Home Novel Seram/Misteri pocong balik rumah
pocong balik rumah
30/9/2014 12:52:10
3,805
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
bab 2

Bab 2

KAMPUNG SERI ANDAK

Malik meletakkan cangkul kedalam bakul motor sambil batang cangkul disandarkan dibahunya. Pagi tadi ketua kampung ada bertandang ke rumahnya dalam keadaan tergesa – gesa. Katanya Cikgu Hussin meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung. Dia sudah maklum akan kerjanya yang perlu dibereskan pagi itu juga. Memang sejak dari malam tadi pun hatinya merasa tidak sedap. Burung hantu juga didengarnya berbunyi sejak beberapa hari yang lalu. Kebiasaannya jika itu yang berlaku menandakan ada orang akan meninggal dunia. Malik sudah biasa sangat dengan perkara itu. Dia sudah mangli.

“ Sahak dengan Deraman dah dibagitau?” solanya pada ketua kampung. Lelaki yang hanya sempat bertenggek ditangga rumahnya itu hanya menggelengkan kepala.

“ Tak apalah. Nanti saya sendiri bagitau dia orang,” jamin Malik sambil tersenyum pahit.

Lalu pagi ini dia sudah mencari cangkul dibelakang rumah. Sebuah baldi turut sama dicapai. Barang – barang itu dimasukkan kedalam bakul motornya. Sebelum itu dia menghubungi dua lagi rakannya agar membantu dia mengali liang dibelakang masjid. Sahak dan Deraman tidak keberatan. Masing – masing memberikan persetujuan mereka.

Motor buruknya mula menyusur jalan keluar menuju masjid yang terletak hanya dua kilometer dari rumahnya. Dia terpaksa berhati – hati kerana jalan kampung banyak yang sudah terkopek disana – sini. Bukan sekali dua dia pernah tertonggeng dek kerana terlanggar lubang besar dan dalam disitu. Sudah acap kali. Lebih – lebih lagi diwaktu malam. Cahaya lampu motornya pula malap. Itulah sebabnya Malik tidak berani hendak membawa motor buruknya itu laju – laju. Takut ditimpa kecelakaan.

Sampai dihujung tanah perkuburan Malik memberhentikan motorsikalnya. Matanya terpandangkan pada sebuah lagi motorsikal yang berada dibawah pokok manggis tua tidak jauh darinya. Tahu sangat dia siapa pemilik motor buruk itu.

Malik mengambil cangkul dan baldi yang dibawanya tadi, menapak perlahan – lahan kearah Deraman yang sedang memandang sesuatu ditanah.

“ Sahak tak sampai lagi ke?” soal Malik secara tidak langsung mengejutkan Deraman. Sepantas kilat Deraman menoleh.

“ Kau ni.... bukannya reti nak bagi salam, bila kau sampai?” sergah Deraman dengan suara yang agak keras.

“ Baru aje sampai. Kau tak dengar ke aku datang?”

Deraman mengeleng dan sekilas memerhatikan kearah motorsikal Malik dibawah pokok manggis muda ditepi jalan.

“ Sahak tak datang lagi?” cangkul dan baldi sudah diletakkan diatas tanah.

“ Belum,” ringkas Deraman menjawap.

“ Selalunya dia tak lambat,” Malik seakan – akan bersungut pada dirinya sendiri. Matahari mula memancarkan sinarnya. Mujur saja disekeliling kawasan tanah perkuburan dibelakang masjid itu ditumbuhi dengan pokok – pokok yang agak lebat daunnya. Redup. Sesekali lalang berdesir disapa dek angin pagi yang masih dingin.

“ Dia ada cakap dengan aku tadi, katanya dia kena hantar anak dia ke sekolah. Ada kurum – kurum,” ujar Deraman yang sememangnya tidak pandai menyebut perkataan kokurikulum.

“ Huh.... yelah agaknya tu,” sahut Malik yang tidak mahu lagi memanjangkan kisah itu. Kegiatan anak – anak sekolah dewasa ini bukannya masuk dalam kepalanya. Bermacam – macam istilah yang dia sendiri tidak fasih sebut dan tidak tahu fungsinya. Yang dia tahu hanya menganggukkan kepalanya saja. Dia malas hendak soal lebih – lebih.

“ Wahab ada datang tadi, katanya liang tu disini,” ujar Deraman semula sambil jarinya menunding kearah tanah dihujung kakinya. Malik memeriksa nesan tidak jauh dari situ. Sekejap dia mencangkung dan mengamati tulisan jawi yang sudah pudar.

“ Ini kubur Pak Leman Debab ni,” dia mendongak memerhatikan Deraman.

“ Kata Wahab tadi arwah Hussin ada pesan. Kalau dia mati dia nak dikebumikan disebelah kubur arwah bapaknya,” apa yang keluar dari mulut waris si mati kini terluah dari bibirnya.

“ Yelah kalau gitu. Dah dia pesan macam tu.Kita nak buat apa?” sejenak Malik melontarkan kearah kawasan perkuburan itu. Sudah hampir penuh tanah wakaf itu dicacakkan dengan nesan. Sejak dari dia muda dulu memang disitulah jenazah orang – orang kampung disemadikan. Dia turut berfikir jika ajalnya sudah sampai nanti, masih adakah tempat kosong untuknya disitu? Malik menundukkan kepalanya.

“ Meh lah kita start dulu. Nak tunggu si Sahak entah pukul berapa dia sampai nanti,” Deraman mengesa rakannya itu memulakan tugas mereka.

“ Pukul berapa dia orang nak tanam?” Malik yang sudah memegang cangkul kembali bertanya. Ada manik – manik peluh terbit didahinya. Panas mula terasa.

“ Sebolehnya sebelum Zohor. Tapi tak taulah. Masa aku tanya Wahab tadi dia cakap ada adik dengan kakak dia masih belum sampai lagi.”

“ Sapa?”
“ Wazid dengan....,” Deraman mengaru dahinya cuba mengingati sesuatu. “ Em.... dengan Wahidah.”

“ Wahidah?” nama itu meniti dibibir Malik. Puas dia cuba mengingati anak perempuan bekas guru yang mengajar disekolah rendah dihujung pekan di kampungnya.

“ Anak dia yang jadik nurse dululah,” seperti tahu kesulitan yang dialami oleh Malik, Deraman mencelah.

“ Anak dia yang nombor berapa?” soal Malik lagi. Ingat – ingat lupa. Setahunya arwah Cikgu Hussin hanya mempunyai seorang orang anak perempuan saja. Pun begitu dia tidak pernah mengenali Wahidah secara rapat. Semasa hidupnya dulu, Cikgu Hussin memang memantau dan mengongkong anak – anaknya dari bercampur dengan orang luar. Ketegasannya sebagai seorang guru terbawa – bawa hingga kerumah.

“ Aku pun tak berapa ingat sangat. Kalau tak silap aku Wahidah tu anak dia yang nombor dua tak,” riak yang terlukis diwakah Deraman membuktikan yang lelaki itu sendiri tidak berapa yakin.

“ Yang aku tahu, budak tu sekarang ada kat Sarawak. Duk kat situ. Lamalah jugak,” sambung Deraman lagi. Malik pula sekadar mengangguk macam belatuk.

“ Dah kawin dah budak tu?” soal Malik. Ternyata berminat untuk tahu. Deraman angguk. “ Tapi bukan dengan orang sana. Orang sini. Tak silap aku dia kena tukar pasal dah naik pangkat. Pangkat apa tak tau la pulak,” Deraman tersengih. Mempamerkan barisan giginya yang sudah banyak rosak. Ibarat tinggal tunggul saja.

“ Bila pulak budak tu nak sampai? Bukannya dekat Sarawak tu. Kena naik kapal terbang,” Malik bersuara kemudian dia ke tepi parit. Mencedok sedikit air yang ada disitu dengan baldi yang dibawanya tadi. Mudah untuk membasuh mata cangkul jika ada tanah yang melekat semasa mengali liang nanti.

“ Kau tanya aku, mana lah aku tau.”

“ Tak elok melambat – lambatkan jenazah ni,” ujar Malik lagi. Baldi diletakkan ditanah. Mengesat peluh yang mula terbit didahi. Lalang yang tumbuh subur ditanah sebelah berdesir lagi. Suara dedauan turut sama berlagu.

“ Taulah dia orang nanti. Yang penting kita siapkan dulu kerja kita,” balas Deraman. Cangkul ditanah mula dicapai.

“ Tak sangka betul aku. Baru dua tiga hari lepas aku selisih dengan Cikgu Hussin kat pekan. Masa tu aku tengok dia elok aje. Kuat lagi,” kesepian yang mahu berlabuh dipecahkan dengan suara Malik.

“ Dah ajal dia Lik. Kita nak cakap apa?”

“ Yelah.... aku tau. Tapi tulah,” Malik mengeluh. “ Tiba – tiba aje kan.”

“ Arwah tu ada sakit jantung. Kau tau kan?”

Malik menjeling. Kemudian dia mengangguk. “ Dah lama dia ada masalah jantung.”

“ Malam tadi dia kena. Anak dia cakap arwah baru aje selesai solat. Tengah duduk tengok tv tiba – tiba dia mengadu yang dada dia sakit,” Deraman yang mula mencangkul berhenti semula.

“ Makan ubat pun tak jalan. Nak tak nak terpaksa jugalah bawak pergi hospital.”

Malik memasang telinganya. Cangkul sudah berada ditangannya. Menanti saat untuk dibenamkan ketanah.

“ Dia meninggal kat hospital.”

Malik tidak jadi hendak mencangkul. Wajah dan suara Cikgu Hussein terlintas difikirannya. Ya.... Cikgu Hussein memang tegas orangnya. Jarang hendak tersenyum. Bercakap juga kurang. Pun begitu Cikgu Hussien tetap bercampur dengan masyarakat kampung. Kenduri kahwin, majlis tahlil, batang hidungnya memang mudah dilihat. Malah dia terkenal dengan sikap ringan tulang . Tidak lokek dengan pertolongan. Cuma dia terlalu tegas. Jarang tersenyum.

“ Tok ketua cakap pagi tadi dia meninggal.”

“ Taklah. Pagi tadi baru orang kampung tau. Itu pun si Wahab yang cakap dengan jiran sebelah menyebelah. Dia sampai kat dia, dia sampaikan ke dia. Merebaklah,” ujar Deraman lagi. Tanah mula terbongkah sedikit demi sedikit.

Malik masih belum memulakan tugasnya. Dia meraba lengan dan pangkal tengkuknya. Entah kenapa dia merasakan udara pagi itu lebih dingin dari biasa biar pun cahaya matahari sudah melekat ditanah. Dia seolah – olah tidak dapat merasakkan kehangatan seperti pagi – pagi yang lalu. Aneh, fikirnya seketika. Sesekali dia merasa seperti hendak demam. Sendi – sendinya juga terasa lemah dan sakit. Demam ke aku? Pertanyaan itu terbit dihatinya. Lantas dia memegang dahinya. Tidak pula dia merasakan suhunya tinggi dari biasa. Badannya dirasakan kurang enak.

“Kau tak rasa apa – apa ke?” soal Malik seketika kemudian.

“ Rasa apa?” Deraman menoleh.

“ Eh.... tak ada apa – apalah,” cepat – cepat Malik membalas. Sepasang matanya liar memerhatikan kearah nesan yang berceracak disana – sini. Terasa seperti ada tangan – tangan yang menjulur keluar dari dalam tanah melambai kearahnya. Segera bulu roma ditengkuknya merinding. Aneh, selalunya dia tidak begini. Sudah bertahun – tahun dia menggali liang. Sudah banyak pengalaman yang dia tempuhi. Segala petua dan doa diamalnya. Sebelum ini dia tidak pernah merasa seaneh ini. Tapi pagi ini....

Ketulan – ketulan tanah semakin banyak yang terkuak. Menandakan lubang menjadi kian dalam. Deraman dilihatnya asyik benar mengali. Tidak henti – henti. Hanya sesekali membersihkan mata cangkul yang disalut tanah yang mula lembik. Ah! Perasan aku saja kot, Malik memujuk hatinya sendiri. Lalu mata cangkul dibenamkan jauh kedalam. Mengerahkan tulang empat keratnya.

Hampir setengah jam kemudian Sahak muncul. Terkocoh – kacah lelaki itu mendekati kedua rakan mereka. “ Maaflah.... aku lambat sikit,” ucapnya tersengih. Matanya dicerunkan kearah lubang yang mula dalam. Ada air bertakung sedikit.

“ Dah lah.... kau sambung pulak,” Deraman berhenti mencangkul. Keluar dari liang. Sahak tidak membantah. Dia segera terjun kedalam. Masih banyak lagi yang perlu digali. Paras pinggang pun belum lepas lagi, fikirnya.

“ Mayat dah dibawak ke masjid ke?” sempat juga Sahak bertanya sambil mula mencangkul. Malik terhenti. Berpusing mengadap Sahak.

“ Ye ke?” dia bertanya sambil menyeka peluh yang berjujuran didahi dan pangkal lehernya.

“ Aku tengok dah penuh kat masjid tadi. Ada kereta, ada motor,” sahut Sahak dengan suara serak – serak kering.

Deraman mencangkung dibawah perdu pokok ditepi parit tidak berapa jauh dari liang. Kotak rokok dicapai lalu diselitkan sebatang kebibirnya. Kemudian dia menghidupkan pemetik api. Beberapa kali dia menyedut rokok dengan wajah penuh nikmat. Kemudian botol air masak dicapai lalu diteguknya sedikit. Membasahkan tekaknya yang tiba – tiba dijalar dengan rasa haus.

“ Aku tak tahu pulak dia orang bawak ke masjid. Kenapa pulak tak kat rumah aje,” sela Deraman seketika kemudian.

“ Ntahlah Man. Aku tak tau. Tapi masa aku lintas depan masjid tadi aku nampak dah ada kereta dengan motor. Nampak jugak dua tiga orang kampung sebelah,” jujur Sahak memberitahu kedua mereka. Untuk beberpa detik Deraman memerhatikan Malik. Dia tidak pasti dengan apa yang berlaku. Fikirannya mula berputar ligat.

Dua tiga orang pemuda membetulkan kedudukan mayat yang sudah pun dibaringkan diatas lantai masjid. Tidak ada yang bersuara melainkan memerhatikan kearah mayat yang terbujur kaku. Ustaz Hakimi sekadar memerhatikan saja. Sesekali dia menunjukan cara mengikat kain kafan yang hampir sempurna.

“ Yang lain dah siap?” sejenak Ustaz Hakimi menoleh kearah seorang pemuda disebelahnya.

“ Rasanya sudah Ustaz,” sahut pemuda tadi. Mengangguk sedikit. “ Err.... nak bawak keranda masuk ke?” soal seorang lagi pemuda lain. Matanya tepat memandang wajah Ustaz Hakimi yang kelihatan cukup cerah dan berseri.

“ Boleh jugak tu. Nanti senang tak payah nak angkut – angkut lagi. Kemudian Ustaz Hakimi meminta beberapa orang pemuda lain membantu membawa keranda masuk kedalam. Seterusnya Ustaz Hakimi menerangkan akan cara untuk meletakkan mayat didalam keranda nanti. Tiga empat orang pemuda yang masih lagi berada ditengah ruang masjid itu sekadar memasang telinga dan sesekali menganggukkan kepala tanda mengerti.

Apabila keranda sudah dibawa masuk Ustaz Hakimi meminta beberapa orang pemuda tadi meletakkan jenazah yang sudah siap dikafan itu kedalam.

“ Berat betul si Usin ni,” terdengar salah seorang dari mereka berbisik.

“ Berat dosa agaknya,” yang seorang lagi menyampuk. Terdengar hilai ketawa dari mereka yang lain.

“ Hish.... engkau ni, tak baik cakap mayat macam tu,” kemudian dengan suara yang makin direndahkan dia menyambung semula “ Dengar dek mayat ni, kecik hati dia.” Yang lain terpaksa menahan ketawa masing – masing. Takut didengar oleh Ustaz Hakimi.

Telefon bimbit berbunyi. Terkocoh – kacah Ustaz Hakimi mengeluarkan telefon dari dalam saku seluar. “ Err.... tunggu sekejap ye,” lelaki berusia sekitar pertengahan tiga puluhan itu memberi isyarat dengan tangan kearah pemuda – pemmuda tadi. Kemudian dia bergegas keluar. Telefon kecil ditangannya dilekapkan ketelinganya. Kedengaran suara lelaki memberi salam.

“ Kat mana ni?”

“ Dah nak sampai ni tapi ada masalah sikitlah,” kedengaran suara lelaki tadi dicorong telefon.

“ Eh.... ada masalah apa pulak ni?” dahi Ustaz Hakimi berkerut seribu. Janganlah hendaknya ada rintangan yang menunggu mereka pagi ini.

“ Kereta sayalah Ustaz.”

“ Kenapa dengan kereta Ustaz?” soal Ustaz Hakimi pada temannya yang juga seorang Ustaz. Pagi itu mereka sudah berjanji untuk datang ke masjid An – Nur bersama. Namun kerana ada urusan yang perlu dibereskan Uztas Hakimi terpaksa datang dahulu.

“ Saya kemalanganlah Ustaz,” rakannya ditalian memberitahu. Suaranya kedengaran agak gusar.

“ Astaghfirullah.... biar betul ni Ustaz?” Hakimi dilambung dengan perasaan kurang enak.

“ Lah.... tak kan saya nak bohong pulak. Memang betul saya kemalangan ni.”

Lelaki berkopiah putih itu terdiam sejenak. Cuba membayangkan akan kemalangan yang menimpa rakannya Ustaz Zainudin.

“ Err.... Ustaz tak apa – apa ke?” soalnya sedetik kemudian.

“ Alhamdulillah, saya okay aje. Tapi....”

“ Tapi apa?” ada kegalauan bersarang dilubuk perasaan Ustaz Hakimi.

“ Orang yang saya langgar tu parah sikit. Ni saya telefon nak mintak tolong dengan Ustazlah ni,” ada nada rayu dihujung corong telefon. Ustaz Hakimi mendesah. Fikirannya benar – benar buntu.

“ Nak tolong macam mana tu Ustaz?” soal Ustaz Hakimi lagi. Dalam keadaan cemas begini dia memang tidak lokek dengan pertolongan. Lebih – lebih lagi dengan sahabat sendiri. Ustaz Zainudin memberitahu rakannya akan bentuk pertolongan yang diperlukan ketika itu. Usai saja memberi salam, Ustaz Hakimi bergegas memanggil salah seorang dari mereka didalam masjid.

“ Err.... begini, kawan saya Ustaz Zainudin mengalami kemalangan. Jadi dia perlukan bantuan. Saya mintaklah jasa baik awak semua tolong ikut saya. Kita ketempat kemalangan tu. Lagi pun ada orang yang cedera. Dengar khabar kena hantar hospital. Tak boleh lengah – lengahkan. Boleh?’ rayu Ustaz Hakimi dengan wajah mengharap.

“ Err.... abis tu kerja kita ni?” soal pemuda berambut lurus itu.

“Tak apa. Kita tinggalkan kejap. Lagi cepat kita siapkan kerja kat sana, lagi cepat kita balik kesini,” ujar Ustaz Hakimi lagi. Seketika kemudian pemuda itu menganggukkan kepalanya. Terus dia memanggil rakan – rakannya yang lain. Masing – masing bergegas meninggalkan perut masjid. Mayat yang sudah pun berada didalam keranda dibiarkan seketika.

Bab 3

KAMPUNG SERI ANDAK

Kopi didalam cawan dirup sedikit. Tekaknya yang kering terasa nyaman. Aroma nasi lemak diatas meja menjadikan seleranya terangsang. Cepat – cepat Lebai Leman mencapai sebungkus. Sebaik saja pembalutnya terbuka, dia segera mencapai sudu. Tanpa menunggu lama nasi lemak diatas daun pisang itu disogokkan kemulutnya. Tidak menghiraukan akan orang – orang kampung yang keluar masuk kedalam warung yang agak sempit itu. Sesekali telinganya ditampar dengan suara mereka berbual. Namun begitu pagi itu tidak ada isu lain selain dari kematian Cikgu Hussein menjadi bualan mereka. Tidak henti – henti mereka menyebut nama bekas guru sekolah rendah itu.

Ya! sewaktu dia hendak keluar rumah pagi tadi pun jirannnya Jusoh ada memberitahu dia tentang perkara itu. Dia sendiri terkejut menerima perkhabaran duka itu. Wajahnya pucat dan dia sendiri bagaikan kehilangan kata – kata. Memang dia sudah lama kenal dengan Hussein. Malah kesemua anak – anaknya sendiri adalah bekas pelajar Cikgu Hussein. Jasanya terhadap anak- anaknya cukup besar. Malah jasa cikgu yang berasal dari utara itu pada penduduk kampung juga tidak kurang hebatnya. Setahunya dulu semasa Hussein masih lagi mengajar disekolah, dia ada membuka kelas tambahan untuk anak – anak penduduk kampung secara percuma. Rumahnya tidak lekang dengan kehadiran anak – anak kampung yang datang belajar. Sayu juga hatinya apabila mendapat tahu yang kampung Seri Andak telah kehilangan seorang yang amat berjasa. Namanya lebih penting dari dari nama wakil rakyat didaerah tersebut. Jasanya sendiri lebih besar dan bermakna dari jasa – jasa wakil rakyat yang hanya datang menjenguk kampung setiap kali pilihanraya menjengahkan ‘mukanya’. Ya! Lebai Leman terasa ‘kehilangan’ kali ini. Ada secubit perasaan dikolam hatinya seperti enggan mempercayai cerita tersebut. Namun dari riak yang terpahat diwajah jirannya itu, dia tahu berita itu bukan dibuat – buat. Mana ada orang suka main – main dalam soal kematian, fikirnya lagi. Sesudu lagi nasi lemak disorongkan kedalam mulutnya. Ya! yang pergi tetap pergi, namun yang hidup tetap juga perlu makan, ada suara meletus didalam hatinya. Nasi didalam mulutnya dikunyah perlahan – lahan.

Lebai Leman mengangkat mukanya apabila terasa mejanya bergoyang. Adi bulat tersengih sambil menghenyakkan punggungnya didepan Lebai Leman.

“ Baru nak makan pagi ke Lebai?” sapa Adi Bulat dengan ramah.

Lebai Leman menyahut soalan itu dengan anggukkan dikepalanya. Adi Bulat menoleh kearah dapur warung lalu dia melaungkan minuman kegemarannya. Milo ais!

“ Lebai dah melawat ke belum?” soal Adi Bulat sebaik saja berkalih semula pada lelaki bertubuh kurus melidi itu. Kopiah diatas kepalanya nampak lusuh benar. Warna putihnya sudah bertukar kekuningan. Seperti bertahun – tahun tidak dibasuh. Nasi lemak diatas meja sudah separuh habis. Kopi didalam cawannya masih lagi berbaki.

“ Belum,” sahutnya pendek. “ Kau dah pergi ke belum?” Lebai Leman bertanya kembali.

Adi Bulat tersengih lalu menggelengkan kepalanya. “ Saya pun belum jugak Lebai.” Kotak rokok dan pemetik api diletakkan diatas meja.

“ Dengar kata malam tadi Cikgu Hussein meninggal. Kan?” bulat mata anak muda bertubuh besar itu merenung wajah Lebai Leman yang nampak cengkung. Tulang pipinya kelihatan menonjol keluar. Lelaki itu mengangguk lagi.

“ Sakit jantung? Betul?”

Sekali lagi Lebai Leman mengangguk.

“ Dah lama rasanya orang tua tu sakit jantung,” tutur Adi Bulat tanpa menghiraukan Lebai Leman yang sedang menghabiskan nasi lemak atas daun pisang.

“ Rasanya dulu ada dua atau tiga kali dia kena serang sakit jantung kan?” soal Adi Bulat lagi. Lebai Leman diam. Sekadar memandang anak muda itu tanpa berkerlip.

“ Dulu adalah. Tapi sempat hantar dia ke hospital. Tapi kali ni....,” Lebai Leman mengeluh. Kalau hendak diikutkan usia, dia lebih tua dari arwah Cikgu Hussein. Namun benar kata orang. Ajal dan maut itu ketentuan Illahi. Jika sudah sampai masanya, tidak ada sesiapa atau apa pun boleh menghalangnya. Lebai Leman mengeluh lagi. Nasi lemak sudah tidak bersisa lagi. Ada rasa pedas menyengat hujung bibirnya. Terasa enak. Cawan kopi dicapai lalu dia meneguk perlahan – lahan. Sekadar ingin mengurangkan rasa pedas.

“ Kamu ni Di, dari mana?” celah Lebai Leman sambil mencapai rokok daunya. Sejak dari malam tadi dia sudah mengulung beberapa batang rokok daun untuk pagi ini.

“ Dari rumah Lebai,” sahut anak muda itu. Tersengih lagi. Seorang lelaki bertubuh agak kurus dan berbaju lusuh mendekati meja dan meletakkan minuman diatas meja. Terus saja Adi Bulat mengacau Milo didalam gelas.

“ Habis ni kamu nak kemana ni?” soal Lebai Leman lagi. Tajam matanya memerhatikan wajah dan tubuh Adi Bulat.

“ Nak kesinilah.”

“ Habis tu kamu tak pergi melawat?”

“ Err.... lepas ni kot,” macam kerang busuk anak muda itu menjawap. Mempamerkan barisan giginya yang tumbuh agak jarang.

“ Lebai bila lagi nak melawat?”

Aku pulak yang ditanyanya, rungut lelaki itu didalam hati. “ Lepas ni aku kesanalah. Lepas tu aku nak ke masjid.”

“ Liang dah gali ke?” Adi Bulat tidak menghiraukan akan pelanggan yang baru saja masuk kedalam warung. Bukan orang lain. Orang kampung Seri Andak juga.

“ Ntah.... dah agaknya,” sahut Lebai Leman seperti acuh tidak acuh.

Usai membayar harga minuman dan makanannya, Lebai Leman mencapai basikalnya lalu berkayuh perlahan – lahan menuju ke masjid. Hari masih pagi. Namun jalan kampung yang agak sempit masih lagi kosong. Waktu – waktu begini ramai yang sudah ke kebun. Atau mungkin masih ada lagi yang sibuk ‘buat’ tahi mata dirumah.

Seperti kelazimannya dia akan ke masjid untuk membersihkan apa yang patut. Selalunya dua hari sekali. Jika tidak sebelah pagi, dia akan pergi pada sebelah petang. Tidak tentu.

Bunyi keriut rantai basikal mencubit cuping telinganya. Tidak pula dia pasti sudah berapa lama dia tidak menyapu minyak pada rantai basikalnya. Selalunya bila dia sukar untuk mengayuh barulah dia meletakkan minyak. Jika tidak usah harap.

Kebun getah yang dilaluinya pagi itu kosong. Kebiasaannya mereka yang menoreh sudah pulang kerumah masing – masing. Hanya menanti waktu yang sesuai untuk memungut susunya yang bertakung didalam cawan dibatang pokok getah. Pokok – pokok yang ada pun semuanya sudah tua. Susunya tidak banyak lagi. Malahan sudah ada yang patut ditebang dan ditanam baru.

Pun begitu hendak menanam baru bukannya senang. Tidak ada lagi anak – anak muda yang mahu menoreh getah seperti zaman dia muda – muda dulu. Ramai yang sudah berpendidikan. Selepas menghabiskan pengajian ramai yang bekerja dibandar – bandar besar. Anak – anak gadis juga tidak ketinggalan. Ramai yang bekerja dikilang dan dipasaraya – pasaraya besar. Pendek kata jari – jemari mereka sudah canggung untuk memegang pisau toreh. Lebai Leman mengeluh lagi.

Lebai Leman menghentikan kayuhannya sebaik saja dia sampai didepan pintu masuk kawasan masjid. Ada sesuatu menganjal dalam lubuk hatinya. Bola matanya melilau mengawasi perkarangan masjid. Kosong! Yang ada cuma sebiji motorsikal buruk. Tidak pula dia ketahui milik siapa motor disudut tepi bangunan masjid itu.

‘Katanya ada program pagi ni,tak jadik ke?’ hati kecilnya berbisik sendiri. Lebai Leman tidak pasti. Sejak dua hari yang lalu dia sudah diberitahu bahawa ada program anjuran dari Majlis Agama Daerah akan diadakan dimasjid An Nur. Sejak malam tadi pun dia sudah bertungkus – lumus membersihkan kawasan masjid. Baik diluar mahu pun didalam masjid. Dahinya berkerut seribu. Dia tercangak sebentar ditengah – tengah perkarangan masjid yang agak luas itu. ‘Kalau tak jadi kenapa tak diberitahu?’ hatinya merungut lagi. Pelik! Lelaki bertubuh cengkung itu mengaru – garukan kepalanya. Fikirannya berputar – putar cuba mencari jawapan.

Lebai Leman menyorong basikalnya kearah bangsal ditepi masjid. Memang disediakan tempat itu bagi jemaah meletakkan motor dan basikal masing – masing.

Perlahan – lahan dia melangkah mendekati tandas disudut tepi. Menjadi rutinnya dia akan membersihkan tandas itu terlebih dahulu. Kemudian dia akan memeriksa parit disekeliling memastikan tidak ada takungan yang tersumbat. Kadang – kadang orang yang datang dari luar bukannya boleh diharap. Selalu sangat dia jumpa puntung dan kotak rokok didalam longkang. Bila dibiarkan ianya akan menyebabkan parit tersumbat. Bila hujan lebat air akan melimpah keluar hingga naik diatas simen diruang legar masjid. Kalau yang buat feel itu jemaah kampung mudah juga dia menegurnya. Ini orang dari luar. Entah siapa dia tidak pasti.

Pintu ditolak. Lebai Leman memeriksa setiap tandas yang ada didalam. Dia berpuashati. Semuanya didalam keadaan teratur dan bersih. Kemudian dia keluar memeriksa longkang disekeliling masjid. Ketika dia sampai dibelakang masjid dia ternampak Sahak sedang duduk bertenggong dibawah pokok kemboja disudut tepi tanah perkuburan. Dihujung jarinya tersepit sebatang rokok. Manakala tangan sebelah kirinya pula mengesat peluh dimukanya.

Baru Lebai Leman tersedar yang hari itu Cikgu Husesin meninggal dunia. Pasti program pagi itu dibatalkan kerana kematiannya, fikirnya. ‘Biarlah.... hendak buat macam mana’ detik hatinya perlahan. Lebai Leman kemudiannya menyusur menuju kedepan semula.

Ketika dia menginjakkan kakinya ditangga masjid, ada semacam perasaan aneh mula menyelinap disudut hatinya. Perasaannya rasa berat semacam. Seolah – olah ada sesuatu yang kurang enak berlegar disekitarnya. Lebai Leman menoleh kekiri dan kanannya. Tidak pula dia melihat sesuatu yang pelik. Pun begitu hatinya masih lagi digayut dengan rasa kurang senang. ‘Kenapa ni’ hatinya berbisik sendiri.

Seketika kemudian Lebai Leman melemparkan perasaan itu jauh – jauh. Tidak ada kewajaran baginya untuk memikirkan perkara itu pagi – pagi begini.

Permaidani dibahagian luar masjid diperhatikan seketika. Memang jelas warnanya agak kusam tanda sudah berhabuk. Ada baiknya dia membersihkan dahulu bahagian tersebut. Tanpa berlenggah lagi Lebai Leman mengambil vacum cleaner dan memulakan tugasnya pagi itu. Terbongkok – bongkok dia seorang diri. Bunyi mesin hampagas itu memenuhi ruang masjid.

Sedang dia leka dengan kerjanya, telinganya bagaikan menangkap satu bunyi. Lantas dia mematikan mesin hampagas tersebut. Berdiri tegak sambil menoleh kekiri dan kekanan. Ruang legar luar itu diperhatikan seketika. Kosong! Tidak ada kelibat sesiapa pun yang dia lihat ketika itu. Bunyi apa yang dia dengar tadi? Pertanyaan itu berkocak didalam mindanya.

Lebai Leman menyambung semula kerjanya. Sekali lagi ruang sepi itu diisi dengan bunyi mesin hampagas yang bergema kuat.

Lebai Leman terhenti lagi. Mesin ditutup dengan pantas. Bunyi aneh itu muncul lagi. Biar pun tidak jelas namun dia pasti memang telinganya ada menangkap bunyi sesuatu. Apa dia? Sekali lagi orang tua itu tercangak – cangak sendirian. Lehernya dipanjangkan menjengah sesuatu dari ruang legar dibahagian luar masjid. Fikirannya berputar – putar ligat. Beberapa detik dia menunggu namun kali ini tidak pula terdengar apa – apa. Perasaan aku saja ke? Mustahil. Dia belum pekak lagi. Telinganya masih lagi berfungsi dengan baik biar pun umurnya sudah menjangkau usia hampir tujuh puluh tahun.

Didesak dengan rasa tidak puashati, Lebai Leman bergerak. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa punca bunyi tadi. Mesti ada sesuatu ni, dia bermonolog sendiri.

Ketika dia melangkah masuk kedalam, hatinya tersentak. Hampir saja jantungnya gugur kebawah. Perasaan seramnya menjalar menguasai fikiran dan tubuhnya. Tersentak juga dia apabila melihat ada keranda terletak ditengah ruang solat. Segera dia beristhgfar. Dadanya diurut – urut dengan tangan. Cuba meredakan perasaan gemuruhnya.

Kenapa pulak keranda ni ada kat sini, pertanyaan itu berkocak dihati. Kenapa tidak dibawa kerumah arwah Hussein? Lebai Leman tidak mampu untuk menjawap persoalan tersebut. Memang jarang perkara seumpama ini berlaku, hatinya berbisik lagi. Tumpuannya masih lagi pada keranda kayu ditengah ruang solat. Bersendirian dengan keranda menjadikan hatinya tidak enak. Satu perasaan yang datang sendiri tanpa dipaksa – paksa.

Selalunya jika ada kematian, keranda akan terus dihantar kerumah. Bukannya dimasjid. Tetapi kenapa kali ini berlainan benar? Lebai Leman masih tidak dapat menemukan sebarang jawapan. Fikirannya buntu. Akhirnya satu keluhan dilepaskan.

Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri keranda itu. Perasaannya mula berdebar – debar. Dia tidak tahu kenapa, namun itulah yang dirasakan ketika itu. Alah! Tiba – tiba dia memarahi dirinya sendiri. Hendak takutkan apa siang – siang begini. Mana ada hantu muncul waktu – waktu begini, bodoh, fikirnya lagi.

Namun baru saja beberapa tapak dia melangkah kakinya terus terkaku. Ketika itu dia melihat mayat yang sudah siap dikafankan bangun dari dalam keranda. Mata mayat tersebut bulat memandang kearah Lebai Leman.

Wajah Lebai Leman yang terkaku ditengah ruang solat berubah pucat dengan serta – merta. Tubuhnya mengigil. Peluh jantan terus menitik didahinya. Sepasang lututnya mengeletar. Bibirnya juga seolah – olah terkunci rapat. Sepasang kakinya juga bagaikan terpasung dilantai masjid. Bola matanya terarah pada sepasang mata milik simayat.

“ Tolong bukak kan....,” rayu simati dengan suara yang perlahan.

Serentak dengan itu Lebai Leman menjerit sekuat hatinya. Lantas dia berpusing dan berlari menuju kearah pintu masjid. Dengan kudrat yang ada Lebai Leman melompat keluar tanpa perlu mengunakan tangga lagi.

“ Hantu!!!!” nyaring suara Lebai Leman pagi itu membelah kedamaian kampung Seri Andak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.