Bab 11

Itudia, Adin, dia sedang menarik leher baju entah siapa dan bersuara kuat.

“Kau menjualnya pada siapa!!” suara Adin lantang memecah ke lorong.

Bukan Adin sahaja, ada dua orang lagi lelaki yang berada sedang menjadi pemerhati.

“Cakap!!”

“Akutak... tak ingat...” jawab lelaki itu ketakutan.

“Apayang tinggal...” suara Adin merendah sedikit.

Perbualan mereka semakin perlahan sehingga aku tidak dapat mendengar. Aku cuba memasangtelinga dan menggerakkan sedikit kepala mahu melihat Adin. Dia sedang bercerita dengan lelaki yang lain dan kemudian, lelaki muda berkulit gelap yang dicekiknya tadi baru sahaja keluar dari pintu belakang yang menjadi sumber cahaya tempat di mana tiga orang lelaki berdiri termasuk Adin.

“Inisaja?” tanya Adin.

Lelaki muda itu menunduk-nundukkan kepalanya seperti takut, gaya itu sama seperti dengan tingkahku setiap kali terpandang Adin berwajah serius. Adin menyimpan sesuatu di dalam poket seluarnya. ‘Aku patut kembali ke kereta, Adin sedang sibuk,’ bagaimanapun belum sempat aku memikirkan cara hendak kembali ke kereta tiba-tiba lenganku dicengkam kuat.

“Hei,buat apa di sini!” bentak seorang lelaki berbadan besar dan juga berkulit gelap.

“Erhh...”aku dihujani rasa takut. Wajah lelaki itu bukan sahaja gelap tetapi menakutkan.Pantas aku berpaling kepada Adin yang turut berpaling serentak dengan dua lelaki bersamanya. Mata Adin mengecil melihat aku berdiri ketakutan tidak jauh dari tempatnya. Lututku bergetar, aku bimbang kalau tercetus pergaduhan pula. Ketika Adin sudah berdiri di sebelahku nafasku hampir tersekat kerana takut.

“Dia datang dengan aku,” katanya.

“Ohh...”kemudian cengkaman lelaki hitam pada lenganku terlepas.

Dengan pandangan Adinnya yang menggerunkan lenganku beralih pemangsa oleh tangan lebar Adin yang mencengkam lebih kemas dan berunsur kemarahan sebelum aku dibawa keluar dari lorong gelap itu.

“Apa kau buat di situ!” katanya kasar dan memandang tajam.

“Aku cari kau, aku risau kau tak datang semula...” jawabku takut-takut.

Dia menghela nafas seakan menahan kemarahannya dan dengan nada perlahan dia memintaku masuk ke dalam kereta. “Masuk dan duduk diam-diam.”

Sepanjang kereta bergerak aku menunduk sambil mengait-ngait jari-jariku. Rasa bersalah semakin menyelubungi dari jalanan sehinggalah tiba di kondo. Adin sedikit pun tidak mahu bercakap dan itu sangat menambah rasa bersalahku. Tetapi biar macam manapun, aku yang masih belum jelas tentang semua keadaan sangat-sangat memerlukan penjelasan, aku perlu tahu apa yang berlaku terutama yang berkaitan tentang aku cuma sikap Adin yang selalu menutup mulut buat aku menjadi seseorang yang bersikap ingin tahu melebihi dari apa pun sikap yang ditunjukkannya.

Selepas enjin kereta dimatikan Adin melangkah keluar. Dia  mendahului ketika masuk ke dalam kondo sambil dia menggulung lenganbaju hingga ke siku.

“Sorry...”ucapku. “Aku bersalah,” dan kata-kataku berjaya menghentikan langkah kaki Adin.Dia terus berpusing, Mata hitamnya tepat ke wajahku yang turut tersentak dan kaku berdiri. Oh tidak, dia betul-betul marah.

Tanpa sempat mengelak aku terdorong ke belakang ketika Adin mendekat dengan pantas.Tubuhnya merapat kepadaku menyebabkan aku seperti sukar bernafas dan tercengang dengan mulut terbuka. Suaranya mendesis...

“Kautahu, kau perempuan paling mudah terjebak dalam bahaya!” nada marahnya bagai jarum tajam yang menusuk.

“Aku...aku...”

“Berapa banyak lagi kesilapan yang kau cuba buat lepas ni?” soalnya dengan mata yangmembakar jantungku hingga degupnya tidak stabil.

“Apa maksudmu?” soalku tidak percaya. Adakah dia sedang menilai apa yang telah akubuat. Aku ingin tahu sebab aku jelas tidak tahu.

Kening Adin hampir tercantum dan matanya pula langsung tidak berkelip.

“Pertama,begmu dicuri sebab kau leka. Kedua, kau menyeberang jalan tanpa menyedaribahaya. Ketiga, kau melanggar arahanku supaya kekal dalam kereta!” jelasnyaterdesak. “Sudah tentu kau seorang yang cuai juga sebelum ini...”

“Aku risaukan kau. Aku takut manalah tahu kau tiba-tiba pengsan di lorong tadi,” akucuba memberitahunya kenapa aku berada di lorong itu.

Adinmendengus geram, kemudian tangannya terangkat, kepalaku mengelak ke kenan kerana menyangka dia hendak memukulku tetapi tidak sebaliknya aku merasakan tapak tangan Adin menyentuh pipiku lembut. “Jangan sesekali risaukan aku. Kau patutmemikirkan dirimu sekarang, kau fikir kau boleh lari kalau aku bertindak luarbatasan?” dia ketawa dengan bibirnya diketap.  “Aku sudah terbiasa mengawal diriku, aku sudahterlalu biasa mengawal keadaan sekitarku tapi aku akan hilang kawalan dirikalau kau tidak berhati-hati dengan semuanya.”

Kemudian tangannya jatuh dan Adin segera meninggalkan aku yang masih bersandar pada dinding merasakan suatu perasaan aneh muncul dalam diriku. Aku memegang pipiku yang masih berbekas sentuhan tapak tangannya yang lembut itu. Semua kata-katanya masuk ke dalam fikiranku dan setiap perkataannya aku hafal sebagai ingatanku nanti. Sebagai peringatan!

Aku ikut masuk ke dalam bilik dan membiarkan kegelapan memenuhi ruang. Hanya cahaya dari bangunan tinggi pada jarak yang tidak berapa jauh menjadi sumber pemandangan. Ketika berbaring mengiring menghadap tingkap kaca yang besar fikiranku masih dihuni bayangan wajah tegang Adin. Aku tidak mengerti sebahagian dari kata-katanya tadi tetapi aku menyedari yang aku sudah hilang akal... perasaan apakah pula yang sedang mendatangi hatiku pada malam ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.