Home Novel Seram/Misteri Rakus
Bab 31

Perubahan demi perubahan berlaku dengan begitu pantas. Mula-mula Karim bergelar jutawan. Selepas itu dia menjadi bomoh terhandal. Kemudian dia bergelar mahaguru silat 44. Dan kini Tok Guru Karim pula, pengasas Pasukan Panji Hitam, sebuah kumpulan ajaran sesat.

Selepas mengumpul pengikut di kalangan pesakit dan pesilat dia mengorak langkah memperdaya mereka dengan ajaran sesatnya. Ramai orang biasa dan berjawatan tinggi yang terpengaruh dengan ajaran sesatnya itu. Kumpulan ajaran sesatnya lebih besar dan berpengaruh berbanding Al-Arqam dan Kerajaan Langit Ayah Pin. Malah kecerdikannya dalam memanipulasikan ayat-ayat Al-Quran lebih hebat berbanding Ustaz Asri. Sementara kesaktiannya pula lebih hebat berbanding Ayah Pin.

Karim tersenyum memikirkan semua yang dirancangnya berjalan dengan sempurna. Dia teringat bagaimana dia membunuh Fauziah sekeluarga dengan menggunakan santau angin. Pembunuhan itu dilakukannya hanya beberapa bulan selepas kematian Mazlan. Yang berputar di ingatannya sekarang ialah peristiwa dia membunuh Kalsum dan anak-anaknya kecuali Soraya.

Kalsum tersenyum menyambut kepulangan Karim. Matanya bersinar melihat bungkusan yang mengandungi bungkusan-bungkusan mi rebus yang dijinjit Karim. Dia teringin sangat hendak makan mi rebus sejak semalam.

“Nah ni mi rebus yang Sum mengidam sangat tu,” kata Karim lalu menyerahkan bungkusan berisi mi rebus kepada Kalsum.

Kalsum segera mengambil bungkusan tersebut dengan tersenyum-senyum.

“Aku dan Soraya makan pasembur. Sum, Zakiah dan Lutfi makan mi rebus ya?” kata Karim.

Kalsum mengangguk dan kemudian menghilang ke dapur. Karim memanggil ketiga-tiga orang anaknya ke meja makan. Ketiga-tiga anaknya yang sedang menonton telivisyen berjalan malas ke dapur. Itupun setelah disergah oleh Karim.

Kalsum kembali dengan membawa mi rebus dan pasembur yang sudah pun diletakkan di dalam mangkuk dan pinggan. Mata Soraya bersinar sebaik melihat mi rebus dan segera hendak mengambil salah satu mangkuk tetapi dihalang oleh Karim.

“Soraya makan pasembur. Sama macam papa,” katanya.

Soraya menurut dan meletakkan semula semangkuk mi rebus yang sudah dicapainya tadi.

“Zakiah tak nak mi rebus. Kakak nak pasembur,” kata Zakiah pula.

“Kakak makan mi rebus,” kata Karim.

“Kakak suka pasembur. Kakak nak pasembur,” balas Zakiah yang memang sukakan pasembur.

“Kakak tak faham apa papa cakap tadi? Makan sahajalah mi rebus tu!” marah Karim.

Zakiah mencebik, menarik muka.

“Kakak kongsi dengan Soraya,” celah Kalsum.

Soraya segera menjauhkan pinggan yang berisi pasembur daripada Zakiah.

“Zakiah makan mi rebus! Soraya makan pasembur! Tak faham ke?!” marah Karim, menjegilkan mata kepada Zakiah. “Makan cepat!”

Zakiah takut dengan Karim. Segera menjamah mi rebus di hadapannya itu. Lutfi yang diam sejak tadi ikut menjamah mi rebus kerana sama takut kepada Karim. Kalsum pula diam sejenak. Berasa pelik dengan sikap Karim itu. Selama ini suaminya tidak pernah melayan anak-anak mereka sebegitu tegas. Tetapi hal itu tidak terus menganggu fikirannya. Baginya elok juga jika suaminya itu bertegas dengan anak-anaknya yang semakin hari semakin degil itu.

Kalsum kembali ke dapur untuk mengambil air minuman pula. Seekor lalat terbang di atas meja makan. Selepas beberapa ketika terbang melilau sudahnya lalat itu hinggap pada mi rebus Kalsum. Beberapa saat kemudian lalat itu kaku, tergolek ke dalam kuah mi rebus. Karim pantas mengambil bangkai lalat itu. Kalsum muncul dari dapur dengan membawa air minuman. Dia nampak sepintas lalu tangan Karim yang bergerak menjauhi mangukuk mi rebusnya tadi.

“Kenapa bang?” tanya Kalsum.

Karim tersentak. Hilang kata sekejap.

“Lalat ke bang?” tanya Kalsum.

“Ya, ya.” Jawab Karim. “Lalat hurung mi rebus tu tadi,” sambungnya.

“Oh,” balas Kalsum lalu menuang sirap ke dalam gelas-gelas dan mengedarkannya kepada suami dan anak-anaknya. Selepas itu barulah dia menjamah mi rebus yang diidam-idamkannya itu. Dia makan dengan lahap. Dihirupnya kuah mi rebus itu sehingga licin.

“Sedap sungguh mi rebus ni bang,” kata Kalsum sesudah selesai makan.

Karim tersenyum.

Kalsum bersendawa.

Karim terus tersenyum.

Kalsum terjaga mengejut dari tidur pada malam itu. Dia berasa pelik kerana badannya berpeluh dan berasa sakit. Dia melihat ke dinding. Penghawa dingin hidup. Dia merasa tubuhnya. Tubuhnya panas dingin. Perutnya memulas secara mengejut. Dia turun dari katil dan terburu-buru ke tandas. Karim membuka mata bila Kalsum masuk ke dalam bilik air. Dia tersenyum kerana tahu santau yang diletakkannya ke dalam mi rebus isteri dan dua orang anaknya itu siang tadi mula menunjukkan kesan.

Najis keluar tersembur-sembur. Berceretek di dalam mangkuk tandas duduk itu. Kalsum berasa pedih pada perut dan lubang dubur. Seperti ada kaca yang menghiris-hiris ususnya. Setiap kali dia cirit setiap kali itulah perut dan lubang duburnya terasa amat pedih. Lama dia membuang air besar. Setelah yakin tiada lagi najis yang akan keluar dia pun mencuci punggungnya dan kemudian bangun untuk mengepam air bagi mencuci najis di dalam mangkuk tandas. Terkejut bila mendapati keadaan najisnya di dalam mangkuk tandas itu. Najis itu bercampur darah dan sesuatu yang menguit-nguit. Dia melihat dengan lebih dekat. Terkejut besar bila mendapati benda yang menguit-nguit itu adalah ulat-ulat kecil.

Kalsum yang terkejut bergegas keluar dari bilik air dan segera mengejutkan Karim yang berpura-pura tidur.

“Kenapa Sum?’ tanya Karim.

“Taik saya ada darah dan ulat!” beritahu Kalsum, yang ketakutan.

“Ha!” balas Karim, berlakon terkejut. Hatinya tersenyum.

Kalsum berasa perutnya memulas lagi. Kali ini lebih sakit daripada sebelumnya. Perutnya berbunyi. Lalu dia terkentut. Dia cirit. Dia berlari ke tandas. Tetapi sudah ada cecair yang meleleh dari peha ke betis. Dia berhenti berlari beberapa langkah dari muka pintu tandas. Tergamam dan segera melihat cecair yang menitik ke lantai. Terkejut bila mendapati cecair itu adalah darah. Darah mengalir banyak ke lantai.

“Kenapa ni Sum? Sum gugur ke?” tanya Karim lalu mencepung Kalsum ke kereta dan terus ke hospital.

Kalsum tergamam dan mulai sakit seperti senggugut kronik. Dia meraung sambil memegang perut.

Doktor mengesahkan bahawa kalsum tidak mengalami keguguran. Doktor juga mengesahkan kesihatan Kalsum adalah baik. Pendek kata, doktor yang mengendalikan kesnya tidak tahu punca sebenar sakit perut Kalsum itu. Dia sudah melakukan pelbagai ujian tetapi negatif belaka.

Selepas beberapa lama ditahan di wad, dia pun dibenarkan pulang bila sakit perutnya beransur pulih. Sebaik pulang ke rumah, perutnya sakit semula. Dia kembali ke hospital. Doktor mendiagnosisnya seperti sebelumnya. Dia pulang ke rumah semula dan diserang sakit perut itu semula . Selera makannya hilang. Dia terlantar di atas katil. Tidak lagi berdaya untuk bangun. Semua itu berlaku dalam beberapa hari sahaja.

“Abang, ubatkanlah saya. Lain macam saja penyakit saya ni. Doktor pun tak tahu puncanya. Mereka kata saya sihat,” rayu Kalsum.

“Aku dah tengok. Aku tak tahu engkau ni kena apa,” jawab Karim, sambil lewa.

“Sum rasa Sum kena santau bang,” jawab Kalsum.

“Macam mana Sum tahu?” tanya Karim, terkejut.

“Sum mimpi arwah Abang Mazlan. Dia beritahu dalam mimpi malam tadi,” jawab Kalsum.

“Dia ada beritahu siapa yang santau Sum?” tanya Karim.

Kalsum mengangguk.

“Siapa?” tanya Karim, tersentak.

“Entahlah,” jawab Kalsum. “Dia tunjuk seseorang. Sum dapat tengok orang lelaki tu dari belakang sahaja. Elok sahaja lelaki tu hendak menoleh mimpi tu pun terputus. Tetapi Sum sempat tengok tangannya. Dia pakai cincin tengkorak pada jari telunjuknya. Siapa ya bang?”

Karim menelan air liur. Mukanya sedikit berubah. Namun dia berjaya mengawal perasaannya. “Entahlah. Mainan tidur sahaja tu. Kalau Sum kena santau tentu abang tahu.”

Kalsum mengangguk. Fikirannya kosong.

Keadaan Kalsum semakin hari semakin teruk. Kini dia kerap batuk dan muntah darah. Badannya kurus kering. Rambutnya juga mulai gugur. Ramai orang yang datang menziarah sudah tidak dapat mengecam dirinya. Semuanya kehairanan dengan perubahan fizikal yang berlaku kepada diri Kalsum.

Pada malam jumaat itu tibalah masa yang ditunggu Karim. Nafas kalsum turun naik laju. Dia batuk darah. Dia berasa seluruh anggota badannya panas dan bisa. Karim menutup pintu bilik tidur utama mereka. Dia berdiri di hujung katil mengadap Kalsum yang sedang nazak. Kalsum ternganga mulutnya meminta tolong Karim. Tapi suaranya kedengaran amat perlahan kerana tidak berdaya.

Karim menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan cincin tengkorak miliknya itu. Cincin tengkorak itu dipakainya di jari telunjuknya. Kalsum terkejut dengan apa yang dilihatnya. Matanya terbeliak besar memandang tajam muka Karim. Karim tersenyum memandangnya tanpa rasa bersalah. Kemudian dia keluar bilik dan membawa masuk ketiga-tiga orang anaknya seorang demi seorang. Zakiah dan Lutfi yang sakit dibaringkan di tepi Kalsum. Mereka berdua sedang tidur. Sementara Soraya digerak dan diarah berdiri di sisinya. Mata Soraya segar melihat mama, kakak dan abangnya di atas katil.

Karim membaca mantera pemujaan kepada syaitan. Mata tengkorak pada cincinnya bercahaya merah. Dari mulut tengkorak itu pula keluar asap hitam yang terapung mengeliling bilik itu. Asap hitam itu kemudian bergerak menghampiri Kalsum. Ia membentuk seperti jasad seorang manusia bertanduk dengan lidah menjelir-jelir ke arah kalsum.

“Abang… abang yang punya kerja ni?”

Karim ketawa mengilai. Terus membaca mantera.

“Sampai hati abang…” Itu kalimah terakhir yang diucapkan Kalsum kerana dia diserang oleh asap hitam itu dengan mengejut. Asap hitam itu masuk ke dalam mulut Kalsum. Kalsum menggeletak buas. Darah keluar dari hidung, telinga, mulut, kemaluan dan duburnya. Tidak lama kemudian perempuan itu pun mati. Asap hitam itu menyerang pula Zakiah dan Lutfi. Kedua-duanya mengalami nasib yang seperti Kalsum. Mereka bertiga mati.

Karim memimpin Soraya ke atas katil. Dia menolak mayat Kalsum dan dua anaknya ke sisi. Dia membaringkan Soraya di atas tilam. Dan kemudian melakukan sumbang mahram dengan anaknya yang masih kecil itu di atas tilam yang berlumuran darah mayat isteri dan anak-anaknya itu.

Maka lengkaplah syarat-syarat yang perlu dipenuhinya untuk menjadi bomoh paling hebat itu. Dia bermimpi berjumpa mahagurunya pada malam itu. Dia dibawa ke tengah satu lautan. Berjumpa dengan seorang perempuan yang sangat cantik rupa parasnya dan beberapa orang lelaki. Dia diberi pujian dan penghormatan. Dihidangkan dengan makanan-makanan yang lazat dan perempuan-perempuan yang melayan nafsunya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FitriHussin