Home Novel Cinta Mahakarya Cinta
Mahakarya Cinta
butterflyfliestothesky
11/2/2019 09:12:38
12,701
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

BAB 6

TAHUN 1944 

20 TAHUN KEMUDIAN...

“TUAN puteri!! Tuan puteri!!” Jeritan kedua-dua orang gadis itu bergema di segenap keliling kawasan itu. Gadis yang dipanggil sebagai tuan puteri itu menghentikan lariannya sebentar. Wajahnya dipalingkan ke belakang, melihat keadaan dua orang gadis yang tidak pernah lelah dalam mengejar dirinya. Apabila melihatkan kedudukan kedua orang gadis yang sudah hampir rapat dengan dirinya, dia kembali membuka langkah seribu. Meninggalkan kedua-dua gadis itu jauh di belakang. 

“Kejarlah!! Kejarlah kalau mampu!!!” ejeknya sambil menjelirkan lidah kepada kedua-dua pembantunya itu. 

Yana dan Adibah yang mengejar dari belakang menghentikan larian mereka. Nafas mereka yang sudah semput akibat terlalu lama berlari cuba distabilkan kembali. 

“Tuan puteri!! Tuan puteri nak pergi mana tu?? Baliklah sini!! Habislah kami kalau Mak Noi dapat tahu pasal hal ni” ucap Yana kepenatan sambil memegang kedua belah lututnya. Menunjukkan yang dia benar-benar penat ketika ini. 

“Haah!! Tuan puteri!! Janganlah lari lagi!! Baliklah sini!! Tuan puteri tak kesian dengan kami ke?? Habis kita kalau Mak Noi dapat tahu yang tuan puteri cuba keluar daripada istana ni lagi” 

Adibah menegakkan semula badannya. Matanya mulai diliarkan, cuba mencari kelibat tuan puteri mereka yang rasanya baru sahaja tadi berdiri di hadapannya. Dahinya mulai berkerut seribu. Ke mana pulak tuan puterinya menghilang ni?? Baru sekejap aje dia berhenti untuk mencari semula nafasnya dan kini tuan puteri pula sudah menghilang dari depan mata. 

“Yana.. Yana.. Yana!!!” 

Yana yang berdiri di sebelah tersentak. Segera tangannya dipekupkan ke dua belah telinganya. Cuba menahan telinganya daripada menjadi pekak akibat suara kawannya yang mengalahkan bunyi guruh berdentum bila ribut melanda itu. 

“Eeeee!! Yang kau nak menjerit sakan macam orang gila ni kenapa?? Kan aku ada kat sebelah kau aje ni.. Kenapa?? Kau saje nak buat telinga aku jadi pekak ke?? Mentang-mentanglah telinga aku ni hebat.. Boleh kesan bunyi sejauh satu kilometer.. Ni mesti kes cemburu dengan kehebatan telinga akulah ni!!” bebelnya sambil menjeling kawannya penuh geram. Geram tahap gaban ni.. Bukan tahap geram yang biasa-biasa. 

“Tuan puteri.. Tuan puteri mana?? Tuan puteri mana, Juang??” 

Yana mengalihkan pandangannya ke hadapan. Tatkala melihat hadapannya yang hanya dihiasi dengan bunga-bunga istana, dia terus menjadi gelisah.. Tak tentu arah.. Takut dengan perkara yang tengah mereka alami ketika ini. 

“Tuan puteri tak ada!! Tuan puteri dah tak ada! Tuan puteri dah tak adalah!! Macam mana ni?? Macam mana ni, Dibah!! Mana kita nak cari dia ni?? Macam mana ni??” ucapnya cemas sambil menggigit jarinya. Dia betul-betul tidak tahu apa yang harus mereka lakukan lagi ketika ini.. 

“Ish!! Daripada kita duduk macam ni, baik kita pergi cari dia cepat!! Habis kita dengan Mak Noi nanti!! Dah cepat!!” Tangan rakannya segera di tariknya. Dan tanpa berlengah lagi, mereka segera berlari laju, mencari keberadaan tuan puteri mereka yang entah di mana itu...

*****************************

GADIS itu berlari dengan galaknya. Sekali-sekala, kepalanya dipalingkan ke belakang. Mana tahulah pembantu-pembantunya itu sudah berjaya mengesan kedudukan dirinya sekarang. Apabila melihatkan keadaan belakangnya yang kosong tanpa sesusuk tubuh manusia pun di belakangnya, dia tersenyum keriangan. Nampaknya, dapatlah dia keluar daripada istana ini hari ini. 

Sudah lama dia terperuk di sini. Dia langsung tidak boleh keluar mahupun menikmati keindahan panorama dunia di luar sana. Dunianya hanya berakhir di bangunan ini. Tempat di mana dia menghabiskan hampir seumur hidupnya tanpa memperoleh kesempatan untuk melihat keadaan di luar sana. Pernah juga dia meminta izin daripada bondanya untuk keluar, tapi bondanya hanya menggelengkan kepalanya. Langsung tidak memberi memberikannya kesempatan untuk melihat keadaan di luar walaupun untuk tempoh yang singkat sahaja. Berapa kali bondanya sudah menjelaskan kepadanya, bahawa tempatnya hanyalah di sini.. Suka ataupun tidak, tapi tempat inilah yang akan menjadi tempat dia menghabiskan sisa hidupnya. Hidup dan matinya akan berakhir di tempat ini. Di tempat yang sama ini sahaja. Arghhh!! Bosannya! Tak sanggup dia nak terima kenyataan yang satu itu. 

Mengapa hidupnya harus begini?? Kenapa dia tidak boleh menjadi seperti Mak Noi.. Yana.. Adibah.. Kabir dan yang lain?? Mereka semua sering sahaja mempunyai kesempatan untuk keluar daripada tempat ini. Mereka bebas keluar dan masuk ke tempat yang mereka ingini. Tidak seperti dirinya dan bondanya. Yang hanya terperangkap di dunia yang satu ini. Dia pun inginkan kebebasan juga. Lagipun, tiada siapa pun yang akan tahu bahawa dia sudah keluar daripada tempat ini kan? Manalah orang pernah ambil kisah tentang diri mereka. Sepanjang dia hidup dan membesar di sini, tidak ada satu orang pun yang pernah datang ke sini untuk menjenguk mereka. Nendanya.. Kekanda kepada ayahandanya.. Seorang pun tidak pernah datang ke sini.. Jadi dia pasti, kalau dia keluar daripada istana terbiar ini pun, tiada seorang yang akan dapat mengetahuinya. 

Suara yang tiba-tiba muncul daripada belakang mengejutkan dirinya. Pantas, kepalanya dialihkan ke belakang. Tatkala melihat kelibat Yana dan Adibah yang sudah berlari mendekati dirinya, dia kembali membuka langkahnya. Dengan segaris senyuman mengejek yang dihadiahkan kepada pembantunya yang pasti tidak akan dapat mengejar dirinya. Ala.. Segala kelebihan dan kelemahan kedua pembantunya itu sudah ada di dalam poketnya.. Dia cukup tahu dengan kedua-dua pembantunya itu yang terkenal dengan kelemahan fizikal mereka. Nak lari 10 meter pun tak larat.. Apatah lagi nak mengejar dirinya kan?? Mesti tak dapat punya! 

“Hebat juga kamu berdua ni ya.. Tak sangka, dapat juga kamu kejar saya sampai ke sini.. Hmm.. Ada peningkatan ni!! Tapi kelemahannya pun masih ada jugak.. Saya lari dulu ya! Kalau nak kejar, kejarlah!! Selamat tinggal!!” ejeknya lalu mula membuka lariannya. 

Yana dan Adibah mulai cemas. Terus sahaja mata mereka membesar apabila melihat tuan puteri mereka yang sudah berkira-kira hendak berlari dari mereka. 

“Tuan puteri!!” jerit mereka serentak. 

Gadis itu melebarkan senyumnya. Suka sungguh dia tatkala melihat wajah panik yang terlukis di wajah pembantunya itu. Lidahnya dijelirkan ke arah mereka. Baru sahaja dia mahu memusingkan kepalanya ke hadapan untuk memulakan lariannya, tiba-tiba muncul sesusuk tubuh manusia di hadapannya. Membuatkan niatnya untuk terus berlari terkubur begitu sahaja. 

“Tuan puteri Aaliya Addara Ibni Almarhum Sultan Abdullah Badlishah Al-Khaizuran! Tuanku nak pergi mana tu??” soal wanita yang agak gempal itu dengan nada suara yang cukup menyeramkan dan sinis di telinganya. Dara terus diam tak berkutik. Perlahan-lahan, satu senyuman yang penuh dengan rasa takut dan bersalah menghiasi wajahnya.. 

“Eh.. Makkkk... Mak Noi..” balasnya sebelum terus menundukkan kepalanya, memandang rumput menghijau yang tertanam di sekeliling kawasan itu...


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh butterflyfliestothesky