Home Novel Cinta PROPOSAL CINTA Q LADY
PROPOSAL CINTA Q LADY
EMELLDA M.A
17/11/2018 22:25:36
4,984
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Suasana sekitar Sogo memang sentiasa sesak jika musim cuti sekolah. Jadi tidak hairanlah kalau Yuhana mengambil masa yang lama untuk mencari tempat untuk parkir kereta. Pada mulanya, malas Yuhana nak melayan kerenah Q Lady a.k.a Tengku Qhaira yang kononnya teruja nak pergi jalan TAR ini. Tapi apabila Q Lady bagitahu niatnya untuk mencari tudung yang sesuai. Terus sahaja Yuhana bersetuju tanpa berfikir panjang.

Kebelakangan ini, Yuhana perasan yang Q Lady cuba berjinak-jinak untuk menutup mahkota rambutnya yang ikal itu dari pandangan mata umum. Baguslah begitu, semoga niat suci itu akan mengubah penampilan Q Lady agar menjadi muslimah sejati.

Seusai berlegar-legar selama sejam di Jalan Tar, Tengku Qhaira memaut lengan Yuhana erat.

“Aku penatlah Yue. Jom kita cari tempat duduk.”

“Aku haus.” Yuhana bersuara lemah.

“Okey. Apa yang dihajati pun dah banyak beli. Jom kita makan dulu. Tapi kau tunggu kejap. Aku nak beli novel baru kat kedai buku tu.”

“Okey. Cepat Q. Aku perlu recharge tenaga aku segera. Jangan nanti kau pula yang perlu angkut aku.”

“Tak kuasa aku angkut kau. Kalau kau pengsan aku call ambulance. Tak pun suruh mana-mana foreigners yang macho itu angkat kau. Kalau teringin sangat. Maka dipersilakan pengsan.”

Yuhana melihat jari telunjuk Q Lady yang terarah ke arah beberapa orang lelaki Bangladesh yang ada berdekatan mereka.. Scary pula Yuhana melihat mereka tersenyum manis ke arahnya.

“Q, jangan tinggal aku lah.” Panjang langkah kaki Yuhana mengejar Tengku Qhaira yang sudah tersenyum manis.

Tiba-tiba…

Yuhana tidak berkelip memandang seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka. Yuhana perasan yang lelaki itu kerap memandang Tengku Qhaira yang sedang sibuk di kaunter bayaran. Kacaknya lelaki ini mendebarkan jantung hati Yuhana. Teguhnya tembok hati Q Lady sampai pandangan menggoda itu pun mampu diabaikan begitu sahaja. Beku.

“Q, mamat tadi tu pandang ko lah. Dia makin datang dekat. Ya Allah, handsome nya dia. Macam Keenu Reeves siot.”

Q Lady berpaling sambil menjeling tajam ke wajah Yuhana.

“Sharifah Yuhana Syed Quhairi. Kau buat perangai gedik tu lagi, aku report pada umi dan walid. Biar dipinangkan mana-mana anak teruna minta dinikahkan pada puteri bongsunya yang dah gatal sesangat ni. Yang kau pergi main mata dengan mamat tu dah kenapa. Lantak dialah nak pandang sampai terjojol biji mata ke apa. Ada kau nampak aku kisah? Setakat ini, hati Q tak dapat disentuh oleh mana-mana lelaki.”

Yuhana sudah tarik muka masam sebab kena sound kaw kaw dengan Q Lady.

“Assalamualaikum.”

Tengku Rafiqi Hayy memberi salam pada Q Lady dan Yuhana. Tertib sungguh tingkah Tengku Rafiqi Hayy. Nampak sangat anak kerabat yang hidup penuh protokol.

“Waalaikumussalam. Ye, Ku Hayy. Dengar cerita baru pulang dari umrah. Nenda sihat?” soal Q Lady tanpa memandang wajah Tengku Rafiqi Hayy.

“Kalau iyer pun nak bertanya, cuba pandang wajah tampan abang ni. Bukan kena bayar pun. F.O.C sahaja. Nenda sihat. Abang yang tak sihat. Rindukan Q setiap masa. Q, abang nak masuk meminang Q.”

“Tolong jangan ungkit lagi hal tu. Q dah bagi jawapan pada abang. Hati Q tak rasa apa-apa pada abang. Jangan sampai Q hilang hormat.”

Tengku Rafiqi Hayy mengeluh. Wajahnya kembali mendung kerana hasrat hatinya ditolak mentah oleh Q.

“Q, abang tak minta banyak. Abang cuma harap agar Q tak mencipta jurang antara kita. Abang mohon bagi abang peluang dan ruang. Abang betul-betul cintakan Q. Abang sanggup buat apa sahaja untuk Q.”

Q Lady memejamkan matanya.

“Jauhkan diri dari hidup Q. Hilangkan hasrat hati untuk memiliki cinta Q. Jadi Q akan dekat dengan abang macam dulu-dulu. Selagi Q dapat rasa perasaan abang pada Q begitu, selagi itu Q takkan layan abang macam dulu. Cukuplah. Q tak nak bagi abang harapan. Hati Q bukan untuk abang. Harap abang faham. Kalau abang sayangkan Q. Carilah bidadari cinta yang lain. Sebab Q tak sesuai untuk abang.”

“Abang tak pernah memaksa Q. Tapi abang harap jangan kerana abang, Q jauh dengan nenda. Nenda rindukan Q. Datang jenguk nenda. Abang takkan paksa Q. Selagi Q bukan milik sesiapa. Selagi itu abang berharap agar hati Q berubah dan boleh terima abang.”

Q Lady mengeluh perlahan.

“Nanti Q jenguk nenda. Q datang dengan Yuhana. Q pun memang rindukan nenda. Q minta maaf kalau Q dah buat abang sedih. Tapi soal hati Q tak boleh nak paksa diri. Q tahu nenda nak Q dan abang bersatu. Tapi itu hanya hasrat mereka. Ayahanda dan bonda tak memaksa. Jodoh Q adalah pilihan Q sendiri. Q tak boleh memaksa diri untuk terima abang demi nenda.”

Tengku Rafiqi Hayy tersenyum menutup rasa hati yang parahnya hanya dia sendiri yang merasa.

“Abang faham. Cuma tolong jangan buat abang macam orang asing. You are my childhood friend. Abang tak mahu soal hati, cinta dan jodoh ini buat kita makin jauh. Abang rela lupakan niat abang dengan syarat Q dekat dengan abang macam dulu.”

Q tersenyum manis.

“Q takut. Abang baik sangat. Q takut hati Q berubah menerima abang tapi kerana simpati. Abang layak dapat cinta sejati daripada gadis lain yang lebih pandai menghargai abang.”

Tengku Rafiqi Hayy tersenyum.

“Sudahlah Q. Abang takkan paksa Q. Lagipun abang takkan terima akad itu kalau Q hanya terima abang sebab simpati atau terpaksa. Abang rindukan kawan baik abang yang dulu. Yang petah. Yang gila-gila. Yang garang.”

Q Lady sudah ketawa manis.

“So, who is the beautiful lady beside you?” Soal Tengku Rafiqi Hayy sambil menjatuhkan pandangannya ke wajah Yuhana yang sudah tersipu malu.

“Yuhana. Sejak tadi matanya tak berkelip tenung wajah abang. Katanya, wajah abang mirip Keenu Reeves pelakon kesukaannya. Itu yang matanya tak lepas memandang tu.”

Yuhana terkedu apabila Q Lady berkata begitu pada Tengku Rafiqi Hayy. Sudahnya, Yuhana hanya tersenyum sumbing bagi menutup rasa malunya.

“Jangan risau Yuhana. Q ni mulutnya memang begini. Tapi kalau Q tak bagitahu pun, saya tetap perasan yang Yuhana memang tak berkelip-kelip pandang saya. Jangan tenung saya begitu lagi. Nanti gugur pula iman saya.”

Q Lady memandang Yuhana dan Tengku Rafiqi Hayy silih berganti. Kalau benar Tengku Rafiqi Hayy terpesona dengan Yuhana pasti Yuhana melompat kegirangan tak ingat dunia. Hati Q pun akan tenteram tanpa rasa bersalah pada Tengku Rafiqi Hayy.

“Q. Jom teman abang makan malam. Ajak Yuhana sekali. Abang lapar.”

“Abang ni memang kuat makan tau. Kalau jumpa Q aje mesti ajak makan.”

“Habis ajak dating nanti Q mengamuk pula. Jauhkan diri lagi.”

Q Lady menepuk lengan Tengku Rafiqi Hayy perlahan.

“Jom Yuhana. Kalau tunggu habislah berbirat badan saya. Kawan baik awak ni kaki pukul. Kalau dulu memang sakit-sakit badan saya kena pukul bila Q nak lepaskan geram. Pantang ada masalah mesti saya yang dia terjah. Harap Q akan sentiasa ingat yang abang pun kawan baik Q juga sejak zaman kanak-kanak lagi. Abang tak nak hilang Q. Abang tak mampu lupakan kenangan zaman kanak-kanak kita.”

“Jomlah. Tengku Rafiqi Hayy ni, kalau perutnya tak dibagi makan nanti overacting pula. Nanti ada pula yang buat drama air mata kat sini.”

Mereka bertiga beriringan ke Bangunan Maju Junction. Q dan Yuhana hanya menuruti langkah Tengku Rafiqi Hayy. Q rasa amat gembira sebab ada dua sahabat karib yang menemaninya hari ini. Jauh di sudut hati, Q rindukan Tengku Rafiqi Hayy. Tapi Q menjauhkan diri sebab tak mahu Tengku Rafiqi Hayy lebih terluka.

Namun sebaliknya yang berlaku. Tengku Rafiqi Hayy lebih terluka jika Q buat tak tahu. Q menjauh buat Tengku Rafiqi Hayy sedih. Nenda pun sedih juga. Q bertekad tak mahu lari dari masalah lagi. Q perlu tegas menyatakan perasaan hati. Q mahu semua orang tahu yang Tengku Rafiqi Hayy sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri. Apatah lagi Q anak tunggal. Tengku Rafiqi Hayy sahaja sepupu merangkap abang kesayangannya sampai mati.

 

***

Tengku Rafiqi Hayy memandang potret Qhaira tidak berkelip. Kenangan semasa keluar dengan Qhaira siang tadi begitu mencambah rasa rindu yang mendalam. Qhaira tak pernah berubah.

“Rafiqi.” Nenda sudah bersuara keras.

Sungguh Tengku Marya tidak suka melihat Tengku Rafiqi Hayy berkhayal begitu. Melihat wajah Tengku Rafiqi Hayy yang muram umpama merobek hati sendiri. Tengku Marya memang faham sangat dengan tingkah cucu sulongnya ini. Pasti jiwanya merindui Qhaira.

Nenda menepuk bahu Tengku Rafiqi Hayy kuat.

“Nenda. Buat apa kat sini? Tak tidur lagi?” Tengku Rafiqi Hayy sudah memeluk manja lengan nenda.

Nenda tersenyum.

“Ingatkan Qhaira?”soal nenda sambil merenung wajah Tengku Rafiqi Hayy.

Tengku Rafiqi Hayy hanya mampu tersenyum. Tidak mampu membalas persoalan nenda.

“Tadi Fiqi terserempak dengan Qhaira. Masih cantik nenda. Malah bertambah cantik. Tapi bukan kecantikan yang Fiqi selalu bayangkan. Tapi telatah Qhaira yang selamba dan simple itu yang sentiasa memberi getar dalam jiwa Fiqi.”

Nenda memeluk bahu Tengku Rafiqi Hayy erat.

“Nenda tahu. Tadi Qhaira dah bagitahu.”

“Qhaira datang jumpa nenda?”

Nenda menggeleng.

“Tengku Qhaira telefon nenda. Bertuah punya cucu. Dah lama menghilang. Tup.. Tup.. Telefon tanya khabar. Rupanya terserempak dengan Fiqi. Kalau tak terserempak dengan Fiqi, agaknya sampai bila cucu perempuan yang seorang ini akan bertanya khabar. Entah-entah nenda tutup mata pun belum tentu dia nak datang.”

Nenda tersenyum sayu.

“Nasib baik, nenda ada cucu lelaki yang sentiasa ada untuk nenda.”

Tengku Rafiqi Hayy mencium tangan nenda.

“Qhaira pun rindukan nenda. Mungkin Fiqi yang jadi penghalang pada hubungan nenda dan cucu perempuan kesayangan nenda ini. Nenda bukan tak kenal angin Qhaira tu macam mana. Sejak nenda bersuara mahu kami bersatu Qhaira semakin jauh dari kita. Nenda…”

Tengku Rafiqi Hayy memegang kedua-dua belah tangan nenda sambil merenung wajah nenda penuh pengharapan.

“Nenda. Jangan paksa Qhaira lagi. Tak perlu memaksa Qhaira menerima Fiqi.”

“Tapi Fiqi cintakan Qhaira. Nenda tak boleh tengok Fiqi bersedih.”

“Fiqi akan lebih sedih jika Qhaira jauh dari Fiqi. Jadi Fiqi harap sangat yang nenda tak sebut lagi hal ini pada Qhaira. Fiqi mahu rapat macam dulu dengan Qhaira. Fiqi sanggup hilang cinta Qhaira tapi bukan kasih sayang Qhaira untuk kita.”

Nenda mengangguk perlahan.

“Baiklah. Nenda ikut cakap Fiqi. Tapi dengan satu syarat.”

“Apa syaratnya nenda?”soal Tengku Rafiqi Hayy.

“Buka hati untuk perempuan lain. Dalam masa yang sama, cuba dekat juga dengan Qhaira macam dulu. Boleh?”

“Itu juga yang Fiqi inginkan nenda.”

Mereka sama-sama tersenyum.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.