Home Novel Cinta Cinta Tanpa Syarat
Bab 40

ARIL yang baru pulang dari kerja tersandar di sofa. Kepulangannya langsung tidak disedari Hannah. Kusyuk sangat menghadap laptop sambil meniarap di atas sofa. Patutlah tidak dengar bunyi enjin kereta, dia memasang earpiece rupanya. Aril sengaja tidak memanggil Hannah. Dia hendak Hannah sedar sendiri.

Habis sudah episod ke 16 Boys Before Flowers lakonan Lee Min Ho. Inilah kali ke sepuluh dia menonton drama ini. Walaupun ditonton berulang-ulang kali, dia tetap tidak jemu. Hebat betul aura Lee Min Ho. Sekarang sudah jam berapa, Aril tidak pulang-pulang lagi? Baru saja dia mahu melihat jam di laptop, dia terlupa yang dia sudah mematikan laptop itu.

Hannah bangkit untuk melihat jam. Apabila dia pusing, terkejut beruk dia melihat Aril duduk berpeluk tubuh di sofa sebelah.

“Arghhh!”

Aril ini tak habis-habis nak beri dia serangan jantung. Tahulah Aril malas mahu melihat muka dia tetapi tidak perlu rasanya membuat kejutan seperti ini selalu.

“Awak ni agaknya nak saya mati cepat kan! Suka sangat terperanjatkan orang.” Marah Hannah, mengurut dada.

“Hey, awak yang tak sedar saya balik okey. Layan sangat lelaki mata sepet tu.” Aril melawan.

“Dah lama ke awak balik?”

“Kalau buat kek, dah siap agaknya.” Aril menjawab degan riak yang tidak puas hati. Biar Hannah tahu yang dia tidak berapa senang.

“Nak makan ke?”

“Awak masak ke? Eh saya lupa, awak tengok drama tu boleh kenyang kan. Lupalah...lupa.” Sindir Aril, menepuk-nepuk dahi sendiri.

Hannah mengambil kusyen di sebelahnya lalu mencampak ke muka Aril. Dia tersenyum puas melihat bantal itu mengena ke muka Aril. Padan muka. Sindir aku lagi.

“Apa ni main campak-campak bantal? Masak apa?” perutnya sudah bergendang sedari tadi.

Hannah tidak menjawab. Dia bingkas ke dapur untuk memanaskan sup nasi ayam yang telah dimasak petang tadi. Hari ini dia memasak nasi ayam yakni ayam teriyaki. Inilah kali pertama dia mencuba masak ayam teriyaki. Tadi dia sudah merasanya, rasanya enak. Tidak tahulah pada tekak Aril yang cerewet itu. Balik kerja muka masam, nak sindir-sindir orang. Sewel sangat!

“Eh saya cakap dengan awak ni...”

Aril juga bangun untuk ke meja makan. Setiap kali dia memandang wajah Hannah, dia akan teringat kejadian tadi. Menyakitkan hati betul. Sebab itulah angin dia tidak betul sikit hari ni. Lagi-lagi apabila meningati Hadi yang tergelak sakan.

“Sedap tak?” tanya Hannah tatkala melihat Aril menambah ayam teriyaki yang dimasaknya.

“Bolehlah. Biasa-biasa aje.” Jawab Aril acuh tak acuh.

Ego! Ego tahap maksima. Tambah nasi sudah dua kali, ambil ayam sudah tiga porsi tetapi kata biasa-biasa saja. Memang dia tidak mahu memuji masakkan Hannah sedap. Seperti dikatakan tadi, Aril angin satu badan.

Selesai makan malam, masing-masing membuat hal sendiri di bilik. Hannah membaca novel dan Aril? Entahlah, di bilik belajarnya. Apa kena dengan Aril agaknya hari ini. Malas dia mahu ambil tahu. Sudahlah tadi sindir-sindir orang. Ah geram! Rasa macam nak cepuk saja mukanya yang kacak tak seberapa itu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi petikan gitar. Adakah Aril yang memetik? Malam-malam begini hendak bermain gitar?

Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu

Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu

Dan dirku untuk kamu

Belum pernah ku merasai begitu

Semua itu telah berlalu , harapan ku palsu

Dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu...

Belum pernah ku ingin terus ku terus menunggu

Tercenggang Hannah mendengar suara Aril. Tidak percaya dengan kenyataan di depan mata. Tak depan sangatlah apabila ada tembok sebagai pemisah. Hebatlah suara lelaki ini. Boleh dibuat dodoian untuk tidurnya. Sangat merdu! Untuk seketika, Hannah terleka. Terleka kerana terkesima.

“Arghhhh!”

Mendengar jeritan Aril yang tidak semena-mena, lamunan Hannah terhenti. Tadi elok saja dia bernyanyi, sekararang ini terjerit-jerit pula. Aril menjerit sekali lagi, kali ini lebih kuat. Panik, Hannah terus naik dan bergegas ke bilik Aril. Apabila dia sudah memasuki bilik Aril, dia terlihat lelaki itu berdiri di atas katil sambil memeluk gitar. Sudah kenapa?

“Kenapa ni?” pelik Hannah melihat Aril terloncat-loncat di atas katil. Sudah seperti cacing kepanasan.

“Tu! Tu! Bawa dia keluar cepat!” gesa Aril sambil menunding jari pada sesuatu.

Gila ke apa Aril ni? Gaya seperti dirasuk saja.

“Ada apa? Cakap betul-betul boleh tak?” Hannah sudah naik angin.

“Arghh! Cepatlah tolong! Yang tercegat dekat situ buat apa!” Aril menjerit-jerit.

Curiga, Hannah ke arah yang ditunding Aril. Melihat ‘makhluk’ yang menghantui Aril sampai ketakutan sebgitu sekali, dia tertawa. Itulah, lain kali cakap besar lagi.

“Bawa keluarlah lipas tu cepat Hannah!!” Aril semakin tidak tahan.

Dia geli! Berilah dia apa saja asalkan bukan lipas. Boleh lari satu kampung dia jika diberi lipas.

“Kalau saya tak nak?” cabar Hannah. Akhirnya, Aril kalah di tangan lipas yang kecil molek. Kalau dibandingkan dengan Aril, memang lebih dari 100 kali besarlah Aril itu.

“Alah tolonglah. Arghhh! Dia makin dekat! Cepatlah! Hentak dia ke apa ke. Tendang dia keluar. Cepat Hannah!”

Hannah tertawa terkekeh-kekeh. Sungguh, reaksi Aril tidak boleh dijual beli. Memang lucu.

Can you stop laughing and get moving?” Aril semakin geram dengan Hannah yang langsung tidak menolong. Sudahlah lipas itu mendekat. Andai lipas itu terbang, dia tidak akan teragak-agak untuk terjun. Terjun ke mana? Terjun dari katil! Hah, herolah sangat.

“Eii saya pun gelilah. Nak buat apa ni?” Hannah bertanya.

“Ambil...hah surat khabar tu! Hentak dia ke tolak dia keluar dari bilik saya!” Aril terjerit-jerit memberi arahan apabila lipas itu mulai mendekati katil.

Dengan tiga kali hentak, lipas itu mati dan berjaya dibawa keluar oleh Hannah. Sebenarnya dia juga geli tetapi melihat Aril sebegitu, telinganya jadi sakit. Kata saja lelaki, badan besar, jiwa kecil. Memang tidak sepandan!

“Aril lipas!” Hannah menayangkan pemadam Aril yang kebetulan di atas meja di hadapan muka lelaki itu.

Apa lagi? Aril terjerit bagai nak rak. Jika anak tekaknya boleh terkeluar, agaknya sudah lama ia terkeluar. Tidak tahan dengan Aril yang aksi mengalahkan perempuan.

It’s not funny! You watch out!” Aril memberi amaran.

Kini, pecah tembelangnya kerana Hannah sudah tahu kelemahannya. Benggang! Apa lah nasibnya harus terjerit-jerit meminta tolong di hadapan Hannah. Seorang wanita. Memang malu teramat sangat. Mana hendak letak muka ini?

Whatever.” Balas Hannah tidak kuasa. Yang dia tahu, dia seronok menggelakkan Aril hari ini.

“Eh tunggu, ambilkan Nescafe saya dalam peti ais.” Pinta Aril apabila Hannah berdiri di pintu, mahu keluar.

Apabila sudah memastikan Hannah sudah turun ke bawah, Aril masuk ke dalam bilik Hannah. Remote control penghawa dingin itu diambil dan direndahkan suhunya daripada 24 kepada 18 degrees celcius. Biar mati kesejukkan Hannah ni di dalam. Rasakan!

Tatkala Nescafe itu bertukar tangan, Aril terus keluar dari bilik untuk mengunci pintu bilik Hannah dari keluar. Selamat malam sayang. Ini baru namanya perang dingin! Sanggup dia tidur di bilik sebelah kerana mahu membalas dendam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.