Home Novelet Cinta RAHSIA CINTA MARISSA
RAHSIA CINTA MARISSA
Aurian
22/9/2013 22:23:16
12,794
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
BAB 1

BAB 1

Alex merenung jelita berselendang hitam yang duduk di hadapannya. Marissa Ariffin. Dia cukup kenal gadis manis itu. Melekap kejap di minda dan hati. Tidak mungkin akan dilupai sampai bila-bila. Sampai mati sekalipun.Sejak Marissa masuk dari pintu restoran.Dia keliru, dia cukup kenal susuk Marissa, masakan dia lupa, gadis yang sentiasa bertahta di hatinya. Tetapi penampilan Marissa sangat berbeza. Apakah yang merasuk fikiran gadis itu?.

“You dah banyak berubah…” pertanyaan atau pernyataan Alex tidak pasti. Ianya terpacul begitu sahaja. Marissa hanya mengangguk dengan senyum manis. Terserlah lesung pipit di hujung bibir. Itulah antara perkara yang tidak berubah, senyuman manisnya Marissa.

“Lama kan kita tak jumpa Alex, hampir lapan tahun...”

“Rindu?” soalan itu hanya Marissa jawab dengan senyuman mesra. Alex rawan, Marissa di depan matanya bukan Marissa yang dulu. Marissa yang dulu banyak cakap, berterus terang, pandai berceloteh, pandai bercerita, pandai ambil hati, dan pandai marah juga. Semuanya ada pada Marissa, segala pahit manis, masam, masin, bahagia dan juga derita. Segalanya cukup perasa dalam diri seorang Marissa. Gadis itu menyinari hidupnya umpama cahaya dari pelita. Dan dia juga yang memadam api dan bara ke kancah gelap gelita.

“Macam mana hidup you sekarang?” mahu tak mahu Alex juga yang mula bicara. Marissa masih menjawab dengan senyum.

“Masih ada lagi kan bekas parut tu?” Marissa mengubah arah perbualan.

“Masakan boleh lupa, bekas ciuman sayang dari kekasih…” Alex berseloroh sambil meraba parut di dahi yang tertutup dengan helaian rambut. Seloroh Alex tidak membuatkan Marissa senang, malahan wajah gadis itu keruh.

“Maafkan Marissa Alex…” air mata Marissa bergenang. Pantas Alex menggenggam jari Marissa. Dia tidak tega melihat Marissa menangis di depannya, walau apa pun yang gadis itu pernah lakukan pada dirinya.Marissa menarik tangannya, lantas bangkit memberi isyarat mahu ke tandas. Alex hanya sorot mata melihat Marissa berlalu.

Sembilan tahun yang lalu….

“Kan you dah janji dengan I nak keluar, you pergi mana?!!” bentak Marissa dengan mata memerah.

“I tertidur…”

“Tipu!penipu!!”

“Nak tipu apa?”

“You keluar dengan Jenny kan!” Alex kaget, memang dia keluar dengan setiausaha tempat mereka berkarya. Tetapi mereka bukan pergi dating. Dia berahsia kerana sikap Marissa yang kuat cemburu.

“Dia minta tolong sebab kereta dia rosak.” Alex cuba mempertahankan diri.

“Oh jadi betullah. Itu semua alasan, you tahu kan dia sukakan you!!”

Pergaduhan itu makin tegang, sedar tak sedar astray kaca di meja studio melayang. Kepala Alex berpinar. Darah meleleh. Marissa kaget dan menerpa kekasihnya. Berlari ke pantrymencari kotak ubat. Sambil merawat luka Marissa pohon kemaafan berkali kali. Alex marah sekejap, kemudian dia akan cair, terkulai di pelukan Marissa. Zaman remaja mereka indah. Marissa anak seorang penulis dan penggubah lagu terkenal Edy Ariffin banyak meluangkan masa di studio rakaman. Edy Ariffin yang merupakan bapa tunggal mendidik Marissa dengan caranya. Muzik, alkohol, parti,kelab malam, dan show ke mana sahaja Marissa dibawa. Tidak hairan jika dunia Marissa hanya muzik dan hiburan. Begitulah hidup Alex, jejaka kacukan Amerika cina yang dibesarkan oleh ibunya. Ayah kandung Alex yang berbangsa Amerika telah meninggalkan ibunya. Hilang tanpa di kesan. Entah dia tahu atau tidak punya anak bernama Alex.

Alex dan Marissa umpama Romeo dan Juliet, umpama Sid dan Nancy. Begitulah perumpamaan mereka berdua. Punya kehampaan dan kekosongan yang sama. Punya nasib yang sama, dilahirkan dalam keluarga yang berantakan. Mereka berdua bagai merpati dua sejoli. Bersama mengisi kekosongan hati dengan keluar berhibur saban waktu. Marissa sentiasa jadi bayang-bayang Alex, begitu juga sebaliknya. Alex jejaka campuran bangsa cina dan barat yang kacak. Marissa campuran kadazan dan melayu yang jelita. Jika mereka berjalan bersama, pasti banyak mata yang melirik. Alex yang selalu berpakaian ranggi ala rock star, membawa gitar ke mana saja. Marissa yang selalu up to date, pandai bermain organ dan piano. Mencipta lagu dan irama, cuba mewarisi bakat bapanya. Mereka terkenal sebagai pasangan popular. Mereka sejiwa, mencintai dan memahami. Tiada kesempurnaan yang ideal selain kasih mereka berdua. Tetapi sekali air bah, selagi pantai berubah. Satu hari selepas insiden Edy Ariffin terlibat kemalangan. Marissa hilang tanpa khabar berita, dia hanya memberi surat, memberitahu yang dia mengikut makciknya pindah ke Australia. Alex terpempan. Tidak berhargakah dia pada Marissa? Di manakah janji dan sumpah setia Marissa. Janji yang mereka tidak akan terpisah selama-lamanya.

Lamunan Alex hilang pabila Marissa menarik kerusi kembali duduk. Kelihatan wajahnya lebih segar, air mata tidak berbekas. Marissa menarik nafas panjang.

“I dengar you dah bercerai?”

Alex tersenyum, dia mengangguk lemah. Masakan Marissa tidak tahu, dia merupakan vokalis band yang terkemuka di Malaysia. Sejak kehilangan Marissa, Alex hilang arah. Siang dan malam dia hanya berteman minuman keras. Hingga kemuncak dia hampir membunuh diri dengan pil penenang. Mujur ibunya pantas membawa ke hospital, apabila dia pengsan tidak sedarkan diri. Hingga kini, entah kekuatan dari mana dia meneruskan hidup. Dia harap Marissa tidak tahu. Kerana perihal dia cuba membunuh diri, adalah kejadian sebelum dia terkenal. Tiada sesiapa pun yang tahu.

“You baca kat paper?”

“Ya, vokalis terkenal dan kacak macam you, kawin, cerai mestilah jadi tajuk utama.” Kali ini Alex pula tersenyum.

“Umur you baru 29 tahun, tapi dah bercerai. You kahwin 5 tahun je, dengan pelakon kan? Lepas tu baru-baru ni you dapat saman mahkamah akibat cuba ambil kesempatan pada pekerja you. Seksual harassment? Alex what are you doing?!” pertanyaan Marissa tegas. Alex terpempan, perasannya bercampur baur antara malu dan tersinggung.

Nothing to do with you. You fikir balik apa yang you dah buat!”

“Oh, jadi semuanya salah I, one mistake won’t ruin your life Alex,” suara Marissa makin meninggi.Mujur Alex mengambil tempat yang tersorok. Public figure sepertinya tahu cara berhadapan pelbagai suasana.

“Yes, you tahu kenapa I kawin, sebab I nak lupakan orang yang dah hancurkan hati I...”

“Jadi betullah sangkaan I, you kawin hanya sebab nak cari peganti I. Sebab tu la you buat tak tahu je dengan Ex-wifeyou, buat hal masing-masing. Tak commit each other, sebab you tak jumpa diri I pada dia kan?”

“Hey, apa you cakap ni, kami bercerai sebab tak serasi. Tak sefahaman. Ingat dunia ni its all about you?” Alex membidas. Ego rasa tercabar.

“Alex, I tau you sebenarnya kahwin terburu-buru, konon itu cara mudah nak lupakan I. Cuba jadi matang sikit!”

“You siapa nak persoalkan apa yangIi buat hah?! Apa yang I buat sekarang ni menyusahkan hidup you ke? Apa makna you risau sangat. You sebenarnya sayang lagi ke kat I?”

“Yes i do…” mata Marissa bergenang. Dia mengetap bibir, hatinya bercampur baur antara geram, marah dan.. .

Alex terdiam, dia merenung wajah Marissa. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.

“Marissa, Marissa, you masih sama macam dulu. Bukan you, tapi kita.Kita selalu bertengkar dan terus bertengkar. Macam tak pernah ada cara untuk berbincang baik-baik. Tapi macam mana pun kita bertengkar, macam mana teruk kita bergaduh. Kita tetap berbaik.Macam mana sakitnya hati I atas perbuatan you. I tetap cintakan you. Damn! im really love you…” Alex menggeleng kepala.

Mata Marissa yang sudah memerah, mula menitiskan cecair. Makin lama makin deras.Tidak berkelip dia merenung wajah Alex. Bibirnya pucat dan bergetar.

“Alex, im so sorry atas semua perbuatan I dulu. Sebab I, you masuk hospital, I tak sangka sampai begitu sekali, tapi… I tak ada pilihan. Im so sorry...” kali ini Marissa mula tersedu-sedu. Tangisannya makin kuat. Alex terjeda. Halkumnya bergerak-gerak, tetapi dia langsung hilang kata. Setahu dia Marissa seorang gadis tabah. Boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja dia melihat Marissa menangis.

“You tahu pasal I masuk hospital?” Marissa mengangguk, air matanya makin deras.

“Dah la Marissa, kita lupakan la benda lama.I nak minta maaf juga.Masa tu I ikut emosi, macam budak-budak. Dan you pun tahu I sangat cintakan you.” Marissa hanya mengangguk.

“Mungkin kita boleh mulakan hidup baru...Mungkin ini masanya kita kembali bersatu.” Alex mengusap air mata di pipi Marissa. Kemudian dia menarik jemari Marissa ke bibirnya.

“No! No way!” pantas Marissa merentap tangannya dari genggaman Alex. Alex terpempan, wajahnya berbaur kecewa.

“Perasaan cinta I pada you tak pernah berkurang dari dulu. Kalau you betul-betul ikhlas cintakan I, I nak you kahwin dengan sepupu I...”

What!!”

“Ya, itu tujuan I datang sini...”

“Are you losing your mind?”

“I am, do it, if you really love me like u said..”

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.