Home Novel Cinta Jika Ini Takdirku
Jika Ini Takdirku
NUWAIRAH ZAINI
21/4/2020 00:57:11
369
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1
Phittt....

Tiupan wisel tamat permainan ditiup oleh pengadil perlawanan yang masih tercungap-cungap akan pengendalian perlawanan yang dilakukannya sebentar tadi.

Sorakan demi sorakan yang dilontarkan oleh Ultras Malaya memeriahkan lagi Stadium Bukit Jalil. Hero perlawanan, Ikhwan Zulkefli dikerumuni rakan seperjuangan setelah menjaringkan 'hetrik" buat pasukan kebangsaan menjelang perlawanan AFF Suzuki Club buat kali yang ke -23 bersaing dengan pasukan Indonesia pada kali ini. 

Ketua jurulatih skuad kebangsaan negara turut bersorak kegembiraan akan kejayaan anak- anak buahnya dalam perlawanan pada kali ini sekaligus membawa mereka ke liga akhir perlawanan yang akan berlangsung di Thailand tidak lama lagi.

"Kau mengelamun apa tu Mal, televisyen kau bukak tapi mengelamun jauh sungguh, membazir elektrik betul la budak ni..." kata Puan Maryam lalu menekan butang tutup rimut kawalan televisyen.

"Tak ada apa-apa pun mak, fikir hal kerja sikit" balas Iqmal bernada perlahan.

 Kata-kata yang dilontarkan tidak diendahkan oleh emaknya sama sekali. Iqmal terus mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. 

Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu, masih segar dalam ingatannya, entah kenapa sejak dua tiga hari ini dia merasakan seperti ada yang tidak kena. Perasaannya bercampur baur. Sukar untuk diungkapkan. 

Kadangkala, dia berasa mahu sahaja berada di tempat Ikhwan, kawan seperjuangannya yang semakin meningkat naik dan digilai ramai. Kadangkala dia juga merasakan bahawa dirinya itu jauh ketinggalan sedangkan dia kini mewakili skuad negeri Kedah dalam perlawanan-perlawanan yang berlangsung. Peminat juga tidak kurang banyaknya. 

Namun, ketidakpuasan hatinya itu menambahkan lagi kecemburuan yang telah tersemat pada awalnya lagi terhadap pemuda yang bergelar Ikhwan Zulkefli.

"Tuk,tuk,tuk" Ketukan pintu tersebut menghentikan lamunannya buat sekali lagi.

"Haihh..kau sambung mengelamun di sini pulak, dah mari makan, ayah dan kakak dah tunggu nak makan sekali dah tu...cepat sikit" arah Puan Maryam lalu berunsur keluar dari bilik anaknya itu. 

Ajakan yang dilontarkan oleh ibunya itu tidak diabaikan oleh Iqmal.Dia bingkas bangun lalu menapak keluar ke ruang makan. 

5 minit berlalu...

Nasi di pinggan masih berbaki. Melihat satu-satunya anak lelakinya itu hanya termenung sambil menguis nasi di pinggan, Encik Zaki lantas menegur.

"Mal, kamu ada apa-apa masalah ke? Bukan apa dari tadi kau ni asyik termenung je ayah tengok, nasi pon kau tak usik. Kalau ada, kongsi dengan kami, mana tahu kami boleh tolong?" tanya Encik Zaki sambil mengerutkan dahinya. 

Dia sendiri tidak faham apa yang mengganggu fikiran anaknya itu. Perasaan risau mula menyelubungi diri seorang bapa. 

"Ehh takde apa-apa ayah..." kata Iqmal sambil mengeluarkan senyuman kambingnya itu. 

"Ayah bukan kenal kamu sehari, dua, dah 23 tahun kamu tu membesar depan mata ayah, Mal" balas Encik Zaki yang masih cuba mencari punca permasalahan.

Kata-kata Encik Zaki hanya dibiarkan oleh Iqmal. Setelah sekian lama, barulah Iqmal bersuara dengan menanyakan pendapat dari ahli keluarganya. 

"Ayah, kalau Mal masuk skuad kebangsaan jadi wakil Malaysia, ayah okay tak?" tanya Iqmal sambil menunggu jawapan daripada ayahnya. 

"Kenapa tanya soalan macamtu, mestilah ayah okay, cuma ayah nak nasihatkan, kalau dah berhasrat nak jadi wakil Malaysia, usaha bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kat ALLAH, minta 'Dia' tunai hasrat kamu, kalau dah ada niat tu, INSYA-ALLAH mesti jadi,ye!" nasihat Encik Zaki sambil menepuk bahu anak lelakinya itu. 

Setelah hampir setengah jam menjamu selera, Iqmal terus masuk ke dalam biliknya. Perubahan sikapnya itu disedari oleh kakaknya,Aisy. 

"Ehh dah kenapa adik aku ni.. selalunya lepas makan terus layan sukan bola sepak harini takde pulak, pelik- pelik" kata Aisy sambil menggeleng- gelengkan kepalanya.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NUWAIRAH ZAINI