Home Novel Keluarga November Rain
November Rain
DoubleEtch
24/5/2022 18:14:46
4,914
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 5
Faisal sampai ke Menara Estevan pada awal pagi. Perasaannya bercampur baur. Sepatutnya mereka bertemu untuk sarapan. Tetapi Daeng Estevan telah membatalkan pertemuan di luar. Faisal boleh mengagak Daeng Estevan panas hati dengan dirinya setelah pertemuan tidak sengaja mereka di kelab beberapa minggu sebelum dia terbang ke Amerika. 


Terus sahaja dia menuju ke bilik Daeng Estevan. Pemuda yang berbangga dengan asal usulnya dari Kepulauan Sulawesi dengan Mexican-Italian di sebelah bapanya.


“Abraham Ledyard ni nak buat hal…” ucap Daeng,membuka bicara. 


Siapa tak kenal Abraham Ledyard – dia dikenali dengan gelaran The Whisper. Dia adalah salah seorang pemain industri dalam bidangnya yang berjaya sejak dia menemui mekanisme untuk menyelenggarakan sisa dengan efisyen. 


“Aku tahu.” Kata Faisal. “Pihak berwajib sudah menerima cadangan dari The Whisper…” 


 “Aku tahu kau tahu apa yang kita perlu lakukan.” Tutur Daeng perlahan. 


“Mereka bukan meluluskannya lagi…Abraham baharu saja membuat cadangan…"


Faisal mengetat bibir. Dia tahu Daeng Estevan tidak suka kawasannya diganggu gugat. 


 “Jika kau tak mahu melakukannya, aku pasti ada orang lebih layak duduk di tempat kau itu.” Sambung Daeng Estevan. 


 “Kita pastikan cadangan mereka ditimbus sahaja.” Kata Faisal.


“Itu perkara paling lemah yang aku terima dari kau. Aku sangka kau akan kambus Abraham.”


Mata mereka berpandang. Faisal tidak tergugat. Dia bertahan menentang pandangan tajam Daeng Esteven. 


 “Aku akan usahakan. Yang pasti aku pastikan cadangan dia itu menemui kegagalan. Tanpa sebarang nyawa yang melayang…"


Daeng Estevan mencemik. 


“Yes. Ini dia semangat kau yang aku kagumi. Yang aku yakini mampu menyelesaikan sebarang ancaman. Dan aku yakin mampu jadikan kau lelaki berjaya.” 


Faisal angkat bahu. 


 “Success is not accidental. Aku pegang itu. Aku akan pastikan tugasan itu jadi kenyataan. Kau akan berterima kasih dengan aku nanti,” tutur Faisal. “Peace of cake!” 


"Aku tak mahu kau cakap kosong. Ingat, kau tahu aku tak terima TIDAK untuk jawapan. Jadi jika cara kau gagal, aku ada cara yang lebih pantas. Dan seratus peratus kalis gagal.” Daeng berdiri, isyarat menghalaunya keluar dari bilik pejabat yang besar itu. "By the way, keep your mouth shut, your eyes open, your fly zipped and do what you are told."


Bagai ditampar, Faisal melangkah keluar dengan perasaan membara.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DoubleEtch