Home Novelet Cinta RAHSIA CINTA MARISSA
RAHSIA CINTA MARISSA
Aurian
22/9/2013 22:23:16
5,489
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
BAB AKHIR

BAB AKHIR

Tiga tahun kemudian…

Pagi-pagi lagi Christies Beach sudah hingar bingar dengan suara orang ketawa. Seorang gadis berkemeja putih dan berselendang biru berbunga kecil berlari-lari anak mengejar air pantai. Beberapa orang kanak-kanak juga mula berlarian ke pantai bermain air. Warga tempatan sudah mula berkunjung memandangkan cuti persekolahan sudah bermula di Adelaide.

“Sayang jangan seronok sangat berlari tu!Awak tu tak boleh lasak sangat!” tegah lelaki tegap bermata sepet.

“Sayang bila kita nak pergi tempat lain?” si gadis memuncung bibir, mengadap si jejaka tetapi masih melangkah dengan mengundur ke belakang.

“Kan petang ni kita nak pergi Yankalilla Bay?”

“Pantai jugak?”

“Ya, tapi pantai pusat peranginan lagi cantik dari ni. Kita boleh singgah kat Victor Harbor tengok ikan paus dengan penguin berjalan."

“Ala kita pergi pekan pedalaman Hawker dan luangkan hari menjelajah Flinders Ranges nak?” si gadis sengih lebar penuh harapan.

No! no way. Tidak kepada aktiviti lasak o.k!” jari si jejaka menunjuk amaran tegas. Si gadis terus hilang senyum, membelakangi lelaki itu terus melangkah cepat.

“Kalau setakat tengok laut, kat sini pun dah ada!orang teringin nak tengok gunung, gurun kat Aussie ni!” dia membentak bagai anak kecil.

“Lain tahun la sayang. Kenapalah degil sangat? Awak tu kena jaga kesihatan...”

Si gadis terus memuncung, kemudian mencangkung di gigi air sambil memegang kedua pipi. Gayanya persis anak kecil merajuk.

“Sayang nikan, kalau abang cakap macam budak-budak marah. Tak mengaku. Tapi tengoklah ni...” lelaki itu mendesah kemudian menghampiri cuba membujuk. Sekujur itu si gadis menakung air di tapak tangan kemudian menyimbah ke arah pemuda. Pantas dia melarikan diri sambil terkekeh-kekeh ketawa. Dengan wajah yang geram si pemuda mengejar si gadis.

“Kamu berdua sudah-sudahlah tu! Sini, tengok siapa datang,” jerit Aunty Ana dari kejauhan. Bahasa melayu yang digunakan mengamit perhatian pengunjung yang berada di situ. Pemuda dan gadis itu pantas menoleh pada Aunty Ana dan mengamati seorang wanita dan seorang lelaki yang berdiri di sebelah Aunty Ana. Mata kedua pasangan itu berkaca-kaca. Pantas si lelaki mencapai tangan isterinya, berjalan pantas ke arah Aunty Ana.

“Kak Rissa!” serentak itu si gadis memeluk wanita muda bergaun hijau dan berselendang kelabu. Air mata kerinduan menitis di tubir mata kedua saudara ini.

“Ya, Allah rindunya pada Intan, Alex... Kamu berdua sihat?” kedua pasangan itu hanya mengangguk dengan mata yang bergenang. Masing-masing terharu dapat berjumpa Marissa di tanah Adelaide.

“Lama kita tak jumpa, Rissa sihat?” soal Alex sesekali mengerling pada jejaka berambut coklat dan bermata hijau di sebelah Marissa.

“Alhamdulillah sihat. Wah, pagi-pagi lagi dah hilang ke pantai. Kami baru sampai rumah Aunty, letak beg terus cari kamu di sini tahu.”

“Mereka ni setiap tahun melawat Aunty tau.” Aunty Ana mencelah.

“Datang sini niat nak melawat Aunty ke nak melancong. Maklumlah bumi Aussie sikit punya besar. Seumur hidup pun agaknya belum habis jelajah...”usik Marissa tersenyum ceria dengan lesung pipit di hujung bibir yang mengubat kerinduan semua.

“Ish dua dalam satu la, lawat Aunty, melancong. Kalau tak sebab Aunty, tak kan nak ke sini je.” Intan main-main mencubit Marissa. Mereka berempat ketawa.

“Eh, lupa nak kenalkan, ini suami Marissa, Patrick...” Lelaki kulit putih tinggi enam kaki, bermata hijau itu tersenyum dan menghulur salam.

Alex dan Intan berpandangan sesama sendiri.

……………….

Angin pantai sesekali membawa tempias ombak ke udara. Begitu juga takdir bertamu tak pernah terduga.

Sesekali Marissa mengelap air laut yang tempias di wajah. Sesekali dia melihat ke arah laut, sesekali pada Aunty Ana, Patrick dan Intan yang jauh berjalan di tepi pantai. Alex sedari tadi memerhati wajah Marissa, pipi kemerahan, bibir ulas merekah, dan lesung pipit di hujung bibir. Sama seperti dulu, kecuali kini Marissa nampak lebih berwibawa dan matang.

“Lapar ke? Tengok I macam nak makan? Kat hujung sana ada restoran...” Marissa mengusik. Ketawa Alex pecah lalu dia menggamit Marissa berjalan perlahan di sepanjang jeti Christies Beach.

“Jangan pandang lama-lama, I ni isteri orang...” Alex hanya mengangguk-angguk dengan senyuman, sesekali dia memegang dagu. Wajahnya penuh tanda tanya.

“Marissa, I pandang you sebab you sama macam dulu, tak terduga, penuh kejutan… I sedang menunggu..”Alex berhenti melangkah dan berdiri hadapan Marissa.

Well, macam you tengok I sekarang. Masih hidup lagi!” Marissa mengangkat bahu, kemudian duduk di hujung jeti, menggoyangkan kaki. Air laut hanya dua meter dari kaki mereka. Alex menurut duduk di sebelah.

“You tau tak Alex, masa mula-mula I dapat keputusan penyakit I positif. Hampir setiap hari I duduk kat jeti ni. Ya, kat sini. You pun tahu rumah Aunty Ana bukan dekat sangat dengan pantai ni. Tapi setiap hari I macam orang sasau jalan kaki ke sini. Tahu-tahu dah sampai.”

Im sorry Marissa I tak tahu...”Alex menunduk membelek jari jemari. Angin yang kuat memukul rambutnya menutupi sebahagian wajah.

“Hey, I bukan nak dengar sorry dari you. You kan nak dengar cerita I kan?”Marissa merenung wajah Alex, senyumannya tidak lekang di bibir.

“Dekat pantai ni la, iselalu terkenang kan you. Dekat laut ni la I selalu mengadu betapa I rindukan you.Tapi ketakutan I pada penyakit I lebih kuat lagi.I rasa diri dah tak berguna.Masa I kecil I pernah tengok arwah ibu menderita. Dia tak mampu bercakap, tubuhnya kecut dan… nampak cacat. I selalu bayangkan diri I jadi macam tu. Jadi I...”

“Marissa sudahlah, I faham kenapa you tinggalkan I dulu. Sesiapa pun yang diagnosepenyakit kritikal akan hilang semangat macam you. I tak salahkan you langsung. Cuma I kesal, pada masa tu i tak berada di sisi you untuk bantu.”

“Alex itu pilihan i sendiri. Tetapi yelah macam you nampak, setelah pelbagai rawatan itensif, dengan pelbagai jenis ubat sampai tak tertelan. I berjaya kawal penyakit ni, I berjaya rencatkan kerosakkan saraf. Tak tahu sampai bila boleh bertahan, tapi syukur Alhamdulillah buat masa sekarang I sihat.”

“Penyakit you ni ada harapan sembuh kalau dirawat dari awal kan?”

“Tak la boleh dikatakan sembuh, kerana I harus bergantung pada ubat terus menerus. Kena berjaga-jaga jugak dengan kesan sampingan ubat.”

Marissa memalingkan badan mengadap Alex. “Lagi satu I pernah cakap yang I takkan berkahwin kan?”

Alex hanya mengangkat kening isyarat meminta Marissa teruskan.

“Suami I, doktor Patrick berasal dari Perancis. Kami sama-sama jadi doktor sukarelawan PBB. Kami bertemu di Tunisia ketika pergolakkan di sana. Kemudian kami di Yaman. Kemudian I ditukar bertugas di sempadan Turki, merawat di khemah pelarian Syria. Memandangkan I perlu rawatan perubatan yang cukup, I dicadangkan berada di Turki, kerana kelengkapan perubatan di sana yang sempurna. Tak lama lepas tu doktor Patrick pun sampai ke Turki. Dia tu memang mengekor je ke mana I pergi.” Marissa menggeleng kepala kemudian menyambung.

“I dah puas reject dia Alex, dah bagi alasan yang kuat dah. I ni berpenyakit, tapi dia degil betul. Dia cakap ‘Rissa, kamu tengok sekeliling kita. Semua orang berjuang untuk hidup, berjuang untuk tanah air, berjuang untuk kepercayaan mereka, berjuang hanya untuk menegakkan pendapat. Mereka tidak pernah mengalah untuk meneruskan hidup, bekerja, berkahwin, punya anak dan macam-macam lagi,’ I pun… entahlah…”

“You pun terpengaruh la,” senyum Alex tak lekang.

Ya right, selalunya I pengaruh orang. Tetapi I pulak yang terpengaruh. Bila I tengok wajah-wajah yang berjuang hingga tergadai nyawa orang tersayang, diri sendiri. I rasa malu, I tak patut putus asa. Hidup ini satu perjuangan Alex. I berjuang lawan penyakit I, mereka pula berjuang untuk sebuah kebebasan! Bila tengok ujian I ni sebenarnya tak ada apa pun berbanding ujian mereka. Lebih-lebih lagi bila Patrick tegur I, bukan ke Rasulullah pernah kata, walau esok kiamat sekalipun, ada pokok di tangan kita hari ini, kita wajib tanam pokok tu. Patrick tu atheist sebelum ni. Bila dia cakap macam tu I rasa malu. Maklumlah walau dia atheist, dia banyak tahu mengenai islam kerana kajian ilmiah…”

“Seorang Atheist masuk islam didorong Marissa, alhamdulillah..”

“Alex, kalau I nak berkahwin, orang pertama yang I fikir adalah U, tapi, entahlah…”

“Bukan jodoh kita Marissa. Kita ditakdirkan jatuh cinta, tetapi tidak ditakdirkan hidup bersama. Patrick yang paling terbaik untuk you. Dia doktor yang boleh membantu merawat you, memahami keadaan you. Dia yang paling sesuai dan mampu berada di sisi you. Kalau I sendiri, belum tentu I boleh buat sebaik dia. Marissa, cinta kita adalah proses untuk mematangkan diri. Balik-balik kita kena lihat jodoh dan takdir. Cinta tidak semestinya untuk dimiliki, ingat?”

“Ya, takdir. Kadangkala I lupa pada ketentuan takdir. I fikir semuanya dalam kawalan I. Dan I harap segala keputusan yang I buat termasuk menjodohkan you dengan Intan tak silap. Kadangkala i selalu fikir keputusan I dimasa lalu adakah betul atau tidak.”

“Marissa, you tak payah risau. Masa lalu tak boleh kita ubah. Keputusan yang you buat, bergantung kepada situasi pada masa tu. Jika pada waktu itu keputusan itulah yang terbaik, maka dari situlah masa depan terbentuk. Cuma kadangkala, apa yang kita nak, kita fikir tak semestinya terjadi. Di situlah dinamakan takdir dan kuasa Allah s.w.t…”

“Betul…” Marissa mengangguk dengan senyum manis. Hatinya lega.

“Marissa, keputusan you jodohkan I dengan Intan tak pernah salah. I bahagia, I tumpahkan segala rasa cinta I pada you untuk dia. Sekarang I dah kurangkan aktiviti nyanyian. I mula berniaga, buka syarikat landskap dan interior. Kerjaya yang sepatutnya bagi graduan architecture macam I. Ya, I dah tinggalkan hidup sebagai penghibur, yang penuh kelalaian dan terdedah pada maksiat. Bersama Intan, I cari hidup yang lebih bermakna. Mana boleh kalah dengan you!”Alex mencuit hidung Marissa. Mata Marissa berkaca. “Alhamdulillah…” Marissa meraup wajah.

“Tapi satu I nak you tahu, I tak pernah kesal kerana terlalu mencintai gadis bernama Marissa. You dah buatkan zaman remaja I jadi indah dan bermakna. You ajar I untuk menjadi seorang lelaki yang menghargai hidup. You ajar I bagaimana caranya untuk mencintai, menghargai orang lain. You ajar I menerima kenyataan hidup, bertabah dalam mengharungi cabaran. You kenalkan I pada maksum cinta. Erti cinta yang sebenar. Wanita yang bernama Marissa adalah antara manusia yang paling penting dalam hidup I, dan akan kekal dalam hati sampai bila-bila. Ingat tu...”

Mata Marissa berkaca-kaca. Air mata sudah menjenguk di tubir mata. “Terima kasih Alex...”

“I yang patut berterima kasih pada you...”

“Abang!! Kak Rissa!...” Terdengar suara Intan melaung dari bawah jeti. Meluru laju dia naik tangga kayu jeti, Aunty Ana terkial-kial naik sambil dibantu Patrick.

“Sayang cuba perlahan sikit naik tu, kalau jatuh tersenggol macam mana!” Alex sudah berdiri sambil mencekak pinggang. Marissa turut bangkit dari duduknya.

“You ni, dari dulu sampai sekarang sama je, layan Intan macam budak-budak!” Marissa memprotes.

“Dia yang macam budak-budak. You tahu tak dia tu mengandung tiga bulan. Tapi berlari ke sana ke mari, kalau jadi apa-apa...”

“Hah, betul ke! Intan jangan berlari, jalan pelan-pelan…” Marissa pula menjerit.

“Iyalahh… eh!eh!” Intan terpijak kayu jeti basah kemudian… Bukkkk!

“Intannn!!!” keempat mereka menerpa Intan.

“Nasi baik tak ada apa-apa tau! Kau ni degil, macam budak-budak!!” sempat Marissa memiat telinga Intan.

“Akak, kayu tu basah, sebab tu la jatuh. Nasib baby Intan ni kuat…” Intan mengusap perutnya.
“Dah jom balik, sayang kena kuarantin tak boleh keluar rumah seminggu!” Alex pantas memapah isterinya.

“Apa! Ala abang, kata nak pergi jalan ke Yankalilla Bay. Ala, tak payah la papah, Intan boleh jalan lah!”

“Sayang nak abang papah ke, atau abang dokong terus?” wajah Intan terus memerah.

“Ye la, papah pun papahlah,” Intan merungut dan mengalah. Marissa, Patrick, dan Aunty Ana ketawa melihat gelagat mereka berdua.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Alex sengaja mengambil jalan jauh untuk mengelilingi pantai.

“Tengok pantai ni puas-puas, lepas ni tak payah nak berjalan dah!” Alex senyum sinis. Intan di sebelah memuncung dan memaling muka masam ke luar tingkap.

“Alex ni kejamnya kamu ni tak baik tau,” protes Aunty Ana, Marissa dan Patrick hanya tersengih.

“Aunty tau tak betapa susahnya nak jadi. Sebelum ni memang kami merancang sebab Intan masih belajar. Lepas dia habis belajar, dalam dua tahun kebelakangan ni, puas kami usaha. Akhirnya kami pergi tunaikan umrah, berdoa kat sana, barulah melekat ni.”

“Alhamdulillah, doa kamu berdua dikabulkan. Doa Marissa supaya Alex mendekati agama juga terkabul,” ucap Marissa sambil menggenggam tangan Patrick dan tersenyum pada suaminya itu.

“I berdoa juga, you dengan Patrick akan cepat-cepat menimang cahaya mata...” Alex tersenyum mengerling cermin pandang belakang.

“Insya-Allah ada rezeki nanti, tapi cepat tu tak adalah.Kami kena kembali bertugas di Turki. Bila selesai tugas nanti barulah boleh buat perancangan. Lagipun Rissa kena hentikan rawatan dan pengambilan ubatan untuk penyakit Rissa kalau nak mengandung. Maksudnya masa tu Rissa kena betul-betul sihat.” Marissa memandang suaminya penuh harapan. Patrick mengucup jari isterinya. Mereka yang mendengar mengangguk-angguk mengerti.

“Insya-Allah akan dipermudahkan. Kita akan sama-sama membesarkan anak-anak dan akhirnya kerepot.” Alex berseloroh.

“Marissa bersyukur kalau kita dapat sama-sama kerepot nanti.”

“Kalau ada anak baik kita besarkan kat Malaysia, kat sana senang nak didik anak belajar agama...” celah Intan.
“Setuju!!” sokong Marissa dan Alex, Patrick yang paham sedikit bahasa melayu hanya mengangguk.

“Aunty pun nak balik Malaysia habiskan masa tua kat sana, kat sini nanti takut kena tanam kat perkuburan kristian pulak!”

“Apalah aunty ni, ke situ pulak fikirnya…” komen mereka disertai gelak ketawa. Dalam hati yang sarat harapan kebahagiaan keluarga akan sentiasa bertaut utuh… Amin

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.