Home Novel Thriller/Aksi Hello, Abang Bodyguard!
Hello, Abang Bodyguard!
Angel
11/5/2020 15:51:47
5,522
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 13b

Tadi selepas menghantar Eve balik ke pejabat, dia berpatah balik ke lokasi terakhir dia ternampak Hana. Seperti yang dijangka, gadis itu masih berada di situ, tersandar di sebalik pokok besar di laluan pejalan kaki. Entah apa dalam fikiran gadis itu, hanya Allah yang tahu.

"Hana Mikayla. Inspektor polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan Khas. Mula undercover sejak setahun lalu di syarikat akhbar Nadi Kota bahagian Isu Niaga dan Kewangan. Tugasnya menyiasat kes lama pembunuhan Inspektor Khalid di Pahang, iaitu ayahnya sendiri. Syarikat akhbar ini disyaki dalang di sebalik kes ini dan ada kaitan dengan Campbell Corporation."

Rayyan melepaskan keluhan. Maklumat ini rahsia tapi dia berjaya mendapatkannya. Bijak kan? Bukan Rayyan Razien kalau Mami Reen dia tak dapat pujuk.

Hana memandang skrin telefonnya. Lama. "Ah, lantaklah," katanya sambil mendail nombor telefon seseorang.

"Mami, Hana nak jumpa kejap. Tapi boleh Mami datang jumpa Hana?" Hana bersuara perlahan seakan berbisik.

"Okey. Jam 3, tempat rahsia kita," jawab penerima panggilan.

Klik. Hana mematikan talian lalu membuang kad sim ke dalam tong sampah.

"Kalau kau rasa kau dah cerdik, Inspektor Hana Mikayla berganda-ganda cerdik dari kau. Penculik tak guna," kata Hana geram.

Hana menarik nafas panjang dan menghembus perlahan. Sekarang fikirannya dah ringan dan otaknya boleh berfungsi dengan betul. Jus strawberi di tangan yang tinggal suku gelas plastik itu dipandang.

"Terima kasih Mr. Strawberi. Sekarang Hana dah okey. Bersemangat Hana. Kau boleh lakukannya!" katanya kepada diri sendiri.

Dari dalam keretanya, Rayyan memandang kelakuan Hana lalu tersenyum nipis. Dia memandang gelas plastik yang berisi jus strawberi di tempat letak air di sebelahnya. Nampaknya, tepat keputusannya menyuruh budak penjual air memberi jus strawberi kepada Hana.

"Cakap kat kakak tu, jus ni Mr. Strawberi hensem yang bagi," pesan Rayyan kepada budak penjual air. "Dan ni, tips untuk adik," katanya lagi sambil menghulurkan not RM 50 kepada budak itu.

Budak itu tersengih-sengih. "Terima kasih bang. Girlfriend abang eh?"

"Someone special," jawab Rayyan sambil tersenyum dan memandang Hana dari jauh.



P/s: Terima kasih kerana terus setia bersama novel Angel. Karya ini juga boleh dibaca di Wattpad. ID: Angel_k20. Link: https://www.wattpad.com/story/224880316-hello-abang-bodyguard

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Angel