yang siang tadinya menjadi tempat mereka semua berkumpul kini sepi. Yang ada hanya bekas-bekas makanan dan sampah sarap yang bertaburan. Suasana di dalam rumah sungguh sepi. Yang kedengaran hanya bunyi-bunyi kenderaan yang bertali arus di jalan raya berhampiran. Ada juga bau bauan yang kurang enak memenuhi seluruh kondominium itu. Sesekali terbau seakan daging terbakar hangit.

Setelah puas mencari-cari, akhirnya Jeff ketemu kotak suis berhampiran dengan pintu utama. Semua lampu kemudiannya dinyalakan.

Hati Jeff mulai berdebar melihat kesan-kesan darah yang kelihatan pada lantai dan dinding. Bulu roma di belakang tengkuknya mulai meremang. Dicapainya kayu besbol yang disangku di dinding sebagai senjata. Dibimbanginya kalau-kalau ada penceroboh yang tidak diundang.

Mula-mula dijejakinya kawasan dapur. Tempat dimana punca bau yang tidak disenanginya datang.

“Huh! Apa yang berlaku ni?” jeritnya sebaik melihat sesusuk tubuh wanita membongkok dengan bahagian badan menempek diatas dapur. Bahagian pipi kanannya tertekap pada tempat memasak. Mukanya dan rambutnya separuh rentung hingga menampakkan tengkorak. Bola mata kanannya pecah dan cairan berwarna kekuningan membeku diatas dapur dan lantai. Bahagian otak tersembul keluar melalui rongga mata. Darah beku yang ada di bahagian mata menjadi kehitaman. Mungkin kerana kepala tersebut terlalu lama terpanggang. Bau daging hangit memenuhi seluruh ruangan dapur. Tidak tahu berapa lama mayat tersebut telah terbakar mukanya.

Jeff menutup hidung untuk memeriksa kawasan sekitar. Peluh jantan mulai menitis pada dahinya. Dia merasa ada kelibat ghaib yang mengekori belakangnya dari tadi. Tidak nampak pada masa kasar. Sesekali dia melaung nama-nama yang dikenalinya. Jidin dan Mail. Kalau hendak melarikan diri pun, biarlah dia bersama rakan-rakannya itu. Dia tidak menyangka yang Alex akan bertindak sekejam itu.

Titisan darah sepanjang laluan ke ruang tamu membawa Jeff ke bilik mandi berhampiran dapur. Kesan darah membanjiri lantai dan sinki. Sebaik menyelak langsir plastik yang menutup bahagian ‘bathtub’, sekujur tubuh wanita dengan mata terbeliak dan leher dikelar terbaring digenangi air berdarah. Seolah-olah dia sedang mandi dengan darahnya sendiri. Tangan kanan mayat tersebut longlai dan berpaut pada tepian ‘bathtub’. Bau hanyir darah membuatkan Jeff hampir-hampir muntah. “Musibah apa ni?” Soalnya sendirian.

Ketakutan yang dirasakan sekarang bukan lagi biasa-biasa. Seumur hidupnya belum pernah dia setakut ini. Hampir-hampir juga dia terkencing tadi sebaik dia mendengar bunyi air menderum. Rupa-rupanya dia tertekan punat “flush”pada tandas. Jeff mulai berlari mencari kawan-kawannya yang masih hilang.

Jeff memberanikan diri membuka pintu bilik yang dijadikan makmal olerh Alex. Bilik yang dipenuhi dengan kotak-kotak itu berbau seperti makmal hospital. Beberapa peralatan seperti periskop, bikar dan penunu bunsen tersusun diatas meja. Yang lainnya hanyalah paket-paket lutsinar dengan serbuk berwarna putih didalamnya. Kesan darah mulai kelihatan sebaik dia menghala ke arah altar pemujaan.

Sebaik memusingkan kepala ke arah altar, Jeff tergamam seketika melihat tubuh Alex tanpa kepala duduk bersila menghadap altar. Ditangannya terdapat beberapa batang colok yang sudah terpadam. Darah pekat membasahi sebahagian baju yang dipakainya. Kesan pancungan di leher masih lagi kemerah-merahan.

Dia terus terpaku melihat kepala Alex yang dipejamkan mata diletakkan diatas altar. Betul-betul menghadap tubuhnya tadi. Seolah-olah dia sedang menyembah kepalanya sendiri. Rantai emas yang biasanya dikalungkan Alex dileher bertaburan diatas lantai dan disimbahi darah.

Jeff sudah tidak tahan melihat apa yang berlaku. Perutnya menggelodak dan angin menekan keluar cairan putih dari mulutnya. Jeff mulai termuntah-muntah mengenangkan mayat-mayat yang dilihatnya tadi. Dia sempat berpaut kepada pintu sebelum jatuh tersembam diatas lantai. Mail dan Jidin harus dicari sebelum dia lari. Yang pasti Alex bukanlah pelaku yang kejam ini!!!

Jeff merangkak beberapa tapak sebelum memanjat kerusi untuk bangun. Digagahkan dirinya mencapai tombol pintu di bilik yang kedua. Bau hanyir darah menusuk hidungnya sebaik membuka pintu. Empat mayat bergelimpangan diatas lantai. Masing masing dipenuhi kesan tembakan dan tikaman. Berpuluh-puluh kesan tembakan terdapat di serata dinding dan siling bilik. Sepucuk pistol dilengkapi silencer diletakkan berhampiran meja solek. Kelongsong dan peluru-peluru hidup berselerakan serata bilik. Jeff segera mengelak untuk menyiasat lebih lanjut. Dia cuma mahu mencari Jidin danMail. Adakah mereka berdua sudah lari?. Itulah antara persolan yang bermain dikepalanya.

“Mail !!! Jidin !!!!” kali ini jeritan Jeff lebih kuat. Dia sudah tidak takut kalau penghuni Kondominium yang lain tahu. Yang penting dia mesti melepaskan diri dari menjadi mangsa seterusnya. Bilik yang ketiga di Kondo tersebut diterjahnya pula.

Dia kejur seketika melihat dua tubuh yang dikenalinya terbuai-buai , bergantungan pada kipas syiling dan lampu chandelier bilik. Tubuh Mail perlahan-lahan berpusing-pusing mengikut putaran kipas manakala tubuh Jidin pula bergoyang-goyang disinari lampu bercahaya kuning itu.

Tangan Jeff menyentuh kaki Mai. “Semua yang jadi pada korang ni, salah aku. Aku yang ajak korang buat kerja-kerja ni. Aku jugalah yang supply benda-benda jahanam tu hingga korang rosak” Akui Jeff. Perasaan sedih bersarang dihatinya.

“Siapa yang buat semua ni?” soalnya di dalam hati kembali. Kayu besball yang dipegangnya tadi dikemaskan genggaman. Kedua-dua tangannya dipautkan pada pemegang kayu besball itu.

Tiba-tiba dia terlihat kilasan bayangnya pada cermin bilik. Yang terlihat sekarang bukanlah dirinya, sebaliknya tubuh seorang lelaki cengkung yang berkulit pucat. Baju yang dipakai lelaki tersebut sama dengan baju yang dipakainya tadi. Apabila Jeff mengusap rambutnya, lelaki cengkung di dalam cermin turut berbuat perkara yang sama. Apabila dia menggaru, lelaki cengkung itu pun turut menggaru.

“Celaka kau Kasim” Dia sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku. Tanggannya menggenggam azimat yang dipakai dilehernya. Sebelum direntap dan dicampak ke tepi. Dia sangsi kenapa azimat tersebut tidak dapat melindunginya dari roh-roh jahat.

Jeff berjalan ke arah cermin dan menghayunkan kayu besball. Berderai cermin tersebut dan kacanya bertaburan.

“Aku takkan bagi kau ambil badan aku ini. Aku akan bunuh kau Kasim” Jerit Jeff yang mulai amarah. Rasa takutnya kini bertukar menjadi benci dan marah.

Tubuhnya terhoyong-hayang keluar dari bilik. Berat kakinya untuk bergerak, seolah-olah ada beban lain yang dibawanya. Kayu besbol yang dipegangnya kini dijadikan tongkat untuk membantu dia berjalan. Bersusah payah dia melalui ruang tamu untuk ke balkoni.

Angin sejuk menerjah masuk sebaik pintu sliding balkoni dibuka. Jeff memandang kawasan sekeliling sambil merapatkan diri pada railing balkoni itu. Kakinya dijengketkan sedikit sebelum merebahkan badan keluar balkoni. Matanya dipejamkan terus. “Aku takkan bagi tubuh ni pada kau” Jeritnya sambil menolak tubuhnya melayang jatuh dari kondominium.

SIDANG AKHBAR DI BALAI POLIS

ASP Dasuki baru sahaja memberikan taklimat kepada hadirin dan wartawan yang ada. Pihak polis telah berjaya melumpuhkan satu sendikit pengedaran dadah yang beroperasi di kawasan Lembah Kelang. Operasi yang dibuat di sebuah kondominium di kawasan Seremban telah berjaya merampas dadah yang bernilai kira-kira tiga juta ringgit.

Serbuan dilakukan setelah mendapat aduan awam tentang kematian seorang lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari salah satu unit kondominium di situ. Polis juga telah menemukan Sembilan lagi mayat dalam keadaan ngeri di dalam kondominium tersebut. Kesemua yang terlibat adalah lapan orang lelaki dan dua orang wanita. Suspek utama yang dikatakan ketua kumpulan tersebut juga ditemui mati.

Sebaik sesi soal jawab dibuka beberapa orang wartawan segera mengangkat tangan.

“Yang hujung sana?” Tunjuk ASP Dasuki kepada wartawan yang bertudung merah jambu.

“Kami difahamkan ada terdapat rangka dan tengkorak manusia yang turut dijumpai di semasa serbuan. Apa komen tuan?” soal wartawan tersebut.

“Ini pertama kali kami berjumpa dengan kes sebegini. Yang pastinya pihak forensik telah mengesahkan yang rangka-rangka tersebut sebenarnya digunakan sebagai sebahagian dari campuran dadah. Maksud saya, mereka akan menghancurkan rangka tersebut menjadi serbuk, dan kemudiannya digaul bersama dengan dadah-dadah yang mereka hasilkan” Jelas pegawai polis itu.

“Kenapa mereka buat macam tu?” Soal wartawan itu lagi.

“Pihak polis percaya, mereka ini mengambil tunjuk ajar dari pembuat dadah di sekitar segi tiga emas suatu ketika dahulu. Motif mencampurkan abu tulang mayat, yang kami yakini merupakan tulang dari mayat penagih juga, adalah untuk menguatkan lagi kesan dadah. Ada kepercayaan bahawa dadah tersebut akan menjadi lebih berkualiti dan penagihnya sukar untuk menjadi normal semula”

“Sampai macam tu sekali?” luah seorang lagi wartawan.

“Siapa yang bunuh semua yang ada di dalam Kondo tu” Celah Wartawan lelaki yang bercermin mata.

“Ini yang menarik. Kalau diikutkan, kesemua mereka mati dalam keadaan khayal. Ini berdasarkan kandungan dadah yang tercatat dalam darah mereka. Cuma bila dikaji corak dan kaedah kematian, kami dapati ada pihak yang bertindak membunuh yang lain dahulu sebelum membunuh diri. Tiga orang lelaki sebenarnya disahkan membunuh diri.”

“Kenapa macam tu tuan?”

“Itu kami belum pasti lagi. Pihak kami masih meneruskan siasatan sehingga kes ini selesai”

Selepas menjawab beberapa lagi soalan, ASP Dasuki menangguhkan sesi soal jawab tersebut.

“Kamu perasan tak, ada seorang pemuda yang berwajah cengkung di belakang wartawan bertudung pink tu?” Tanya ASP Dasuki kepada pegawai wanita disebelahnya.

“Entahlah Tuan. Saya tak nampak apa-apa yang mencurigakan pun”

“Dari tadi dia merenung saya. Sampai tak boleh nak fokus jugak saya” Ngomel pegawai tersebut.

ASP Dasuki adalah antara pegawai yang terlibat dalam serbuan tempoh hari. Dia juga sempat mencuit sedikit serbuk dadah untuk dirasakan pada lidah sebagai pengesahan!!!!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.