Home Novel Cinta PROPOSAL CINTA Q LADY
PROPOSAL CINTA Q LADY
EMELLDA M.A
17/11/2018 22:25:36
4,998
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG

Q Lady a.k.a Queen Lady…

Itu adalah gelaran untuk Tengku Qhaira Tengku Fateh. Gadis lincah yang  penuh dengan  keletah luar alamnya. Gadis cantik persis bidadari yang seksi dan menjengkelkan hati. Dalam kasarnya tingkah tetap juga hati sesuci embun pagi. Hanya yang mengenali sahaja merasai ketulusan hati dan budi seorang Q Lady.

Q Lady meluru mendekati Syed Uzair yang sedang asyik membaca novel inggerisnya. Mata Q melilau mencari telefon bimbit Syed Uzair. Q tersenyum sinis saat terpandangkan telefon itu di atas dada bidang Syed Uzair.

Q tanpa segan silu duduk di sebelah perbaringan Syed Uzair. Hampir meloncat lelaki itu kerana terkejut dengan kehadiran Q. Pantas sahaja tangan Q mencapai telefon bimbit Syed Uzair yang tercampak ke tepi pahanya. Jemari runcing Q sempat mendarat ke peha Syed Uzair. Q sekali lagi tersenyum sinis apabila Syed Uzair mengelak.

Syed Uzair terkedu apabila Q dengan sengaja mencampak telefon bimbitnya ke dalam kolam renang. Ternganga Syed Uzair melihat telefon bimbitnya tenggelam terus di dalam kolam renang. Yuhana yang ada berdekatan menekup mulutnya. ‘Perang dunia ketiga mahu bermula. Ya, Allah. Semoga tidak ada yang hilang nyawa.’ Yuhana hanya mampu berdoa di dalam hati.

“Uzair. Q tunggu Uzair daripada pagi sampai ke petang di Kafe Kirana. Macam patung tahu tak? Habis mekap Q tau. Ingat senang ke Q nak sabarkan diri tunggu kat situ selama 8 jam. Uzair jangan buat Q macam tak ada perasaan. Boleh tak telefon atau mesej bagitahu Q yang Uzair tak dapat datang. Setidak-tidaknya whatsapp Q. Telefon bukan main canggih tapi langsung tak berfungsi,”luah Qhaira dengan suara yang agak nyaring. Seandainya keluarga Syed Uzair tinggal di kawasan perumahan pasti satu taman boleh dengar suara bakal isteri kesayangan  yang tidak puas hati dengan perlakuannya.

 

Q Lady merenung tajam wajah Syed Uzair. Hatinya berasa remuk redam umpama tempayan yang pecah berkecai disepak oleh orang yang lalu-lalang. Bertambah sakit hati Q apabila Syed Uzair bangun dan meluru pergi begitu sahaja.

 

Q tarik nafas panjang. ‘Minta nyawa sungguh. Selamba sahaja mamat muka hensem ni angkat kaki. Padahal, dia belum habis berunding lagi. Tapi berunding ke begitu? Bukan macam gangster ke? Lantaklah.’

 

Yuhana geleng kepala. Q Lady ni nak ajak Syed Uzair menikah tapi macam ajak pergi perang pula. Nasib kaulah abang tersayang sebab menjadi pujaan Q Lady yang baran. Jangan tak tahu, Q Lady walaupun berkelakuan bengis begitu tetap hatinya selembut tisu. Iyer ke, tapi kalau ditilik macam berhati batu pun yea juga.

 

Yuhana mengerling pandang ke wajah Q Lady yang sudah merah wajahnya menahan marah. Seriau pula Yuhana melihat wajah cantik itu. Umpama melihat percikan bunga api. Cantik di pandang dari jauh. Tapi jika dekat pasti menyakiti diri.

 

“Yuhana, kau bagitahu abang kesayangan kau. Hujung minggu ni rombongan meminang Ku Fateh akan datang meminang Syed Uzair untuk dijadikan suami pada puteri tunggalnya, Q Lady. Titik. Tak ada koma, tanda seru atau tanda soal. Kalau dia menolak nanti. Aku humban dia dalam penjara cinta aku sampai mati. Biar hidup dalam mati.”

 

“Tapi Q, Syed Uzair tu kepala batu. Kau dengan dia memang dua-dua macam hantu. Memang patut tak sebulu. Mana tidaknya, kalau Syed Uzair tu gunung berapi maka kau umpama lahar dan magmanya. Seriau aku nak masuk campur perang dingin korang berdua ini. Walaupun Syed Uzair tu, abang aku. Kau ingat dia tu lembu? Mudah untuk aku tarik pada pengembala sekejam Q Lady. Nasib kaulah sebab jatuh cinta pada Syed Uzair yang tepu tu. Aku tak nak masuk campur. Silap haribulan Syed Uzair tambat kaki aku, gantung kaki kat atas dan kepala ke bawah pada pokok mangga depan rumah aku tu. Scary tahu...”

 

Q Lady berpaling merenung tajam ke wajah Yuhana.

“Kau tahu scary? Sekarang aku nak tanya, kau takutkan Syed Uzair atau Q Lady? Kau kata Q Lady adalah sahabat dunia akhirat. Tapi minta tolong sikit sudah berkira. Apa sangatlah yang Syed Uzair tu boleh buat pada adik bongsu kesayangan keluarganya ini? Kalau tak boleh bagitahu tak apa. Nanti aku bagitahu walid sendiri.

 

Yuhana terkedu.

‘Pulak dah. Aku juga yang salah. Bagitahu walid? Eh, walid tu bapa aku. Bukan bapa dia. Tengku Qhaira ni biar betul. Apa kata Tengku Fateh nanti. Adoiii, sakit otak aku dengan Queen Lady ni. Suka ikut kepala mereng dia.’

 

Ke kanan salah, ke kiri lagi salah. Yuhana memandang wajah Qhaira resah.

 

“Tak payah nak buat muka seposen begitu. Hati aku sedikit pun tak terusik. Hati aku ni masih berapi dengan perangai abang kau. Silap haribulan marahkan Syed Uzair, kau pula yang aku karate kan.”

 

Yuhana tersenyum kelat.

 

“Dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, kenapa Syed Uzair yang kau terpaut Q. Aku bukan nak mengata keturunan sendiri. Tapi Syed Uzair tu tak pandai layan perempuan. Makan hati kau nanti.”

 

Qhaira tersenyum manis. Mata Qhaira berseri-seri menambahkan gusar di hati Yuhana. Cinta apa yang datang menerjah kotak hati Qhaira ini, kalau si kekasih hati ibarat musuh di medan tempur. Asyik berkelahi bila masa cinta mahu bersemi?

“Kau patut berbangga sebab Syed Uzair menjadi pilihan aku.”

Previous: INTRO
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.